tilawaht5

16
Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 1 -------------------------------------------------------------------------- TILAWAH KEFAHAMAN TINGKATAN 1 Layanan baik ke atas orang bukan Islam yang berminat terhadap Islam 1.1 Maksud ayat Dan jika seorang daripada orang bukan Islam meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami ajaran Islam) maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan keterangan Allah (tentang hakikat Islam) kemudian hantarkanlah mereka ke mana-mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui. 1.2 Suruhan Allah terhadap orang bukan Islam yang berminat kepada Islam - Wajib beri perlindungan kepada orang bukan Islam sekiranya mereka meminta perlindungan - Hendaklah menerangkan ajaran Islam kepeda mereka - Hendaklah dihantar ke tempat yang aman 1.3 ialah orang bukan Islam yang ingin meminta perlindungan 1.4 Maksud kedamaian - Suasana harmoni - Suasana aman - Menjaga hubungan baik dengan orang bukan Islam - Menunjukkan contoh teladan yang baik 1.5 Maksud dakwah Mengajak manusia melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar 1.6 Ciri ciri pendakwah - Beriman dan bertakwa kepada Allah swt - Sabar dan tabah menghadapi semua dugaan semasa berdakwah - Tidak mudah berputus asa sekiranya dakwah - yang disampaikan tidak berjaya - Berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran - Memiliki akhlak-akhlak yung mulia yang menjadi contoh kepada orang ramai - Memiliki ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut 1.7 Strategi dakwah kepada orang bukan Islam yang berminat dengan ajaran Islam - Menunjukkan contoh teladan yang baik - Berusaha menyampaikan ajaran Islam dengan - cara yang berkesan seperti mengunakan televisyen, radio, internet, buku dll.

Upload: azahbasil

Post on 11-Jun-2015

1.761 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 1 --------------------------------------------------------------------------

TILAWAH KEFAHAMAN TINGKATAN

1 Layanan baik ke atas orang bukan Islam yang berminat terhadap Islam

1.1 Maksud ayatDan jika seorang daripada orang bukan Islam meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami ajaran Islam) maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan keterangan Allah (tentang hakikat Islam) kemudian hantarkanlah mereka ke mana-mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui.

1.2 Suruhan Allah terhadap orang bukan Islam yang berminat kepada Islam- Wajib beri perlindungan kepada orang bukan Islam sekiranya mereka meminta perlindungan- Hendaklah menerangkan ajaran Islam kepeda mereka- Hendaklah dihantar ke tempat yang aman

1.3

ialah orang bukan Islam yang ingin meminta perlindungan

1.4 Maksud kedamaian - Suasana harmoni- Suasana aman- Menjaga hubungan baik dengan orang bukan Islam- Menunjukkan contoh teladan yang baik

1.5 Maksud dakwahMengajak manusia melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar

1.6 Ciri ciri pendakwah - Beriman dan bertakwa kepada Allah swt- Sabar dan tabah menghadapi semua dugaan semasa berdakwah- Tidak mudah berputus asa sekiranya dakwah- yang disampaikan tidak berjaya- Berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran- Memiliki akhlak-akhlak yung mulia yang menjadi contoh kepada orang ramai- Memiliki ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut

1.7 Strategi dakwah kepada orang bukan Islam yang berminat dengan ajaran Islam- Menunjukkan contoh teladan yang baik- Berusaha menyampaikan ajaran Islam dengan - cara yang berkesan seperti mengunakan televisyen, radio, internet, buku dll.- Ujudkan suasana yang aman dan menjaga hubungan baik dengan mereka

1.8 Alat teknologi moden berdakwah di Malaysia

Page 2: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 2 --------------------------------------------------------------------------

- Televisyen- Radio - Internet- Bahan cetak – surat khabar- Bahan bacaan- buku agama

1.9 Kepentingan memberi layanan baik kepada orang bukan Islam - Supaya mereka berminat kepada Islam- Untuk menarik mereka kepada Islam- Menunjukkan Islam agama kedamaian - Untuk membuktikan keindahan agama Islam- Supaya orang bukan Islam benar-benar memahami ajaran Islam- Supaya orang Islam menjadi contoh teladan dalam semua aspek.- Supaya mereka mendapat petunjuk dari Allah

