trinitugal laluan berkhutbah · kita ini adalah kerja roh kudus. “laluan berkhutbah” adalah...

8
“Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev. Wendolyn Trozzo. LSC@STSsabah.org P.O. Box 11925, 88821 Kota Kinabalu, Sabah 088 231579 Trinitugal Topik: Tritunggal Tritunggal adalah doktrin yang diminati oleh ramai orang, tetapi ia juga adalah salah satu doktrin yang ramai pengkhutbah mendapati sukar untuk bdibincangkan. Memang terdapat pelbagai aspek perbincangan tentang Allah sebagai Tritunggal, tetapi salah satu aspek yang sering diabaikan adalah pemahaman terhadap Tritunggal sebagai tindakan Allah untuk menjadikan kita sepertiNya. Teks: 2 Korintus 3:12-18 Dalam 2 Korintus bab 3 dan 4, Paulus membincangkan empat aspek pelayanan kerasulan. Setiapnya boleh diringkaskan dengan satu pernyataan yang menandakan pelayanan ini. Beliau menyatakan “Kami mempunyai keyakinan begini… (3:4),” “Kami mempunyai pelayanan ini… (4:1),” “Kami mempunyai harta ini … (4:7),” dan “Kami mempunyai roh iman yang sama... (4:13).” Petikan yang ditumpukan oleh kita tumpukan bermula pada 3:12 dengan memberitahu kita, “kami mempunyai harapan sedemikian.” Oleh itu, yang penting dalam petikan ini adalah soalan mengenai apakah sebenarnya harapan yang menandakan pelayanan kerasulan dan sesungguhnya, kehidupan Kristian. Ia adalah harapan untuk diubahkan kepada gambar Allah yang kita kenali dalam Kristus melalui kerja Roh Kudus. Maka, harapan kita adalah untuk mengubah kehidupan kita melalui kuasa Tritunggal supaya kita menjadi umat yang kudus. Laluan Berkhutbah “Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran Ditulis oleh Rev. Dr. Eric Trozzo, Pengarah Pusat Pengajian Lutheran Lagu dan Puji-pujian: Hormat Dibri (Gloria Patri) Suci, Suci, Suci Doxology Apa yang dikatakan oleh ahli-ahli teologi? "Tritunggal pada asasnya bukan sesuatu doktrin yang boleh dipelajari dan dijelaskan, tetapi adalah cerita yang perlu dialami. [Apabila berdakwah tentang Tritunggal] kita tidak seharusnya cuba menjelaskannya. Mungkin perkara terbaik untuk dilakukan ialah apa yang kita harus lakukan setiap hari Ahad, iaitu mengenang kembali sambil menceritakan semula kisah Injil: kisah Yesus yang bangkit, AbbaNya, dan Roh mereka.” -- Walter Bouman, ahli teologi Amerika Syarikat pada abad ke-20

Upload: others

Post on 25-Oct-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Trinitugal Laluan Berkhutbah · kita ini adalah kerja Roh Kudus. “Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev

“Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev. Wendolyn Trozzo.

[email protected] P.O. Box 11925, 88821 Kota Kinabalu, Sabah 088 231579

Trinitugal

Topik: Tritunggal

Tritunggal adalah doktrin yang diminati oleh ramai orang,

tetapi ia juga adalah salah satu doktrin yang ramai

pengkhutbah mendapati sukar untuk bdibincangkan.

Memang terdapat pelbagai aspek perbincangan tentang

Allah sebagai Tritunggal, tetapi salah satu aspek yang

sering diabaikan adalah pemahaman terhadap Tritunggal

sebagai tindakan Allah untuk menjadikan kita sepertiNya.

