tugasan_2_perbandingan_ksr.pdf

38
Sabaryah et.al, 2014 | EED3104 Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 1 Pensyarah: Prof. Dr. Umi Kalthum Abdul Manaf Jabatan Pengajian Asas Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor D.E. Program Pensiswazahan Guru Bachelor Pendidikan [Pendidikan Sekolah Rendah] dengan Kepujian [Bahasa Melayu] Semester 5 [2014/2015] EED 3104: KURIKULUM SEKOLAH RENDAH Perbandingan KLSR dengan KBSR dan K BSR dengan KSSR dari aspek komponen kurikulum Penulis: Sabaryah@Sabariah Binti Shafiee J44884 Roslawati Binti Baharom J44972 Ruziah Binti Ahmad J44949 Afsah Binti Rahim J44851

Upload: lacksumiy-suthagar

Post on 12-Sep-2015

36 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 1

    Pensyarah:Prof. Dr. Umi Kalthum Abdul ManafJabatan Pengajian Asas PendidikanUniversiti Putra Malaysia43400 Serdang Selangor D.E.

    Program Pensiswazahan GuruBachelor Pendidikan[Pendidikan Sekolah Rendah] denganKepujian [Bahasa Melayu]

    Semester 5 [2014/2015]

    EED 3104: KURIKULUM SEKOLAH RENDAHPerbandingan KLSR dengan KBSR dan KBSR

    dengan KSSR dari aspek komponen kurikulum

    Penulis:Sabaryah@Sabariah Binti Shafiee J44884Roslawati Binti Baharom J44972Ruziah Binti Ahmad J44949Afsah Binti Rahim J44851

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 2

    SENARAI KANDUNGAN Muka Surat

    1.0 Latar belakang tajuk 3 1.1 Pendahuluan...................................................................................... 4 1.2 Definisi kurikulum 5

    2.0 Komponen kurikulum................................................................................... 7 3.0 Perbandingan di antara KLSR (1955-1982) dengan KBSR (1983-1992) 12

    3.1 Bahan................................................................................................. 12 3.2 Bentuk 12

    3.3 Organisasi.......................................................................................... 13 3.4 Kandungan 13 3.5 Peruntukan masa................................................................................ 15 3.6 Pedagogi 16 3.7 Pentaksiran........................................................................................ 16 3.8 Pengurusan kurikulum 17

    4.0 Perbandingan di antara KBSR (1993-2010) dengan KSSR (2011-2015)..... 18 4.1 Bahan 19 4.2 Bentuk............................................................................................... 19 4.3 Organisasi 21

    4.4 Kandungan........................................................................................ 23 4.5 Peruntukan masa 24 4.6 Pedagogi............................................................................................ 24 4.7 Pentaksiran 25 4.8 Pengurusan kurikulum...................................................................... 26 4.9 Komponen lain yang berkaitan 26

    5.0 Ringkasan: KLSR dengan KBSR dan KBSR dengan KSSR..................... 31 6.0 Kesimpulan 32 7.0 Rujukan......................................................................................................... 33 8.0 Lampiran 34

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 3

    PERBANDINGAN KLSR DENGAN KBSR [KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH]

    DAN KBSR [KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH] DENGAN KSSR

    DARI ASPEK KOMPONEN KURIKULUM

    1.0 LATAR BELAKANG TAJUK

    Penulisan kami kali ini bertumpu kepada perbandingan di antara Kurikulum Sekolah Rendah (KSR) di Malaysia. Bagi tujuan pembentangan, pengisian akan dipecahkan kepada 3 bahagian utama iaitu:-

    Komponen Kurikulum

    Perbandingan KSSR dengan KBSR Perbandingan KBSR dengan KSSR

    Pembentangan akan dimulai dengan mendefinasikan kurikulum secara umum sebelum menyingkap tabir komponen kurikulum secara khusus. Komponen kurikulum yang dimaksudkan pula adalah komponen KSR iaitu:-

    Kurukulum Lama - KLSR

    Kurikulum Baru - KBSR Kurikulum Bersepadu - KBSR Kurikulum Standard - KSSR

    Seterusnya, kami akan menerangkan perbandingan di antara KLSR dengan KBSR sebelum meninjau perbandingan di antara KBSR dengan KSSR. Perbandingan akan mengusulkan beberapa ciri perbezaan dan persamaan.

    Sebagai penutup, kami akan meringkaskan isi penting perbandingan di antara KLSR dengan KBSR dan KBSR dengan KSSR dalam bentuk jadual sebelum kesimpulan. [Rentetan sejarah perkembangan KSR boleh dirujuk di lampiran akhir muka surat]. Beberapa singkatan abjad kata akan digunakan untuk melancarkan penulisan. Singkatan ini ada dilampirkan di akhir muka surat sebagai rujukan.

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 4

    1.1 PENDAHULUAN

    Secara ringkasnya, KSR di Malaysia berevolusi mengikut peredaran masa dan zaman seperti Rajah 1. Kurikulum ini bermula secara rasmi pada 1955. Oleh itu, kurikulum sebelum tahun tersebut boleh dianggap sebagai kurikulum tidak rasmi atau non-formal bagi persekolahan di Tanah Melayu.

    Rajah 1: Perkembangan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

    Setiap kurikulum dipelopori oleh agenda tertentu pemimpin. Pelopor utama KSR adalah:-

    KLSR - Laporan/Penyata Razak 1956 & Penyata Rahman Talib 1960 KBSR - Penyata Mahathir 1979 & Falsafah Pendidikan Negara 1988 KBSR - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan: 2006-2010 & Wawasan 2020 KSSR - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: 2013-2025

    & Pelan Transformasi Negara (KPM, 2012).

    KLSR 1955-1982 kurikulum lama

    1956 Penyata Razak & 1960 Penyata Rahman Talib 1973 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan 1979 Laporan/Penyata Mahathir dikeluarkan

    KBSR 1983-1992 kurikulum baru

    1988 Falsafah Pendidikan Negara digubal 1988 KBSR dicapai sepenuhnya di semua SR 1991 Wawasan 2020 diperkenalkan

    KBSR 1993-2010 kurikulum bersepadu

    2003 KBSR diberi semakan 2006-2010:Pelan Induk Pembangunan Pendidikan [PIPP] 2008 PPK menjadi Bahagian Pembangunan Kurikulum

    KSSR 2011-2025 kurikulum standard

    2013-2025:Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2016 semakan semula KSSR

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 5

    1.2 DEFINISI KURIKULUM

    Kurikulum mempunyai pelbagai definisi. Apa yang masyarakat tanggap sebagai sesuatu yang penting kepada pendidikan untuk P&P, maka tujuan kepentingan tersebut boleh dibentuk menjadi sebuah kurikulum (UNESCO, 2009). Di bawah ini kami terjemahkan beberapa definisi mengikut peredaran masa daripada Bab 1 terbitan Sage Publication:-

