tugasan 1-ame3013 ensembel vokal

15

Click here to load reader

Upload: zainudin-said

Post on 07-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tugasan ensembel vokal

TRANSCRIPT

PEMARKAHAN1TUGASAN 12TUGASAN 23.TUGASAN 34E FORUMJumlah

RISSEMESTER 1 SI 2010/2011KOD & NAMA KURSUSAME3013ENSEMBEL VOKALTAJUK TUGASAN

Nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik. Bincangkan.

KUMPULANGroup UPSI01(A142PJJ)DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

ZAINUDIN BIN SAIDD201020433020197078412

NAMA PENSYARAH E-LEARNING: DR. MOHD NIZAM BIN NASRIFANTARIKH SERAH: 3 MEI 2015PENDAHULUANNyanyianmerujuk kepada aktiviti membunyikansuaradalam bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuanalat muzikatau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabangseni. Mereka yang menyanyi digelarpenyanyi. Nyanyian merupakan suatu aktiviti yang amat menyeronokan bagi seseorang kanak-kanak. Melalui aktiviti menyanyi kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka. Tokoh-tokoh seni muzik seperti Jacques Dalcroze, Carl Offf, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon memfokuskan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemaahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat.Rajah 6 di bawah ini menunjukkan aktiviti lagu dan nyanyian.

NYANYIANMenurut kamus dewan muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan penyataan perasaan atau bunyi-bunyian (Kamus Dewan edisi baru,1989, halaman : 849 ) . Nyanyianmerujuk kepada aktiviti membunyikansuaradalam bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuanalat muzikatau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabangseni. Mereka yang menyanyi digelarpenyanyi.Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Suara dijadikansatu alat muzik semula jadi dimana kanak-kanak dapat menggunakan dibahagikan kepada beberapa di bawah. Ia kebiasaannya dicipta bagi memnuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalahseperti permaian jari, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsure nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau.Memetik falsafah Kodaly muzik merupakan kepunyaan manusia. Muzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat untuk menghasilkan rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Pendidikan muzik membolehkan bakat muzik seseorang kanak-kanak berkembang. Selain itu, aspek pendengaran, intelek, emosi, fizikal, dan kebudayaan turut berkembang.Suara adalah alat semula jadi yang berkesan. Oleh itu, manusia yang dikurniakan suara perlu mempunyai pengalaman muzik pertama bermula dengan nyanyian.If I were to try express the essence of this education in one word, that word would he singing Zoltan Kodaly Pelbagai muzik vocal boleh dilakukan iaitu nyanyian secara solo ataupun secara berkumpulan ataupun nyanyi dua lapisan suara. Nyanyian dapat memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vocal seperti konsep muzik iaitu berbentuk irama, melodi, bentuk dan ekspresi. Ia juga berfungsi sebagai muzik iaitu perayaan, tarian serta upacara dan digunakan sebagai teknik persembahan.BIDANG NYANYIANBidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vocal diadakan bagi seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensemble.penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidng ialah melodi dan irama.Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti Mari menyanyi tiga bntuk nyanyian iaitu dengan menyanyikan lagu yang digemari iaitu lagu beraksi dan lagu berentak tradisional, lagu pusingan dan lagu suara lapisan, menyanyi secara spontan dan hafalan, serta menyanyi secara dengan menggunakan skor muzik.Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah menyanyi secara muzikal. Menyanyi secara muzikal adalah seperti menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan member penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama dan menyanyi pebagai jenis lagu dengan member tumpuan kepada pic, tempo, corak irama, melodi dan ekspresi mengikut mud dan dinamik.Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah penekanan teknik dan cara menyanyi iaitu dengan membuat latihan vokal dengan member tumpuan kepada skel dan warna ton.Di sini juga kanak-kanak dapat membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada pernafasan, pengeluaran melatih mendegar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. Kanak-kanak juga dapat membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannyasuara, artikulasi, sebutan dan postur.Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah meneroka dan mengenal muzik nyanyian. Dengan adanya kegiatan ini kanak-kanak dapat. Kanak-kanak dapat mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek seperti lirik, melodi, cara menyanyi dan cara persembahan. Kanak-kanak juga dapat mendengar secara bebas dan berpandukan dengan member perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh. Selain itu juga, kanak-kanak dapat member respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. mereka juga dapat mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari Negara lain.

KEPENTINGAN NYANYIAN

Menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara dan sebab-sebab penting dalam mempelajari nyanyian adalah seperti berikut :

a) suara adalah instrumen yang dimiliki oleh semua orang dan oleh kerana itu ia adalah cara yang baik untuk kanak-kanak mengalami muzik.

b) membentuk suara nyanyian adalah juga suatu kemahiran fizikal seperti juga belajaruntuk bercakap, berjalan, atau menulis, danpengabaiannya adalah sesuatu yangtidak harus berlaku.

c) Nyanyian merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan yang boleh dilakukan secaraindividu atau kumpulan.

d) nyanyian adalah suatu kemahiransosial. Terdapat banyak peristiwa dalam kehidupan kita di mana nyanyian memainkan peranan yang penting. Ia sudah semestinya adalahsatukemahiran yangtidak seharusnya diabaikandi sekolah .

e) Ianya menyihatkan badan , menggalakkanpernafasandanposturyang baik.

f) Nyanyian adalah laluan terbaikuntukpenglibatan yang lebih mendalam dalam pembelajaran muzik.

g) Dengan nyanyian kita boleh meluahkan emosi, memberi peluang kanak-kanak mengekspresi diri kerana ia merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan.

h) Kita boleh mencapai kenikmatan muzikal secara kolektif dalam sebuah ensembel koir yang mana mungkin kurang dicapai kalau dilakukan sendirian.

i) Nyanyian juga merangsang otak dan menjana memori kanak-kanak .

j) Ia adalah sesuatu yang kita semua boleh lakukan sememangnya,kanak-kanak mula"belajar" menyanyi tanpa sesiapa sebenarnya mengajar mereka untuk berbuat demikian.

