total.wellness

42
KESEJAHTERAAN & KESIHATAN HOLISTIK MOHD RIZAL BIN MOHTAR Sport recreation & management 1

Upload: ahmad-albab

Post on 18-Feb-2017

316 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Total.wellness

1

KESEJAHTERAAN & KESIHATAN HOLISTIK

MOHD RIZAL BIN MOHTARSport recreation & management

Page 2: Total.wellness

2

Obesiti: 27% penduduk berisiko hidap penyakit serius

• KUALA LUMPUR 8 Jun - Kira-kira 27 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan (obesiti) dan berisiko menghidap pelbagai jenis penyakit serius. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, berdasarkan peratusan tersebut ini bermakna daripada empat orang, seorang daripadanya mengalami obesiti.

Berita Harian

2012

Page 3: Total.wellness

3

Page 4: Total.wellness

4

WELLNES INVENTORY1. PERSONAL HEALTH HISTORY

SCORING TO ASSESS RISK FOR DEVELOPING CHRONIC DISEASES< 20 HIGH RISK21 – 29 MODERATE RISK> 30 LOW RISK

2. HEALTH – RELATED FITNESS QUESTIONS

EVALUATION

> 35 YOU HAVE A WELL-BALANCE FITNESS PROGRAM25 – 34 YOUR FITNESS PROGRAM IS AVERAGE BUT LACKING IN SOME AREAS16 – 24 YOUR FITNESS PROGRAM PLANNING NEEDS WORK< 15 YOU SHOULD BECOME MORE AWARE OF YOUR FITNESS NEEDS

Page 5: Total.wellness

5

FALSAFAH, DEFINISI DAN KONSEPPersatuan Kesihatan Sedunia (WHO, 1946) mentakrifkan perkataan sihat sebagai:

“ Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit”. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif

Satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan makanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stress dan yang paling penting adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko

Page 6: Total.wellness

6

Kualiti Hidup Malaysia (1999) yang mendefinisikan kualiti hidup sebagai

“kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan serta taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas individu dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara”

Page 7: Total.wellness

7

Page 8: Total.wellness

8

Page 9: Total.wellness

9

Kesejahteraan persekitaran

Merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti.

Kesejahteraan persekitaran diperoleh daripada kesihatan individu bermula dari bekalan makananan sehingga ke kekecohan dalam persekitaran. Kesejahteraan memerlukan pembelajaran tentang cara-cara bagi menjaga persekitaran dalam menjadikan suatu persekitaran yang kondusif buat semua.

Page 10: Total.wellness

10

Kesejahteraan Kerjaya

Merupakan tahap di mana individu dapat mempersembahkan nilai dalam diri dan memperoleh kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang diceburi . Ianya merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai peranan dalam pekerjaan/ aktiviti yang diceburi serta bagaimana individu menggunakan kemahiran dan keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat.

Page 11: Total.wellness

11

Kesejahteraan Spiritual Kesejahteraan spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan komuniti spiritual.

Berkait dengan keyakinan dalam beberapa hal seperti: alam, ilmu, agama atau kekuatan yang lebih tinggi yang membantu manusia mencapai tujuan kehidupan. Meliputi moral, nilai, dan etik yang dimiliki seseorang.

Page 12: Total.wellness

12

Kesejahteraan IntelektualMerupakan situasi dimana individu melibatkan diri dalam aktiviti kreatif serta menggunakan sumber-sumber yang ada untuk meluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan, aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis.

Berkait dengan kemampuan seseorang untuk belajar dan menggunakan karier. Kesejahteraan intelektual meliputi usaha meneruskan pertumbuhan dan belajar menghadapi masalah baru secara efektif.

Page 13: Total.wellness

13

Kesejahteraan EmosiMerupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan.

Menekankan bahwa individu memiliki kemampuan untuk menghadapi stres dan mengekspresikan emosi dengan baik. Kesejahteraan emosional, bila dapat mengenal, menerima dan mengekspresikan perasaan dan kekurangan orang lain.