Teks: 2 Korintus 3:12-18 Dalam 2 Korintus bab 3 dan 4, Paulus membincangkan empat aspek pelayanan kerasulan. Setiapnya boleh diringkaskan

dengan satu pernyataan yang menandakan pelayanan ini. Beliau menyatakan “Kami mempunyai keyakinan begini…

(3:4),” “Kami mempunyai pelayanan ini… (4:1),” “Kami mempunyai harta ini … (4:7),” dan “Kami mempunyai roh

iman yang sama... (4:13).” Petikan yang ditumpukan oleh kita tumpukan bermula pada 3:12 dengan memberitahu kita,

“kami mempunyai harapan sedemikian.” Oleh itu, yang penting dalam petikan ini adalah soalan mengenai apakah

sebenarnya harapan yang menandakan pelayanan kerasulan dan sesungguhnya, kehidupan Kristian. Ia adalah harapan

untuk diubahkan kepada gambar Allah yang kita kenali dalam Kristus melalui kerja Roh Kudus. Maka, harapan kita

adalah untuk mengubah kehidupan kita melalui kuasa Tritunggal supaya kita menjadi umat yang kudus.

Laluan Berkhutbah “Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran

Ditulis oleh Rev. Dr. Eric

Trozzo, Pengarah Pusat

Pengajian Lutheran

Lagu dan Puji-pujian:

Hormat Dibri (Gloria Patri)

Suci, Suci, Suci

Doxology

Apa yang dikatakan oleh ahli-ahli teologi? "Tritunggal pada asasnya bukan sesuatu doktrin yang boleh

dipelajari dan dijelaskan, tetapi adalah cerita yang perlu

dialami. [Apabila berdakwah tentang Tritunggal] kita tidak

seharusnya cuba menjelaskannya. Mungkin perkara terbaik

untuk dilakukan ialah apa yang kita harus lakukan setiap hari

Ahad, iaitu mengenang kembali sambil menceritakan semula

kisah Injil: kisah Yesus yang bangkit, AbbaNya, dan Roh

mereka.” -- Walter Bouman, ahli teologi Amerika Syarikat

pada abad ke-20

Page 2: Trinitugal Laluan Berkhutbah · kita ini adalah kerja Roh Kudus. “Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev

“Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev. Wendolyn Trozzo.

[email protected] P.O. Box 11925, 88821 Kota Kinabalu, Sabah 088 231579

Trinitugal Hukum dalam Teks: Paulus memberitahu kita bahawa harapan yang

diisytiharkan oleh pelayanannya berbeza dengan

harapan yang dipmiliki oleh Musa. Paulus

membangkitkan imej Keluaran 34, di mana Musa

berbicara secara bersemula dengan Allah. Apabila

Musa kembali selepas bercakap dengan Allah, mukanya

menjadi begitu terang setelah berada di hadapan

kemuliaan Allah sehingga Musa terpaksa menutup

mukanya dengan tudung, jika tidak, orang akan kagum

dengan cahaya yang begitu sengit. Maka, secara

simbolik, Paulus

mengatakan bahawa

apabila hukum Musa

dibaca sehingga ke hari ini,

minda orang menjadi

kabur seolah-olah

diselubungi oleh tudung.

Maksud Paulus adalah

bahawa tudung ini

menghalang orang daripada melihat kebenaran

keseluruhan: perjanjian hukum berakhir dengan

Kristus. Iaitu, dengan melihat pada hukum Allah, kita

mungkin dapat melihat sebahagian daripada kemuliaan

Allah, dan ia adalah imej kemuliaan yang diredamkan

dan diselewengkan. Oleh itu, jika pemahaman kita

tentang Allah berdasarkan hukumNya, kita akan salah

faham siapa sebenarnya Allah.

Injil dalam Teks: Paulus seterusnya memberitahu kita bahawa dalam

Kristus Allah mengalihkan tudung tersebut supaya

kita boleh melihat dengan jelas kebenaran mengenai

Allah. Melalui Kristus kita tidak sama dengan

mereka yang hanya mempunyai pandangan yang

diselewengkan mengenai Allah melalui hukum-

hukum yang diberikan oleh Musa, tetapi kita adalah

seperti Musa yang mempunyai pandangan terus

mengenai Allah. Paulus memberitahu kita bahawa

Kristus dengan sempurnanya mencerminkan

Allah Bapa. Iaitu, apabila melihat pada Kristus,

kita melihat kebenaran sepenuhnya mengenai

siapaNya Allah. Kristus adalah imej cermin

Bapa tanpa pemesongan; untuk mengenal

Kristus adalah untuk mengenal Bapa. Dan

untuk mengenal Kristus adalah untuk mengenal

kebebasan. Daripada senarai peraturan yang

perlu kita ikuti untuk diperkenan Allah,

kebenaran sepenuhnya mengenai Allah adalah

kebebasan. Dalam Kristus, kita tahu bahawa kita

diterima oleh Allah bukan kerana kita telah

mengikuti segala yang disenaraikan dalam hukum-

hukum Allah, tetapi kerana kita dikasihi. Kita

dibebaskan dari perintah untuk menjadi sempurna.