1.10 Akibat peperangan- Berlakunya kehilangan nyawa- Harta benda akan musnah- Negara tidak maju- Kemajuan pendidikan terbantut- Aktiviti ekonomi tidak dapat dijalankan dan kekuatan ekonomi akan hancur- Rakyat hidup dalam penderitaan

1.11 Tujuan Allah menggalakkan perdamaian- Menunjukkan Islam agama mementingkan perdamaian dan keamanan- Menggambarkan kebaikan dan keindahan ajaran Islam

1.12 Cara membuktikan kepada orang bukan Islam bahawa agama Islam adalah agama kedamaian- Mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan seharian- Bergaul dengan kawan-kawan bukan Islam dengan cara yang baik- Tidak bertindak kasar terhadap mereka

1.13 Kebaikan jika negara di dalam keamanan dan kedamaian- Rakyat hidup dalam keadaan selesa dan harmoni- Kerajaan dapat memberi tumpuan sepenuhnya ke arah pembangunan negara- Ekonomi akan kukuh- Proses pendidikan akan berjalan dengan lancar- Memudahkan perkembangan dakwah - Negara akan dihormati di peringkat antarabangsa

1.14 Kesan peperangan- Kehilangan nyawa orang yang tidak berdosa- Kemusnahan harta benda- Kemajuan negara terbantut- Kekuatan pertahanan negara akan lumpuh- Ekonomi tkan runtuh

1.15 Instutusi badan dakwah yang terdapat di Malysia- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Page 3: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 3 --------------------------------------------------------------------------

- Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)- Yayasan Dakwah Islamiah (ADIM ) - Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) - Jabatan Agama Islam di setiap negeri di Malaysia- Pusat Islam di Jabatan Perdana Menteri` - LUTH

1.16 Tanggungjawab muslim selepas perdamaian- Menjaga keselamatan mereka daripada malapetaka- Menjaga hubungan baik - Memberi layanan baik- Menyampaikan dakwah bagi yang berminat- Tunjuk teladan akhlak yang baik

1.17 Pengajaran ayat- Islam mewajibkan kita memberi perlindungan kepada orang bukan Islam untuk

menyampaikan ajaran Islam kepada mereka- Kita wajib mengekalkan keamanan yang sedang dinikmati sekarang- Orang Islam wajib menunjukkan contoh teladan yang baik kepada orang bukan Islam- Memberi kemaafan adalah sikap yang dituntut oleh Islam

2 Surah at-Taubah ayat 128 – 129Nabi Mohammad saw utusan Allah

Page 4: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 4 --------------------------------------------------------------------------

2.1

2.2 Terrjemahan ayat Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

2.3 Sebab sebab rasul dipilih di kalangan manusia- Membuktikan bahawa syariat Islam mampu dilaksanakan oleh manusia - Memudahkan manusia menerima ajaran slam - Memudahkan mansia mencontohi rasulullah saw- Memudahkan manusia berkomunikasi dengan Rasulullah saw- Hanya manusia sahaja yang tahu tentang selok belok kehidupan dan kehendak

manusia- Memudahkan manusia beramal dengan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah

saw

2.4 Peranan Rasul- Membetulkan akidah manusia- Memimpin manusia pada jalan yang benar- Mengajar akhlak yang mulia- Menerangkan perkara samiyat- Menerangkan cara hidup yang sempurna melakukan yang baik dan mencegah

perkara mungkar

2.5 Bukti menunjukkan bahawa Rasulullah seorang yang mengasihi dan menyayangi umatnya- Baginda sangat mengambil berat tentang kebajikan umatnya- Baginda sangat belas kasihan kepada orang mukmin- Baginda sangat berharap umatnya mendapat hidayat Allah swt

Peristiwa dakwah Rasulullah saw ke Thaif bersama Zaid bion Harisah untuk berdakwah kepada Bani Thaqif, baginda telah disambut dengan caci dan hamun serta dilontar dengan batu sehingga berdarah kakinya. Malaikat Jibrail datang menawarkan diri untuk menghempapkan bukit Thaif ke atas penduduknya tetapi Rasulullah saw menolak tawaran tersebut dan berdoa

2.6 Ciri kepimpinan rasululullah sebagai ketua negara

Page 5: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 5 --------------------------------------------------------------------------

- Mempunyai kemuliaan akhlak dan ketinggian peribadi dalam semua aspek kehidupannya samada bentuk tubuh badan pemikiran, iman, ilmu, amal dan akhlaknya.

