tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ... · baru terima rumah pelajar orang asli...

20

Upload: hoangdiep

Post on 31-Mar-2019

302 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum wbh.Salam Sejahtera Salam 1Malaysia

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-NYA, Buletin Asli edisi 1/2016 berjaya diterbitkan. Setinggi-

tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua anggota Unit Perhubungan Awam yang telah bertungkus-lumus berusaha untuk menerbitkan Buletin Asli edisi ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada semua unit dan bahagian di Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) yang telah memberikan kerjasama yang cukup tinggi dalam usaha kita untuk memberikan input yang terbaik di dalam edisi kali ini.

Seperti yang kita telah maklum, JAKOA sentiasa melaksanakan pelbagai jenis projek dan program pembangunan dan kebajikan kepada masyarakat Orang Asli. Dengan demikian, edisi kali ini sarat dengan informasi yang boleh kita teliti dan ambil maklum tentang apa yang sedang diperjuangkan oleh JAKOA kepada seluruh masyarakat Orang Asli.

Kita amat berharap agar tahun 2016 ini akan menjadi tahun yang gemilang bagi JAKOA dan masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Segala peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku akan tercatat di dalam Buletin Asli edisi 1/2016 ini.

UNIT PERHUBUNGAN AWAMJAKOA MALAYSIA

PENAUNGHasnan bin HassanKetua Pengarah

PENASIHATEn. Suhaimi Bin MahmudTimbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pengurusan)

EDITORUnit Perhubungan Awam

JURUFOTOUnit Perhubungan Awam

EDITOR BERSEKUTUBahagian Khidmat PengurusanBahagian Pembangunan SosioekonomiBahagian Pembangunan Modal Insandan KebajikanBahagian Perancangan & PenyelidikanSeksyen KewanganSeksyen Teknologi MaklumatSeksyen PentadbiranSeksyen Sumber ManusiaJAKOA PahangJAKOA Perak / KedahJAKOA Selangor / W. PersekutuanJAKOA N. Sembilan / MelakaJAKOA JohorJAKOA Kelantan / Terengganu

EDARANSeksyen Pentadbiran

Dicetak oleh:K A Estetik

Diterbitkan oleh:Unit Perhubungan AwamPejabat Ketua PengarahJabatan Kemajuan Orang AsliTingkat 3, West BlockWisma Selangor Dredging142-C Jalan Ampang50548 Kuala Lumpur.Tel: 03-2161 0577Faks: 03-2162 1470

Laman Web: www.jakoa.gov.myEmel: [email protected]

BICARA KETUA PENGARAH

JAKOA DAN BAKTI JALIN KERJASAMA

KG ORANG ASLI PALEBAR BARU TERIMA RUMAH

PELAJAR ORANG ASLI KEKAL CEMERLANG

YBM KKLW DI BERA

JAKOA BEKAL ELEKTRIK DAN BINA JAMBATAN

50 PELAJAR CEMERLANG ORANG ASLI SPM & STPM TAHUN 2015 DIRAIKAN

KOA SIMPAI TERIMA JALAN BAHARU

AMANAT KETUA PENGARAH JAKOA

PROGRAM KEMBARA RAKYAT ADUN 4.0

“SAYANG ADIK SAYANG”

OA BUKIT CHERMIN SAMBUT RAMADAN

BATIN, JENANG, JEKERAH & JKKKOA NEGERI MELAKA

MESRA MINDA OA SG BUMBUN

USAHAWAN KELULUT NEGERI PAHANG

KUOA ZON TIMUR

04

06

09

10

12

1516171819

05

08

11

1407 13

KANDUNGAN

4 BULETIN ASLI 01 . 2016

Bicara Ketua PengarahYAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang lalu, sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli.

