tok dalang: kajian : morfologiabezey-tokdalang.blogspot.com/2011/11/kajian-morfologi.htmlsintaksis...

Download Tok Dalang: Kajian : Morfologiabezey-tokdalang.blogspot.com/2011/11/kajian-morfologi.htmlSintaksis adalah bagian dari tata bahasa yang membicarakan struktur farase dan kalimat. - Hari

If you can't read please download the document

Upload: halien

Post on 11-Feb-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tok Dalang: Kajian : Morfologi

Tok Dalang

09 November 2011

Kajian : Morfologi

Bahasaadalah wadah yang terindah jika dihayati bait-bait yang lafazkan, marilahmemartabatkan bahasa Melayu

Bidang Morfologi

Morfologiialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata.Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadiunit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa samaada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan danpenggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataanberdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalamgolongan yang sama.

DefinisiMorfologi

Menurut KamarudinHj.Husin dan rakan rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, IlmuBahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmubahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata inimerujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

Manakala Abdullah Hassan juga menyatakandefinisi morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologiialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian inidilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-prosesmembentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

NikSafiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa DewanEdisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasayang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur katadimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unitbahasa yang bermakna.

Sehubunganitu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya TatabahasaBahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teorimorfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistikyang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahankata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentukkata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik atausemantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologiadalah bidang mengkaji bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk membentukayat.

Menurut RaminahHj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk PelatihMaktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalamkajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.O`Grady& Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepadakajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

Manakalaahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalambukunya Language yang telah diterjemahkan oleh AliasMahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawaMorfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk bentuk terikat antarakonsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata danbahagian kata.

MORFOLOGI

1.1Pendahuluan

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlahpenuturnya, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pulaperbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya denganbahasa Melayu. Bidang morfo-sintaksis merupakan gabungan ilmu morfologi dansintaksis yang berkaitan dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat.Gabungan ilmu morfologi dan sintaksis menjadi inti penting dalam prosespengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa di dalam bilik darjah seterusnyapenggunaannya yang meluas dalam kehidupan sehari-harian seseorang pelajar.

1.2DefinisiMorfologi

Menurut Nik Safiah Karim (1996), beliau mendefinisikan morfologi ialah bidangilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata.Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendifinisikan morfologi ialah satu kajiantentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan),terbitan, dan pemajmukan. Manakala Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985)mendefinisikan morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkajitentang perkataan dan cara-cara pembentukanya.

Buku Tatabahasa Dewan (2004) mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasayang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur katadimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadiunit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa(morfem), sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataanberdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalamgolongan yang sama.

Kesimpulannya, yang saya faham tentang bidang morfologi ialah kajian tentangproses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atauunit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentukdan penggolongan kata sebagai prosesnya. Pengimbuhan juga membantu prosespembentukan perkataan. Melalui proses-proses tersebut akan menghasilkanpembentukan perkataan yang bermakna sebagai hasil yang dicapai dalam prosesyang dilalui tersebut.

http://astakanusantara.blogspot.com/2009/10/konsep-dalam-morfologi.html

1.0PENGENALAN

Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, FirstEdition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakansuatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakanmorphology itu berasal daripada bahasa Latin morphe yang membawa maksudbentuk. Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan PembelajaranBahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yangmengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadapunsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan danbentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117). Dapatlahdisimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yangmengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini,morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.

Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihatsekurang-kurangnya dalam tradisi barat yang disusuli kembali sejak zaman FranzBopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau telah menghasilkan penulisanberkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa serumpun, termasuklahbahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang ini telahdibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad ke-20.Untuk memudahkan kita menguasai bidang morfologi ini, beberapa konsep pentingdalam bidang ini haruslah difahami terlebih dahulu.

http://witra.blogspot.com/2005/09/morfologi-bahasa-melayu.html

JENDELASELATAN (BIL.11/APRIL 2005)

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan

Morfologi merupakan antara cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukankata. Tatabahasa Dewan edisi baharu mendefinisikan morfologi sebagai bidangilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewanedisi ketiga menjelaskan pengertian morfologi sebagai kajian tentangpembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, danpemajmukan. Hockett ( 1958 ) mendefinisikan morfologi sebagai unsur terkecilyang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu bahasa. Kajian tentang morfologibermula di Eropah pada awal kurun ke-19.