    1902: John Dewey. Kurikulum adalah kesinambungan pembentukan yang bermula dari pengalaman semasa kanak-kanak sehingga kepada kenyataan dari

    badan bertauliah seperti daripada kajian...semua itu adalah dapatan kajian ianya adalah satu perlumbaan (ms.11-12)

    1918: Franklin Bobbitt. Kurikulum adalah keseluruhan pengalaman, secara langsung dan tidak langsung, untuk menyerlahkan kebolehan individu (m. 43)

    1935: Hollis Caswell (dalam Caswell & Campbell). Kurikulum adalah semua pengalaman kanak-kanak semasa berada di bawah bimbingan para guru...bukan sahaja terhad kepada kandungan pelajaran, tetapi adalah suatu proses atau prosedur (ms. 66, 70)

    1957: Ralph Tyler. Kurikulum adalah semua pengalaman pembelajaran terancang dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai objektif pendidikan (m. 79)

    2006: D. F. Brown. Semua pengalaman persekolahan murid berhubungan dengan peningkatan kemahiran dan strategi pemikiran kritikal dan kreatif, penyelesaian masalah, bekerjasama dengan yang lain, komunikasi yang baik, penulisan yang berkesan, membaca secara menganalisa, dan membuat kajian untuk menyelesaikan masalah

    2009: E. Silva. Kurikulum adalah suatu penekanan kepada murid tentang apa yang mereka boleh buat dengan pengetahuan berbanding dengan kandungan pengetahuan yang mereka perolehi, ianya adalah intipati kemahiran di alaf 21

    2010: Indiana Department of Education. Kurikulum bermaksud perancangan interaksi murid bersama arahan kandungan, bahan, sumber, dan proses untuk penilaian objektif pembelajaran.

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 6

    Disebabkan kepelbagaian definasi dan variasi kurikulum, maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mendefinasikan kurikulum mengikut acuan sendiri. Bagi SR di Malaysia, kurikulum didefinasikan menurut Akta Pendidikan 1996 (IAB, 2007) sebagai:-

    Satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menyampaikan pengetahuan (KPM, 2012).

    Aspek KSR menekankan kepentingan J.E.R.I. [Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek] murid. Kesemua KSR di Malaysia sekarang ini adalah kurikulum rasmi. Ia kurikulum yang wujud (absent curriculum) dan adalah juga sejenis kurikulum yang eksplisit (explicit curriculum) (PTGMedia); yang mengandungi arahan, langkah dan prosedur yang telah ditetapkan, untuk dilaksanakan dengan objektif P&P dan keberhasilan pembelajaran yang nyata mahupun yang tersembunyi. KSR di Malaysia juga boleh dijeniskan seperti kategori di bawah (SagePub):-

    Kurikulum bertulis * Written curriculum Kurikulum yang diajar * Taught curriculum Kurikulum yang disokong * Supported curriculum Kurikulum yang telah diuji * Tested curriculum Kurikulum yang dipelajari * Learned curriculum Kurikulum yang dimaksudkan * Intentional curriculum Kurikulum yang dipersetujui * Agreed curriculum Kurikulum yang dianjurkan * Recommended curriculum Kurikulum objektif * Objective curriculum Kurikulum yang beroperasi * Operational curriculum Kurikulum berdasar pengalaman * Experienced curriculum

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 7

    3.0 KOMPONEN KURIKULUM

    Komponen kurikulum sebenarnya boleh dilihat dari beberapa aspek/sudut. Contohnya, komponen tersebut boleh dilihat dari jenis kurikulum yang dimaksudkan seperti Rajah 2. Di dalam komponen tersebut terdapat kurikulum yang tersembunyi, di mana murid mempelajari dan mengutip sendiri isi pembelajaran yang rasmi dan tidak rasmi di sekelilingnya secara sendiri.

    Rajah 2: Perkaitan di antara jenis-jenis kurikulum. (Sumber: SagePub)

    Di dalam bidang pendidikan SR, kurikulum adalah suatu bidang yang meliputi segala hal yang berkaitan dengan pengajaran guru dan pembelajaran murid, seperti fokus,

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 8

    pendekatan, kaedah, keberhasilan, suasana, susunan bilik darjah, masalah dan gangguan dalam P&P.

    Berikut adalah komponen yang terlibat dalam sebuah kurikulum:-

    1. KURIKULUM [ Ka, Kp, Kt ] Kurikulum yang diarahkan/dianjurkan Kurikulum yang dipelajari murid Kurikulum yang tersembunyi

    2. GURU [ G ] Guru adalah sebahagian daripada komponen kurikulum. Tanpa guru kurikulum tidak akan dapat disampaikan kepada murid.

    3. MURID [ M ] Murid adalah sebahagian dari komponen kurikulum. Tanpa murid kurikulum tidak mempunyai kepentingan kerana tujuan utama kurikulum diwujudkan ialah untuk menjana murid.

    4. SALURAN 1. Saluran (penyampaian) guru [ SG ]

    Guru harus menggunakan saluran tertentu untuk menyampaikan maksud kurikulum yang dianjurkan oleh KPM kepada murid. Saluran utama yang digunakan guru adalah deria mulut untuk berkomunikasi menyampaikan pengajaran sebagai pengisian kepada kurikulum.

    2. Saluran (penerimaan) murid [ SM ] Murid juga harus menggunakan saluran deria mereka dalam pembelajaran untuk menerima pengajaran guru. Deria utama murid yang terlibat adalah telinga untuk mendengar, mata untuk melihat tindakan guru, minda untuk berfikir dan otak untuk menyimpan maklumat P&P atau kurikulum yang dianjurkan dalam bentuk softcopy. Apa yang telah dipelajari murid akan

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 9

    menjadi sebagai kurikulum yang dipelajari. Ini termasuk kurikulum tersembunyi yang dilontarkan semasa P&P dilakukan.

    5. BAHAN/MEDIA/MEDIUM 1. Bahan Guru untuk mengajar murid [ BG ]

    Guru menggunakan alat atau bahan bantu mengajar seperti RPH, papan putih, video dan audio persembahan, ujian, kuiz, Pakej Pengajaran Berasaskan Komputer [PPBK], lembaran kerja murid, soalan, latihan dan sebagainya yang difikirkan perlu untuk mencapai objektif kurikulum.

    2. Bahan Murid untuk menyerap pengajaran guru [ BM ] Murid juga perlu bahan tertentu sebagai rujukan seperti buku teks, buku latihan, pen, pensil dan pemadam untuk menyerap dan menyalin pengajaran guru dalam bentuk hardcopy.

