tugasan 2 dr goh swee choo

Download Tugasan 2 Dr Goh Swee Choo

If you can't read please download the document

Upload: mohdkhafiz

Post on 25-Sep-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KFP 6014KEADAH TINJAUANTUGASAN 2

DISEDIAKAN OLEH :ZAKARIA BIN CHE PA M20122001606

DISEDIAKAN UNTUK :

DR.GOH SWEE CHOOTAJUK :TEKNIK PERMAINAN BAHASA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA BAGI MEMBINA AYAT MAJMUK DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 3PemerhatianPengajaran perbendaharaan kata atau kosa kata adalah amat penting kepada para pelajar. Kegagalan pelajar menguasai kosa kata akan mempengaruhi kemahiran bahasa yang lain termasuklah kemahiran menulis ayat atau membina ayat yang gramatis.Tinjauan awal yang bertujuan untuk mengenal pasti masalah penguasaan kosa kata pelajar telah diadakan melalui latihan bertulis dan jawapan lisan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta pencapaian dalam ujian. Selain itu, temu bual dibuat untuk mengenal pasti punca kekurangan kosa kata pelajar berkaitan dan hasilnya menunjukkan masalah kekurangan penguasaan kosa kata oleh pelajar-pelajar ini adalah disebabkan pembacaan yang amat terhad. Kesan paling ketara akibat kurang membaca ialah kurangnya kosa kata pelajar dalam membina ayat.Satu kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk Kajian Tindakan yang bertujuan mengubah amalan pengajaran guru dalam aspek penguasaan kosa kata. Teknik permainan bahasa digunakan bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Melayu dan seterusnya pelajar dapat membina ayat yang gramatis menggunakan kosa kata yang baru.Kepentingan penyelidikan iniKajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan pelajar Tahun 3 Cemerlang. Sekolah Kebangsaan Limbongan, Melaka. dengan menggunakan Teknik permainan bahasa. Metodologi untuk kajian ini merangkumi perkara-perkara seperti reka bentuk kajian, sample kajian, instrument, prosuder pengumpulan data dan analisis data.Ayat-ayat yang dibina juga selalunya mempunyai struktur ayat yang sama dan tidak gramatis. Pelajar selalu mengulang-ulang kosa kata yang telah digunakan oleh rakan-rakan mereka semasa membina ayat dan tidak yakin akan kebolehan diri untuk membina ayat yang lebih baik.Tinjauan LiteraturMenurut Yahya Othman (2005) penguasaan perbendaharaan kata amat penting kepada setiap individu. Penguasaan kosa kata yang baik membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa lain seperti kemahiran lisan, membaca dan menulis. Kelemahan penguasaan aspek perbendaharaan kata juga mempengaruhi tugasan menulis karangan yang memerlukan mereka menguasai perbendaharaan kata yang baik.Masalah penguasaan kosa kata ini juga pernah dijadikan bahan kajian oleh beberapa orang pengkaji. Antaranya ialah Salmiah bt. Sidek. (2004) yang