ting 4 bab 1 asas kepada perdagangan

15
BAB 1: ASAS PERDAGANGAN 1.1 Keperluan dan Kehendak 1.. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang keperluan manusia? A Keperluan manusia terlalu banyak dan tidak terbatas masa kini B Keperluan manusia perlu dipenuhi supaya hidup selesa dan seronok C Keperluan fisiologi lebih utama daripada keperluan keselamatan, sosial dan rohani D Keperluan asas manusia berubah berdasarkan pendapatan, umur dan cita rasa seseorang 2. Mengapakah kehendak manusia berbeza antara satu sama lain ? A Taraf kehidupan berbeza B keperluan fisiologi manusia berbeza C Sumber untuk memenuhi keperluan asas berbeza D Mata wang yang digunakan oleh manusia berbeza 3 Dari segi maksud, keperluan dan kehendak adalah sama, iaitu penerangan tentang kemahuan manusia. Mengapakah Maslow menganggapnya berbeza? A Berbeza dari segi cara pengeluarannya B Berbeza dari segi harga penawarannya C Berbeza dari segi jenis keluarannya D Berbeza dai segi kepentingannya 4. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan kehendak manusia? A Bebas bergerak tanpa gangguan B Membeli sebuah peti televisyen warna C Membeli sebuah rumah untuk diduduki D Mendapatkan rawatan kesihatan di klinik berhampiran 5. Antara yg berikut yg manakah dikategorikan sebagai kehendak kepada seorang pelajar sekolah? A Makanan dan minuman B Basikal baru C Rumah kediaman D Kesihatan 1

Upload: haslina-hassan

Post on 30-Jun-2015

422 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ting 4 bab 1 asas kepada perdagangan

BAB 1: ASAS PERDAGANGAN

1.1 Keperluan dan Kehendak

1.. Antara pernyataan berikut, yang

manakah benar tentang keperluan manusia?

A Keperluan manusia terlalu banyak dan tidak terbatas masa kiniB Keperluan manusia perlu dipenuhi supaya hidup selesa dan seronokC Keperluan fisiologi lebih utama daripada keperluan keselamatan, sosial dan rohaniD Keperluan asas manusia berubah berdasarkan pendapatan, umur dan cita rasa seseorang

2. Mengapakah kehendak manusia berbeza antara satu sama lain ? A Taraf kehidupan berbeza B keperluan fisiologi manusia berbeza C Sumber untuk memenuhi keperluan asas berbeza D Mata wang yang digunakan oleh manusia berbeza

3 Dari segi maksud, keperluan dan kehendak adalah sama, iaitu penerangan tentang kemahuan manusia. Mengapakah Maslow menganggapnya berbeza?

A Berbeza dari segi cara pengeluarannyaB Berbeza dari segi harga penawarannyaC Berbeza dari segi jenis keluarannyaD Berbeza dai segi kepentingannya

4. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan kehendak manusia?

A Bebas bergerak tanpa gangguanB Membeli sebuah peti televisyen warnaC Membeli sebuah rumah untuk didudukiD Mendapatkan rawatan kesihatan di klinik berhampiran

5. Antara yg berikut yg manakah dikategorikan sebagai kehendak kepada seorang pelajar sekolah?

A Makanan dan minumanB Basikal baruC Rumah kediamanD Kesihatan

RM RMJumlah Pendapatan

Perbelanjaan :Sewa RumahBelanja DapurTambang Bil air, electrik, telefonYuran Kelab RekreasiYuran Kelas Al-QuranPremium Insuran NyawaBaki

400600200180150 50220

2500

1800 700

Jadual 1

6. Jadual 1 menunjukkan penyata pendapatan dan perbelanjaan bulanan Encik Roslee. Berapakah jumlah perbelanjaan Encik Roslee untuk memenuhi keperluan keselamatan dan rohani?

A RM 270 B RM 420 C RM 1380 D RM 1800

7. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kehendak manusia? A Kehendak manusia terdiri daripada barang-barang B Kehendak manusia perlu dipenuhi sebagai asas untuk hidup C Kehendak manusia mudah dipenuhi kerana terdapat sumber yang tidak terhad D Kehendak manusia meningkat selaras dengan kemajuan teknologi

1

Page 2: Ting 4 bab 1 asas kepada perdagangan

2/08

2

Page 3: Ting 4 bab 1 asas kepada perdagangan

9. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kehendak manusia? A Perlu dipenuhi untuk hidup B Boleh disusun tingkatkan mengikut keutamaan C Adalah sama walaupun taraf hidup manusia berubah D Berbeza berdasarkan umur, cita rasa dan pendapatan individu.