    6. TINDAKAN/PELAKSANAAN 1. Tindakan Guru Kaedah, Pendekatan, Pedagogi

    Dalam melaksanakan kurikulum, guru harus bertindak melakukan penyampaian P&P. Tanpa tindakan dari guru, kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat disampaikan kepada murid. Tindakan dari guru ini akan melibatkan kaedah, pendekatan dan pedagogi dari guru terbabit. Tindakan ini adalah salah satu komponen kurikulum.

    2. Tindakan Murid Tindakan dari murid untuk menyerap P&P juga adalah penting. Sejauh mana murid memahami apa yang guru ajarkan akan diuji dan dinilai oleh guru atau secara berpusat. Tanpa kehadiran murid dan tindakan daripada murid, maka kurikulum yang diajarkan tidak akan kesampaian.

    7. TEMPAT (pelaksanaan kurikulum) Ruang atau platform pembelajaran seperti bilik darjah dan makmal sains adalah juga salah satu komponen kurikulum. Tanpa kelas atau ruang yang tertentu, murid

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 10

    tidak akan dapat mengikuti P&P. Murid dan guru harus hadir di tempat yang sama semasa penyampaian kurikulum dilakukan.

    8. MASA (pelaksanaan kurikulum) Masa penyampaian dan penerimaan kurikulum harus berlaku secara serentak. Peruntukan masa adalah salah satu daripada komponen kurikulum.

    Rajah 3: Perhubungan Komponen Kurikulum

    Keseluruhan komponen 1 hingga 8 akhirnya akan membentuk apa yang kami katakan sebagai erti sebuah kurikulum yang lengkap. Jika salah satu daripada komponen ini tidak hadir, maka kurikulum tersebut akan menjadi pincang dan tidak relevan; kerana kurikulum adalah suatu proses lengkap yang mempunyai input, proses serta output. Di dalam 3 proses ini akan ada badan tertentu, subjek dan objek, media, instrumen dan

    2=G 1=Kp 3=M

    K=Kurikulum G=Guru M=Murid S=Saluran B=Bahan

    5=BG 5=BM

    4=SG 4=SM

    1=Kt

    1=Ka

    6=Tindakan Guru: Ajar 6=Tindakan Murid: Belajar

    7=TEMPAT

    8=MASA

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 11

    saluran yang digunakan, yang menjadikannya sebagai entiti atau komponen untuk melengkapkan kurikulum tersebut (seperti di dalam Rajah 3).

    Dengan demikian dapatlah kita simpulkan bahawa komponen kurikulum mempunyai skop yang sangat meluas. Komponen kurikulum sebenar meliputi pelbagai aspek yang nyata dan tersembunyi.

    Merujuk kepada KSSR, komponen KSR boleh dibahagikan seperti berikut (BPK):-

    Bahan * Bentuk

    Organisasi * Kandungan Peruntukan Masa * Pedagogi Pentaksiran * Pengurusan kurikulum

    Rajah 4: Kompen KSSR (Sumber: KPM)

    Oleh kerana komponen KSSR ini telah dijadikan piawaian (standard), maka kami akan menggunakannya sebagai garis panduan dalam membentangkan perbandingan di antara KLSR dengan KBSR dan KBSR dengan KLSR yang akan dibincangkan di bab seterusnya nanti.

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 12

    4.0 PERBANDINGAN DI ANTARA KLSR (1955-1982) DAN KBSR (1983-1992)

    Kurikulum formal di Malaysia dianggap bermula pada tahun 1955 dengan tertubuhnya Jawatan Kuasa Pendidik yang dibentuk pada tahun tersebut. Jawatan Kuasa Pendidik telah menyerahkan usulnya ke dalam Majlis Mesyuarat Perundingan Persekutuan pada 1956. Usul ini telah dipersetujui dengan sebulat suara dalam keluaran Laporan Razak atau Penyata Razak pada 1956. Daripada usul dan laporan ini maka lahirlah Dasar Pelajaran Kebangsaan atau Akta Pelajaran pada 1957 (PMR, 2012).

    Oleh itu, kurikulum sebelum tahun tersebut boleh diandaikan sebagai kurikulum tidak rasmi atau tidak formal, walaupun pembelajarannya berlaku secara formal kerana ianya tidak berpusat kerana tiada standard kandungan tetap untuk setiap sekolah pada masa tersebut. Kurikulum rasmi ini pula telah dikuatkuasakan pada 1973 oleh penubuhan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

    4.1 BAHAN

    Sebagai perbandingan pertama, banyak bahan yang digunakan dalam KLSR pada awalnya datang daripada guru individu dan juga sekolah, manakala di dalam KBSR bahan kurikulum datang dari pusat pembelajaran di bawah selenggaraan KPM. Bahan mengajar guru dalam sistem KLSR menggunakan kapur dan papan hitam. Semasa KBSR papan putih dan pen marker digunakan. Dengan penambahan MP dalam KBSR, secara tidak langsung bahan P&P juga bertambah. Guru KBSR misalannya, menggunakan RPH, video dan audio persembahan, bilik audio, projektor dan skrin projektor, makmal komputer dan makmal ujikaji sains. Semasa KLSR, bahan seperti ini belum wujud lagi dalam sistem persekolahan mereka.

    4.2 BENTUK

    KLSR tidak mempunyai bentuk yang tertentu kerana pengajaran pada awalnya di susun secara rawak oleh sekolah dan guru masing-masing. Jika pun ada, mungkin dibuat pada 1956 di mana General Syllabuses & Timetable Committee ditubuhkan. Namun, secara asasnya KLSR telah memberi rekabentuk idea kepada susunan KBSR. Di dalam KBSR,

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 13

    KPM telah mengambil inisiatif dengan adanya PPK untuk membentuk rangka KBSR. Rekabentuk KBSR pada mulanya adalah secara linear (menegak) yang terdiri daripada bidang:-

    Komunikasi

    Manusia dan Alam Sekeliling Perkembangan Diri Individu

    Asas Komunikasi KBSR ini datang daripada Ejaan, Bacaan, Tulisan, Karangan, Ilmu Hisab dan Congak. Asas Manusia dan Alam Sekeliling datang daripada Ilmu Alam dan Perkembangan Diri Individu datangnya daripada Latihan Jasmani.

    4.3 ORGANISASI

    Organisasi KLSR tidak nyata. Hanya semasa KLSR dilaksanakan, kerusi dan meja disusun dalam barisan di mana pelajar yang rendah, bertubuh kecil dan kurang penglihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan. Pelajar yang besar dan tinggi di bahagian belakang. Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berfokus kepada guru. Kelas juga adalah agak kecil bilangan muridnya.

