tugasan 1b teknologi maklumat.pdf

10
1 Teknologi Maklumat membantu P&P di bilik darjah. Chan May Wan (20102041144) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH SEMESTER 2 TAHUN 2011 KUMPULAN EL-B06 NAMA KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH KOD KURSUS KRT 3013 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON CHAN MAY WAN D20102041144 016-3708629 NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK CHE SOH BIN SAID TARIKH SERAH: 7 NOVEMBER 2011

Upload: meileeleong

Post on 12-Jul-2016

227 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1B Teknologi Maklumat.pdf

1

Teknologi Maklumat membantu P&P di bilik darjah. Chan May Wan (20102041144)

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

SEMESTER 2 TAHUN 2011

KUMPULAN EL-B06

NAMA KURSUS

TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

KOD KURSUS

KRT 3013

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

CHAN MAY WAN D20102041144 016-3708629

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK CHE SOH BIN SAID

TARIKH SERAH: 7 NOVEMBER 2011

Page 2: Tugasan 1B Teknologi Maklumat.pdf

2

Teknologi Maklumat membantu P&P di bilik darjah. Chan May Wan (20102041144)

Abstrak

Penggunaan teknologi computer dianggap berkesan dan bersesuaian dengan

keperluan pendidikan masa kini. Salah satu faktor kepentingan teknologi ini adalah

ia berkemampuan member keberkesanan untuk guru agar dapat menyampaikan

maklumat kepada pelajar dengan cepat, tepat dan berkesan. Selain itu, ia juga dapat

mempengaruhi pelajar-pelajar menguasai kemahiran dalam sesuatu pembelajaran.

Namun, persoalannya ialah sejauh manakah masalah pengajaran di dalam bilik

darjah dapat ditangani dengan penggunaan teknologi komputer tersebut. Maka

tinjau ini meneliti tahap dan sejauh manakah masalah pengajaran di dalam bilik

darjah dapat ditangani dengan penggunaan teknologi maklumat. Di samping itu, isu

utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran berbantukan

komputer di mana guru kurang mahir dalam mengendalikan komputer untuk

pengajaran serta pelajar kurang berminat dalam pembelajaran juga dibincangkan.

Pengenalan

Teknologi sering dikaitkan dengan penggunaan alat teknologi moden terutamanya

alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, projektor paparan hablur cecair

dan kamera digital. Maka ia merupakan alat media serta proses yang digunakan

untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem

pendidikan atau latihan. Mengikut Galbraith (1976), aplikasi sistematik bermaksud

teknik yang digunakan perlulah mempunyai kerangka reka bentuk untuk

menghasilkan satu sistem yang menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk yang dimaksudkan oleh Saettler

(1990) iaitu teknologi bukan hanya merujuk kepada penggunaan mesin sahaja,

bahkan turut meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Teknik lebih

penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu, proses amat

Page 3: Tugasan 1B Teknologi Maklumat.pdf

3

Teknologi Maklumat membantu P&P di bilik darjah. Chan May Wan (20102041144)

diperlukan (Saettler, 1990). Proses perlu dilihat dalam konteks menggunakan

kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses P&P.

Maka, teknologi pendidikan yang ditakrifkan oleh Bahagian Teknoologi

Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah “ teknologi pendidikan

adalah aplikasi media, sisitem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P

yang berkesan.” Menurut Roblyer (2003), beliau mentakrifkan teknolgi pendidikan

sebagai kombinasi antara proses dan alatan yang terlibat untukl menangani

keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat

yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang berkaitan.

Dengan itu, teknologi pendidikan didefinisikan sebagai penggunaan prinsip-prinsip

saintifik untuk merancang dan melaksanakan sisitem pengajaran. Penekanan adalah

kepada pencapaian objektif pendidikan yang tepat dan ianya boleh diukur,

pemusatan kepada murid dan bukan kepada mata pelajaran.

Sebagai alat bantu mengajar yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat

sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran.