Kedudukan kita di hadapan Allah datang dari rahmat

Allah dan bukan dari nilai amalan kita.

Transformasi: Paulus tidak berhenti dengan Kristus sebagai imej cermin yang sempurna

mengenai Bapa. Beliau seterusnya memberitahu kita bahawa sambil kita semua melihat ke dalam cermin

kemuliaan Allah itu, kita diubahkan oleh Roh Kudus supaya menjadi imej yang sama. Iaitu, lebih banyak kita

menumpukan kehidupan kita terhadap Kristus, dengan lebih lagi kita menjadi seperti Kristus. Mengikut

pengertian ini, kehidupan seorang Kristian adalah kehidupan yang sentiasa merenungkan Kristus. Apabila kita

mempelajari kehidupan Yesus dan menumpukan kepada rahmat Kristus, kehidupan kita akan semakin

kelihatan seperti kehidupan Kristus. Kemuliaan Allah akan semakin bersinar dalam kehidupan kita. Oleh itu,

kehidupan yang berterusan sebagai seorang Kristian adalah supaya semakin menjadi seperti Allah. Ini tidak

bermakna kita akan menjadi imej Bapa yang sempurna seperti Kristus, tetapi sebaliknya bahawa imej tersebut

akan menjadi lebih jelas apabila kita memberi tumpuan kepada Kristus. Perubahan atau penyucian kehidupan

kita ini adalah kerja Roh Kudus.

Page 3: Trinitugal Laluan Berkhutbah · kita ini adalah kerja Roh Kudus. “Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev

“Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev. Wendolyn Trozzo.

[email protected] P.O. Box 11925, 88821 Kota Kinabalu, Sabah 088 231579

Trinitugal Renungan Teologi mengenai Doktrin Tritunggal:

Kita mendapati dalam petikan ini bahawa Tritunggal Kudus bagi kita adalah tindakan Allah dalam

kehidupan kita untuk membentuk kita ke dalam imej Allah. Percubaan kita untuk menjadi umat yang kudus

dengan mengikuti hukum Allah gagal. Ia gagal kerana kita adalah umat yang pada terasnya berdosa, tetapi ia

juga gagal kerana hukum adalah imej yang diselewengkan mengenai siapa sebenarnya Allah. Sifat sebenar Allah

bukanlah untuk memberikan hukum yang ketat dan menuntut ketaatan mutlak. Sifat sebenar Allah adalah

yang menkasihi secara mendalam dan tanpa syarat. Kasih ini tidak dicerminkan dalam hukum, tetapi dapat

dilihat dalam Kristus. Bapa dan Anak adalah imej sempurna antara satu sama lain. Mengetahui kebenaran

mengenai Kristus bermaksud mengetahui kebenaran mengenai Allah. Dalam Kristus, kita menjumpai

kebebasan kerana kita mengenali kasih Allah.

Sambil kita memandang pada kebenaran mengenai kasih, Roh Kudus mengubah kita menjadi umat

yang lebih penyayang. Sambil keupayaan kita untuk mengasihi orang lain berkembang, kita semakin

mencerminkan kemuliaan kasih Allah. Ini masuk akal. Kita dibentuk oleh perkara-perkara yang kita lakukan

dan renungkan sepanjang hari. Jika kita menghabiskan semua masa kita dengan memberi tumpuan kepada

sukan, kita akan cenderung menjadi lebih berdaya saing dalam semua aspek kehidupan. Jika kita menghabiskan

masa kita dengan memberi tumpuan kepada wang, kita akan cenderung berorientasi kewangan dalam semua

aspek kehidupan kita. Oleh itu, jika kita menghabiskan masa kita dengan memberi tumpuan kepada Allah, kita

akan menjadi penyayang dalam semua aspek kehidupan kita. Ini adalah kerja Roh Kudus.