- Berani menegak kebenaran, melawan musuh dalam peperangan, mengawal diri dan bijaksana dalam strategi dan perancangan- Bijak berpolitik , tindakan baginda yang bijaksana dalam perjanjian Hudaibiah- Bersikap pengasih dan lemah lembut - Adil dalam kepimpinan tanpa mengira bangsa dan keturunan. - Pemaaf dan sabar ke atas orang-orang kafir dan musuh musuh Islam - Tawaduk dan merendah diri sesama orang-orang Islam. - Bertoleransi bersedia menerima pendapat dari para sahabat salam sesuatu perkara

2.7 Amalan-amalan sebagai bukti kecintaan kepada rasul- Berselawat ke atas Nabi Mohammad saw- Menerima dan mengamal ajaran yang disampaikannya- Menziarahi makam Rasulullah saw

2.8 Maksud TawakalMaksud tawakal ialah berserah kepada Allah setelah berusaha untuk mendapatkannya

2.9 Peranan tawakkal dalam berdakwah- Supaya bertambah yakin kepada kekuasaan Allah- Menanamkan sifat sabar - Menanamkan sifat reda di atas ketentuaan Allah- Supaya tidak berputus asa - Menjadikan pendakwah yakin bahawa pertolongan Allah swt pasti akan datang

samada cepat atau lambat- Menjadikan pendakwah sentiasa gigih dalam menjalan dakwah

2.10 Kesan positif sifat tawakkal- Keyakinan kepada kekuasaan Allah akan bertambah- Sentiasa bersifat sabar - Sentiasa bersifat reda di atas ketentuaan Allah- Bersifat tidak berputus asa - Menjadikan pendakwah yakin bahawa pertolongan Allah swt pasti akan datang samada cepat atau lambat- Menjadikan pendakwah sentiasa gigih dalam menjalan dakwah

2.11 Pengajaran ayat di atas

- Allah swt mengutuskan Rasulullah saw di kalangan manusia untuk membuktikan bahawa Islam mampu dilaksanakan oleh semua manusia- Kita hendaklah mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan

- Bertawakal kepada Allah adalah asas kejayaan berdakwah- Kita berkewajiban membuktikan kesih sayang kitan kepada Rasulllah saw dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya

3 Surah An-Nur ayat 30 – 31

Page 6: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 6 --------------------------------------------------------------------------

Batas-batas pergaulan

3.1 Terjemahan:Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

3.2 Intisari ayat

Page 7: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 7 --------------------------------------------------------------------------

- Allah memerintah orang beriman lelaki dan perempuan supaya menjaga kehormatan diri serta memelihara aurat.

- Setiap mkmin dan mukmimah diperintah agar mengelakkan diri daripada melihat perkara perkara yang diharamkan

- Kaum wanita diharamkan mendedahkan perhiasan diri kecuali yang zahir - Mereka yang melakukan perkara tersebut hendaklah bertaubat

3.3 Perintah Allah dalam ayat tersebut- Mengelak diri dari melihat perkara yang haram- Menjaga kehormatan diri- Memelihara aurat - Kaum wanita diharamkan mendedahkan perhiasan diri kecuali yang zahir

3.4 Panduan cara menjaga maruah diri- Menjaga pandangan daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt- Memelihara kehormatan diri- Menutup aurat

3.5 Sebab Allah memerintah supaya memelihara mata daripada melihat perkara haram- Kerana perbuatan itu boleh merosakkan hati- Mata digunakan untuk melihat ayat-ayat Al-Quran dan kebesaran Allah swt

3.6 Rasulullah melarang daripada duduk ditepi jalan. Sekiranya perlu juga untuk duduk di tepi jalan, kita hendaklah menjaga adab-adab tertentu. Adab-adab tersebut ialah :- Menundukkan pandangan, - Tidak menyakiti orang lain, - Menjawab salam, - Menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar.