Ini merupakan kali pertama sesuatu bajet diumumkan khusus untuk masyarakat Orang Asli. Kita dapat lihat dengan jelas melalui komitmen yang ditunjukkan oleh pihak Kerajaan kepada masyarakat Orang Asli. Saya amat yakin dan percaya bahawa masyarakat Orang Asli mampu bersaing dengan masyarakat lain jika diberikan peluang dan bantuan yang sepatutnya.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh kakitangan JAKOA atas komitmen yang telah ditunjukkan dalam memajukan dan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat Orang Asli. Saya sedar bahawa tanggungjawab yang sedang dipikul oleh semua kakitangan JAKOA ini bukanlah suatu yang mudah. Namun jika kita bersama-sama berganding bahu dalam melaksanakan tugas, segala-galanya akan jadi lebih senang dan kita juga akan berasa lebih yakin untuk berhadapan dengan segala bentuk cabaran seandainya kita bersama-sama dalam setiap perkara.

Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan lebih utuh bagi menjayakan visi dan misi JAKOA sebagai agensi terunggul bagi memartabatkan pembangunan masyarakat Orang Asli khususnya dari aspek ekonomi, infrastruktur, modal insan, pendidikan dan kebajikan.

DATO’ HASNAN BIN HASSANKetua PengarahJabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan keizinan NYA, Buletin Asli Bil 1/2016 ini telah berjaya diterbitkan. Penerbitan Buletin Asli ini amat penting kerana ia mengandungi rekod simpanan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kepada masyarakat Orang Asli. Dikesempatan ini juga, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kerja JAKOA di atas segala usaha yang telah dicurahkan demi memberikan khidmat bakti kepada masyarakat Orang Asli.

Pelbagai program dan peristiwa yang berlaku pada bulan Januari sehingga Jun pada tahun ini telah berjaya direkod serta didokumentasikan agar ia menjadi sumber rujukan yang sah untuk kegunaan pada masa akan datang. Sebagaimana yang kita sedia maklum, dalam pembentangan Bajet 2016 yang telah diumumkan oleh

Assalamualaikum wbt.Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

BULETIN ASLI 01 . 2016 5

YBM KKLW di BeraMasyarakat Orang Asli di Daerah

Bera terutamanya di Kg Orang Asli Bukit Rok amat bertuah kerana YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sudi hadir bagi merasmikan Majlis Ramah Mesra YBM KKLW di Bera. Majlis Ramah Mesra yang dianjurkan oleh JAKOA Negeri Pahang pada 19 Februari 2016 ini merupakan satu inisiatif yang amat baik kerana dapat memberikan peluang kepada masyarakat Orang Asli untuk

bertemu pemimpin yang mereka sanjungi ini. YB Menteri sewaktu memberikan ucapan kepada 600 penduduk kampung yang hadir memaklumkan bahawa KKLW dan JAKOA akan memastikan 200 ribu masyarakat Orang Asli di seluruh Semenanjung ini mendapatkan kemudahan infrastruktur yang lengkap.

YB Dato’ Sri Ismail Sabri turut menyatakan bahawa pada tahun ini KKLW dan JAKOA telah menyusun beberapa strategi serta kerangka pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli ke tahap yang lebih mantap. Sejumlah RM114.8 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala sejumlah RM191.7 juta bagi peruntukan pembangunan.

Saya percaya dengan peruntukan besar yang perlu dibelanjakan ini, masyarakat Orang Asli tidak lagi perlu hidup terpinggir daripada pembangunan dan mampu hidup berdikari. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBhg Dato’ Hasnan b Hassan, Ketua Pengarah JAKOA.

6 BULETIN ASLI 01 . 2016

Jakoa dan Bakti Jalin Kerjasama

Satu perbincangan di antara Jabatan Kemajuan Orang Asli

(JAKOA) bersama Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) telah berlangsung di Bangunan Bakti Siti Hasmah, Kuala Lumpur pada 23 Februari 2016 yang lalu. Majlis yang dipengerusikan oleh Presiden BAKTI, YABhg. Datin Paduka Seri Hjh. Rosmah bt Mansor telah membincangkan mengenai bentuk bantuan yang boleh disampaikan oleh pihak BAKTI kepada masyarakat Orang Asli.

Hasil daripada perbincangan tersebut, beberapa bentuk bantuan yang bersesuaian telah dilaksanakan secara berperingkat. Pihak JAKOA menjadi penyelia dalam menyampaikan bantuan tersebut melalui tindakan Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan (PMK) serta JAKOA Negeri dan Daerah.