Oleh itu, ketika berceramah tentang Tritunggal, kita tidak perlu

terjebak dalam doktrin-doktrin terperinci atau perbahasan falsafah.

Tritunggal adalah satu cara bercakap tentang kehidupan kita yang

menunjukkan kemuliaan Allah dengan mengenali Kristus. Ia adalah cara

untuk memberitahu kita bahawa Allah adalah lebih besar daripada senarai

hukum-hukum; Allah adalah sejenis kasih yang menjadikan kita lebih

penyayang. Allah Bapa adalah penyayang secara semula jadi. Melalui

Kristus, kita tahu ini adalah benar. Melalui Roh Kudus, kasih tersebut

menjadi sebahagian daripada identiti kita. Inilah kisah Tritunggal.

Doa: Tritunggal Kudus, kami memuji Mu dan menjemput Mu ke dalam hati, jiwa dan minda kami. Roh

Kebenaran, ajarilah kami supaya kami mengetahui lebih lanjut mengenai Kristus, supaya kami

juga boleh mengenali Bapa. Yesus, Penyelamat kami, selamatkan kami dari perhambaan kepada

dosa. Bapa Pencipta, wujudkan dalam kami hati yang baru yang boleh mengalami kasih Allah

Tritunggal. Kami berdoa dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus, Satu Allah. Amin.

Page 4: Trinitugal Laluan Berkhutbah · kita ini adalah kerja Roh Kudus. “Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev

Keraguan/Ketidakpercayaan

“Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev. Wendolyn Trozzo.

[email protected] P.O. Box 11925, 88821 Kota Kinabalu, Sabah 088 231579

Ditulis oleh Rev. Wendolyn Trozzo,

Penyelaras Jangkauan Berjemaah

untuk Pusat Pengajian Lutheran

Topik: Keraguan/Ketidakpercayaan

Perkataan “keraguan” berasal dari perkataan Greek

“diakrino”. Ia mempunyai banyak maksud yang berkaitan

dengan bagaimana kita berfikir: ia boleh bermakna untuk

membezakan atau menghakimi, untuk memisahkan dan

membahagi, untuk bergaduh atau berjuang. Ini semua

adalah proses mental dalaman kerana kita memilih apa yang

kita boleh percaya. Dalam Perjanjian Baru, keraguan

bergerak menentang harapan atau keyakinan, yang mungkin

membuat kita berfikir bahawa keraguan adalah tidak baik

atau berdosa. Tetapi dalam Perjanjian Baru, keraguan hanya

wujud di mana Injil boleh didengar atau dilihat. Oleh itu,

kita tidak ditinggalkan bersendirian dalam keraguan kita.

Kita tidak terpisah daripada Allah atau Gereja; sebaliknya,

Allah menemui kita dalam ketidakpercayaan kita dan

menawarkan kepada kita harapan yang boleh dipercayai.

Teks: Yohannes 20:24-31 Thomas, seorang dari 12 murid-murid itu, tidak bersama

dengan 11 yang lain selepas penyaliban Yesus. Apabila yang lain memberitahu Thomas mengenai penampilan

Yesus yang terbangkit, dia ragu-ragu untuk mempercayai mereka, dan berkata bahawa dia memerlukan bukti

dengan menyentuh Yesus sebenarnya. Yesus bertindak balas kepada keperluan Thomas: Dia muncul sekali lagi

dan Thomas melafazkan pengakuan kepercayaan yang terbesar dalam Injil Yohanes apabila dia berkata,

“Allahku dan Allahku!” Petikan ini berakhir dengan jemputan kepada pembaca moden supaya disertakan dalam

kepercayaan dan kegembiraan murid-murid tersebut.

Teks berkaitan: Roma 14:23 keraguan sebagai dosa; Matius 17:20 keraguan sebagai

lemah hati tetapi iman sebesar biji sesawi; “Allah, saya percaya,

bantulah ketidakpercayaan aku.” Yesus dengan murid-muridNya

menenangkan ribut, “Kamu yang kurang/tidak beriman”, Mazmur 42:5

-6, Yesaya 49:14-15, kitab Ayub, Matius 28:17 (“mereka menyembah

dan mereka meragui”).