    Di dalam sistem KBSR, organisasi kurikulum di susun kepada 2 tahap. Tahap I untuk murid tahun 1-3 dan Tahap II untuk murid tahun 4-6. Sesuai dengan peredaran masa dan pertambahan penduduk semasa KBSR dilaksanakan, kelas telah ditambah kerana muridnya bertambah. Maka, kelas telah mula diasingkan kepada 3 aras pencapaian murid iaitu pandai, sederhana dan lemah, di mana mereka di tempatkan di kelas A, B atau C. Organisasi KBSR pula lebih berpusat kepada murid.

    4.4 KANDUNGAN

    KLSR telah dimulakan dengan menekan prinsip asas 3M kerana ramai di kalangan penduduk tidak tahu membaca, menulis, dan mengira pada zaman pendudukan British di Tanah Melayu. Prinsip pelajaran asas 3M tersebut ialah (Jadual 1):-

    Membaca * Ejaan, Bacaan

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 14

    Menulis * Tulisan, Karangan

    Mengira * Ilmu Hisab, Latihan Congak MP Tambahan * Latihan Jasmani, Ilmu Alam

    Mata pelajaran (MP) ini telah menjadi intipati asas atau kurikulum dasar kepada KLSR. Semasa KBSR dimulakan pada 1983, pihak KPM telah mengukuhkan prinsip asas 3M tersebut dengan melakukan beberapa penambahan kepada MP yang diajar.

    Darjah I Darjah II Darjah III Darjah IV Masa

    Menulis Menulis Ejaan Bacaan 7.00 7.30 pg

    Ejaan Menulis Bacaan Mengarang 7.30-8.00 pg

    Ejaan Bacaan Mengarang Mengarang 8.00-8.30 pg

    Bacaan Ejaan Mengarang Ilmu Hisab 8.30-9.00 pg

    Ilmu Hisab Ilmu Hisab Ilmu Alam Latihan Jasmani

    Ilmu Alam

    Latihan Congak

    9.00-9.30 pg

    9.45-10.30 pg

    10.30-11.00 pg

    Jadual waktu Sekolah Vernakular Melayu (1980)Nordin Tahir, JIP

    Jadual 1: Jadual lama KLSR (Tahir, EDU3101)

    Mata Pelajaran (MP) yang harus dipelajari murid di dalam kurikulum baru adalah lebih banyak berbanding dengan kurikulum lama. Mata pelajaran ini menjadi intipati kepada KSR seterusnya dengan beberapa semakan semula, pengubahsuaian dan penambahbaikan. Mata pelajaran KBSR tersebut ialah (Ahmad, 2012):-

    1. Bahasa Melayu sebelumnya diajar dalam bentuk EBTK 2. Bahasa Inggeris MP tambahan 3. Sains MP tambahan 4. Matematik sebelumnya, Ilmu Hisab & Latihan Congak

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 15

    5. Sejarah MP tambahan 6. Pendidikan Jasmani sebelumnya adalah Latihan Jasmani 7. Seni Lukisan MP tambahan 8. Pengetahuan Agama Islam tambahan (untuk murid Melayu) 9. Pendidikan Moral MP tambahan (untuk murid bukan Melayu) 10. Geografi sebelumnya adalah Ilmu Alam 11. Kemahiran Hidup MP tambahan 12. Elektif: Bahasa Arab, Cina, India Elektif tambahan

    Dengan penambahan kepada kandungan pelajaran, bahan yang digunakan dalam P&P, seperti buku teks dan buku latihan murid juga bertambah secara tidak langsung. Sukatan pelajaran KLSR adalah agak sempit. KBSR pula melakukan perubahan yang agak mendadak dengan mengenalkan banyak MP kepada murid.

    Di dalam KLSR semua MP diwajibkan. Di dalam KBSR, selain dari MP wajib, ada MP yang dijadikan sebagai elektif atau MP pilihan iaitu mata pelajaran Bahasa Cina, India dan Arab. Sistem KLSR tiada penekanan elektif bahasa.

    Sistem KBSR menekankan komponen nilai-nilai murni. Oleh itu, murid bukan Islam diwajibkan mengikuti kelas Pendidikan Moral, manakala murid Melayu diwajibkan menghadiri kelas Pengetahuan Agama Islam. Di dalam KLSR, Pendidikan Moral dan Pengetahuan Agama Islam belum lagi diperkenalkan. Pengetahuan Agama Islam mula diperkenalkan kerana ramai ibubapa Melayu bertambah kurang menghantar anak mereka ke sekolah agama kerana peningkatan kos sara hidup yang tinggi.

    4.5. PERUNTUKAN MASA

    Oleh kerana penambahan kandungan pelajaran di dalam KBSR, secara tidak langsung, peruntukan masa untuk pembelajaran murid juga telah ditambah dengan di dalam sistem KBSR. Dengan KBSR murid dibenarkan balik sekolah pada pukul 1.30 petang, berbanding dengan KLSR, di mana murid menghabiskan masa pelajaran sebelum tengahari iaitu pada pukul 11.00 pagi.

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 16

    4.6 PEDAGOGI

    Dengan berlakunya perubahan masa, kaedah P&P juga turut berubah. KLSR yang menggunakan kaedah chalk and talk telah diketepikan (Mustapa, 2013). KBSR menggantikannya dengan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran seperti kaedah induktif, deduktif, koperatif dan belajar sambil bermain.

    Penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran KBSR amat ditekankan. Aktiviti tersebut ialah seperti sukan sekolah, pertandingan pantun, berpuisi, dan pertandingan

    pidato kebangsaan di antara sekolah. Penglibatan sebegini kurang di dalam KLSR. Disebabkan KLSR lebih berpusat kepada guru, murid harus menerima apa sahaja yang guru beritahu dan arahkan di dalam sistem KLSR. Di dalam sistem KBSR murid telah diberi lebih banyak ruang dan peluang untuk bertanya, memberi pendapat dan berbicara dengan guru. Penglibatan murid lebih aktif di dalam KBSR berbanding murid KLSR.

    KLSR menekankan kaedah pengajaran secara umum, iaitu fokus kepada keseluruhan kelas. KBSR pula mula mengambil inisiatif baru dengan menitikberatkan fokus pengajaran kepada individu dan juga secara berkumpulan. Murid yang lemah mula diberikan tumpuan di dalam sistem KBSR.

    Dalam KBSR, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah dan program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran pembelajaran (Mustapa, 2013). Ini tidak ditekankan di dalam KLSR. Murid yang kurang cemerlang terpaksa memperkasakan diri sendiri melalui MP yang diajar guru.