YBhg. Dato’ Hasnan b Hassan, Ketua Pengarah JAKOA dalam ucapannya menyatakan rasa terharu dan jutaan terima kasih kepada pihak BAKTI kerana telah mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan masyarakat Orang Asli. Majlis yang telah diadakan buat kali pertama ini merupakan satu permulaan yang baik dalam jalinan kerjasama di antara pihak JAKOA dan BAKTI.

Dengan harapan bahawa hubungan kerjasama sebegini akan berterusan

demi kebajikan masyarakat Orang Asli, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah turut menyatakan bahawa hubungan kerjasama ini harus diteruskan dalam tahun-tahun yang akan datang.

BULETIN ASLI 01 . 2016 7

KOA Simpai terima jalan baharu

Pada 10 Mei 2016 yang lalu YBhg Dato’ Hasnan b Hassan, Ketua

Pengarah JAKOA telah mengadakan lawatan kerja dan ramah mesra ke Kg Orang Asli Simpai, Pekan Pahang. Sebelum bertemu dengan penduduk kampung, YBhg Dato’ Hasnan telah membuat lawatan kerja bagi melihat projek pembinaan jalan premix (Fasa 1) di Kg Orang Asli Simpai. Pembinaan jalan sepanjang 4.3km telah mula dilaksana pada bulan Nov 2015 dan dijangka siap pada bulan Ogos 2016 nanti.

YBhg Dato’ Hasnan turut berkesempatan memeriksa jalan premix dan berpeluang membawa jentera premix. Pihak perunding turut memberi taklimat kepada YBhg Dato’ Ketua Pengarah mengenai projek jalan KOA Simpai. Selepas selesai lawatan kerja, YBhg Dato’ Ketua Pengarah bersama YB Senator Tn Isa b Hamid telah bertemu dalam Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Kampung Orang Asli Simpai.

YBhg Dato’ Hasnan dalam ucapannya kepada 100 orang penduduk yang hadir di Majlis Ramah Mesra di

Sk Simpai memaklumkan JAKOA akan terus membantu penduduk Simpai ini dengan menyediakan kemudahan asas yang masih tidak mencukupi. Beliau juga menyatakan pada tahun 2020 nanti semua akses ke perkampungan Orang Asli akan mempunyai jalan perhubungan yang boleh dilalui kenderaan.

YBhg Dato’ Ketua Pengarah turut

berpesan gejala alkohol dalam kalangan penduduk kampung perlu ditangani kerana ianya akan merugikan masyarakat Orang Asli. Peranan ibu bapa bagi memastikan anak-anak Orang Asli mendapat pendidikan adalah amat penting. Kita mahukan setiap keluarga Orang Asli mempunyai seorang graduan sama ada peringkat diploma atau ijazah.

8 BULETIN ASLI 01 . 2016

Pada 28 April 2016 yang lalu, YBhg Dato’ Hasnan b Hassan, Ketua

Pengarah JAKOA telah merasmikan Majlis Bekalan Elektrik Luar Bandar Kg Orang Asli, Sg Jong. Bekalan elektrik luar bandar ini melibatkan 9 buah kampung dengan kos projek berjumlah RM24.9 juta akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Orang Asli di kawasan Sg Siput ini.

YBhg Dato’ Hasnan ketika berucap menyatakan kemudahan elektrik yang diberikan ini perlu digunakan dengan cara berhemah dan masyarakat Orang Asli perlu menggunakan bekalan elektrik ini dengan memberi galakan pendidikan kepada anak-anak mereka. Beliau juga memaklumkan bahawa JAKOA akan memastikan kemudahan asas lain seperti bekalan air terawat akan diberi keutamaan seiring dengan bekalan elektrik yang telah disediakan ini.