Doa: Allah yang Mengasihi, terima

kasih kerana berjanji akan bersama kami dalam

masa yang baik dan buruk. Apabila kami

meragui Anda atau kasih Mu, tunjukkan kepada

kami Injil Mu. Apabila kami berasa keseorangan

dalam keraguan kami, bawa kami kembali ke

Gereja kudus Mu. Bantulah kami untuk

menjadikan keraguan sebagai pintu masuk

kepada iman. Kami berterima kasih bahawa

Anda tidak pernah meninggalkan kami

bersendirian dalam perjuangan kami. Hantarlah

Roh Mu untuk menenangkan hati kami dan

memberi kami keberanian. Kami meminta ini

dalam nama Yesus, yang mengasihi kami

secukupnya untuk memberikan nyawaNya untuk

kami. Amin.

“Kasih karunia-Nya adalah lebih besar daripada dosa-dosa kamu.”

Sumber: Cari teks lain mengenai keraguan dalam buku-buku seperti Alkitab

Topikal Zondervan. Kamus Teologi Perjanjian Baru memberi latar belakang

perkataan-perkataan yang berkaitan dengan keraguan pada halaman 504.

Page 5: Trinitugal Laluan Berkhutbah · kita ini adalah kerja Roh Kudus. “Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev

Keraguan/Ketidakpercayaan

“Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev. Wendolyn Trozzo.

[email protected] P.O. Box 11925, 88821 Kota Kinabalu, Sabah 088 231579

Hukum + Injil = Transformasi

Hukum: Dalam dunia barat, Thomas sering

diperkatakan sebagai “Thomas Peragu” – inilah yang paling

diingati tentang Thomas. Namun para murid yang lain semua

meragui cerita wanita tentang kubur yang kosong; mereka semua

terpaksa melihat Yesus, sama seperti yang dilakukan oleh

Thomas. Masalah Thomas yang paling besar adalah bahawa

selepas pembunuhan kejam Yesus, dia telah meninggalkan yang

lain, mungkin kerana mengalami kesedihan bercampur

ketakutan. Bagi beliau, hukum Allah tidak ditunaikan dalam

Yesus, dan dia tidak tahu lagi apa yang boleh dipercayai atau apa

yang perlu dilakukan dengan hidupnya. Ramai orang percaya

bahawa Thomas perlu dimalukan atau dihukum kerana

ketidakpercayaannya. Tetapi cuba memikirkan: bayangkan

Gereja sebagai unggun api yang membakar dengan kuat kerana

terdapat banyak kayu dalam api tersebut. Thomas

adalah seperti ranting yang dikeluarkan dari api dan

dipadamkan dengan cepatnya. Hukum dalam

petikan ini akan memberi tumpuan kepada

pemisahan, ketidapercayaan dan kata-kata Thomas

yang mencabar, cara apinya dipadamkan ialah apabila

dia dipisahkan dari masyarakatnya. Tetapi apabila

ranting begini diletakkan kembali ke dalam api, ia

boleh dinyalakan semula dan membakar dengan

kuat. Gereja hari ini perlu berhati-hati supaya tidak

menghalau orang atau menghukum mereka kerana

keraguan mereka; orang yang meluahkan keraguan

mereka memberi peluang kepada Gereja untuk

bercakap mengenai Injil.

Injil: Yesus tidak membiarkan Thomas dalam

ketidakpercayaannya. Dalam ketiadaan Yesus,

Thomas menuntut suatu keajaiban: untuk

menyentuh tanda paku pada tubuh Yesus. Yesus

bukan sahaja memberikan Thomas keajaiban yang

dimintanya (didoakannya?); Yesus menukarkan

kemunculannya kepada wahyu yang hebat yang

menunjukkan kepada penyelesaian misi Yesus di

bumi. Thomas melihat lebih daripada tangan Yesus

– dia melihat Allah. Dia mengungkapkan kata-kata

berita Injil: bahawa Yesus adalah Allah dan Allah.

Untuk melihat Allah di dalam Kristus bermakna

untuk melihat Yesus sebagai kekal, penyayang, lagi

Maha Mengetahui. Ayat 30 adalah pembacaan doa –

perkataan yang baik – untuk

semua yang mungkin ragu-ragu

seperti Thomas. Pengarang

injil Yohanes tahu bahawa

murid-murid masa depan juga

akan bergelut untuk

mempercayai, dan bahawa

mereka tidak perlu rasa malu

kerana keraguan mereka.