    4.7 PENTAKSIRAN

    UPSR mula diperkenalkan semasa KBSR dilaksanakan. Di dalam sistem KLSR, pentaksiran murid dilakukan dengan Ujian Darjah 3 (UDT) dan kemudiannya dengan Ujian Penilaian Darjah 5 (UPD5). UDT dimansuhkan pada 1982 dan UPD5 dimansuhkan pada 1988 dan digantikan dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun yang sama.

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 17

    KLSR menekankan penilaian sumatif manakala KBSR menekankan penilaian fomatif dan sumatif (Mustapa, 2013). Penilaian formatif bertujuan mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan. Corak pentaksiran di dalam KBSR dalam bentuk yang pelbagai berbanding pentaksiran KLSR yang sedikit.

    4.8 PENGURUSAN KURIKULUM

    Corak pendidikan KLSR bersifat agak sempit manakala KBSR pula lebih luas. Kurikulum lama menitikberatkan hafazan/hafalan (Mustapa, 2013) manakala KBSR lebih menekankan pendidikan harfiah yang menumpukan keupayaan 3M murid dari pelbagai aspek seperti dari sudut sains, seni lukisan, sejarah dan kemahiran hidup. Ini bermakna, skop pengetahuan dan pemahaman murid KBSR bertambah meluas berbanding dengan murid yang menggunakan konsep EBTK di dalam KLSR.

    Dalam sistem KLSR, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan. Semasa KBSR dilaksanakan, pendidikan prasekolah mula diperkenalkan di sekolah-sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan (Mustapa, 2013). Langkah ini diambil bagi membantu ibubapa yang kurang mampu untuk menghantar anak mereka ke tadika dan taska.

    Jika ditinjau dari segi perlaksanaan, KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979 [Penyata Mahathir] (KPM, 2012). KLSR pula adalah hasil susulan daripada Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Pada 1985, aktiviti di luar kurikulum pula (Kokurikulum) diperkenalkan dalam sistem KBSR dengan peruntukan masa 60minit.

    [Untuk melihat pengurusan kurikulum mengikuti rentetan sejarah peristiwa, pembaca boleh merujuk kepada Lampiran B di akhir muka surat].

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 18

    5.0 PERBANDINGAN DI ANTARA KBSR(1983-2010) DAN KSSR(2011-2025)

    Tujuan KBSR diperkenalkan ialah untuk memberi tafsiran (taksiran) baru dalam beberapa aspek tertentu kurikulum supaya dapat memantapkan pelaksanaan KBSR dengan berkesan (KPM).

    Perubahan dari kurikulum baru kepada kurikulum bersepadu adalah cetusan berterusan objektif Falsafah Pendidikan Negara [FPN] yang digubal pada 1988. FPN pula adalah hasil daripada cetusan mesyuarat Penyata Mahathir 1979. Antara isu yang dibincangkan di dalam Penyata Mahathir ialah perkembangan sosio-ekonomi semasa, unsur dalaman dan luaran, cabaran pembangunan kemanusiaan, penegasan kepada sains dan teknologi, dasar kerajaan dan kepentingan serta wawasan negara (KPM, 2012).

    KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 [PIPP] (Nor Aziz, 2012 dan BPK).

    Kurikulum bersepadu pula telah diperkenalkan secara rasminya pada 1993 di semua SR. Hasil semakan semula KBSR pada 2003 telah menghasilkan KSSR pada 2011 dan diperkenalkan secara rasmi ke sekolah rendah di Malaysia pada tahun tersebut. Ianya dinyatakan sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah. KSSR adalah lebih jelas, tersusun, padat dan agak global. KSSR mempunyai kerangka dan matlamat yang sangat meluas.

    Sedikit penerangan yang diberikan di atas adalah untuk tujuan kefahaman transisi KLSR kepada KBSR dan kepada Kurikulum Bersepadu dan seterusnya kepada Kurikulum Standard. Dengan pemahaman yang lebih jitu, kita akan mudah membezakan dan membuat perbandingan seterusnya bagi mana-mana kurikulum yang kita inginkan.

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 19

    Jadual 2: Perbandingan KBSR+KBSR dengan KSSR (Sumber: BPK)

    5.1 BAHAN

    Bahan Kurikulum Bersepadu disebut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran, manakala KSSR menyebutnya sebagai Dokumen Standard Kurikulum. Sukatan dan huraian pelajaran ini digunakan sebagai istilah kurikulum oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK-1973). Istilah ini diganti dengan Dokumen Standard Kurikulum yang digunakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK-2008). Bahan Kurikulum Bersepadu dan Kurikulum Standard dihasilkan oleh badan yang sama, oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Cuma PPK ini ditukar nama kepada BPK pada 2008. Kementerian Pendidikan pula sebelum ini dipanggil Kementerian Pelajaran.

    5.2 BENTUK (KPM, 2012)

    Bentuk kurikulum berkonsep 6 tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR (Rajah 5). Ia merupakan 6 bentuk pengklasifikasian bidang. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Akta Pendidikan 1996 (KPM, 2012).

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 20

    Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Penstrukturan bidang secara eksplisit meletakkan setiap tunjang sebagai saling berhubungan.

    Rajah 5: Bentuk KSSR berasaskan 6 Tunjang Utama (Sumber: BPK)

    Rekabentuk kurikulum bersepadu pula berdasarkan 3 bidang. Susunan asal bentuk ini adalah secara linear ini di dalam KBSR, tetapi telah disepadukan dalam bentuk rangkaian di dalam KBSR (Rajah 6). KBSR menekankan unsur kritis dan kreatif sahaja.

    Rajah 6: Bentuk Kurikulum Bersepadu (Sumber: BPK)

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 21

    5.3 ORGANISASI (BPK)

    Jadual 3: Organisasi KBSR (Sumber: KPM)

    Organisasi KBSR sebelum ini adalah seperti Jadual 3. KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Organisasi KSSR dibahagi kepada Tahp 1 dan Tahap 2 sama seperti KBSR. Subjek KBSR dan KSSR adalah serupa, Cuma organisasi KBSR adalah secara linear.

    Mata pelajaran (MP) KSSR diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 22

    Organisasi Tahap I - Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I seperti Jadual 4.

    Jadual 4: Organisai KSSR Tahap I (Sumber: BPK)

    Organisasi Tahap II - Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam MP Teras dan MP Elektif. Kandungan MP disediakan dalam bentuk modul. Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti Jadual 5.

    Jadual 5: Organisasi KSSR Tahap II (Sumber: BPK)

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 23

    5.4 KANDUNGAN (BPK)

    Kandungan KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan (BPK).