Kesejahteraan SosialMerangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti, dan persekitaran. Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dengan setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat wawasan 2020.

Page 14: Total.wellness

14

Pendekatan Kesejahteraan Sosial (Midgley, 1995) terdapat empat pendekatan utama yang sering dilaksanakan oleh sesebuah negara dalam usaha menjamin kesejahteraan sosial komuniti, iaitu:

1. Pendekatan pembangunan sosial

2. Pendekatan pentadbiran sosial

Pendekatan pembangunan sosial juga sering dilihat sebagai satu pendekatan untuk mempromosikan kesejahteraan manusia kerana berfungsi dalam membentuk kerjasama antara kerajaan dengan organisasi bukan kerajaan mengenai etika sosial yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial, politik dan ekonomi bagi mengurangkan atau membasmi kemiskinan

kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah sosial berlandaskan kepada undang-undang yang ada. Tindakan ini penting agar kerajaan mempunyai kekuatan dan pengesahan tentang penglibatannya dalam usaha mencapai kesejahteraan sosial. Penglibatan kerajaan ini perlu diurus secara profesional dalam semua aspek kesejahteraan sosial agar peningkatan kualiti hidup manusia tercapai

Page 15: Total.wellness

15

Pendekatan derma sosial

Pendekatan kerja sosial

Pendekatan ini mempunyai hubungan dengan pemberian, kesukarelaan dan peranan pertubuhan bukan kerajaan dalam menyediakan barangan dan perkhidmatan sosial persendirian kepada mereka yang memerlukan. Sikap tolong menolong sesama manusia ini selalunya wujud dan diamalkan melalui derma sosial. Sebagai satu pendekatan tradisi (berasaskan nilai dan ajaran agama), derma sosial dilakukan berasaskan kepada rasa kasih sayang sesama manusia, berbuat baik (amal jariah) dan bersumber ajaran agama

Kerja sosial merupakan seni, sains dan profesyen yang menggunakan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu manusia menyelesaikan masalah peribadi, kumpulan dan komuniti bagi mencapai kesejahteraan sosial. Pendekatan ini menggunakan pengetahuan, teknik dan kemahiran hubungan kemanusiaan bagi membantu usaha-usaha memenuhi keperluan hidup manusia. Kerja sosial merupakan pendekatan yang terurus dalam mempromosikan kesejahteraan sosial, di samping menggunakan kakitangan yang profesional dan berkelayakan bagi berhadapan dengan masalah sosial

Page 16: Total.wellness

16

Kesejahteraan Fizikal Merupakan proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal secara optimum yang memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat.

Kemampuan seseorang dalam melakukan aktiviti sehari-hari, tahap kesihatan yang optimal, memelihara nutrition secara teratur dan berat badan ideal, terhindar dari ketergantungan ubat dan alkohol serta secara umum melakukan kebiasaan hidup positif.

Kecergasan fizikal terdiri daripada dua komponen iaitu yang berasaskan kepada kesihatan dan kemahiran. Tanpa memiliki kecergasan fizikal yang baik, sukar bagi individu untuk melakukan aktiviti sukan, permainan ataupun rekreasi dengan sempurna dan selesa. Malah aktiviti harian juga akan terjejas tanpa memiliki kecergasan fizikal yang baik. Keadaan ini seharusnya disedari oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. Bukan sahaja di peringkat dewasa dan warga tua,

Page 17: Total.wellness

17

FALSAFAH, DEFINISI DAN KONSEPKECERGASAN FIZIKAL

KESIHATAN PERLAKUAN MOTOR

Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kekuatan otot

Fleksibiliti

Komposisi Badan

Kepantasan

Imbangan

Ketangkasan

kuasa

Masa Reaksi

Koordinasi

Fall 1980 (petikan Johnson & Nelson, 1986).