Beliau mengingkatkan semua

pembaca bahawa hubungan

dengan Yesus adalah mungkin,

walaupun Yesus tidak lagi

berjalan di bumi.

Transformasi: (Perubahan) Pusat cerita ini seolah-olah merupakan kuasa ketidakpercayaan, tetapi

realitinya, pusat cerita ini adalah seorang lelaki yang dengan jujurnya meminta apa yang diperlukan oleh hatinya, dan

Yesus menunaikan hasrat tersebut. Thomas meluahkan keperluannya untuk mengalami Allah dengan sepenuhnya dalam

masa yang paling gelap dalam kehidupan Thomas. Di mana dunia mungkin menghukum seseorang kerana keraguannya

dan mungkin berkata, “mereka mempunyai roh ketidakpercayaan”, di mana dunia mungkin menjangka bahawa Thomas

akan meninggalkan Allah, Yesus bertindak balas dengan kasih, harapan, hubungan dan visi Allah di dalam Kristus

memenuhi janji-janji pada masa lampau. Yesus merupakan perubahan dalam teks ini. Dan teks tersebut berakhir

dengan menawarkan perubahan kepada kita hari ini, seperti ayat 30-31 mengingatkan kita bahawa Alkitab adalah

kenderaan iman untuk kita setiap kali kita memerlukan kasih sayang dan kehadiran Allah dalam kehidupan kita. Ingat

dan menyakinkan orang lain: keraguan hanya wujud di mana Injil boleh didengar atau dilihat, dan Allah bertindak balas

terhadap rayuan terdesak kita untuk melihat janji-janji ditepati. Kita tidak keseorangan; seperti Thomas, kita

mempunyai Allah yang setia, dan melalui kurnia Roh Kudus, kita mempunyai sebuah masyarakat untuk mengelilingi

dan memberi inspirasi kepada kita (sama seperti ranting-ranting dalam unggun api).

“Saya tidak percaya di Allah.”

“Jangan penting, Diapercaya di

kamu.”

Page 6: Trinitugal Laluan Berkhutbah · kita ini adalah kerja Roh Kudus. “Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev

Keraguan/Ketidakpercayaan

“Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev. Wendolyn Trozzo.

[email protected] P.O. Box 11925, 88821 Kota Kinabalu, Sabah 088 231579

Apa yang dikatakan oleh ahli-ahli teologi? Chris Armstrong (Ph.D.

Universiti Duke), ahli sejarah gereja: Masa Anfechtungen (untuk menggunakan istilah beliau) ini memaksa Luther

kembali kepada Kitab dan sakramen-sakramen Pembaptisan dan Ekaristi. Satu lagi ubat yang berharga dalam perjuangan

untuk Luther adalah “persekutuan gereja”: “Tiada sesiapa pun harus menentang Syaitan seorang diri. Gereja dan

pelayanan Firman diwujudkan untuk tujuan ini, supaya tangan boleh digandingkan dan seseorang boleh membantu yang

lain. Jika doa seseorang tidak membantu, doa yang lain akan berhasil.”

“Jika saya hidup lebih lama,” kata Pembaharu tersebut, “Saya ingin menulis sebuah buku mengenai Anfechtungen [malam-malam gelap], kerana tanpanya tiada seorang pun yang dapat mengetahui tentang Kitab Suci, iman, takut kepada Allay dan kasih Allah; sesungguhnya, ia tidak dapat mengetahui apa tu Roh kerana ia tidak pernah berada dalam godaan.” Atau sekali lagi, “Oleh itu, kita harus rela mengalami tangan Allah dalam hal ini dan dalam semua penderitaan. Jangan bimbang; memang ujian seperti ini adalah tanda terbaik rahmat dan kasih Allah untuk manusia.” https://gratefultothedead.

wordpress.com/2011/08/24/martin-luthers-anfechtungen-his-own-dark-nights-of-the-soul-and-how-they-affected-his-teaching-and-ministry/

Apa yang dikatakan oleh ahli-ahli teologi? Artikel ini ditulis oleh Philip Yancey, pengarang “What’s So Amazing about Grace?” dan “The Question that Never