3.7 Batasan auratAurat perempuan yang wajib ditutup: Ketika bersama dengan perempuan dan muhramnya – dari pusat hingga lutut

Ketika bersama dengan perempuan bukan Islam - seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan

Ketika bersama dengan lelaki bukan muhram - seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan

Aurat lelaki yang wajib ditutup kecuali bersama isteriDari pusat hingga lutut.

Page 8: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 8 --------------------------------------------------------------------------

3.8 Golongan yang dibolehkan untuk diperlihatkan aurat perempuan- Suami - Bapa - Bapa mertua - Anak - Anak-anak tiri - Saudara-saudara sekandungan - Anak bagi saudara-saudara sekandungan yang lelaki dan yang perempuan- Perempuan-perempuan Islam- Hamba-hamba - Orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada

perempuan,- Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;

3.9 Kebaikan menutup aurat- Kehormatan dan maruah diri terjaga- Dapat elak fitnah- Mengelak daripada perkara maksiat- Dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat- Dapat mendekatkan diri kepada Allah

3.10 Kesan buruk pendedahan aurat- Penyebab sumbang muhram- Penyebab gejala sosial- Penyebab zina- Boleh mendatangkan fitnah- Dibenci masyarakat

3.11 Pengajaran ayat- Wajib bagi lelaki dan perempuan menghindari daripada melihat perkara-perkara

yang diharamkan- Kita wajib menjaga kemaluan daripada perkara yang diharamkan seperti liwat,

onani dan sebagainya- Haram bagi seseorang perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan

fitnah contohnya berhias secara berlebihan.- Haram berpakaian ketat dan nipis yang menampakkan susuk badan.

4 Hidayah Allah – Surah An-Nur ayat 35

Page 9: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 9 --------------------------------------------------------------------------

4.1 Terjemahan ayatAllah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah(Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu,lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedahkepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya – memancarkancahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang danperaturanNya) kepada nur hidayahNya itu, dan Allah mengemukakan berbagai-bagaimisal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiapsesuatu.

4.2 Intisari ayat- Nur dan hidayat dikurniakan kepada orang yang beriman untuk menerangi hati

mereka - Allah membuat perbandingan nur dan hidayatnya yang menerangi hati orang

mukmin seperti sebuah lampu yang memancar - Bagi orang yang mengamalkan peraturan dan undang-undang Allah pasti

mendapat hedayat Allah - Cahaya yang diumpamakan oleh Allah adalah cahaya yang sangat indah ,

bergemerlapan dan bersinar

4.3 Maksud Nur hidayatCahaya pertunjuk daripada Allah yang membawa manusia itu ke jalan kebaikan di dunia dan di akhirat

4.4 Maksud hidayahHidayat Allah menerangi hati orang mukmin u,pama cahaya yang menerangi alam

4.5 Sifat golongan yang mendapat hidayah- Bertasbih dan bertahmid kepada Allah- Berjual beli tanpa lalai daripada mengingati Allah- Mendirikan solat fardhu- Mengerluarkan zakat- Takut kepada pembalasan hari kiamat

4.6 Jenis-jenis hidayat Hidayat Gharizah

Page 10: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 10 --------------------------------------------------------------------------

Hidayat atau naluri semula jadi manusia yang wujud sejak dilahirkan ke dunia umpamanya menangis kerana lapar

Hidayat Pancaindera Hidayat manusia dapat mengenali dan membezakan sesuatu melalui pancaindera iaitu pengelihatan atau pendengaran - umpamanya kanak-kanak mendengar suara ibu bapanya melalui deria pendengaran.

Hidayat akal fikiran Melalui akal fikiran seseorang itu dapat berfikir secara waras sebelum melakukan sesuatu tindakan. Akal fikiran mengarahkan manusia membuat sesuatu perkara secara rasional.