Page 18: Total.wellness

18

FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATANMenurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat tiga faktor yang menghalang penglibatan iaitu:Faktor struktur faktor seperti kekurangan kemudahan, peralatan, masa, wang dan maklumat.Faktor interpersonal faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai untuk bermain dalam sesuatu permainanFaktor intrapersonal faktor melibatkan keadaan psikologi individu yang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklah tekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki

Page 19: Total.wellness

19

Senaman dan aktiviti fizikal telah dikenal pasti sebagai tingkah laku sihat yang sangat berfaedah dan berpotensi untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan psikologi di kalangan lelaki dan wanita semua peringkat umur (Blair, Wells, Weathers & Paffenbarger, 1994). Manakala Braunstein (2000) menyatakan penglibatan dalam senaman dan aktiviti fizikal memberi faedah kepada individu dari segi psikologikal, fisiologikal dan epidermiologikal. Beberapa kajian telah melaporkan senaman dan aktviti fizikal dapat membantu dalam pencegahan beberapa penyakit klinikal seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, hipertensi dan juga meningkatkan densiti tulang (Karvonen, 1996; Summerfield, 1998). Selain itu, untuk jangkamasa pendek dan jangkamasa yang panjang terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Senaman juga dapat meningkatkan kesihatan mental seseorang individu (Cox, 1998; Weinberg & Gould, 1999).

Page 20: Total.wellness

20

STRUKTUR JANTUNG

Page 21: Total.wellness

21

ARTERI DAN VENA DISEKELILING JANTUNG

Page 22: Total.wellness

22

Darah beroksigen dari peparu mengalir dari vena pulmonari masuk ke atrium kiri, kemudian masuk ke ventrikel kiri melalui injap mitral (injap dua-kelopak) dan keluar melalui aorta dan seterusnya mengalir keseluruh tubuh badan.

Darah yang tidak beroksigen yang kembali dari tubuh masuk semula ke jantung melalui vena kava ke atrium kanan, seterusnya ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid (injap tiga kelopak) dan kemudian keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari ke peparu untuk dioksigenkan semula.

JANTUNG

Page 23: Total.wellness

23

JUJUKAN DENYUTAN JANTUNG DIASTOL ATRIUM

DARAH TERDEOKSIGEN MASUK KE ATRIUM KANAN MANAKALA DARAH BEROKSIGEN MASUK KE ATRIUM KIRI

ATRIUM KANAN DAN KIRI MENGECUT LALU DARAH AKAN MENGALIR MASUK KEDALAM KEDUA-DUA VENTRIKEL YANG

KENDUR

KEDUA-DUA VENTRIKEL MENGECUT. DARAH DI VENTRIKEL KANAN MENGALIR

KE PEPARU UNTUK DIOKSIGENKAN, DARAH DI VENTRIKEL KIRI KELUAR

MELALUI AORTA KE SELURUH TUBUH

SISTOL ATRIUM (DIASTOL VENTRIKEL)

SISTOL VENTRIKEL

Page 24: Total.wellness

24

SENAMAN & JANTUNG ANDA JANTUNG ADALAH ORGAN YANG PALING PENTING DIDALAM TUBUH BADAN OTOT JANTUNG BOLEH DIJADIKAN LEBIH KUAT DAN CERGAS JIKA

DIRANGSANGKAN SECARA LATIHAN BERBENTUK AEROBIK

KEMAMPUAN SESEORANG ITU BEKERJA ATAU MENJALANKAN AKTIVITI BERGANTUNG KEPADA BEKALAN O2 YANG DIBEKALKAN OLEH JANTUNG

APABILA JANTUNG DAPAT DILAZIMKAN DENGAN AKTIVITI SENAMAN IA AKAN MENJADI BESAR DAN KUAT – DENYUTAN KADAR NADI AKAN RENDAH DAN JANTUNG DAPAT MENGEPAM BANYAK DARAH DENGAN SEKALI DENYUTAN – JANTUNG LEBIH EFISYEN

NADI REHAT YANG RENDAH DENGAN JANTUNG YANG BESAR DAN KUAT MENGAMBARKAN KECERGASAN SESEORANG PADA ARAS YANG TINGGI

OTOT JANTUNG JUGA MEMERLUKAN BEKALAN 02 UNTUK BEKERJA MELALUI SALURAN DARAH CORONARY ARTERI – OLEH ITU ARTERI PERLU DI KAWAL DARI TERSUMBAT ATAU MENJADI KERAS.