Goes Away.” Berikut adalah petikan daripada artikel ini: http://philipyancey.com/q-and-a-topics/faith-and-doubt

Yesus adalah jambatan antara Allah dan manusia. Dia datang untuk menunjukkan kepada kita siapa Allah

sebenarnya dan, pada masa yang sama, untuk menunjukkan kepada kita apa yang kita boleh menjadi

sebagai anak Allah. Dia datang untuk menyampaikan pesanan radikal bahawa Allah tidak hanya

menyayangi orang yang baik – setiap agama mendakwa begitu – tetapi juga orang yang berdosa. Kisah

Alkitab secara ringkas adalah tentang Allah menyambut pulang keluarganya dengan tangan terulur seperti

bapa anak yang hilang itu.

Yang paling menakjubkan sekali, umat Kristian percaya bahawa Yesus masih hidup, dan Roh Allah yang

menerima kita dengan segala rahsia kita and secara beransur-ansur mengubah kita supaya menjadi lebih

seperti Dia. Ahli sejarah, sudah tentu, menekankan kesan Yesus ke atas sejarah, dan juga para agnostik

harus mengakui bahawa tiada seorang pun pernah mempunyai impak yang lebih besar. Sebagai seorang

wartawan, saya melihat lebih banyak kesan peribadi banduan dan penagih dadah yang berubah, orang kaya

yang merendahkan diri untuk menjaga mereka yang terbiar, para doktor yang melepaskan keselesaan untuk

memberi khidmat kepada mereka yang miskin. Yesus adalah janji Allah bahawa tidak kira apa yang kita

lakukan, kita boleh diampuni, dan tidak kira siapa kita, kita boleh diubahkan.

(Ini bunyi seperti Thomas, bukan?)

Petikan:

“Tidak kira sama ada seseorang itu penganut Hindu atau

Islam atau Kristian, cara anda menjalani hidup anda

membuktikan kamu dimiliki sepenuhnya oleh Allah atau

tidak. Kita tidak boleh mengutuk atau menghakimi atau

mengucapkan kata-kata yang akan menyakiti hati orang.

Kita tidak tahu bagaimana Allah sedang muncul di dalam

jiwa orang itu dan ke mana Allah akan membawa jiwa

tersebut; oleh itu, siapakah kita untuk mengutuk sesiapa? ”

- Mother Teresa

Iman adalah seperti wi- fi : ia tidak dapat dilihat tetapi mempunyai kuasa untuk men-ghubungkan anda den-gan apa yang anda per-lukan.

Page 7: Trinitugal Laluan Berkhutbah · kita ini adalah kerja Roh Kudus. “Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev

Keraguan/Ketidakpercayaan

“Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev. Wendolyn Trozzo.

[email protected] P.O. Box 11925, 88821 Kota Kinabalu, Sabah 088 231579

Songs and Hymns:

Hampir Kepada Tuhan, Bernaung Dalam Sayapnya

Ku Seorang Penumpang, Yesus Ku Jaminan Mulia

Oh, Kasih Hu Dalam Yesus

Mengajar Hukum Taurat dan Injil

Melalui hukum Taurat, Allah memberitahu kita visi-Nya tentang kehidupan yang sepatutnya di dunia

ini. Hukum Taurat memberitahu kita apa yang Allah memerintahkan kita lakukan. Namun, jika kita

mengambil perintah Allah dengan serius, kita akan menyedari betapa jauhnya kehidupan kita dari visi

Allah. Dengan itu, hukum Taurat menunjukkan kepada kita dosa kita. Hukum Taurat memberitahu

kita apa yang perlu kita lakukan, tetapi sebenarnya ia membuatkan kita sedar bahawa ia adalah di luar

kuasa kita untuk mencapainya. Injil pula memberitahu kita apa yang dilakukan oleh Allah. Walaupun

kita gagal, Allah bertindak dengan rahmat. Apabila rahmat Allah datang kepada kita, bukan sahaja kita

diampuni dosa kita, tetapi Roh Kudus memberi kuasa kepada kita untuk berkhidmat kepada Allah

kerana kasih. Apabila mendengar Injil, hati kita berubah. Dalam sesuatu khutbah, kita mendengar

hukum Taurat yang memberitahu kita tentang tindakan manusia dan mendedahkan kepada kita segala

dosa kita, dan kemudian kita mendengar Injil tentang kasih setia dan rahmat Allah. Kedua-dua ini

bersama-sama membawa perubahan pada hati. Dalam Laluan Berkhutbah, untuk setiap teks alkitabiah,

kami akan mempertimbangkan bagaimana hukum Taurat bercakap melalui teks tersebut, bagaimana

Injil bercakap melaluinya, dan transformasi yang berlaku melalui Firman Allah.

