tugasan wajib modul 5

Upload: keez72

Post on 10-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Modul 5

TRANSCRIPT

TUGASAN WAJIB (MODUL 5)

TUGASAN WAJIB (MODUL 5)

Sekolah adalah merupakan satu institusi yang tidak sewajarnya beroperasi secara tunggal kerana ianya mempunyai hubungan timbal balik dengan pelbagai agensi ataupum organisasi. Di antara organisasi tersebut ialah :

Institit Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Polis Diraja Malaysia

Jabatan Kesihatan

Bomba dan Penyelamat

Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Jabatan Belia dan Sukan

Institusi Kewangan (BANK)

Berikut ini akan diterangkan salah satu daripada organisasi tersebut iaitu Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta bagaimana ianya dapat menjalinkan hubungan yang bermanfaat ke arah kemenjadian murid dengan mengaplikasikan tiga daripada aspek berikut iaitu dari aspek membangunkan kapasiti, komunikasi dan menjalin hubungan dengan pihak luat.

Membangunkan Kapsiti-Institut Pendidikan Guru Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Di antara tanggung jawab IPGM adalah merancang dan melaksana program peningkaatan akademik dan profesionalisme guru. Oleh itu, secara tidak langsung pelbagai kursus boleh dijalankan samada untuk guru maupun untuk pelajar. Sebagai contoh kursus motivasi dan kepimpinan untuk guru-guru bagi membantu guru meningkatkan motivasi mereka serta tahap kepimpinan mereka ke tahap yang lebih baik. Untuk para pelajar pula, kursus berkenaan juga boleh dijalankan terutamanya bagi pelajar yang memegang jawatan penting di sekolah ataupun meningkatkan kesedaran pelajar dalam pelajaran serta memberi peluang kepada mereka untuk memikirkan masa hadapan mereka masing-masing. Tentu sahaja semua aktiviti ini dapat membantu kemenjadian murid.

Komunikasi-Komunikasi yang dimaksudkan di sini adalah merupakan proses penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiganya supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat. Dalam aspek sekolah dengan IPGM, terdapat komunikasi 4 hala iaitu di antara IPGM dengan sekolah iaitu bagaimana IPGM menyampaikan maklumat mengenainya kepada sekolah. Sebagai contoh melalui brosur, video, kursus dan sebagainya. Kedua adalah di antara sekolah dengan pelajar iaitu bagaimana pihak sekolah menyampaikan maklumat berkenaan IPGM kepada pelajar sebagai contoh malalui aktiviti kaunseling kerjaya, ceramah dan pelbagai lagi. Ketiga ialah di antara pelajar sesama pelajar yakni bagaimana di kalangan pelajar menyampaikan maklumat berkenaan IPGM tersebut. Akhir sekali komunikasi di antara sekolah dengan PIBG yakni bagaimana sekolah menyampaikan maklumat berkenaan kepada PIBG sebagai contoh ceramah kepada ibu bapa pelajar. Komunikasi yang baik di antara semua pihak sudah pasti dapat membantu mengembangkan potensi guru dan murid terutamanya kemenjadian murid pada masa akan datang.

Menjalin Hubungan Dengan Pihak Luar-Sekolah yang mempunyai hubungan yang baik dengan pihak luar sudah pasti dapat membantu kemenjadian murid. Sebagai contoh hubungan di antara sekolah dengan ibu bapa serta IPGM yang mana sekolah boleh saja menjalankan aktiviti atau program yang melibatkan ibubapa dan IPGM. Pertukaran idea dan maklumat di kalangan mereka sudah pasti mampu memberikan kesan yang positif kepada pelajaran di kalangan murid. Sekolah hendaklah menyediakan persekitan yang kondusif. Begitu juga dengan ibu bapa di rumah kerana pembelajran melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti. Bagi pihak IPGM pula merupakan pihak yang berkemahiran dalam menjalankan aktiviti bersesuaian yang mampu menjalikan hubungan yang baik di antara sekolah, ibu bapa dan komuniti.

Kesimpulannya, sekolah tidak mungkin dapat melahirkan murid yang berjaya dan berkualiti sekiranya ia dijalankan secara bersendirian tanpa bantuan daripada organisasi lain. Ini adalah kerana sekolah mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan masyarakat sekeliling seperti ibu bapa dan komuniti. Oleh itu, sekolah perlulah menambil berat banyak aspek bagi memastikan matlamat pendidikan negara dapat dicapai dengan sempurna.