10. Anatara yg berikut yg manakah merujuk kepada keperluan fisiologi mengikut Abraham Maslow?

A Mendapat pendidikan tinggiB Sentiasa mengikut perubahan fesyenC Dipenuhi melalui penghargaan masyarakatD Menikmati kemudahan kesihatan yang cukup

11. Pernyataan yg manakah menerangkan tentang keperluan manusia?

A Dipenuhi untuk kehidupan yang lebih sempurnaB Diperlukan untuk meninggikan status hidupC Terlalu kompleks dan tidak terbatasD Boleh disusun mengikut keutamaan

1.2 Pengeluaran

Soalan 1 – 3 berdasarkan petikan di bawah. Tanjung Kepah ialah tempat penangkapan ikan yang baru diterokai. Tempat ini agak jauh dari Pulau Pangkor, iaitu tempat biasa nelayan mendarat. Oleh sebab tempat ini baru dibuka, tempat ini tidak dikenali oleh para pemborong ikan. Hanya beberapa orang pemborong yang datang membeli ikan dan mengangkutnya sendiri ke tempat perniagaan mereka. Banyak ikan terpaksa di bawa sendiri oleh para nelayan balik ke rumah mereka atau di bawa ke pasar Teluk Intan yang terletak lebih kurang 80 km dari Tanjung Kepah.

Saban hari semakin banyak ikan yang ditangkap oleh para nelayan ini dan kerapkali separuh daripada ikan ini menjadi busuk kerana tidak habis dijual kepada pemborong atau pembeli yang datang ke pantai ini.

1. Antara kegiatan yang dinyatakan dalam petikan di atas, yang manakah merupakan aktiviti perdagangan? A Nelayan menjual ikan kepada pemborongB Nelayan menjual ikan di pasar Teluk IntanC Pemborong mengangkut ikan untuk jualanD Pemborong membeli ikan daripada nelayan

2. Kegiatan nelayan menangkap ikan di laut merupakan aktiviti pengeluaran

A ekstraktifB perkilangan C keluaran langsungD perkhidmatan langsung

3. Adakah ikan busuk yang dinyatakan di dalam petikan di atas boleh dianggap sebagai keluaran?

A Ya, kerana ikan itu boleh dijadikan baja pokokB Tidak, kerana proses penciptaan nilai faedah ke atas ikan tersebut tidak berlakuC Tidak, kerana ikan tersebut dimakan sendiri oleh nelayanD Ya, kerana kegiatan menangkapnya dari laut sudah terlaksana

4. Antara yang berikut, yang manakah menjelaskan proses pengeluaran langsung?

A Aktiviti untuk menghasilkan barangB Aktiviti menambah nilai faedah sesuatu keluaranC Aktiviti menghasilkan keluaran untuk jualan langsungD Aktiviti menghasilkan keluaran untuk keperluan sendiri

3

Page 4: Ting 4 bab 1 asas kepada perdagangan

5. Proses pengeluaran ialah penciptaan nilai faedah.Antara berikut, aktiviti yang manakah bukan proses penciptaan nilai faedah?

A Mengubah suai barangan untuk kegunaan tertentuB Menghantar barang ke tempat yang memerlukanC Menyimpan komoditi supaya tahan lamaD Melabel harga ke atas keluaran

6. Tok Wan memiliki beberapa buah bot menangkap ikan dan menjalankan perusahaan membuat keropok. Keluarannya dipasarkan sendiri dan juga melalui peniaga lain.Dalam cabang pengeluaran yang manakah Tok Wan terlibat?

A Ekstraktif dan perkilanganB Ekstraktif dan perdaganganC Ekstraktif, perkilangan dan perdaganganD Ekstraktif, perkilangan, perdagangan dan khidmat terus

7. Kedai gunting rambut melaksanakan aktiviti

A pengeluaran langsungB perkhidmatan tidak langsungC pengeluaran tidak langsungD perkhidmatan langsung

8. Antara yang berikut, yang manakah tidak dianggap sebagai aktiviti pengeluaran?

A Memandu teksiB Menanam ubi untuk makan sendiriC Menyanyi di kelab malamD Menuba ikan secara haram