Pada sebelah petangnya pula, YBhg Dato’ Hasnan b Hassan, Ketua Pengarah JAKOA telah merasmikan jambatan baharu Kg Orang Asli Santeh sepanjang hampir 80 meter yang memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk menjalankan aktiviti pertanian (menyambungkan kampung

JAKOA bekal elektrik dan

bina jambatandengan kawasan kebun). Ternyata masyarakat Orang Asli di Kg Santeh amat gembira kerana penantian mereka untuk memdapatkan sebuah jambatan baharu akhirnya menjadi impian.

Semasa memberi ucapan kepada kira-kira 100 orang penduduk kampung, YBhg Dato’ Hasnan telah memberikan maklumbalas terhadap beberapa permintaan dari penduduk kampung. Antaranya ialah berkenaan isu dividen sawit, naiktaraf balairaya, bina baru PBR,

peruntukan baja pokok getah dan set alat sukan. Kesemua permintaan dari penduduk Kg Santeh akan diberi perhatian mengikut keutamaan dan sekiranya terdapat peruntukan akan dilaksanakan dengan kadar segera.Hadir sama ialah YB Tuan Isa b Ab Hamid, Senator Dewan Negara, Tn Hj Mohd Zamri b Mustajap, TKP Pembangunan JAKOA dan Pn Tijah Pemangku Pengarah JAKOA Negeri Perak & Kedah.

BULETIN ASLI 01 . 2016 9

Seramai 28 keluarga dari Kampung Orang Asli Palebar Baru, Port

Dickson telah menerima kunci rumah jenis Semi-D daripada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b Haji Hasan pada 30 Mei 2016. Meraka menerima rumah jenis berkembar ini yang sebanyak 28 unit dengan nilai sebuah rumah berjumlah RM400 ribu yang lengkap dengan peralatan rumah seperti set ruang tamu, set bilik tidur dan set dapur. Kawasan perumahan ini turut dilengkapi dengan surau, dewan serta taman permainan.

KG ORANG ASLI PALEBAR BARU TERIMA RUMAH

Selain itu, setiap rumah yang diberikan disertakan dengan 5 ekar tanah ladang kelapa sawit untuk setiap KIR sebagai sumber pendapatan. YBhg. Dato’ Hasnan b Hassan, Ketua Pengarah JAKOA dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan di atas sumbangan yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli di sini.

YAB Menteri Besar turut menyatakan bahawa masyarakat Orang Asli Palebar Baru akan diberikan projek

ladang kelapa sawit yang dapat menjana pendapatan sehingga RM1,500.00 untuk setiap KIR dan ini akan membantu masyarakat Orang Asli di sini untuk hidup dengan lebih selesa.

Projek Pembangunan Penempatan Semula Orang Asli Kg. Palebar ini merupakan projek perumahan tersusun moden yang dilaksanakan oleh Syarikat Riverine Projects Sdn Bhd, ekoran perpindahan dari Kampung Palebar di Gadong, Labu di mana tapak penempatan asal di sana akan dibangunkan untuk ”Pembangunan Bercampur”. Projek Penempatan Semula ini telah siap sepenuhnya pada pertengahan bulan ini yang mengambil tempoh lapan (8) bulan bermula September 2015.

10 BULETIN ASLI 01 . 2016

Pada 4 Februari 2016, seramai 67 pelajar cemerlang UPSR dan

91 pelajar cemerlang PT-3 tahun 2015 telah menerima penghargaan daripada YB Dato’ Sri Ismail Sabri b. Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Orang Asli (MAPCOA) UPSR dan PT3 2015 yang diadakan di Institut

Kemajuan Desa (INFRA), Bangi.

Pelajar-pelajar cemerlang yang diraikan tersebut telah mencatat keputusan 4A dan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) manakala 5A ke atas dalam Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT-3).

Kesinambungan daripada MAPCOA UPSR dan PT-3 yang

berlangsung pada bulan Februari, pada 21 April 2016 yang lalu, sekali lagi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Orang Asli (MAPCOA) telah diadakan dan pada kali ini, majlis tersebut meraikan 50 orang pelajar cemerlang Orang Asli dalam peperiksaan SPM dan STPM tahun 2015 bertempat di Dewan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Daripada jumlah tersebut, seramai 33 calon SPM yang mencapai keputusan 6A ke atas dan 17 calon STPM yang mencapai keputusan PNGK 2.8 ke atas. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri b Yaakob, Menteri KKLW.

