tips pemakanan pesakit kencing manis dan darah tinggi 2016

3
PEMAKANAN UNTUK PESAKIT KENCING MANIS Tips Pemakanan Pengawalan pemakanan AMAT PENTING untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja. Makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan. KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK TEPU KERANA PENINGKATAN PENGAMBILAN LEMAK AKAN MENINGKATKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG. ELAKKAN MAKANAN YANG DIGORENG . Makan makanan yang tinggi fiber seperti roti jagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, lentil dan sayur-sayuran . Kurangkan pengambilan garam dan makanan yang masin seperti kerepek dan kacang tanah. MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN Semua makanan dan minuman yang manis seperti pelbagai jenis gula, kuih-muih, biskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap cordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol. Makanan yang bebas dimakan 1. Semua jenis sayuran, kecuali semua jenis ubi. 2. Semua cecair dan minuman tanpa gula 3. Perasa dan Perencah 4. Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak dan kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. 5. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa) Makanan yang perlu disukat 1. Susu dan hasil tenusu 2. Bijirin dan hasil bijiran 3. Kacang dan kekacang 4. Buah-buahan

Upload: hcy-7102

Post on 23-Jan-2018

2.007 views

Category:

Health & Medicine


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tips Pemakanan Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi 2016

PEMAKANAN UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

Tips Pemakanan

Pengawalan pemakanan AMAT PENTING untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja.

Makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan.

KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK TEPU KERANA PENINGKATAN PENGAMBILAN LEMAK AKAN MENINGKATKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG. ELAKKAN MAKANAN YANG DIGORENG .

Makan makanan yang tinggi fiber seperti roti jagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, lentil dan sayur-sayuran .

Kurangkan pengambilan garam dan makanan yang masin seperti kerepek dan kacang tanah.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN Semua makanan dan minuman yang manis seperti pelbagai jenis gula, kuih-muih, biskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap cordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol.

Makanan yang bebas dimakan

1. Semua jenis sayuran, kecuali semua jenis ubi. 2. Semua cecair dan minuman tanpa gula 3. Perasa dan Perencah 4. Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak dan kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji

seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. 5. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang,

siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa)

Makanan yang perlu disukat

1. Susu dan hasil tenusu 2. Bijirin dan hasil bijiran 3. Kacang dan kekacang 4. Buah-buahan

Page 2: Tips Pemakanan Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi 2016

Pilihan makanan Saiz hidangan Saranan

1.Susu dan hasil tenusu Susu segar / cair Susu sejat Susu penuh krim Susu skim / rendah lemak

1 cawan (240ml) ½ cawan (120ml) 4 sudu makan penuh 4 sudu makan paras

2 kali sehari

2. Bijiran dan hasil bijirin Roti putih / bijirin penuh Nasi / mee / meehon / kuey teow Capati/ roti canai/ tosai Ubi

2 keping 1 cawan 1 keping 1 biji saiz telur

3-4 kali sehari

3. Kacang dan kekacang Kacang hijau/ merah/ dhal/ kacang soya (mentah)

1/3 cawan

1-2 kali sehari

4.Buah-buahan Epal/oren/limau/lai/ciku Pisang (10cm) Mangga Jambu batu

Belimbing Langsat/longan/anggur Rambutan/laici Betik/nenas/tembikai/tembikai susu Durian/nangka/cempedak

1 biji sederhana 1 biji kecil 1 biji kecil ½ biji tanpa biji 1 biji sederhana 8-10 biji kecil 5 biji sederhana 1 potong nipis 3 ulas kecil

2 kali sehari

Walaupun rasa makanan dalam kumpulan ini masam, pedas, manis, tetapi semua akan

ditukarkan kepada gula oleh badan kita.

KAWAL PEMAKANAN ANDA SUPAYA TIDAK PERLU MAKAN

UBAT YANG BANYAK

Page 3: Tips Pemakanan Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi 2016

PEMAKANAN UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah: 1. Garam / natrium 2. Berat badan

GARAM / NATRIUM Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (Bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari)

KURANGKAN MAKANAN TINGGI GARAM

Rendah Sederhana TINGGI GARAM

Buah-buahan Sayur-sayuran Minyaksayuran Lemak Gula Tepung Nasi Roti putih Roti mil penuh (roti berserat tinggi) Bijirin Kekacang

Daging Ikan Telur Susu

Kicap, sos barbeku, tauchu (pes soya), sos cili, sos tiram, sos tomato.

Sayuran (marmite) /Daging (Bovril)

Monosodium Glutamat(MSG) / Kiubperasa

Salad cream /Mayones

Keju, Makanan dalam tin

Bijirin (sedia dimakan),Sup sedia dimakan

Makanan diawet

Ikan bilis/ Udang kering/ Ikan masin /

Telur masin /Daging yang diawet

Sosej /Daging burger

Jeruk buah-buahan /Jeruk sayur-sayuran

Belacan /Cencaluk/ Budu

Menambah Perisa Dalam Makanan

Gunakan rempah-ratus, herba, bawang putih, bawang merah dalam masakan

Gunakan perahan jus limau untuk menggantikan garam dalam masakan.

Makan lebih makanan yang segar dan semulajadi.

PENURUNAN BERAT BADAN - KEKAL SIHAT DAN CERGAS

Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang

Berlebihan berat badan.

Anda perlu mengawal pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan minuman dan makanan yang manis untuk mengurangkan berat badan anda.

Lakukan senaman secara berkala.