Berdasarkan takrif, kajian morfologi tertumpu kepada kata. Kata terbentukdaripada unsur yang dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit yang terkecildalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu, sertatidak dapat dipecah-pecahkan lagi. Ada dua jenis morfem, iaitu morfem bebas danmorfem terikat. Morfem bebas ialah morfem atau kata yang dapat berdiri sendirisebagai satu kata yang utuh dan bermakna serta tidak dapat dipecahkan kepadaunit yang lebih kecil lagi. Morfem terikat sebaliknya kerana bersifat tidaksempurna sekiranya tidak digandingkan dengan morfem bebas. Sesuatu perkataandibentuk daripada satu morfem atau lebih. Misalnya, bagi perkataan makan,terdiri daripada satu morfem, iaitu morfem bebas, manakala makanan terdiridaripada dua morfem, iaitu makan sebagai morfem bebas dan an sebagai morfemterikat. Oleh sebab itu, ada perbezaan yang jelas antara morfem denganperkataan, iaitu semua perkataan ialah morfem tetapi tidak semua morfem itumenjadi perkataan. Perkataan berbentuk bebas, yang bermakna, dan dapat berdirisendiri, misalnya kereta, kerusi, pengajar, dan kehakiman sedangkan awalanpeng- dalam pengajar dan apitan ke--an dalam kehakiman menjadi morfem terikatdan bukanlah perkataan.

Tatabahasa Dewan edisi baharu menjelaskan bahawa proses pembentukan kata dalamsesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistemmorfologi bahasa itu. Proses morfologi ialah suatu proses yang mengubah bentuksesuatu morfem dan perubahan ini bertujuan untuk menambah sesuatu makna kepadamorfem tersebut. Dalam kata lain yang lebih mudah, proses morfologi bermaksudcara sesuatu perkataan itu dihasilkan atau diterbitkan daripada bentukdasarnya. Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, prosesmorfologi itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan,pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.

http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm

SINTAKSIS

Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.

Subjek Ayat

Predikat Ayat

Frasa Subjek

Frasa Predikat

Rumus Pola Ayat

Ahmad

mengulangkaji tatabahasa

Frasa Nama

Frasa Kerja

FN + FN

Cikgu

ke sekolah

Frasa Nama

Frasa Sendi Nama

FN + FS

Fatimah

amat rajin

Frasa Nama

Frasa Adjektif

FN + FA

Ah Chong

seorang usahawan

Frasa Nama

Frasa Nama

FN + FN

Frasa

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

Binaan Ayat

Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.Perhatikan contoh di bawah:

Subjek

Subjek

Bah. Ayat

Unsur

Bah. Ayat

Unsur

Ah Tian

guru senaman

Tipah

membeli gula

Suara ketua pengawas itu

serak-serak basah

Munainady

menoreh getah

Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Perhatikan ayat berikut:

Pelajar itu membaca buku.

Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:

Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar

Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)Lihat contoh berikut:

Subjek Ayat

Predikat Ayat

Frasa Subjek

Frasa Predikat

Rumus Pola Ayat

Jamilah

pengurus sumber manusia

Frasa Nama

Frasa Nama

FN+FN

Atan

budak pandai

Frasa Nama

Frasa Adjektif

FN+FA

http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/03/sintaksis.html

SINTAKSIS

Sintaksis adalah salah satu cabang tata bahasa yang membicarakan struktur-strukturkalimat, klausa, dan frase.

Definisi atau batasan sintaksis menurut para ahli

- Hari Murt Kridalaksana (1993)

Sintaksis adalah subsistem bahasa yang mencakup tentang kata yang seringdianggap bagian dari gramatika yaitu morfologi dan cabang linguistic yangmempelajari tentang kata.

- Ramlah (2001:18)

Istilah sintaksis (Belanda, Syntaxis) ialah bagian atau cabang dari ilmu bahasayang membicarakan seluk beluk wacana, kalimat, klausa dan frase.

- Gleason (1955)

Syntax maybe roughly defined as the principles of arrangement of theconstruction (word) into large constructions of various kinds.

Artinya: sintaksis mungkin dikaitkan dari definisi prinsip aransementkonstruksi (kata) kedalam konstruksi besar dari bermacam-macam variasi.