50 PELAJAR CEMERLANG ORANG ASLI SPM & STPM TAHUN 2015

DIRAIKAN

BULETIN ASLI 01 . 2016 11

Pelajar Orang Asli Kekal

CemerlangYB Menteri KKLW dalam ucapannya melahirkan rasa gembira apabila 24 orang daripada 26 calon PT-3 dari Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Rompin, Pahang telah berjaya mencatat keputusan 5A ke atas. Beliau berharap agar lebih banyak pusat pendidikan seperti ini ditubuhkan di seluruh negara agar dapat melahirkan lebih ramai pelajar Orang Asli yang cemerlang.Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Datuk Alexander Nanta Linggi (Timbalan Menteri I KKLW), YB Datuk Ahmad Jazlan b Yaacob (Timbalan Menteri II KKLW), YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani b Muhamed Yunus (Timbalan Ketua Setiausaha KKLW) dan YBhg. Dato’ Hasnan b Hassan (Ketua Pengarah JAKOA).

YB Menteri KKLW dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau akan memastikan seramai 350 daripada 1,754 calon SPM dan STPM Tahun 2015 akan menyambung pengajian ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Selain itu, seramai 33 pelajar cemerlang SPM yang diraikan tersebut akan dimasukkan ke Kolej Persediaan Luar Negara untuk dilatih sebagai persiapan sebelum dihantar menyambung pengajian ke luar negara. Pihak Kementerian juga telah meletakkan KPI yang baharu kepada pihak JAKOA untuk Tahun 2016 supaya memastikan seramai 20 orang pelajar Orang Asli dapat dihantar untuk menyambung pengajian ke luar negara.Harapan YB Menteri KKLW tersebut

disambut baik oleh YBhg. Dato’ Hasnan b Hassan, Ketua Pengarah JAKOA supaya KPI baharu tersebut dapat dipenuhi oleh pihak JAKOA. Untuk rekod, pada tahun 2015, seramai 14 orang pelajar Orang Asli telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di bawah tajaan MARA dalam pelbagai bidang. Sejak program penghantaran pelajar

Orang Asli dari tahun 2010 hingga kini, seramai 54 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

12 BULETIN ASLI 01 . 2016

Bagi membuka tirai tahun 2016, Majlis Amanat Ketua

Pengarah telah diadakan sebanyak lima kali merangkumi semua peringkat Pejabat JAKOA. Majlis Amanat Ketua Pengarah dilakukan bertujuan untuk Ketua Pengarah menyampaikan beberapa amanat yang penting kepada kakitangan JAKOA untuk dijadikan panduan dalam menggembeleng tenaga untuk berbakti kepada masyarakat Orang Asli.

Bermula pada 8 Januari 2016, majlis telah diadakan di Auditorium Muzium Gombak khusus bagi warga JAKOA Ibu Pejabat. Dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah JAKOA, YBhg Dato’ Hasnan bin Hassan telah menitikberatkan agar semua kakitangan melakukan kerja bersandarkan kepada Dasar Perkhidmatan Awam agar budaya kerja yang proaktif dapat meningkatkan kualiti kerja bagi menyampaikan produk atau perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Orang Asli. Beliau juga

AMANAT KETUA PENGARAH JAKOA mahu semua kakitangan bertindak membuat kerja mengikut garis panduan yang berintegriti agar semua tugasan dapat dijalankan dengan lancar.

Majlis Amanat Ketua Pengarah bersama JAKOA Negeri Perak telah berlangsung pada 12 Januari 2016 dan bagi JAKOA Negeri Kelantan pada 18 Januari 2016. Pada 21 Januari 2016, Majlis Amanat Ketua Pengarah bagi JAKOA Negeri Sembilan, Selangor dan Johor telah diadakan di INFRA.