SAKIT-SAKIT YANG MELIBATKAN JANTUNG SEPERTI CHD, STROK, ARTERIOKLEROSIS, HIPERTENSION DAPAT DIELAKKAN JIKA JANTUNG DILAZIMKAN DENGAN AKTIVITI KECERGASAN

Page 25: Total.wellness

25

KADAR NADI REHAT (KNR) / RESTING HEART RATE (RHR)Pengambilan bacaan kiraan nadi di bahagian anggota tubuh badana. Carotid arteryb. Radial arteryc. Temporal artery

KIRA DENYUTAN NADI 15 SAAT X 4 = DEYUTAN KNR SEMINIT

Page 26: Total.wellness

Kadar nadi rehat yang rendah menandakan kecergasan jantung yang baik

SANGAT CERGAS BAWAH DENYUTAN JANTUNG SEMINIT

CERGAS 51 – 69 DENYUTAN NADI SEMINIT

SEDERHANA 70 – 80 DENYUTAN NADI SEMINIT

TIDAK CERGAS LEBIH DARI 80 DENYUTAN NADI SEMINIT

Page 27: Total.wellness

27

FISIOLOGI KECERGASAN FIZIKAL

1. Jantung akan menjadi lebih kuat dan besar (Hipertropi)2. Sistem saluran darah dan edaran lebih sempurna

3. Pernafasan lebih cekap4. Sistem hormon yang efisyen5. Tulang yang lebih kuat dan teguh6. Sistem Saluran Makanan dan Penghadaman yang baik7. Mengurangkan jumlah lemak dalam badan8. Sistem saraf yang cekap

Peningkatan fungsi badan dan kesannya akan berlaku apabila kita meningkatkan tahap

kecergasan diri. Perubahan Fisiologi dalam badan berlaku diantaranya ialah:

9. Memperlahankan proses penuaan (ageing process)10. Melawan kesan tekanan mental

SEMUA KESAN MUDAH DICAPAI JIKA AKTIVITI KECERGASAN DIAMALKANDAN JIKA DITINGGALKAN MELEBIHI 4 MINGGU, SEMUA KESAN AKAN HILANG.

Page 28: Total.wellness

28

PENGIRAAN KADAR NADI UNTUK PEMULIHAN JANTUNG

Maximal heart rate (MHR) = 220 – age = _____________

Heart Rate Reserve ( HRR ) = MHR – Resting heart rate =_____

( HRR X 0.40) + RHR = Target Heart Rate (THR) – for low end of zone

(HRR X 0.60) + RHR = THR

(HRR X 0.85) + RHR = THR – for high end of zone

CUBA KIRA GUNAKAN FORMULA DI ATAS UNTUK MENGIRA BAGI SESEORANG YANG BERUMUR 22 TAHUN DAN MEMPUNYAI KADAR NADI REHAT 70 DENYUTAN JANTUNG SEMINIT

Page 29: Total.wellness

29

Maximal heart rate (MHR) = 220 – 22 = 198

Heart Rate Reserve ( HRR ) = MHR (198 )– Resting heart rate (70) = 128

( HRR (128 X 0.40) + RHR (70)= Target Heart Rate (THR) 121 bpm

(HRR (128 X 0.60) + RHR (70)= THR (147 bpm)

(HRR (128) X 0.85) + RHR (70)= THR (179 bpm)

Page 30: Total.wellness

30

INDEKS KECERGASAN FIZIKAL

SATU KAEDAH PENGUKURAN UNTUK MENENTUKAN KECERGASAN KARDIOVASKULAR MENGGUNAKAN UJIAN MENAPAK HAVARD DENGAN FORMULA :