NYANYIAN DAN ASPEK PERKEMBANGAN MURID

Pengajaran dan pembelajaran muzik perlu berlaku awal di prasekolah. Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka perlu dibimbing dan belajar muzik awal di prasekolah supaya tidak terdedah kepada muzik yang tidak bermutu.

Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah. Muzik dapat memperkembangkan JERIS. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unified School District Project di AS, tahap pencapaian murid yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran utama lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa sedikit untuk mata pelajaran muzik.Selain itu muzik juga dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, berdikari, memberi pendapat memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing .Menurut teori perkembangan kognitif Jean Piaget proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga mencapai kematangan. Setiap individu akan mencuba menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.

A. Nyanyian dan Lagu dalam Aspek Perkembangan Kanak-kanak Seperti yang kita ketahui, nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak sekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Suara dijadikan satu alat muzik semula jadi di mana kanak-kanak dapat menggunakannya seluas mungkin. Lagu kebiasaannya dicipta bagi memenuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalah seperti permainan jari, lagu aksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsur nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau. Pelbagai aktiviti muzik vokal boleh dilakukan seperti nyanyian secara solo ataupun secara ensembel atau berkumpulan ataupun nyanyi lapisan suara. Nyanyian dapat memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vokal seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk, ekspresi dan lain-lain) . Ia juga berfungsi sebagai aktiviti muzik bagi sesuatu perayaan, tarian serta dalam upacara-upacara tertentu dan juga digunakan sebagai satu bentuk teknik persembahan. B. Bidang Nyanyian Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensemble nyanyian. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat negara kita. Konsep muzik yang banyak ditegaskan dalam bidang ini ialah melodi dan irama. Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah menyanyi secara muzikal. Menyanyi secara muzikal adalah seperti menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama dan menyanyi pebagai jenis lagu dengan member tumpuan kepada pic, tempo, corak irama, melodi dan ekspresi mengikut mud dan dinamik yang sesuai. Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah penekanan teknik dan cara menyanyi iaitumelalui latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada skel dan warna ton. Di sini juga kanak-kanak dapat membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada pernafasan, pengeluaran suara, artikulasi, sebutan dan postur. Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah meneroka dan mengenal muzik nyanyian. Dengan adanya kegiatan ini kanak-kanak dapat melatih mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. Kanak-kanak juga dapat membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik dalam mereka. Kanak-kanak dapat mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek seperti lirik, melodi, cara menyanyi dan cara persembahan. Kanak-kanak juga dapat mendengar secara bebas dan berpandukan dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal serta berbincang mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh. Selain itu juga, kanak-kanak dapat memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. Mereka juga dapat mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari negara-negara lain. i) Nyanyian dan Lagu dalam Aspek Perkembangan Bahasa Melalui nyanyian juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Nyanyian yang melibatkan senikata dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga dapat menyedari setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti memberi peluang kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti-aktivitinyanyian, menyanyi secara muzikal dan penekanan teknik dan cara menyanyi. Melalui aktiviti nyanyian guru dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui nyanyian juga kanak-kanak dapat mengekspresi perasaan mereka samada suka, gembira, sedih dan sebagainya. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan. Aktiviti nyanyian juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak. Sewaktu menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti keluarga, doktor, anggota polis, guru, peniaga,haiwan dan sebagainya seperti yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Selain itu, aktiviti bermain sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak dapat memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi. ii) Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Sosial Aktiviti nyanyian juga dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak kanak. Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan semasa aktiviti nyanyian dijalankan. Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti nyanyian menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.C. Nyanyian dan Lagu dalam Aspek Perkembangan Emosi Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak khususnya dengan aktiviti menyanyi yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia. Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan atau pun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan. Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan, kehendak(desire), dan komponen emotif. Antarakomponen emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dankemarahan.Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya.Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting.Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkintidak akan Berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat sekolah rendah pemupukan emosi positif amat dititikberatkan seperti yang terdapat dalam aktiviti nyanyian. Ini adalah keranan nyanyian dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti menyanyi.Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, berkarya, meluahkan emosi, dan menunjukkan kebolehan. Selain itu, perkembangan sosio emosi juga boleh dipupuk semasa guru mengaja raktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan.Ini berlaku kerana muzik digemari secara semulajadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapa tmeluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik.Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.

KESIMPULANMenyanyi adalah salah satu fitrah kanak-kanak yang sukakan hiburan. Oleh kerana aktiviti menyanyi telah menjadi sebahagian daripada hidup kanak-kanak, proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak diserapkan dengan aktiviti seumpama ini. Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Suara adalah alat muzik semula jadi iaitu kanak-kanak dapat menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui nyanyian.

RUJUKAN

Modul AME3013Kamus dewan (dewan Bahasa dan Pustaka)http://kumpulan4a.blogspot.com/2010/03/muzik-dapat-membantu-perkembangan.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nyanyianhttp://www.slideshare.net/syazayasmin/zoltan-kodalyhttp://shahroel.blogspot.com/2009/09/nyanyian-dan-lagu-dalam-aspek.html