Bagi JAKOA Negeri Pahang pula, Majlis Amanat KP telah dilakukan

secara besar-besaran pada 26 Januari 2016 di Hotel Ancasa Royale, Pekan berikutan satu lagi majlis, iaitu Majlis Penganugerahan Inovasi JAKOA Pahang turut diadakan pada waktu yang sama.

Majlis ini diadakan bagi menghargai kakitangan JAKOA Pahang yang cemerlang dalam melakukan tugas mereka. Anugerah ini diberikan kepada kakitangan yang cemerlang meliputi peringkat JAKOA Negeri Pahang dan daerah-daerah dibawahnya mengikut unit-unit diperingkat bahagian.

BULETIN ASLI 01 . 2016 13

KUOA Zon timur

Pada 1 Jun 2016, satu Majlis Perasmian Karnival Usahawan

Orang Asli Zon Timur telah diadakan di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hasnan bin Hassan Ketua Pengarah JAKOA.

Pada tahun 2009, Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) telah diperkenalkan bagi mempromosikan produk-produk atau perkhidmatan Orang Asli kepada masyarakat tempatan. Namun, pada tahun 2015, karnival ini diadakan mengikut zon iaitu, Zon Utara, Zon Timur dan Zon Selatan. Meskipun tidak ramai masyarakat Orang Asli di Terengganu, namun pada tahun ini, Negeri Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah kepada Karnival Usahawan Orang Zon Timur dimana

zon ini merangkumi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Menurut Dato’ Hasnan, ianya bertujuan mengetengahkan produk Orang Asli serta budaya mereka kepada masyarakat luar serta sekaligus mempromosikan produk jualan mereka.

Seramai 25 usahawan Orang Asli yang telah menyertai karnival ini. Mereka terdiri daripada usahawan-usahawan Orang Asli dari Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang,

Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. Karnival ini berlangsung selama 4 hari bermula pada 1 hingga 4 Jun 2016. Karnival ini bertindak sebagai sebuah platform untuk memberi peluang kepada para usahawan Orang Asli untuk menonjolkan produk jualan dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat setempat secara langsung. Usahawan-usahawan ini memperkenalkan pelbagai jenis produk yang menarik antaranya ialah kraftangan yang diperbuat daripada kayu, tumbuhan hutan, madu dan pelbagai produk hasil daripada madu, produk anyaman, makanan dan sebagainya.

Karnival Usahawan Orang Asli Zon Timur turut mengadakan demo mengukir topeng dan patung, demo anyaman bakul dan tikar, serta demo menyumpit yang sinonim dengan masyarakat Orang Asli. Pengunjung juga berpeluang untuk mencuba semua aktiviti demo yang diadakan ini sepanjang karnival.

14 BULETIN ASLI 01 . 2016

USAHAWAN OA KELULUT NEGERI PAHANG

Majoriti pendapatan masyarakat Orang Asli memperolehi

purata pendapatan isi rumah kira-kira RM1,200 hingga RM1,500 sebulan, iaitu tiga kali ganda lebih rendah berbanding masyarakat biasa, sekali gus wujud jurang pendapatan di kalangan masyarakat itu. Sehubungan itu, pelbagai projek pembangunan ekonomi telah dilaksanakan termasuk Projek Ladang Masyarakat Orang Asli (PLMOA), Projek Penternakan Kelulut dan bantuan baja bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka.

Pada 10 April 2016 yang lepas Pengarah JAKOA Negeri Pahang En Isa Bin Hamid telah mengadakan lawatan ke kawasan ternakan kelulut masyarakat Orang Asli di

Kampung Mikang. Ternakan kelulut ini telah diusahakan oleh usahawan yang bernama En Zahar A/L Tan. Ternakan ini telah mula beroperasi sejak 6 bulan yang lalu, Terdapat kira – kira 50 sarang kelulut yang telah mengeluarkan hasil. Melalui lawatan kerja ini juga, Pengarah JAKOA negeri Pahang telah memberikan beberapa pandangan kepada usahawan untuk meningkatkan pendapatan melalui ternakan kelulut ini antaranya memperbanyakkan sarang kelulut dan mengikuti kursus-kursus kelulut

yang diadakan khususnya kursus diperingkat JAKOA.

