tugasan1

5

Click here to load reader

Upload: mastura-mdzin

Post on 18-Jun-2015

188 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan1

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 1

MENGANALISA SATU JURNAL (LUAR DAN DALAM NEGARA) YANG

BERASASKAN KAJIAN MENGENAI E-PEMBELAJARAN

MEMBENTANGKAN PERSOALAN, KAEDAH DAN DAPATAN KAJIAN

NAMA : MASTURA BINTI MD ZIN

NO. MATRIK : M20122001666

NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR ABD LATIF BIN HAJI GAPOR 

Page 2: tugasan1

Tajuk Jurnal:

Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Malaysia

Oleh:

Johan @ Eddy Luaran Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

E-mel : [email protected]

Jurnal yang dipilih dan dianalisis berkaitan dengan kajian tentang pembelajaran berasaskan elektronik dan web. Kajian ini membincangkan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di Malaysia bermula dengan pelaksanaan program Sekolah Bestari sehingga wujudnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Cabaran ini dibincangkan daripada kesediaan guru meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap. Seterusnya perbincangan mengupas lima perisian utama dalam penyampaian teknologi maklumat di sekolah iaitu aplikasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data dan Internet, perbincangan ini menjurus kepada manfaat aplikasi ini kepada guru dan pelajar.

Menerusi jurnal ‘Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Kertas kerja ini membincangkan tiga teras utama iaitu penggunaan computer di sekolah, cabaran pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran, dan perisian penyampaian teknologi maklumat.

Dalam penggunaan computer di sekolah, kajian ini membincangkan tentang computer sebagai tutor, tutee dan tool. Komputer mempunyai fungsi yang pelbagai dalam bidang pendidikan bergantung pada operasi penggunaannya termasuklah untuk memproses data, persembahan maklumat, untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai lagi. Disebabkan fungsi yang pelbagai ini, Taylor (1980) telah mengklasifikasikan aplikasi-aplikasi komputer pendidikan kepada tiga mod utama iaitu tutor, tutee dan tool.

Perkara teras kedua yang dibincangkan adalah cabaran pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kajian menunjukkan bahawa wujudnya peningkatan daripada aspek kognitif pelajar dengan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran masalah seperti kesukaran serta integrasi teknologi maklumat yang tidak efisien masih lagi berlaku di sekolah. Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik adalah kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru.

Page 3: tugasan1

Subtajuk seterusnya akan membincangkan cabaran yang dihadapi guru untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang dibincangkan adalah seperti kemahiran teknologi maklumat guru, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat.

Selain itu, pengetahuan teknologi maklumat guru juga dibincangkan serta sikap guru terhadap teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, dalam persekitaran teknologi maklumat yang semakin berkembang, guru seharusnya memainkan peranan sebagai agen perubahan. Matlamat ini menuntut sikap positif guru terhadap teknologi maklumat dan inisiatif ini boleh dimulakan dengan mengintegrasikan aplikasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya akan memanfaatkan golongan pelajar.

Seterusnya, kertas kajian ini juga membincangkan perisian penyampaian teknologi maklumat. Antara perisian yang dibincangkan adalah pemprosesan perkataan yang membolehkan pengguna menulis, memadam, menyelit, menukar dan mengedit ayat seperti Microsoft word. Aplikasi hamparan elektronik yang turut dibincangkan adalah merupakan alatan yang biasanya digunakan oleh guru untuk mengutip, menganalisis data dan dalam pengurusan markah pelajar. Ini selaras dengan keupayaan hamparan elektronik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti corak berangka dan keupayaanya untuk membina graf, carta dan menjalankan operasi matematik. Menurut Walkenbach (2003) aplikasi hamparan elektronik yang merujuk pada Microsoft Excel adalah mesra pengguna kerana ia memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang memudahkan pengguna baru. Di sebalik penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan yang amat meluas, terdapat impak yang signifikan dalam penggunaan aplikasi persembahan dalam bilik darjah dan penggunaan aplikasi ini adalah dalam trend meningkat khususnya dalam komunikasi dan penyampaian. Ini disebabkan perisian PowerPoint adalah versatil kerana ia boleh digunakan untuk semua subjek dan kurikulum kerana ia boleh membina dan menyampaikan persembahan slaid untuk isi pengajaran, peta, projek, carta, nota kelas, kuiz, peperiksaan dan sebagainya. Meski pun terdapat pelbagai alatan produktiviti (productivity tools) dalam pasaran, penggunaan Internet semakin meningkat.

Penggunaan Internet pada masa kini adalah suatu kebiasaan dan seseorang yang tidak mempunyai komputer pun pasti pernah terlihat dan terdengar tentang Internet. Faedah penggunaan Internet dalam bidang pendidikan adalah amat jelas kerana ia adalah platform untuk komunikasi elektronik di antara pelajar, guru-guru, pihak pentadbir, penyelidik, institusi dan juga dengan komuniti (Jewitt, 2006; Rozinah Jamaludin, 2007). Ia juga menyediakan sumber maklumat tanpa batasan (Mackey, 2002: 89),

Kesimpulannya, selain kemahiran alatan produktiviti iaitu pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data dan Internet tumpuan kursus dan latihan

Page 4: tugasan1

perlu ke arah kemahiran lain seperti kemahiran mencari dan memilih maklumat daripada Internet, pembinaan laman web dan juga mengarang perisian kursus pendidikan yang sesuai dengan pengajaran subjek. Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk menyebatikan kemahiran-kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara khusus. Namun begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan. pada masa akan datang situasi ini mampu melahirkan masyarakat intelek yang berpengetahuan tinggi dan mahir teknologi selaras dengan kehendak pendidikan dunia sejagat.