9. Perkhidmatan doktor, guru, penyanyi dan peguam dianggap sebagai pengeluaran kerana perkhidmatan mereka

A menghasilkan pulanganB meningkatkan perniagaanC memenuhi kehendak manusiaD memberi keselesaan kepada pengguna

10. Antara perkara berikut, yang manakah kesan daripada peningkatan pengeluaran seorang usahawan?

I Kos seunit barang meningkatII Peningkatan dalam penggunaan mesinIII Mewujudkan lebih banyak pekerjaanIV Keluaran menjadi lebih bermutu

A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

11. Apakah maksud pengeluaran ?A Proses mengeluarkan barang dengan mesinB Aktiviti yang menghasilkan barangan dan perkhidmatanC Aktiviti yang melibatkan penggunaan wang dalam penggeluaranD Proses menghasilkan makanan, pakaian dan tempat perlindungan.

12. Encik Hambali telah mengusahakan sawahnya sejak 15 tahun yang lalu. Hasil tanamannya dijual ke kilang BERNAS.Encik Hambali terlibat dalam bidang pengeluaranI ekstraktifII perkilanganIII perniagaanIV khidmat langsung A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

13. Kemajuan dalam bidang teknologi membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar-besaran.Apakah faedahnya kepada pengguna?

A Mengurangkan pembaziranB Mengurangkan harga barangC Mengurangkan kos pengeluaranD Mengurangkan kos simpanan stok

14.Siapakah yang terlibat dalam industri ekstraktif?

A Peternak lembuB Ejen perlanconganC Operator pengeluaranD Kontraktor pembinaan

4

Page 5: Ting 4 bab 1 asas kepada perdagangan

5

Page 6: Ting 4 bab 1 asas kepada perdagangan

1.3 Faktor Pengeluaran

1. Faktor yang membezakanusahawan dengan peniaga ialah

A usahawan berusaha untuk mencari keuntunganB usahawan berusaha untuk meningkat taraf hidupnyaC usahawan berusaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatD usahawan berusaha mengatasi pesaing- pesaing dalam perniagaannya

2. Antara berikut, tindakan yangmanakah berkaitan dengan seorang peniaga?

A Mengutamakan keuntunganB Mengusahakan sesuatu yang baruC Merancang sesuatu yang lebih baikD Menjadikan kekangan sebagai cabaran

3. Encik sameon ingin menceburkan diri dalam bidang perusahaan menternak ikan air tawar. Ramai rakannya yang menceburkan diri dalam perusahaan itu telah gagal kerana kurang permintaan tempatan. Namun begitu, Sameon tetap mahu menjalankan perusahaan tersebut.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah sifat usahawan yang dimiliki oleh Encik Sameon?

A Rajin dan gigihB Berpandangan jauhC Kreatif dan inovatifD Sanggup menerima cabaran

4. Seorang pemburu menembak seekor rusa untuk dijadikan makanan untuk empat orang ahli keluargannya.

Berapa jeniskah faktor pengeluaran yang terlibat dalam kegiatan tersebut?

A SatuB DuaC TigaD Empat

5. Antara berikut, yang manakah menunjukkan sifat usahawan yang berpandangan jauh?

A Menganggap masalah sebagai peluang perniagaanB Berkebolehan mengenal potensi dan peluang perniagaanC Bersedia menghadapi cabaran perubahan suasana ekonomiD Berkebolehan meningkatkan mutu barangan dan perkhidmatan

6. Paun Rabiah ialah pengusaha kilang membuat makanan segera yang terkenal. Pada tahun lalu keuntungan perusahaannya telah merosot akibat kemunculan beberapa pesaing. Hasil dari usaha gigihnya, Puan Rabiah telah dapat meningkatkan kembali keuntungannya dengan menghasilkan produk baru yang lebih menarik.

Berdasarkan penyataan di atas, apakah sifat usahawan yang dimiliki oleh Puan Rabiah?

I berpandangan jauhII kreatif dan inovatifIII sanggup menghadapi cabaranIV bijak mengambil peluang

A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD II dan IV

7. Pernyataan yang manakah menepati ciri usahawan?

I Mengubahsuai produk sedia adaII Menggunakan teknik dan teknologi modenIII Berani menghadapi risiko yang dapat dikawalIV Berpuas hati dengan pencapaian yang lalu

A I dan IIB II dan IVC I dan IIID III dan IV

6

Page 7: Ting 4 bab 1 asas kepada perdagangan

8. Kemajuan sesebuah negara tidak bergantung kepada kekayaan sumber alam semata-mata.

Apakah peranan ushawan dalam membantu kemajuan sesebuah negara?