JAKOA akan terus berusaha bagi meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli agar jurang tidak terlalu tinggi dengan masyarakat biasa secara tidak langsung mencapai sasaran pendapatan isi rumah pada tahun 2020 iaitu purata RM2,500.

BULETIN ASLI 01 . 2016 15

Program Kembara Rakyat Adun 4.0

Program Kembara Rakyat Adun 4.0 merupakan salah satu program

rutin antara JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu dengan agensi-agensi yang terlibat termasuklah PDRM, JPAM, JPN, JKM, RELA, PPD , KEMAS dan juga Jabatan Kesihatan Malaysia. Program ini bermula pada 04 April 2016 dan berakhir 06 April 2016. Antara kampung yang terlibat dalam kembara kali ini adalah Pos Bihai, Pos Belatim, RPS Balar dan Pos Hau, Gua Musang Kelantan.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan agensi kerajaan dengan masyarakat Orang Asli menerusi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti sukan rakyat iaitu pertandingan menyumpit serta tarian sewang masyarakat Orang Asli, Selain itu, aktiviti ramah mesra antara agensi-agensi yang terlibat dan sumbangan bantuan dalam bentuk perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan

oleh JKM, pendaftaran pengundi oleh SPR, serta bantuan kaunseling oleh JPN telah memberikan kesan yang positif dalam memberikan pendedahan kepada masyarakat Orang Asli mengenai perkhidmatan daripada pihak kerajaan.

Majlis penutup Program Kembara Rakyat 4.0 Tahun 2016 telah diserikan dengan kehadiran YBM Tengku Razaleigh bin Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang diadakan di Dataran Perkarangan Pos Brooke Gua Musang, Kelantan. Turut bersama menyertai program ini adalah Adun Galas, YB Abd Aziz bin Yusof.

16 BULETIN ASLI 01 . 2016

JAKOA Negeri Johor telah mengadakan 1 bentuk program

pendidikan iaitu Program Jelajah Minda Orang Asli “Sayang Adik Sayang” bagi Daerah Mersing. Program ini melibatkan 3 buah perkampungan Orang Asli iaitu Kg Orang Asli Punan, Kg Tewowoh dan Kg Tanah Abang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah JAKOA Negeri Johor, iaitu Encik Wan Assim Bin Wan Shekh yang melibatkan seramai 50 orang peserta dari tiga buah kampung.

Program ini diadakan bertujuan bagi mendedahkan tentang kepentingan pendidikan kepada masyarakat Orang Asli yang agak tercicir tentang pentingnya mendapatkan ilmu pendidikan. Program ini turut mensasarkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang tercicir. Usaha secara berterusan ini akan diteruskan ke setiap daerah di Negeri Johor dan ini merupakan fokus utama JAKOA Negeri Johor untuk mengurangkan kadar keciciran bagi pelajar-pelajar Orang Asli di Negeri Johor.

“Sayang Adik Sayang”

Program Jelajah Minda Orang Asli “Sayang Adik Sayang” ini telah dilaksanakan pada 1 hingga 3 Jun 2016 dan pelbagai aktiviti berjaya dijalankan selama 3 hari. Antaranya seperti aktiviti sukaneka serta ceramah pendidikan yang diberikan oleh Pengarah JAKOA Negeri Johor sendiri.

BULETIN ASLI 01 . 2016 17

OA BUKIT CHERMIN SAMBUT RAMADAN

Bagi mengimarahkan lagi suasana Ramadhan, JAKOA Negeri Perak

telah mengadakan satu Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa di Kampung Orang Asli Bukit Chermin, Kuala Kangsar, Perak pada 9 Jun 2016, iaitu hari ke 4 puasa. Majlis ini dihadiri oleh YB Senator, Isa bin Hamid dan Puan Tijah binti Hasan, Timbalan Pengarah JAKOA Negeri Perak.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan

silaturrahim antara masyarakat Orang Asli dengan pemimpin dan jabatan agar mereka tidak lagi rasa terpinggir. Majlis ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan asnaf bagi mensyukuri nikmat bulan puasa dan seterusnya mendisiplinkan diri untuk menjadi seorang muslim yang berjaya.