    Standard Kandungan Standard Pembelajaran

    Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    Satu penetapan kriteria atau petunjuk ( indicator ) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

    Jadual 6: Pernyataan Standard (Sumber: BPK)

    Sumber: BPK

    Standard kandungan dan standard pembelajaran KSSR dicontohkan seperti di atas. Di dalam KBSR, pernyataan standard tidak wujud. Kurikulum bersepadu menggunakan sukatan dan huraian pelajaran.

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 24

    5.5 PERUNTUKAN MASA

    Dari aspek masa pembelajaran murid, peruntukan KBSR dan KSSR adalah sama. Murid KBSR dan murid KSSR perlu hadir pada jam 7.00 pagi sehingga 1.30 petang.

    Jadual 7: Peruntukan masa menyeluruh KSSR (Sumber: BPK)

    5.6 PEDAGOGI

    Rajah 7: Pedagogi KSSR (Sumber: BPK)

    Pedagogi adalah sains dan seni pengajaran. Corak pedagogi KBSR dan KSSR sama.

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 25

    5.7 PENTAKSIRAN

    Pentaksiran KBSR dan KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran yang pelbagai. Pentaksiran bersifat autentik dan holistik. Di dalam KSSR, pentaksiran Band 1- Band 6 digunakan. Murid tidak lagi dibandingkan dengan murid yang lain kerana di dalam KSSR, setiap murid adalah entiti unik. Sebelum ini di dalam KBSR, pencapaian murid selalu dibandingkan dengan murid lain. Itu adalah tujuan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang di laksanakan oleh sistem KSSR pada masa kini (BPK).

    Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, murid KBSR dan KSSR akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sistem penilaian berpusat UPSR ini masih sama di dalam KBSR dan KSSR. Cuma penggunaan Band 1 - Band 6 telah dikuatkuasakan di dalam KSSR (Jadual 8). Di dalam KBSR, sistem Band belum diwujudkan.

    Jadual 8: Standard Penilaian Dokumen KSSR (Sumber: KPM)

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 26

    5.8 PENGURUSAN KURIKULUM

    Pengurusan kurikulum bersepadu dan kurikulum standard diuruskan oleh PPK yang kemudiannya diberi nama BPK pada 2008. Pengurusan KBSR dan KSSR adalah secara berpusat dan dari pusat yang sama. Di antara fungsi utama BPK ialah seperti berikut (BPK):

    menggubal dan membangunkan kurikulum persekolahan menyebar dan melaksanakan kurikulum

    mengesan dan memantau pelaksanaan kurikulum menyediakan bahan sokongan kurikulum menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum

    5.9 KOMPONEN LAIN YANG BERKAITAN

    FOKUS (BPK)

    Fokus KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Fokus KBSR hanya kepada pengukuhan dan peluasan 3M.

    Rajah 8: Fokus KSSR (Sumber: BPK)

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 27

    Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran KSSR menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

    Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

    Rajah 9: Fokus Kurikulum KSSR [Sumber: BPK]

    Semasa KBSR, penekanan hanya diberi kepada 3 aras pencapaian murid, iaitu:-

    Baik dan cemerlang Sederhana dan memuaskan Lemah dan perlu usaha lagi

    Pecahan Tahap I dan Tahap II murid dibuat semasa KSSR dilaksanakan. Standard prestasi juga telah diperkenalkan di prasekolah sebagai fokus baru murid taska/tadika (KPM, 2012).

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 28

    HASRAT (BPK)

    Hasrat KSSR ialah untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui 6 bentuk tunjang. Sebenarnya, hasrat ini sudah wujud di dalam KBSR. Cuma ia belum dinyatakan secara umum kepada warga murid, pendidik dan masyarakat.

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan FPK dan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be) (KPM, 2012).

    Rajah 10: Hasrat KSSR (Sumber: BPK)

    Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut (BPK):-

    Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial Warganegara yang bertanggungjawab Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player) Pekerja berilmu

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 29

    ELEMEN (BPK)

    Elemen Merentas Kurikulum [EMK] (BPK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses P&P selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan supaya dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme (KPM). Elemen EMK wujud semasa KBSR.

    Rajah 11: Perhubungan Elemen KSSR (Sumber: BPK)

    Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Elemen TMK wujud dalam KBSR.

    Guru hendaklah memastikan kesemua EMK diterapkan secara efektif dalam proses P&P demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hubungan EMK yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui Rajah 11. Elemen ini dinyatakan secara jelas di dalam KSSR.

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 30

    PRINSIP (BPK)

    KSSR mengekalkan kesemua prinsip KBSR (BPK). Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut telah dinyatakan seperti berikut (BPK):

    1. Pendekatan Bersepadu. Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

    2. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh. KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

    3. Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid. KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

    4. Pendidikan Seumur Hidup. KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

    2016 - SEMAKAN SEMULA KSSR

    Menurut kenyataan akhbar Utusan (KSSR, 2013), KSSR akan disemak semula oleh pihak KPM pada 2016. Ekoran daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 [PIPP] yang diisytiharkan oleh Mantan PM, Tun Abdullah Hj Badawi dalam RMK9, Dato Sri Najib telah mengisytiharkan pula sebuah pelan komprehensif yang baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam RMK10 (PPPM, 2012). PPPM ini adalah suatu strategi transformasi pendidikan yang agak global dan sedang dilaksanakan melalui KSSR. Di antara penekanan baru yang diberi ialah hal berkaitan pengantarabangsaan sekolah rendah (KPM, 2012).

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 31

    5.0 RINGKASAN: KLSR DENGAN KBSR DAN KBSR DENGAN KSSR

    Ringkasan ini hanya mengambil isi penting untuk tujuan pengukuhan kefahaman.