telah menjalankan kajian bertajuk Memperkaya Kosa Kata Pelajar Tingkatan 4 Menggunakan Program Sehari Selembar Benang dan Program 200-4. Kosa kata bahasa Melayu semakin popular dan semakin berkepentingan. Hal ini dikukuhkan dengan dapatan daripada Kertas Kerja MABBIM yang ditulis oleh Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (2007) yang menyatakan bahawa pada hari ini, kosa kata bahasa Melayu telah berkembang dengan begitu banyak sekali dan terus relevan dengan istilah-istilah pelbagai bidang dan industri. Kemampuan bahasa Melayu mengembangkan kosa katanya telah membantu meletakkan kedudukannya antara 10 bahasa utama dunia dengan umlah penutur yang besar. Menurut Siti Hajar dalam artikelnya yang bertajuk Permainan Bahasa dan Pengajaran dan Pembelajaran, menyatakan bahawa permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan yang menyeronokkan semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.. Selain itu, Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui bermain. Bermain adalah perkara yang terbaik dan paling disukai oleh kanak-kanak. Bermain memupuk perkembangan menyeluruh dan perlu digabungkan dengan setiap perkara yang kanak-kanak lakukan.Pelapor Teori mentalis ialah Chomsky. Pandangan Chomsky pada teori mentalis menyatakan seseorang itu mempunyai kecekapan dan prestasi dalam berbahasa. Kecekapan adalah rumus-rumus bahasa yang ada dalam pemikiran. Sementara prestasi pula adalah penggunaan ataupun penghasilan bahasa itu berdasarkan pengetahuan dan kecekapannya. Oleh itu, kecekapan dan prestasi mempunyai pengaruh kuat dalam menentukan pengucapan yang dihasilkan oleh penutur. (Yahya Othman, 2005)Golongan mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Teori ini juga dikenali sebagai teori kognitif menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan yang sedia ada pada mereka untuk merumuskan dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh. (Adenan Ayob, Nathesan Sellapan, 2009)Chellamal Bagavahy, A., telah menjalankan kajian yang bertajuk Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa. Dapatan kajian beliau Kajian ini akan menggunakan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Jumlah responden ialah 40 orang iaitu 20 orang diletakkan dalam kumpulan eksperimen manakala 40 orang dalam kumpulan kawalan. Kelas yang menjadi kumpulan eksperimen akan diajar dengan menggunakan teknik yang dirancangkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran mereka, manakala kelas yang menjadi kumpulan kawalan pula akan menggunakan kaedah biasa atau kaedah tradisional. Kajian ini mendapati tindakan yang telah dijalankan telah membantu murid untuk menguasai aspek tatabahasa. Selain itu, murid-murid juga gembira menyertai aktiviti-aktiviti permainana bahasa yang dijalankan.