Majlis ini bermula pada jam 6 petang dimulai dengan pengagihan bubur lambuk kepada semua masyarakat Orang Asli disekitar Kampung Bukit Chermin dan disusuli oleh ceramah agama. Sesudah selesai menjamu juadah berbuka puasa, hadirin mengadakan solat terawih di surau kampung tersebut.

18 BULETIN ASLI 01 . 2016

BATIN, JENANG, JEKERAH & JKKKOA NEGERI MELAKA

Pada 15 Mac 2016 yang lepas, satu Majlis Amanat Pengarah

JAKOA N.Sembilan dan Melaka bersama Pemimpin & Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Melaka telah berlangsung di Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah, Melaka. Majlis ini menghimpunkan Ahli Lembaga Adat Kampung Orang Asli di Negeri Melaka seperti Batin, Jenang dan Jekerah serta Pengerusi JKKKOA dan setiausaha yang telah dihadiri seramai 35 orang. Di negeri Melaka, terdapat sebanyak 14 buah kampung Orang Asli di mana ianya terletak di dua buah daerah iaitu daerah Alor Gajah dan Jasin.

Pn Haslin binti Abdul Razak, Pengarah JAKOA N.Sembilan dan Melaka dalam amanat antaranya menyeru semua pemimpin masyarakat Orang Asli supaya menunjukkan kepimpinan

yang unggul dan berintegriti kerana ia merupakan asas kepada kualiti dan kecemerlangan dalam sesebuah organisasi. Jawatan pemimpin hanya layak disandang oleh orang yang benar-benar amanah, mempunyai kekuatan, kemampuan, kemahiran dan ketahanan dalam soal kepimpinan. Mereka juga perlu bijak membuat keputusan bukan sahaja untuk kebaikan masa sekarang malahan demi kepentingan untuk generasi yang akan datang. Ini adalah kerana kita tidak mahu disebabkan kelekaan dan kealpaan

generasi terdahulu, kesan buruk akhirnya ditanggung oleh generasi yang akan datang.

Turut bersama dalam majlis ini adalah En Md Daud bin Md Zin dari Ibu Pejabat JAKOA Malaysia dan En Dzulkarnain bin Baharuddin dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka.

BULETIN ASLI 01 . 2016 19

Mesra Minda OA Sg Bumbun

Program Mesra Minda ini diadakan di Kg Orang Asli Sg Bumbun,

Pulau Carey adalah bertujuan bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Orang Asli serta mengeratkan hubungan dengan agensi Kerajaan terutamanya Jabatan Kemajuan Orang Asli bagi mewujudkan kerjasama jitu bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Sg, Bumbun, Pulau Carey.

Program Mesra Minda ini telah

diadakan bermula pada 28 sehingga 29 Mei 2016, bertempat di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey yang juga terkenal sebagai Pusat Kraf Masyarakat Orang Asli. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama Masyakat Orang Asli antaranya Pertandingan Bola Sepak, Sukaneka, Pertandingan Karaoke, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, dan Pembukaan Akaun Bank, Bank Simpanan Nasional bagi kanak-kanak Orang Asli. Program ini turut dijayakan dengan penglibatan oleh pelbagai Agensi Kerajaan dan NGO

antaranya ialah Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), Bank Simpanan Nasional (BSN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Hospital Orang Asli, Gombak, Asyik FM dan lain-lain. Program ini telah menarik minat seramai 500 Orang pengunjung masyarakat Orang Asli dari pelbagai kampung.

YB Tuan Isa Bin Abd. Hamid, Senator Orang Asli Malaysia berbesar hati untuk menghadirkan diri seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Program Mesra Minda Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan. Dalam majlis tersebut, YB Senator juga telah menyampaikan Bantuan di bawah Program Pembangunan Usahawan Orang Asli iaitu Pembinaan Kandang Ternakan Lembu berjumlah RM12,865.00 dan Menaiktaraf Bengkel Kraftangan berjumlah RM19,734.00.