- Ramlah (1976:57)

Sintaksis adalah bagian dari tata bahasa yang membicarakan struktur farase dankalimat.

- Hari Murt Kridalaksana (1993)

Mendefinisikan sintaksis sebagai pengaturan dan hubungan antara kata dengankata, atau dengan satuan-satuan yang lebih besar itu dalam bahasa. Satuanterkecil dalam bidang ini adalah kata.

- O Grady, et. al., (1997)

the system of the rules and categories that underlines sentence formation inhuman language.

Artinya: Aturan dalam sistem pola kalimat dasar dalam bahasa manusia.

Sumber:

Buku Ihwal Ilmu Bahasa dan Cakupannya. Karangan Suherlan dan Odien. R

Pengajaran Sintaksis Prof. Dr. Henry Guntur Tarigan.

Dicatat oleh

Dalang amor

di

6:25 AM

Reaksi:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

JUMLAH PENGUNJUNG

CORETAN

2011

(22)

December

(7)

Dec 23

(1)

Dec 19

(2)

Dec 11

(1)

Dec 05

(1)

Dec 04

(1)

Dec 01

(1)

November

(15)

Nov 30

(1)

Nov 28

(1)

Nov 27

(1)

Nov 25

(1)

Nov 22

(2)

Nov 21

(1)

Nov 15

(1)

Nov 14

(1)

Nov 09

(5)Muridku sayangKajian : MorfologiPada mulanya memang tak berapa minat nak tulis blo...Ketua oooh ketuaku .....cerita warisan

Nov 08

(1)

KONVOKESYEN

Loading...

MAULID

Loading...

HALAMAN

Home

Ayah Ku Sayang

TINJAU

JOM SANTAI DI PANTAI NELAYAN

2 years ago

NASYID

Loading...

Assignment

1.0 PENGENALAN

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah

penuturnya, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Bahasa juga merupakan suatu alat yang digunakan oleh ahli masyarakat untuk menyampaikan sesuatu perkara dalam semua segi kehidupan. Bahasa ini juga boleh dituturkan dengan bantuan alat pertuturan manusia. Dengan cara ini, manusia mampu membentuk dan membina sebuah tamadun yang maju dengan bantuan bahasa yang dituturkan oleh masyarakat setempat.

Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersistem dan mudah dipelajari serta mudah dikuasai oleh bangsa asing. Oleh sebab itu, untuk menguasai bahasa Melayu, seseorang itu hendaklah menguasai sistem bahasa atau sistem pembentukan bahasa itu, khususnya daripada aspek morfologi dan sintaksis. Bidang morfologi ialah bahagian pembentukan kata manakala bidang sintaksis ialah bahagian pembentukan frasa dan ayat. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Bidang sintaksis pula ialah bidang yang paling penting dalam pembinaan ayat. Bidang sintaksis mengkaji persoalan bentuk, struktur dan binaan ayat. Perkataan dan frasa disusun menjadi ayat-ayat merupakan sebahagian daripada penghasilan bahasa.

Gabungan ilmu morfologi dan sintaksis ini menjadi inti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa di dalam bilik darjah dan seterusnya digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian seseorang pelajar.

2.0 DEFINISI MORFOLOGI

Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistic For Non-Linguists, First Edition

yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan satu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau mengatakan morphology itu berasal daripada bahasa Latin morphe yang membawa maksud bentuk.

Manakala Abdullah Hassan pula menyatakan dalam buku Linguistik Am, 2007:117 bahawa definisi morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2004:43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata yang dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Morfologi juga boleh didefinisikan menurut Kamarudin Hj Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa. 1997:83, ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan), 1996:17 telah menyatakan bahawa morfologi adalah satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu. Beliau juga merumuskan bahawa morfologi adalah bidang yang mengkaji morfem-morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Selain itu, menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam dalam bukunya Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. 1985:152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. OGrady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000:121 dalam buku yang disediakan oeh Radiah Yusoff dan rakan-rakannya, 2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

Manakala kamus Dewan Edisi Ketiga menjelaskan pengertian morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan.