Guru sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam

mengendalikan pengajaran berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran

dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengna kemahiran dan pengetahuan

selaras dengan keperluan pendidikan terkini yang memerlukan pengajaran yang

lebih berpusatkan murid. Kememnterian Pendidikan telah melancarkan penggunaan

komputer bersama Malaysian Institute of Microelectronic System (MIMOS)

melalui projek pembangunan perisian ( Zoraini, 1998). Projek perisian ini digelar

Computer Ingegrated Learning System (COMIL). Selain itu, Kementerian

Pedidikan Malaysia juga memperkenalkan program komputer dalam pendidikan

dengan memberi penekanan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik dan Sains. Justeru itu, guru-guru mata pelajaran berkenaan

dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mata

Page 4: Tugasan 1B Teknologi Maklumat.pdf

4

Teknologi Maklumat membantu P&P di bilik darjah. Chan May Wan (20102041144)

pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia pada tahun 1996 sebagai salah satu langkah untuk mengaplikasikan

teknologi komputer dalam pendidikan (Zakaria Ahmad,2003). Kemantapan dan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi

maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang ada pada guru-guru

dan pelajar-pelajar.

Masalah Pengajaran di Bilik Darjah

Banyak masalah yang wujud dalam pembelajaran boleh diselesaikan dengan

menggunakan teknologi. Antara masalah-masalah pengajaran yang sering dihadapi

di bilik darjah ialah seperti pelajar yang kurang bermotivasi untuk mempelajari

sesuatu topik berkenaan, pencapaian pelajar yang rendah. Selain itu, kemungkinan

subjek berkenaan sukar kerana konsepnya yang abstrak dan kompleks. Kekangan

guru dalam menyediakan banyak latihan untuk subjek yang memerlukan latih tubi

juga merupakan masalah yang sering dihadapi. Sesetengah sekolah juga

menghadapi kekurangan guru yang mempunyai kepakaran dalam subjek berkenaan

dan menyebabkan pelajar kurang faham tentang P&P subjek tersebut.

Masalah bahawa pelajar kurang memberi perhatian semasa pengajaran

dilaksanakan di dalam bilik darjah sudah menjadi satu masalah yang agak kritikal

pada zaman sekarang. Pelajar kurang memberi perhatian boleh disebabkan seperti

mengantuk, tidak berminat atau kurang faham terhadap mata pelajaran yang sedang

diajarkan oleh guru atau tidak berminat dan bosan dengan kaedah atau teknik yang

digunakan oleh guru semasa P&P.

Di samping itu, sikap guru yang agak membosankan boleh dijadikan salah satu

faktor pelajar berasa mengantuk dan bosan di dalam bilik darjah semasa pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Guru sepatutnya tegas supaya pelajar-pelajar dalam

bilik darjah dapat memberi perhatian dengan sepenuhnya. Namun guru hendaklah

Page 5: Tugasan 1B Teknologi Maklumat.pdf

5

Teknologi Maklumat membantu P&P di bilik darjah. Chan May Wan (20102041144)

sentiasa membuat refleksi tentang pengajarannya agar dapat mempertingkatkan

mutu dan kualiti dalam pengajaran.

Selain itu, pelajar mungkin tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran yang

sedang diajarkan dan secara tidak langsung ianya boleh dikaitkan juga dengan

kemahiran tenaga pengajar tersebut yang kurang memuaskan ataupun

membosankan. Sebagai contohnya, guru sepatutnya mempunyai kemahiran atau

teknik agar dapat memupuk semangat pelajar memberi perhatian semasa mengajar.

Perhatian daripada pelajar adalah penting sebab pendidikan kini yang memerlukan

pengajaran lebih berpusatkan pelajar supaya maklumat yang ingin disampaikan

adalah tepat.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga segelintir pelajar yang mempunyai

penyerapan yang kurang cergas, pelajar-pelajar kemungkinan fizikal atau mental

tidak dilatih sepenuhnya menyebabkan sesetengah daripada mereka tidak berupaya

membaca dengan betul. Umpamanya dalam mata pelajaran matematik, jika

segolongan pelajar yang belum menguasai kemahiran tersebut dan segolongan

pelajar yang lain telah menguasai kemahiran, maka guru akan memberi lebih

perhatian kepada yang lemah dan secara tidak langsung masa telah bazir bagi

pelajar yang telah menguasai kemahiran tersebut. Dengan itu, penggunaan

komputer daapt menangani masalah ini dengan adanya bantuan daripada pihak

sekolah dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat peralatan komputer

sentiasa mencukupi serta penyediaan teknologi yang sesuai mengikut peraliran

masa.

Bahasa pengantar juga merupakan salah satu masalah pengajaran di bilik darjah.