IKF =MASA LATIHAN DALAM SESAAT X 102 X JUMLAH PENGAMBILAN KADAR NADI PEMULIHAN SEBANYAK 3 KALI

Page 31: Total.wellness

31

CONTOH KIRAAN IKF

JANGKA MASA AKTIVITI DALAM SESAAT X 1002 X JUMLAH PENGAMBILAN NADI PEMULIHAN

SEBANYAK 3 KALI

5 MINIT X 60 SAAT X 1002 X ( 83 + 67 + 50 )

300 X 1002 X 100

30000400

75.00

IKF =

IKF =

IKF =

IKF =

IKF =

Page 32: Total.wellness

32

NORMA INDEKS KECERGASAN FIZIKAL

IKF KATEGORI> 90 Sangat Baik80 – 89 Baik60 – 79 Sederhana56 – 59 Lemah< 55 Sangat lemah

Page 33: Total.wellness

33

KOMPOSISI BADAN DAN PENGURUSAN BERAT BADAN

DEFINISI KALORI

KALORI = 4.184 joule (J)1 KILOKALORI = 1000 KALORI

Satu unit tenaga

Kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 gram air sebanyak 1 darjah celcius ©

Page 34: Total.wellness

34

KOMPOSISI BADAN DAN PENGURUSAN BERAT BADAN

KALORIIa merupakan penggunaan tenaga yang terhasil daripada zat makananBerat badan akan bertambah jika pengambilan kalori lebih daripada jumlah yang diperlukan oleh badanMetabolisme adalah enjin pembakar kalori. Ia juga bertindak seakan pengimbang yang menyeimbangkan keperluan tenagaMetabolisme adalah proses di mana tubuh menukar makanan kepada tenaga

Page 35: Total.wellness

35

200 KILOKALORI @ 200,000 KALORI

Badan kita membakar 100 kalori setiap kilometer berlari (jogging )

Petikan American Sports Medical (ASM)

Page 36: Total.wellness

36

SUMBER KALORI

KARBOHIDRAT

PROTIEN

LEMAK

1. Karbohidrat ringkas (manis)

2. Karbohidrat kompleks (tidak manis)

BERSERAT TINGGIBuah-buahan yang tidak diproses dan sayuran berdaun

BERSERAT RENDAHPisang, bijirin dan biji-

bijian

1 Gram daging membekal 9 kilokaloriTenaga protien digunakan sekiranya tiada sumber tenaga lemak dan karbohidrat

Berasal daripda minyak dan bahan (kolesterol dan fofolipid)

TEPUTrigliserida – lemak vitamin ADEK

TAK TEPUMudah disimpan oleh badan untuk tenaga simpanan

Page 37: Total.wellness

37

Page 38: Total.wellness

38

KEPERLUAN KALORI

Page 39: Total.wellness

39

BODY MASS INDEX

WEIGHT (KG )HEIGHT (m) X HEIGHT (m)

GUIDELINES FOR BMIHEALTY OVERWEIGHT OBESE

< 24 25 – 29.9 > 30

BMI =

Page 40: Total.wellness

40

ANDA PASTI INDIKATOR YANG BOLEH MENGAWAL BERAT BADAN ANDA ? SOAL SELIDIK INI MUNGKIN MEMBANTU. CUBA JAWAB SOALAN-SOALAN INI BENAR / TIDAK BENAR

a) Lelaki lebih cepat turun berat badan daripada perempuanb) Aktiviti senaman menyebabkan anda makan lebihc) Jus limau (lemon) boleh mencairkan lemakd) Aktiviti berdiet tidak memudaratkan kesihatan andae) Tabiat meminum air membantu anda mengurangkan berat

badanf) Makanan berkanji menggemukkang) Kekacang menggemukkanh) Aktiviti berlari tidak baik untuk lutut andai) Berat badan bertambah jika tidak memakan sarapan pagij) Protien membantu pertumbuhan otot

Page 41: Total.wellness

41

JAWAPAN

BENAR

(A) , (E) & ( I )

Page 42: Total.wellness

42

THANK YOU