Berdasarkan takrif, kajian morfologi tertumpu kepada kata. Kata terbentuk daripada unsure yang dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu serta tidak dapat dipecah-pecahkan lagi. Ada dua jenis morfem, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem atau kata yang dapat berdiri sendiri sebagai satu yang kuat dan bermakna serta tidak dapat dipecahkan kepada unit yang lebih kecil lagi. Morfem terikat pula sebaliknya kerana bersifat tidak sempurna sekiranya tidak digandingkan dengan morfem bebas. Sesuatu perkataan dibentuk daripada satu morfem atau lebih.

Kesimpulannya, bidang morfologi ialah kajian tentang proses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsure perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai prosesnya. Pengimbuhan juga membantu proses pembentukan perkataan. Melalui proses-proses tersebut akan menghasilkan pembentukan perkataan yang bermakna sebagai hasil yang dicapai dalam proses yang dilalui.

3.0 DEFINISI SINTAKSIS

Jika ditinjau asal-usul perkataan sintaksis, kata ini berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yang bererti menempatkan bersama-sama. Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax dalam bahasa Inggeris (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2003 :2).

Selain itu, menurut istilah, sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al.,1993:317). Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa.

Bagi Abdullah Hassan (1980:164) pula, sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem atau kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. Menurut beliau lagi dalam bukunya yang bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu ada menyatakan bahawa unsur -unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa.

Menurut Hari Murt Kridalaksana (1993) memberikan definisi sintaksis sebagai subsistem bahasa yang mencakupi tentang kata yang sering dianggap sebahagian dari gramatika iaitu morfologi dan cabang linguistik yang mempelajari tentang kata.

Ramlah (2001:18) pula mendefinisikan sintaksis sebagai bahagian atau cabang dari ilmu bahasa yang memperkatakan selok-belok wacana, perkataan, klausa dan frasa. Asmah Hj Omar (1968) pula menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sikronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994:1287) memberi definisi sintaksis sebagai pengetahuan iaitu cabang ilmu linguistik, peraturan dan sebagainya tentang susunan kata dalam ayat.

Daripada pelbagai definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa sintaksis adalah kajian tentang bagaimana ayat-ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan ayat. Dalam pembahasa sintaksis, yang dibincangkan ialah struktur frasa, klausa dan ayat. Hal ini bermakna bahawa satuan yang paling kecil dikaji dalam sintaksis ialah frasa, manakala satuan yang paling besar ialah ayat.

4.0 ANALISIS ASPEK MORFOLOGI BERDASARKAN PETIKAN.

Dalam konteks bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses

mengolah unsur-unsur bahasa tersebut sehingga menjadi perkataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

Berdasarkan petikan Minda Pengarang Berita Harian bertarikh 26 Julai 2010 yang

bertajuk Usaha Membasmi Pusat Biak Aedes Perlu Diperhebat (rujuk lampiran), terdapat banyak bidang pembentukan kata (morfologi) di dalamnya. Analisis petikan ini adalah seperti berikut :-

4.1 BENTUK KATA TUNGGAL

Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar dan tidak mengalami sebarang

imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Dalam petikan ini terdapat banyak kata tunggal yang boleh dikategorikan seperti di bawah :