Sebagai contoh, PPSMI yang telah dilaksanakan dikatakan kurang berjaya kerana

masalah bahasa yang tidak difahami oleh pelajar –pelajar terutamanya pelajar dari

kawasan pedalaman. Pelajar-pelajar ini biasanya tidak memahami apa yang guru

Page 6: Tugasan 1B Teknologi Maklumat.pdf

6

Teknologi Maklumat membantu P&P di bilik darjah. Chan May Wan (20102041144)

ingin sampaikan dalam pengajarannya dalam Bahasa Inggeris dan mengakibatkan

mereka tidak berminat dan faham dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Satu lagi aspek yang dilihat di mana seingkali pelajar didapati tidak dapat melihat

tulisan yang dituliskan di papan hitam dalam bilik darjah. Justeru itu, pelajar

mungkin membuat andaian dan akhirnya nota yang kurang tepat dihasilkan.

Keadaan ini telah mencacakkan image kemahiran seseorang guru yang mungkin

akan membawa salah silap di antara pihak-pihak tertentu.

Kesan Aplikasi Teknologi Komputer Terhadap Pelajar Dalam Menyelesaikan

Masalah Di Bilik Darjah

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dipercayai dapat

menangani masalah-masalah yang telah dibincangkan di atas kerana penggunaan

komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Di

samping itu, penggunaan komputer dapat menghasilkan penyampaian yang lebih

kemas. Ini adalah kerana terdapat perisian-perisian yang direkacipta seperti

Microsoft PowerPoint yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maklumat

secara visual dimana image, animasi dan bunyi boleh dimuatkan ke dalam sessi

sesuatu pembelajaran. Maklumat lebih senang diproses serta diserap ke dalam

pemikiran seseorang kerana maklumat tersebut telah dimanipulasikan ke dalam

pelbagai cara iaitu animasi, image dan bunyi yang lebih senang difahami dan serta

daya peningatan yang lebih mendalam terhadap maklumat tersebut.

Selain itu, terdapat juga perisian-perisian pendidikan yang berkemampuan

melaksanakan interaksi dengan pelajar. Dengan itu tahap pemahaman pelajar

tersebut dapat diuji dan keputusan ujian tersebut dapat dikemaskinikan ke dalam

pangkalan data melalui sistem komputer. Secara tidak langsung, penggunaan

komputer dapat digunakan untuk pengurusan data dalam pembelajaran dimana

Page 7: Tugasan 1B Teknologi Maklumat.pdf

7

Teknologi Maklumat membantu P&P di bilik darjah. Chan May Wan (20102041144)

prestasi seseorang pelajar tersebut dapat dipantau dari semasa ke semasa. Guru

boleh menyemak pencapaian murid melalui kuiz atau ujian, senarai semak atau

pemerhatian yang dilakukan di akhir pengajaran. Perubahan strategi dan pemilihan

teknologi boleh dilakukan berdasarkan kepada analisis pencapaian objektif

pembelajaran. Tambahan pula, dengan wujudnya pangkalan data tersebut, pelajar

yang lemah atau yang belum menguasai kemahiran tersebut turut dapat dibuat

analisi menerusi perisian yang canggih. Analisis yang telah dibuat membantu guru

merancang tindakan yang harus diambil seperti mengadakan kelas bimbingan atau

pengukuhan bagi pelajar-pelajar tersebut. Selain daripada guru, ibubapa juga turut

dapat mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Maka

secara tidak langsung, komunikasi di antara ibubapa dan guru sentiasa diadakan

dan kedua-dua pihak dapat bekerjasama dalam usaha memajukan prestasi pelajar

dalam akademik.

Berdasarkan kepada pencapaian objektif pembelajaran dan input pendapat pelajar,

guru boleh merancang dan menilai teknologi yang mungkin lebih sesuai digunakan

dalam pembelajaran subjek berkenaan. Guru mesti pandai memilih kesesuaian

teknologi berdasarkan latar belakang pelajar. Ini kerana sebahagian teknologi

mungkin sesuai hanya untuk pelajar tertentu sahaja. Contohnya, pelajar yang

mempunyai kecerdasan tinggi mungkin lebih sesuai menggunakan perisian simulasi

berbanding pelajar kecerdasan rendah yang lebih serasi dengan perisian tutorial.

Penilaian yang dilakukan juga membolehkan guru menilai sama ada pemilihan

strategi pengajaran adalah bersesuaian dengan teknologi yang digunakan.