A Menjual dan membeli barangB Mengagihkan barang-barang kepada pengguna.C Menghasilkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatanD Melibatkan diri dalam perniagaan antarabangsa

9. Ramai rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. Bagaimanakah seorang usahawan boleh membantu memujuk mereka pulang untuk memberi sumbangan kepada negara?

A Memenuhi keperluan dan kehendak merekaB Memberi sumbangan terhadap pembangunan ekonomiC Mewujudkan peluang perniagaanD Menaikkan taraf hidup masyarakat dalam negara

10. Antara berikut yang manakah benar tentang usahawan?

A Mendapat keuntungan maksimum daripada perniagaanB Mengatasi pesaing-pesaing untuk menembusi pasaranC Menggunakan segala sumber untuk menghasilkan keluaranD Melibatkan diri dalam kegiatan spekulasi

11. Seorang usahawan yang bertanggungjawab seharusnya

A bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidupnyaB berusaha menyumbang ke arah pembangunan ekonomiC sentiasa cuba mengatasi pesaingnya dengan pelbagai caraD memaksimumkan keuntungan dengan menyediakan pelbagai barangan

Kampung Semangat Maju adalah kawasan yang tanahnya terdiri daripada tanah liat yang tidak sesuai untuk pertanian. Ramai penduduk di situ tidak mempunyai pekerjaan tetap.

12. Berdasarkan maklumat di atas, apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh usahawan yang berminat mengusahakan kawasan itu?

I Membuka kilang pasuII Membuka pasar raya dan restoranIII Mencantik dan membersihkan kawasan itu.IV Memberi latihan dan pekerjaan kepada penduduk

A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

13. Berikut adalah maklumat Dato’ Haji Salleh.

Dato’ Haji Salleh ialah seorang usahawan yang membuka perusahaan memproses kerepek pisang di Air Hitam, Johor. Perusahaan ini dapat menambahkan pendapatan penduduk di situ.

Antara berikut, yang manakah peranan beliau sebagai seorang usahawan?

I Melahirkan ciptaan baruII Mewujudkan peluang pekerjaanIII Meningkatkan penggunaan teknologiIV Memenuhi keperluan dan kehendak Manusia

A I dan II C II dan IVB I dan III D III dan IV

14. Pernyataan yg manakah menerang kan ciri peniaga ?

A Mengembangkan perniagaan secara kreatifB Mementingkan khidmat kpd masyarakatC Memiliki wawasan utk memajukan perniagaanD Melakukan aktiviti jual beli utk mencari keuntungan

7

Page 8: Ting 4 bab 1 asas kepada perdagangan

1.4 Pengkhususan

1. Dari aspek peggunaan buruh, yang manakah antara berikut merupakan kelebihan pengkhususan?

I Pekerja menjadi lebih produktifII Pekerja lebih minat terhadap kerjanyaIII Pekerja boleh dilatih dalam masa yang singkatIV Pekerja menjadi lebih mahir dalam pekerjaannya

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

Projek Perumahan Seri Setia telah mewujudkan pelbagai jenis perniagaan; ada yang menjual barang dan ada yang menjual perkhidmatan. Beberapa kedai runcit, kedai gunting rambut, tadika, gerai makanan dan stesen minyak tedapat di kawasan itu.

2. Petikan di atas menggambarkan sejenis pengkhususan.

Apakah jenis pengkhususan itu?

A Pengkhususan mengikut pekerjaanB Pengkhususan mengikut prosesC Pengkhususan mengikut kawasamD Pengkhususan mengikut kaum

3. Kerja yang rumit bagi menghasilkan sesuatu keluaran kilang biasanya dibahagikan kepada peringkat pengeluaran yang kecil.

Tindakan ini merupakan satu bentuk pengkhususan

A mengikut jenis pekerjaanB mengikut sektorC mengikut prosesD mengikut keluaran

4. Antara berikut, yang manakah kelemahan pengkhususan?

A Kos pengeluaran meningkatB Memerlukan ramai pekerjaC Kualiti keluaran sukar dikekalkanD Wujud keadaan pergantungan antara satu sama lain

5. Pembahagian kerja sebenarnya telah wujud dalam keluarga zaman purba. Pada masa itu, terdapat pembahagian kerja antara suami dan isteri. Mengapakah konsep pengkhususan keluaran tidak diamalkan ketika itu?