Kata Tunggal

Contoh Perkataan

Pola Suku Kata

Satu Suku Kata

kes, jom, dan, pun

KVK

yang

KVKK

Aedes

KVKVK

Dua Suku Kata

ada, ini, itu

V + KV

air

V + VK

ahli

VK + KV

baik

KV + VK

lalu, pula, sama, pada, jika, bagi, kita,

KV + KV

demam, wajar, bulan, tahun, sedih, bebas,

KV + KVK

atau, amat, akan, ikon, orang

V + KVK

denda, perlu, pasti

KVK + KV

kempen, jumlah, tempah, pernah, rakyat,

KVK + KVK

Tiga Suku Kata

semua

KV + KV + V

akibat

V + KV + KVK

hospital

KVK + KV + KVK

serius, selain, peluang

KV + KV + VK

usaha, utama

V + KV + KV

mereka, berita, bahaya, negara, teliti

KV + KV + KV

menteri, saudara

KVK + KV + KV

kawasan, sekitar, sebelum

KV + KV + KVK

pelbagai

KVK + KV + KVK

seperti

KV + KVK + KV

Empat Suku Kata

kategori

KV + KV + KV + KV

mesyuarat

KV+ KV + V + KVK

keluarga

KV + KV + VK + KV

sentiasa

KVK + KV + V + KV

tanggungjawab

KVK + KVK + KV + KV

televisyen

KV + KV + KV + KVK

4.2 BENTUK KATA TERBITAN

Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan,

iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada

kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu

awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya, membentuk kata nama terbitan. Antara contoh-contoh dalam petikan adalah seperti pembunuh, penyakit, pelawak, pengacara, pelakon penduduk dan pesakit. Manakala awalan-awalan seperti meN-, beR-, ter-, dan di- membentuk kata kerja terbitan. Contoh dalam petikan seperti meningkat, mencegah, menjelang, mendadak, mengenal, diberi, dikawal, terbabit, termasuk, bermula dan berbau. Selain itu, awalan-awalan seperti teR-, dan se- membentuk kata adjektif terbitan. Contohnya seperti dalam petikan terkenal, terbaru dan sepanjang.

Imbuhan akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan ( an, -wan, -man, -wati, -isme, in-, -at dan at) dan kata kerja terbitan (-kan dan i) sahaja. Dalam petikan terdapat hanya imbuhan akhiran yang membentuk kata nama terbitan sahaja seperti bawaan, hukuman dan semburan.

Jumlah imbuhan apitan juga banyak digunakan dalan bahasa Melayu. Imbuhan apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. Apitan- apitan peN.-an dan ke..-an akan membentuk kata nama terbitan, contoh dalam petikan adalah seperti perhatian, pembiakan, persekitaran, dan kementerian. Apitan-apitan meN-.-kan, ber--kan, di--kan, me--i, di-i, diper--kan, diper-i, memper--kan, memper--i dan ke--an membentuk kata kerja terbitan. Antara contoh yang terdapat dalam petikan ialah mengatakan, menunjukkan, membimbangkan, melebihi, menangani, memperakui, mengenakan, mengenai, direkodkan, diingatkan, dilakukan, diperhebatkan, kematian dan kehilangan. Manakala imbuhan apitan yang membentuk kata adjektif terbitan hanya mempunyai imbuhan ke--an sahaja seperti contoh dalam petikan kesedaran dan kesihatan.

Bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan dengan maksud kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baharu dicipta. (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1995 ;73). Sisipan el-, -e-, -em- dan in- hanya wujud dalam kata nama dan kata adjektif sahaja. Dalam petikan yang saya cari, tidak terdapat imbuhan sisipan di dalamnya.

4.3 BENTUK KATA MAJMUK

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa

kata dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Kata majmuk boleh dipisahkan kepada tiga kelompok iaitu rangkaian kata bebas, berbentuk istilah khusus dan mendukung maksud kiasan.

Berdasarkan petikan minda pengarang yang saya cari terdapat beberapa kata majmuk yang boleh dikategorikan kepada tiga kelompok tersebut. Antaranya ialah ahli keluarga dan orang ramai untuk kata majmuk rangkaian kata bebas, demam denggi untuk kata majmuk berbentuk istilah khusus manakala tanah air, sanak saudara, rakan taulan dan sambil lewa untuk kata majmuk mendukung maksud kiasan.

Selain itu, terdapat juga kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang kuat, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan tersebut tetap dieja sebagai satu perkataan. Dalam petikan hanya terdapat dua perkataan kata majmuk yang telah mantap bentuknya iaitu tanggungjawab dan kerjasama.

Di samping itu, kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Antara contoh dalam petikan ialah dikenal pasti dan bekerjasama. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan dan akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah kecuali kata majmuk yang telah mantap bentuknya tetap dieja bercantum.

4.4 BENTUK KATA GANDA

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya,

sama ada secara penuh, separa atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan atau pun tidak. Penggandaan separa bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Manakala penggandaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.

Dalam analisis petikan Minda Pengarang yang saya cari, tidak terdapat banyak kata ganda yang boleh diperolehi. Hanya terdapat tiga sahaja kata ganda iaitu menteri-menteri untuk kata ganda penuh, semata-mata untuk kata ganda separa yang menerima imbuhan dan gotong-royong untuk kata ganda berentak pengulangan konsonan.