    KLSR-Kurikulum Lama KBSR-Kurikulum Baru Perbezaan: Tahun Kepimpinan Pelopor

    Masa Bahan Aktiviti Pentaksiran

    1955-1982 Di bawah 4 Perdana Menteri Penyata/laporan Razak 1956 & Penyata Rahman Talib 1960 7.00-11.00pagi Daripada guru/sekolah

    Sumatif, Sekolah

    1983-1992 Hanya di bawah Tun Dr Mahathir Penyata Mahathir 1979

    7.00-1.30petang Sukatan Pelajaran diperkenalkan. Kokurikulum diperkenalkan Formatif, Sumatif, Berpusat

    Persamaan Konsep 3M (asas) Konsep 3M (lebih meluas) Kelebihan MP hanya sedikit hanya Ejaan,

    Bacaan, Tulisan, Karangan, Ilmu Hisab, Congak, Ilmu Alam, Jasmani Masa belajar yang sedikit

    MP berkembang kepada pelbagai bidang 4 prinsip FPN diperkenalkan: bersepadu, menyeluruh, saksama, seumur hidup Skop pengetahuan murid lebih meluas

    Kekurangan Skop pengetahuan murid sempit Bebanan P&P bertambah

    KBSR-Kurikulum Bersepadu KSSR-Kurikulum Standard Perbezaan: Tahun Kepimpinan Pelopor

    Fokus Rekabentuk Bahan

    Pentaksiran

    1993-2010 Di bawah 3 Perdana Menteri Wawasan 2020 pada 1991 Falsasah Pendidikan Negara 1988 PIPP 2006-2010 Konsep 3M bersepadu 3 bidang bersepadu Sukatan Pelajaran & Huraian Pelajaran Formatif & Sumatif, Berpusat

    2011-2025 Sehingga kini hanya Dato Sri Najib

    PPPM 2013-2025

    Konsep 4M yang menekankan standard 6 tunjang modular Dokumen standard: Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Standard: Band 1-6, PBS, pelbagai jenis -ujian aptitud am thn 3, ujian psikometrik

    Persamaan: Masa 4prinsip FPN Pengurusan Aktiviti Elemen

    7.00-1.30petang Bersepadu, menyeluruh, saksama, seumur hidup PPK-Kementerian Pelajaran Kokurikulum dikekalkan TMK, EMK - sama

    7.00-1.30petang Bersepadu, menyeluruh, saksama, seumur hidup BPK-Kementerian Pendidikan Kokurikulum dikekalkan TMK, EMK sama

    Kelebihan Kritis dan kreatif kesepaduan

    Unsur inovatif Pernyataan standard Penekanan global Meluas, ada Standard

    Kekurangan Tahap glokal Teramat meluas, standard menjadi tinggi

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 32

    6.0 KESIMPULAN

    Setelah meneliti isi penulisan, ringkasan dan perbandingan, dapatlah kami membuat beberapa rumusan.

    Definasi dan komponen kurikulum amatlah meluas dan kurikulum telah menjadi isu global disebabkan kepentingan yang tinggi terhadap pelajaran dan ilmu pengetahuan untuk bersaing secara global di alaf 21.

    Kurikulum lama-KLSR adalah asas yang telah merekabentuk KBSR. Kurikulum baru-KBSR ternyata amat berbeza dengan KLSR disebabkan banyak

    penambahan MP dilakukan kepada KBSR. Kurikulum bersepadu-KBSR hanyalah susulan penambahbaikan kepada KBSR.

    Cuma pendekatan dan susunan KBSR telah dibuat secara lebih bersepadu, berangkai dan menyeluruh, yang diubahsuai dari KBSR.

    Kurikulum standard-KSSR mempunyai banyak persamaan dengan KBSR. Cuma KSSR adalah suatu penambahbaikan dan pengubahsuaian yang berterusan kepada KBSR dan kini dinyatakan dalam bentuk standard dan dijadikan piawaian pendidikan dengan beberapa penambahan.

    Penyata Mahathir 1979 dan cetusan Wawasan 2020 pada 1991 oleh Tun Dr Mahathir telah membawa banyak perubahan dalam dunia pendidikan SR. Lantas dengan itu lahirlah berbagai ideologi besar seperti Gagasan 1Malaysia, Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Kerajaan dan susulan RMK10 yang mendasari pendidikan sekolah di Malaysia secara langsung (KPM, 2012). Dengan ideologi baru tersebut, kurikulum turut berubah.

    Kurikulum sebenarnya ialah panduan untuk guru mencapai matlamat yang disasarkan negara. Pada dasarnya kurikulum terkini yang dibentuk BPK mempunyai motif untuk mencapai dasar dan hasrat negara bagi membentuk integrasi nasional dalam kalangan murid yang berbilang kaum, agama dan bangsa untuk bersatu padu melangkah bersama ke era globalisasi dunia tanpa sempadan yang ternyata lebih mencabar.

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 33

    7.0 RUJUKAN:

    Ahmad, Hussein (2012). Mission of Public Education in Malaysia: The Challenge of Transformation. Kuala Lumpur: University of Malaya Press

    BPK (t.d.). Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: Bahagian Pembangunan Kurikulum: Sejarah. Dipetik pada 21hb Oktober 2014 daripada http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=52

    BPK (t.d.). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kementerian Pendidikan Malaysia

    Institut Aminudin Baki (IAB) (2007). Pengurusan Kurikulum: KPKS 07036. Dipetik pada 19hb Oktober 2014 daripada http://mgbbtgpdg.webs.com/nota_pengurusan_kurikulum.pdf

    KPM (t.d.). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia

    KPM (t.d.). Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: Tentang web KPM: Soalan Lazim: Soalan lazim KSSR. Dipetik pada 21hb Oktober 2014 daripada http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=146&cat=30&keyword=&page=1&

    KPM (n.d.) Transformasi Pentaksiran: Kronologi Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Dipetik pada 21hb Oktober 2014 daripada http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/files/penerbitan/pbs/TransformasiPentaksiran.pdf

    KPM (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (Ed.3, ms.1-82). Putra Jaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    KPM (2012). Pelan Strategik Interim 2011-2020. Kementerian Pendidikan Malaysia

    KSSR (2013). Blog KSSR: Kurikulum baharu mulai tahun 2016. Oleh Mohd Asron Mustaph (dari Utusan). Dipetik pada 21hb Oktober 2014 daripada http://kssr.bpk.my/berita/kurikulum-baharu-mulai-tahun-2016/

    Mustapa, Wan Mohd Affendy (2013). Sesejuk mata memandang, semanis bahasa berbicara: Perbezaan pembelajaran antara KLSR dan KBSR. Dipetik pada 21hb Oktober 2014 daripada http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/perbezaan-pembelajaran-antara-klsr-dan.html

    PIPP (t.d.). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK9). Merintis Pembaharuan Satu Misi Nasional (ms.1-22). Kementerian Pendidikan Malaysia

    PPPM (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 34

    PTGMedia (t.d.). Chapter 1: Components of Curriculum Implementation (ms.4-14). Dipetik pada 19hb Oktober 2014 daripada http://ptgmedia.pearsoncmg.com/images/9780137034833/downloads/Hoover_Ch_1_p3_14.pdf

    SagePub (t.d.). Chapter 1: The nature of curriculum (ms.2-36). Dipetik pada 19hb Oktober 2014 daripada http://www.sagepub.com/upm-data/44334_1.pdf

    Tahir, Nordin (t.d.). EDU3101: Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Perak: Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