Tentukan soalan / hipotesis kajianSatu kajian selidik turut diberikan kepada kumpulan sampel. Data-data yang diperoleh dari ujian pos dan kaji selidik akan dianalisa untuk mendapatkan keputusan. Pelajar-pelajar ini akan diajar tajuk yang sama berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan bahasa Melayu Tahun 3. Ujian pra akan diberi kepada kedua-dua kumpulan ini bagi mengetahui persepsi mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran sedia ada serta kepentingan membaca dalam kehidupan seharian. Langkah seterusnya ialah guru akan mengajar dengan menggunakan teknik permaian bahasa kepada murid-murid dalam kumpulan eksperimen manakala murid dalam kumpulan kawalan akan diajar menggunakan cara biasa. Selepas menjawab ujian pos, responden dari kumpulan eksperimen akan menjawab soal selidik sekali lagi. Ini bertujuan bagi melihat perubahan yang mereka alami selepas diberi rawatan.

Reka bentuk penyelidikanKajian ini akan menggunakan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Jumlah responden ialah 40 orang iaitu 20 orang diletakkan dalam kumpulan eksperimen manakala 40 orang dalam kumpulan kawalan. Kelas yang menjadi kumpulan eksperimen akan diajar dengan menggunakan teknik yang dirancangkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran mereka, manakala kelas yang menjadi kumpulan kawalan pula akan menggunakan kaedah biasa atau kaedah tradisional. Rekabentuk kajian akan menggunakan rekabentuk Kajian Tindakan. Rekabentuk kajian akan dijalankan berdasarkan plan tindakan 5 peringkat. Pada peringkat pertama, tinjauan isu dan masalah akan dikaji iaitu meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Melayu bagi membantu membina ayat dalam kalangan pelajar. Seterusnya pada langkah kedua, perancangan kajian dijalankan. Pada peringkat ini, pengkaji akan merancang langkah-langkah yang akan diambil bagi menjayakan kajian ini. Pendekatan kajian adalah berbentuk kuantitatif.Peringkat langkah ketiga, pelaksanaan tindakan akan diambil mengikut perancangan yang dibuat. Cadangan kajian tindakan ini dibuat berdasarkan kajian berbentuk kuasi eksperimen. Kajian ini akan menggunakan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kelas yang menjadi kumpulan eksperimen akan diajar dengan menggunakan teknik permainan bahasa yang melibatkan aktiviti mental manakala kelas yang menjadi kumpulan kawalan pula akan menggunakan kaedah biasa atau kaedah tradisional.Pada langkah keempat kajian, pemerhatian keberkesanan teknik permainan bahasa dalam meningkatkan penguasaan kosa kata pelajar dilakukan. Pemerhatian dan analisis dilaksanakan untuk melihat keberkesanan teknik permainan bahasa yang melibatkan aktiviti mental ke atas kebolehan dan prestasi pelajar dalam membina ayat yang gramatis.Peringkat langkah kelima, refleksi dan penilaian kendiri akan dijalankan untuk mendapatkan kesimpulan samada kajian tindakan ini telah berjaya atau tidak membantu meningkatkan penguasaan kosa kata pelajar terlibat.

Sampel Sampel kajian yang digunakan ialah terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 3 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Limbongan, Melaka.Populasi yang terlibat ialah seramai 40 orang murid dalam kumpulan eksperimen. Semua pelajar berumur dalam lingkungan 9 tahun dan melibatkan jantina lelaki dan perempuan. Kumpulan ini adalah setara dari segi pencapaian akademik. Kajian ini melibatkan 40 orang pelajar yang terdiri daripada 24 pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan.Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan instrumen kajian yang berbentuk soal selidik dan soalan ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Instrumen kajian berbentuk ini difikirkan sesuai kerana data yang akan dikumpul adalah berbentuk kuantitatif. Ini akan memudahkan pengkaji untuk membuat analisis bagi menentukan dapatan kajian. Ujian PraUjian ini dibuat untuk mengenalpasti kelemahan pelajar dalam membina ayat majmuk pancangan dalam Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan). Khasnya Bahagian A (bina 5 ayat berdasarkan gambar) dan Bahagian B (bina karangan pendek 50 perkataan).Ujian PosUjian pos pula akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan tersebut. Setiap ujian mengandungi 15 soalan berbentuk subjektif, iaitu 10 soalan membina ayat berdasarkan gambar dan 5 soalan membina ayat menggunakan frasa dan gambar yang diberi. Soalan-soalan ujian ini dipilih daripada soalan-soalan ujian yang telah dikenalpasti kesahannya iaitu soalan-soalan daripada soalan-soalan peperiksaan penggal atau yang difikirkan sesuai oleh pengkaji.Borang Soal SelidikBorang soal selidik ini mengandungi 20 item. Soal selidik dijalankan untuk mengenalpasti dan mendapat maklumbalas terhadap persepsi pelajar terhadap penggunaan teknik permainan bahasa dapat meningkatkan kosa kata pelajar. Selepas rawatan dijalankan, satu lagi soal selidik diberikan kepada kumpulan eksperimen. Soal selidik ini mengandungi 10 item. Item-item ini adalah bagi meninjau keberkesanan teknik permainan bahasa yang telah dilaksanakan dalam proses P & P. Penilaian bagi setiap item di dalam borang soal selidik adalah berdasarkan kepada jawapan ya atau tidak. Borang ini juga diberikan selepas setiap ujian yang dijalankan.