4.5 GOLONGAN KATA NAMA

Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi

unsur inti pada binaan frasa nama dan biasanya kata ini menamakan orang, tempat atau benda. Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

4.5.1 Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Berdasarkan petikan, antara kata nama khas yang boleh dikenal pasti adalah seperti berikut :

a) Kata nama khas hidup manusia Mior Ahmad Fuad Mior Badri, Din Beramboi dan Aznil Nawawi.

b) Kata nama khas hidup bukan manusia Aedes

c) Kata nama khas tak hidup Januari, April, Singapura, Johor, Kuala Lumpur, Mesyuarat menteri-Menteri Kesihatan ASEAN, Kementerian Kesihatan dan Jom Ganyang Aedes.

4.5.2 Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Kata nama am boleh pula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang.

Kata nama am ini juga terdapat dalam petikan Minda Pengarang yang saya cari dan ianya boleh diperincikan seperti di bawah ini :

a) Kata nama am hidup manusia keluarga, rakan, saudara, penduduk, pelakon, pelawak, pengacara, pesakit, orang dan rakyat.

b) Kata nama am hidup bukan manusia nyamuk

c) Kata nama am tak hidup institusi kerajaan dan hospital

d) Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit negara, rumah, rantau, kawasan dan tanah air

e) Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang tahun, bulan, kematian dan televisyen.

f) Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang penyakit, hukuman, denda dan kesedaran.

4.5.3 Kata Ganti Nama

Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri pula daripada kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga.

Antara contoh-contoh kata ganti nama yang terdapat dalam petikan adalah seperti berikut :

a) Kata ganti nama tunjuk itu, ini

b) Kata ganti nama diri tanya sesiapa (siapa-siapa)

c) Kata ganti nama diri orang pertama kita

d) Kata ganti nama diri orang ketiga mereka

4.6 GOLONGAN KATA KERJA

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Kata

kerja dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

4.6.1 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya,

iaitu yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif ( kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i) dan kata kerja transitif pasif (kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif)

Berdasarkan petikan Minda Pengarang yang saya cari, terdapat beberapa kata kerja transitif yang telah dikenal pasti. Antaranya adalah seperti berikut :-

a) Kata kerja transitif aktif mencegah, menunjukkan, mengenal, mendengar, memberi, membersihkan, memusnahkan, merawat, melantik, mendapat, memantau, menangani, dan memastikan.

b) Kata kerja transitif pasif diberi, diminta, disahkan, dicatatkan, diingatkan, direkodkan dan dikenal pasti.

4.6.2 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut

atau objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

Antara contoh kata kerja tak transitif yang terdapat dalam petikan ialah :-

a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap pulang, bebas, malang, rawatan, membimbangkan, membiak, meningkat, mengubati, berdarah, bekerjasama dan melebihi.

b) Kata kerja tak transitif berpelengkap menjadi

4.7 GOLONGAN KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam

binaan frasa adjektif. Golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1995:91). Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataan-perkataannya, iaitu kata adjektif sifat atau keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif pancaindera, kata adjektif waktu, kata adjektif cara, kata adjektif perasaan dan kata adjektif jarak.

Berdasarkan petikan Minda Pengarang, terdapat hanya beberapa perkataan yang dapat digolongkan sebagai kata adjektif. Antaranya adalah sedih (kata adjektif perasaan), panas (kata adjektif pancaindera sentuh), kotor (kata adjektif pancaindera pandang), besar ( kata adjektif ukuran) dan baik (kata adjektif sifat atau keadaan).

4.8 GOLONGAN KATA TUGAS

Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis iaitu

yang terkandung di dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik : frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1995:92). Kata tugas boleh dikenalpasti sebagai kata hubung, kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pangkal ayat, kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata pembenar, kata bilangan dan kata pembenda.

Berdasarkan petikan, terdapat beberapa kata tugas mengikut jenis-jenisnya. Berikut disenaraikan perkataan-perkataan yang boleh digolongkan dalam kata tugas iaitu:

a) Kata hubung yang, dan, atau, sejak

b) Kata sendi nama di, pada, dari, daripada dalam, antara

c) Kata penegas pun

d) Kata pemeri adalah

e) Kata bilangan tujuh, seluruh, semua, sebahagian

f) Kata nafi bukan, tidak

g) Kata bantu akan, perlu sudah

h) Kata pembenda - khususnya

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.