tugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismail

6
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELETRONIK DAN WEB Semester 3 Sesi 2013/2014 KPT 6044: Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PROGRAM NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 SARJANA PENDIDIKAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL PENSYARAH: PROF MADYA DR ABD LATIF BIN HAJI GAPOR 1 Tajuk Jurnal : A Complete Understanding of Disorientation Problem in Web-Based Learning PEMARKAHAN

Upload: nijalbahari

Post on 25-Jul-2015

70 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismail

NIJAL BAHARI BIN ISMAILM20121000459

KPT6044: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELETRONIK DAN WEB

KOD & NAMA KURSUS

Semester 3 Sesi 2013/2014

KPT 6044: Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 SARJANA PENDIDIKAN

TEKNOLOGI

INSTRUKSIONAL

PENSYARAH: PROF MADYA DR ABD LATIF BIN HAJI GAPOR

Tarikh : 18 Oktober 2013

1

Tajuk Jurnal :

A Complete Understanding of Disorientation Problem in Web-Based Learning

PEMARKAHAN

Page 2: Tugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismail

NIJAL BAHARI BIN ISMAILM20121000459

KPT6044: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELETRONIK DAN WEB

Tajuk Jurnal:

A Complete Understanding of Disorientation Problem in Web-Based Learning

Penulis Jurnal:

Yu-Cheng Shih, Pei-Ren Huang, Yung-Chi Hsu,& Sherry Y. Chen, Graduate Institute

of Network Learning Technology, National Central University

Sumber Jurnal:

The Turkish Online Journal of Educational Technology,July 2012, volume 11, Issue 3

Pendahuluan

Jurnal ini berkaitan dengan kajian tentang masalah kekeliruan pelajar dalam

menggunakan sistem pembelajaran berasaskan web di sebuah universiti di Taiwan.

Persoalan Kajian

1. Apakah tahap pengalaman komputer mempengaruhi masalah kekeliruan pelajar

dalam menggunakan sistem pembelajaran berasaskan web?

2. Sejauh manakah kekerapan penggunaan setiap alat navigasi mempengaruhi

masalah kekeliruan pelajar dalam menggunakan sistem pembelajaran berasaskan

web?

3. Sejauh manakah tempoh masa menggunakan setiap alat navigasi mempengaruhi

masalah kekeliruan pelajar dalam menggunakan sistem pembelajaran berasaskan

web?

4. Sejauh manakah masalah kekeliruan pelajar menjejaskan prestasi pembelajaran?

Kaedah kajian

Pengkaji menggunakan kaedah kajian empirikal iaitu penyelidikan dilaksanakan

secara penyiasatan saintifik. Kajian telah dilakukan di sebuah universiti di Taiwan.

Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar. Pra-ujian, pasca-ujian, ujian-pos dan

soal-selidik digunakan untuk proses pengumpulan data kajian. Data dianalisis

menggunakan teknik pengumpulan iaitu Algoritma K-Means di mana data

dibahagikan dalam K cluster. Tiga kelompok ( kluster ) dicipta dengan menggunakan

Algoritma K-Means. Kelompok 1 ialah responden yang mempunyai tahap

pengalaman komputer tinggi. Kelompok 2 pula ialah responden yang mempunyai

tahap pengalaman komputer yang sederhana. Manakala kelompok 3 ialah

responden yang mempunyai tahap pengalaman komputer yang rendah. Analisis min

2

Page 3: Tugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismail

NIJAL BAHARI BIN ISMAILM20121000459

KPT6044: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELETRONIK DAN WEB

dan sisihan piawai daripada jawapan soal-selidik Selain itu, analisis korelasi

digunakan juga untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah iaitu pengalaman

komputer, masalah kekeliruan dan prestasi pembelajaran.

Dapatan Kajian

1. Apakah tahap pengalaman komputer mempengaruhi masalah kekeliruan

pelajar dalam menggunakan sistem pembelajaran berasaskan web?