Saya percaya kepada Kris-

tus seperti saya percaya

matahari - bukan kerana

saya boleh melihat

matahari tetapi ia saya da-

pat melihat segala-galanya.

Kementerian paling berke-

san akan keluar dari anda

sakit paling dalam

Page 8: Trinitugal Laluan Berkhutbah · kita ini adalah kerja Roh Kudus. “Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev

“Laluan Berkhutbah” adalah surat berita yang disediakan oleh Pusat Pengajian Lutheran, yang disunting oleh Rev. Wendolyn Trozzo.

[email protected] P.O. Box 11925, 88821 Kota Kinabalu, Sabah 088 231579

Trinitugal Salam sejahtera kepada para pastor di FELCMS!

Surat berita ini adalah sumber baru yang akan dihantar ke e-mel atau peti mel anda beberapa kali

setahun untuk membantu anda dengan idea-idea dan teologi untuk berdakwah. Pusat Kajian Lutheran (LSC)

di Seminari Teologi Sabah memang sedar betapa para pastor sedang berusaha dengan keras untuk berkongsi

firman Allah dengan jemaah mereka, dan kami di LSC ingin menawarkan sokongan kami dalam tugas

berdakwah yang penting ini.

Setiap surat berita akan mengkaji semula beberapa topik yang anda mungkin ingin berdakwah. Setiap

topik akan mempunyai satu petikan kitab untuk renungan anda. Satu topik mungkin mempunyai 20 teks yang

berbeza yang boleh disambungkan, tetapi surat berita ini akan memilih hanya satu teks untuk diberi tumpuan.

Mengikut cara Lutheran yang unik, kami akan mengkaji setiap topik dari segi Hukum Taurat, Kitab Injil, dan

bagaimana hukum Taurat (yang mengutuk kita) diubah oleh Allah supaya menjadi berita baik Injil. Anda boleh

membaca renungan teologi yang singkat, dan melihat petikan dari ahli-ahli teologi terkenal yang berkaitan

dengan topik tersebut.

Surat berita ini bukan khutbah ataupun garis panduan untuk khutbah - surat berita ini adalah "bahan

renungan" untuk penggunaan anda semasa mengajar Hukum Taurat, Kitab Injil, dan Transformasi kepada

jemaah anda. Pada masa ini, anda mungkin tidak bercadang berdakwah mengenai topik-topik dalam surat

berita bulan ini, tetapi anda boleh mencetak surat berita ini dan memfailkannya untuk masa lain apabila anda

mungkin menangani topik ini.

Untuk surat berita pertama ini, kami ingin tahu jika ia diterima oleh para pastor. Kami juga ingin tahu

bagaimana kami boleh membantu anda menyediakan diri untuk berdakwah. Jadi, kami berharap anda

akan membalas melalui e-mel atau menghantar surat kepada kami dengan menjawab soalan-soalan mudah

yang berikut:

1) Apakah topik ceramah anda sekarang? Bagaimana anda memilih teks untuk ceramah anda?

a) lectionary b) buku dari Kitab Injil c) topik d) lain-lain ________________

2) Apa yang topik yang anda ingin berdakwah pada masa akan datang?

Pembaptisan Ekaristi Mencari masa untuk beribadah Kepengurusan Kerisauan

Hadiah Roh Kudus Hubungan perkahwinan Kehidupan baru

Lain-lain__________________________________

3) Adakah anda sedia membantu menulis mengenai sesuatu topik untuk surat berita ini?

Ya Tidak Mungkin

4) Untuk para pastor BM, kami mempunyai banyak salinan Katekismus Kecil di pejabat LSC. Adakah anda

ingin mendapatkannya untuk jemaah anda?