A Manusia purba serba boleh. Mereka mampu memenuhi kehendak mereka secara bersendirianB Manusia purba tidak memerlukan satu sama lain kerana mereka hidup secara berasinganC Manusia zaman purba kurang kemahiranD Kehendak dan keperluan manusia purba mudah dipenuhi

6. Mengapakah pengkhususan wujud dalam pengeluaran?

I Manusia mempunyai kebolehan dan kemahiran yan berbezaII Terdapat pelbagai jenis keluaran dalam sesuatu kawasanIII Wujud keluaran secara besar- besaranIV Keadaan iklim dan persekitaran geografi yang berbeza

A I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

8

Page 9: Ting 4 bab 1 asas kepada perdagangan

7. Dalam proses pengeluaran barang di sebuah kilang, pengkhususan akan

A meningkatkan daya kreatif seorang pekerjaB menguatkan kerjasama dan saling bergantung antara pekerjaC menambah minat pekerja kerana melakukan kerja yang sama setiap masaD menyebabkan pekerja berasa bangga terhadap hasil kerjanya

8. Antara berikut, yang manakah kelebihan pengkhususan?

I Reka bentuk produk mudah diubahII Wujud keadaan pergantungan antara satu sama lainIII Mengurangkan kos melatih pekerjaIV Meningkatkan amalan automasi

A I da II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

9. Antara berikut, yang manakah menyebabkan pengkhususan?

I Wujud sistem pembahagian kerjaII Masalah dalam sistem barterIII Keinginan manusia yang semakin kompleksIV Kemahiran dan kebolehan manusia berbeza

A I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

Encik Deen ialah seorang pesawah di Kuala Muda, Kedah iaitu peladang padi negara. Di luar musim menuai beliau bekerja di ladang tebu Cuping, Perlis iaitu ladang tebu terbesar di Malaysia.

10. Berdasarkan maklumat di atas, apakah jenis pengkhusuas yang terlibat?

A Pengkhususan mengikut pekerjaan dan kawasanB Pengkhususan mengikut proses dan pekerjaanC Pengkhususan mengikut kawasan dan prosesD Pengkhususan antara kawasan dan antarabangsa

11. Antara perkara berikut, yang mana- kah kesan daripada peningkatan pengeluaran seorang usahawan?

I Kos seunit barang meningkatII Peningkatan dalam penggunaan mesinIII Mewujudkan lebih banyak pekerjaanIV Keluarannya menjadi lebih bermutu

A I da II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

12. Antara berikut, yang manakah kesan pengkhususan dalam pengeluaran terhadap pekerja?

A Menjadi lebih cekap dan mahirB Dapat dilatih dalam masa yang singkatC Berpeluang membuat kerja berdasarkan kemahiranD Dapat menghasilkan barang mengikut daya kreativiti

9

Page 10: Ting 4 bab 1 asas kepada perdagangan

13. Antara berikut, yang manakah kelebihan pengkhususan dalam pengeluaran?

I menjadikan pekerja lebih berdaya ciptaII meningkatkan kemahiran bekerjaIII menjimatkan masa dan kosIV meningkatkan pengeluaran

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

14 Pernyataan yg manakah menunjukkan kelemahan pengkhususan ?

A Mencapai kemahiran yg tinggi dikalangan pekerjaB Menghasilkan keluaran yg seragamC Meningkaatkan daya peengeluaranD Menjimaatkan kos laatihan

15. Pekan Nenas di Johor mengkhusus dalam pengeluaran dan pemprosesan nanas, Apakah jenis pengkhususan tersebut?

A Pengkhususan profesionB Pengkhususan antarabangsaC Pengkhususan mengikut prosesD Pengkhususan meengikut kawasan

1.5 Sistem Barter

1. Berikut merupakan masalah yang dihadapi dalam sistem barter.

Dalam kes pertukaran antara beras dengan jagung, masalah yang manakah paling mudah diatasi?

A Penentuan nilai barangB Penentuan kemahuan serentakC Penentuan kadar pertukaran umumD Pembahagian barang kepada unit yang kecil

2. Bagaimanakah sistem barter bermula?

A Pengenalan penggunaan mata wangB Peningkatan perniagaan antara- bangsaC Peningkatan dalam kos pengeluaranD Pengamalan sistem pengkhususan

10

Page 11: Ting 4 bab 1 asas kepada perdagangan

11