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terhadap hubungan yang songsang antara

pengalaman komputer dengan masalah kekeliruan pelajar terhadap penggunaan

sistem pembelajaran berasaskan web iaitu r = -0.275; p< .05. Ini bermaksud,

responden kelompok 1 yang mempunyai tahap pengalaman komputer yang tinggi

tidak keliru berbanding responden kelompok 2 dan 3 yang tahap pengalaman

komputer yang sederhana serta rendah berasa keliru dalam menggunakan sistem

pembelajaran berasaskan web. Hal ini disokong oleh pernyataan oleh Mishra dan

Yadav (2006), yang menunjukkan pengalaman komputer pelajar amat memberi

kesan kepada tahap masalah kekeliruan pelajar.

2. Sejauh manakah kekerapan penggunaan setiap alat navigasi mempengaruhi

masalah kekeliruan pelajar dalam menggunakan sistem pembelajaran

berasaskan web?

Bagi persoalan ini, pengkaji lebih menumpukan kepada penggunaan alat navigasi

iaitu peta hierarki. Dapatan kajian tentang kekerapan penggunaan peta hierarki

menunjukkan bahawa terdapat hubungan songsang antara kekerapan penggunaan

peta hierarki dengan tahap masalah kekeliruan dalam penggunaan sistem

pembelajaran berasaskan web iaitu r= - 0.337; p< .01. Ini bermakna, responden

dalam kelompok 1 dan 2 kurang mengalami masalah kekeliruan dengan

penggunaan peta hierarki berbanding kelompok 3. Dapatan ini adalah selari dengan

kajian Amadieu et al (2010), yang mendapati bahawa peta hierarki adalah berguna

untuk mengurangkan masalah kekeliruan pelajar. Ini adalah disebabkan bahawa

peta hierarki menunjukkan gambaran keseluruhan tentang hubungan di antara

setiap topik yang dipelajari.

3

Page 4: Tugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismail

NIJAL BAHARI BIN ISMAILM20121000459

KPT6044: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELETRONIK DAN WEB

3. Sejauh manakah tempoh masa menggunakan setiap alat navigasi

mempengaruhi masalah kekeliruan pelajar dalam menggunakan sistem

pembelajaran berasaskan web?

Dalam persoalan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa responden dalam kelompok

3 mengambil masa yang lama untuk memahirkan diri terhadap penggunaan setiap

alat navigasi seperti menu, carian kata kunci dan peta hierarki dalam sistem

pembelajaran berasaskan web berbanding responden dari kelompok 1 dan 2.

4. Sejauh manakah masalah kekeliruan pelajar menjejaskan prestasi

pembelajaran?

Hasil dapatan persoalan kajian di atas menunjukkan bahawa terdapat hubungan

songsang antara prestasi pembelajaran pelajar dengan masalah kekeliruan dalam

menggunakan sistem pembelajaran berasaskan web walaupun tanpa mengira skor

pasca ujian (r= - 0.337; p<.01) dan mendapat skor (r= - 0.227;p<.05). Ini kerana

pengkaji mendapati satu sebab utama mengapa masalah kekeliruan menjejaskan

prestasi pembelajaran ialah kurangnya kemahiran kelompok 3 dalam menguasai

penggunaan setiap alat navigasi dalam sistem pembelajaran berasaskan web.

Dapatan ini disokong oleh kajian Last et. Al.(2001), adalah menunjukkan bahawa

masalah kekeliruan mempunyai kesan kepada prestasi pembelajaran pelajar.

BIBLIOGRAFI

Shih, C.Y., Huang, P.R, Hsu, Y. C& Chen, S.Y. ( 2012 ). A Complete Understanding

of Disorientation Problems in Web-Based Learning. The Turkish Online Journal of

Educational Technology, 11(3), 1-13.

http://www.slideshare.net/nijalbahari/tu gasan1-kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismail-28185523

4