Prosedur pengumpulan dataPada peringkat awal kajian, pengkaji akan meminta kebenaran daripada guru besar untuk mengadakan perbincangan dengan guru kelas bagi membincangkan jadual waktu dan menentukan tarikh-tarikh bagi menjalankan kajian. Maklumat dan latar belakang kelas juga akan dikenalpasti sebelum memulakan kajian. Selepas pemilihan sampel dikenalpasti pelajar akan mengisi borang profil responden. Maklumat mengenai latar belakang responden akan digunakan dalam penganalisian data. Kemudian borang soal selidik akan diedarkan dan pelajar diminta mengisinya.Kemudian, kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang dipilih ini akan diberikan ujian pra. Ujian pra diberikan bagi mengesan tahap kebolehan pelajar menggunakan kosa kata yang telah dimiliki bagi membina ayat berdasarkan soalan yang diberi. Sebelum teknik permainan bahasa digunakan dalam proses pembelajaran. Markah akan dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing.Seterusnya kumpulan eksperimen akan diberi rawatan dengan menggunakan teknik permainan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran selama tempoh kajian dijalankan, manakala kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran biasa. Selepas rawatan dijalankan, satu lagi soal selidik diberikan kepada kumpulan eksperimen. Selepas murid mengikuti proses pembelajaran itu, ujian pos akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kawalan. Markah akan direkodkan dan dianalisis bagi membuat perbandingan pencapaian bagi kedua-dua kumpulan itu.

Prosedur Analisis Data.Data akan dianalisis menggunakan kaedah langkah dalam penganalisisan data iaitu tahap pra-analisis, tahap kemasan data,tahap pameran data, tahap verifikasi data dan tahap dapatan. Pada tahap pra-analisis, semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkatkan dan dilengkapkan. Semua nota dilabel mengikut jenis dan disusun mengikut urutan tertentu seperti yang dikehendaki. Sediakan dua salinan semua nota termasuk yang asal. Mengkod dan mengkod semula respons terbuka dan data yang didokumenkan. Data computer dimasukkan ke dalam folder.Pada tahap kemasan data, data ditranskrip-sikan dalam word processing atau dalam format analisis tekstual menggunakan komputer. Data yang dikumpul dari instrument kajian akan dianalisa dengan mencari peratus.Pada tahap pameran data, data dipamerkan dalam bentuk jadual, graf dan rumusan. Selepas proses mendapatkan peratus selesai, pencapaian pelajar diukur dengan menganalisa markah yang diperolehi oleh setiap pelajar dan membandingkan dengan keputusan markah yang diperolehi dari oleh pelajar dari kumpulan kawalan. Data yang dipamerkan menjelaskan analisis atau tindakan tambahan yang perlu dibuat.Pada tahap verifikasi data, data yang dikumpul dari ujian pra dan ujian pos akan dianalisakan . Pelbagai tindakan analtik yang diambil untuk mencapai kesimpulan. Semua prosuder yang membawa kpada kesimpulan dinyatakan dengan tepat. Proses dokumentasi semua proses kajian dinyatakan dengan tepat.Akhirnya, pada tahap dapatan, penyemakan dan interpretasi dapatan akan dilaksanakan untuk melihat keberkesanan teknik permainan bahasa dalam meningkatkan penguasaan kosa kata pelajar. Untuk itu pengkaji perlu memastikan semua murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menjawab soalan dalam borang soal selidik serta menjawab soalan-soalan ujian yang diberi.

Batasan reka bentuk kajianKajian ini melibatkan seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu kelas 3 Cemerlang. Pengkaji akan menggunakan teknik permainan bahasa dalam 5 sesi pengajaran dan pembelajaran. Masa yang diambil untuk melaksanakan teknik ini adalah selama 15 minit bagi setiap sesi pengajaran. Seramai 40 orang murid tahun 3 Cemerlang terlibat sebagai sampel kajian. Oleh sebab masa yang agak terhad, sumber-sumber bahan bantuan mengajar yang akan digunakan terdiri daripada bahan-bahan yang dibeli. Bidang kajian melibatkan usaha meningkatkan penguasaan kosa kata melalui teknik permainan bahasa bagi membolehkan pelajar membina ayat. Selain itu pengkaji juga akan berpegang kepada teori mentalis yang melibatkan aktiviti mental pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.