    UNESCO (2009). United Nation Educational, Scientific, and Cultural Organization: Education: Different meanings of curriculum. Dipetik pada 19hb Oktober 2014 daripada http://www.unesco.org/new/en/education/themes/strengthening-education-systems/quality-framework/technical-notes/different-meaning-of-curriculum/

    ________(t.d). Topik 1: Pengenalan pendidikan kokurikulum (ms.1-12). Dipetik pada 25hb Oktober 2014 daripada http://lms.oum.edu.my/e-content/HBEF2703SMP/content/16105408HBEF2703/Topik%201%20Pengenalan%20Pendidikan%20Kokurikulum.pdf

    8.0 LAMPIRAN A: SINGKATAN ABJAD

    3M Membaca, Menulis, Mengira 4M Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul BM Bahasa Melayu BPK Bahagian Pembangunan Kurikulum EMK Elemen Merentas Kurikulum EBTK Ejaan, Bacaan, Tulisan, Karangan FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPN Falsafah Pendidikan Negara KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KLSR Kurikulum Lama Sekolah Rendah KPM Kementerian Pendidikan Malaysia KSR Kurikulum Sekolah Rendah KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah MP Mata Pelajaran PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan PPK Pusat Perkembangan Kurikulum PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia RMK Rancangan Malaysia Ke SR Sekolah Rendah TMK Teknologi Maklumat Komunikasi

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 35

    8.0 LAMPIRAN B: RENTETAN PERISTIWA SEJARAH PERKEMBANGAN KSR

    1786: Sir Francis Light Menduduki Pulau Pinang

    1815: Sekolah Vernakular Cina di Melaka

    1816: Penang Free School

    1816: Sekolah Vernakular Melayu

    1816: Sekolah Vernakular Tamil

    1819: Sekolah Vernakular Cina di Singapura

    1824 (sebelum): Pengajian AlQuran hanya di pondok/madrasah-tidak formal

    1824-1957: Kependudukan Inggeris di Tanah Melayu

    1826: Sekolah Vernakular Melayu di P.Pinang

    1856: Blundell menubuhkan sekolah Vernakular Melayu di Singapura

    1858: Sekolah Melayu Pulau Pinang

    1863: Sekolah Melayu Melaka

    1941-1945: Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

    1946: Penubuhan UMNO

    1949: Laporan Barnes

    1951: Laporan Fenn-Wu

    1952: Asas Ordinan Pelajaran

    1955: Jawatankuasa Pendidikan ditubuhkan

    1956: Laporan Jawatankuasa Pelajaran, 1956 (Penyata Razak)

    1956: General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan

    1957: Akta Pelajaran dibentuk

    1957: The Education Ordinance (Asas Ordinan Pelajaran) - Dasar Pelajaran Kebangsaan

    1957: BM.Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah

    1957: Negara Merdeka

    1957: MSSEE dimulakan di sekolah rendah

    1960: Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Pelajaran, 1960 (Penyata Rahman Talib)

    1960: SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan

    1961: Akta Pendidikan Asas/Dasar Pendidikan Kebangsaan 1963: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak - 1971)

    1963: Pembentukan Malaysia dengan penyatuan Sabah & Sarawak

    1963: MSSEE dimansuhkan

    1964: General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan

    1964: MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan

    1964: SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan

    1965: Pendidikan Komprehensif dimulakan

    1967: Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 36

    1967: PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan

    1967: Akta Bahasa Kebangsaan - diperkuatkuasakan

    1967: Report of the Committee on Curriculum Planning and Development

    1970: BM Bahasa pengantar Darjah 1

    1970: Rukun Negara (de facto Malaysian pledge of allegiance) diisytihar

    1971: Akta Universiti dan Kolej Universiti dibentuk

    1972-1974: Cross National Survey: A study of opinions about education and society

    1973: Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan

    1973: Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat

    (Laporan Keciciran)

    1973: UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan

    1974: Akta Politeknik Ungku Omar ditubuhkan

    1974: Jawatankuasa Kabinet Menteri - mengkaji Laporan Rahman Talib

    1975: Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan

    1976: BM sebagai bahasa pengantar Tingkatan 1

    1977: PPK berpindah ke lokasi baru di Jalan Duta

    1979: Laporan Jawatankuasa Kabinet Menteri mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran

    (Penyata Mahathir dikeluarkan)

    1980: Akta Majlis Peperiksaan Malaysia dibentuk

    1982: KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan

    1982: UDT dimansuhkan di sekolah rendah

    1983: KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah

    1983: BM sebagai bahasa pengantar di semua universiti

    1984: Amalan Perdagangan disisipkan ke dalam subjek Kemahiran Hidup

    1985: Aktiviti kokurikulum diperkenalkan (peruntukan masa: 60minit)

    1987: SPM di seluruh Malaysia dimulakan

    1988: PDL dimansuhkan di sekolah rendah

    1988: UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan

    1988: Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal secara rasmi

    1988: Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai

    1988: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa

    1989: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain

    1989: Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1

    1989: Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah

    1989: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah

    1991: Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

    1991: Wawasan2020 diperkenalkan

    1991: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1,000 buah sekolah rendah

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 37

    1991: Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1

    1992: MP Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3,000 buah sekolah rendah

    1993: PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan

    1993: SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan

    1993: KBSR diberi nama baru Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah sempena

    hasil penilaian berterusan KBSR

    1993: Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah. Sekolah yang

    telah melaksanakannya - meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah

    1994: Mata pelajaran Alam dan Manusia dipisahkan menjadi Sains dan Kajian Tempatan

    1996: Akta Pendidikan Baru (New Education Act)

    1996: University & College (Amendment) Act

    1996: National Council of Higher Education Act

    1996: Private Higher Educational Act

    1996: National Accreditation Board Bill

    1997: Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)

    1999: Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan pertama dicetak

    2001: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan

    2003: KBSR (Semakan)

    2004: Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan semakan diterbitkan

    2006-2010: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) -Tun Hj Abdullah (Mantan PM)

    2008: PPK menjadi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

    2009: Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

    2011: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan menggantikan KBSR

    2011: PBS dilaksanakan mulai Tahun 1, dan penambahbaikan UPSR pada 2016

    2012: Dialog Pendidikan Nasional

    2013-2025: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Sept2012) - Dato Sri Najib (PM) 2016: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan Semula)

    Tajuk tugasan: Bandingkan KLSR dengan KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dengan KSSR dari aspek komponen kurikulum. (Compare between KLSR and KBSR (Kurikulum Baru) and KBSR (Kurikulum Bersepadu) with KSSR from curriculas components aspect)

  • Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

    Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 38

    KOMPONENKURIKULUM

    Bahan

    Bentuk

    Organisasi

    Kandungan

    Peruntukan

    Masa

    Pedagogi

    Pentaksiran

    Pengurusan

    Kurikulum