Contohnya, intergrasi web mungkin lebih sesuai digunakan dalam pembelajaran

berasaskan penyelesaian masalah berbanding pembelajaran berorientasikan

koperatif.

Di samping itu, bahan-bahan pendidikan yang berbentuk kuiz atau permainan boleh

diperolehi dari rangkaian internet untuk memeriahkan lagi suasana di dalam bilik

Page 8: Tugasan 1B Teknologi Maklumat.pdf

8

Teknologi Maklumat membantu P&P di bilik darjah. Chan May Wan (20102041144)

darjah yang mungkin membosankan. Suasana yang menarik dan selesa bukan

sahaja dapat memupuk minat seseorang pelajar memberi tumpuan malah ia

memberi kesan yang cukup mendalam untuk maklumat tersebut diproses dalam

pemikiran dan pengingatan seseorang. Gambar yang sebenar, animasi serta audio

dapat menarik perhatian serta minat pelajar untuk belajar.

Penggunaan komputer juga dilihat dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah.

Dengan adanya peralatan berteknologi tinggi dan perisian yang sesuai, guru dalam

bilik darjah mungkin boleh mengasingkan pelajar dengan membezakan mereka

yang telah menguasai kemahiran dan pelajar yang lemah. Maka, guru mampu

menjalankan dua tugas pada waktu yang sama iaitu sebahagian waktu guru

bergantung kepada sistem komputer untuk mengambil tempatnya untuk mengajar

pelajar yang sudah menguasai kemahiran dengan memberi pengayaan atau latihan

pengukuhan sementara guru tersebut boleh memberi tumpuan perhatian kepada

pelajar yang lemah. Keadaan ini dapat mengimbangkan masa bagi pelajar yang

sudah dan belum menguasai kemahiran agar mereka tidak berasa bosan atau

membazirkan masa.

Kesimpulannya, komputer boleh direkabentuk agar dapat membantu pelajar secara

individu dan berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan aturcara

aplikasi tertentu, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima

oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk

kepada sistem pendidikan konvensioanal, kesemua pelajar terpaksa mengikut

sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira sama ada mereka mengikuti dan

menguasai kemahiran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang

terutamanya kepada golongan pelajar yang lemah. Dengan penggunaan teknologi

komputer, bahan pengajaran yang dipaparkan pada projektor akan menjadi jelas

dan terang. Maka, pelajar –pelajar akan lebih mudah untuk membaca nota yang

Page 9: Tugasan 1B Teknologi Maklumat.pdf

9

Teknologi Maklumat membantu P&P di bilik darjah. Chan May Wan (20102041144)

dipaparkan. Selain itu, pelajar-pelajar juga boleh menyalin nota atau latihan yang

berbentuk “digital” untuk membuat ulangkaji selain daripada buku nota.

Walau bagaimanapun, masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan

pengajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan dan keyakinan.

Kemahiran menyediakan peralatan multimedia juga diperlukan. Adakalanya, masa

telah dibuang seakan-akan hendak menghidupkan projektor. Begitu juga dengan

sistem yang memiliki kapasiti yang lemah, ia memerlukan masa yang lebih panjang

dalam pemprosesan data. Dengan itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan

bengkel atau latihan dalam perkhidmatan bagi guru-guru agar dapat

mempertingkatkan kemahiran dalam komputer.

Rumusan

Guru perlulah menguasai konsep pengajaran berbantukan komputer agar

pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada

mutu pengajaran. Dua komponen yang perlu ada di dalam pengajaran berbantukan

komputer iaitu komputer dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada

peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran

menggunakan komputer agar memberi kesan yang optimum kepada pelajar. Ini

termasuklah masalah yang terdapat di dalam bilik darjah perlu ditangani secara

berkesan supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.Dengan itu,

guru-guru hendaklah menyiapkan diri dengan kepakaran dan kelebihan dalam

teknologi maklumat ini agar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran.

Page 10: Tugasan 1B Teknologi Maklumat.pdf

10

Teknologi Maklumat membantu P&P di bilik darjah. Chan May Wan (20102041144)

Rujukan

www.cikgublog.com/ict-dalam-pendidikan

Sumber teknologi pendidikan dalam Pengajaran dan pembelajaran

www.educ.upm.edu.my/~rj/5.html

Pendidikan Teknologi dalam Pendidikan

www.slideshare.net/.../penggunaan - United States