Hidayat agama Hidayat yang menyelamatkan seseorang daripada kesesatan kepada kebenaran dan beriman kepada Allah. Hidayat ini mendorong seseorang melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Hidayat taufik Hidayat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada sesiapa yang dkehendaki.

4.7 Cara hendak mendapatkan hidayat Allah- Menuntut ilmu

Dengan ilmu dapat membeza antara yang baik dan burukMudah untuk menerima dan menghayati ajaran Islam

- Beramal Kerana dengan ilmu dan amal menjadikan seseorang itu hamba yang soleh

- Berzikir kepada Allah Kerana orang yang sentiasa mengingati Allah, hati mereka lembut dan mudah menerima kebenaran

4.8 Halangan-halangan daripada menperoleh hidayah Alllah.- Terus berada dalam kejahilan- Tidak berusaha menuntut ilmu- Tidak beramal dengan ilmu- Bersikap sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri- Melakukan maksiat- Memakan makanan haram

4.9 Akibat jika tidak memperoleh hidayat Allah- Jiwa dan perasaan sentiasa gelisah- Mendapat kesusahan dalam hidup- Mudah melakukan maksiat- Mengamalkan akhlak buruk dalam kehidupan

4.10 Amalan berzikir- Tasbih

Page 11: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 11 --------------------------------------------------------------------------

- Tahmid - Takbir - Tahlil

4.11 Ciri Al-Quran sebagai mukjizat yang teragung- Gaya bahasa Al-Quran sangat indah sehingga melemahkan orang orang Arab

pada masa itu yang telah mencapai kemuncak dalam kesusasteraan Bahasa Arab- Al-Quran mengandungi pelabagai jenis ilmu termasuk yang berkaitan dengan alam

ghaib- Allah swt mencabar manusia supaya mencipta satu surat sebagaiman al-Quran.- Allah telah menegaskan tidak ada sesiapa pun yang dapat menandingi al-Quran

4.12 Perbandingan di antara orang yang berilmu yang beramal dengan orang yang berilmu tidak beramalOrang yang berilmu yang beramal boleh menjadi hamba Allah yang solehOrang yang berilmu yang tidak beramal lalai dan menderhaka kepada AllahOrang yang berilmu yang beramal disayangi Allah Orang yang berilmu yang tidak beramal dimurkai Allah

4.13 Membandingkan antara ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah- Ilmu fardu ai n ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam bagi

menyempurnakan kehidupan dunia dan agamanya Contohnya ilmu tentang cara mengerjakan solat, puasa dan membaca Al-Quran- llmu fardhu kifayah ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh umat Islam. Kewajipan

tersebut akan gugur apabila sebahagian umat Islam melakukannya. Contohnya ilmu perubatan, ilmu kejuruteraan dan perundangan

4.14 Pengajaran ayat- Hidayah Allah yang menerangi hati orang mukmin umpama cahaya yang menerangi alam- Manusia perlu berusaha bagi mendapatkan hidayah Allah.- Menuntut ilmu adalah satu kewajiban dan merupakan salah satu usaha untuk memperolehi hidayah Allah- Kita wajib menguasai ilmu fardhu ain dan fardu kifayah untuk menjadi pakar dalam kedua-dua bidang

5. Peribadi mukmin Surah As-Sajadah ayat 15 – 16

Page 12: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 12 --------------------------------------------------------------------------

5.1 Terjemah ayatSesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur), kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh, mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

5.2 Intisari ayat- Sifat orang mukmin ialah mereka yang sujud kepada Allah kerana

mengagungkanNya dan tidak bersifat takbur- Kita perlu sentiasa mengingati Allah, melazimi Qiamullail dan menginfakkan harta

pada jalan Allah.

5.3 Ciri-ciri orang beriman- Sujud kepada Allah - Sentiasa mengingati Allah- Tidak takbur- Melazimi Qiamullail- Menginfakkan harta untuk jalan Allah

5.4 Sikap orang fasiq - Tidak mematuhi hukum-hukum Allah swt- Mempersendakan hukum Islam untuk kepentingan peribadi- Tidak amanah dalam menunaikan tanggujawab- Melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah swt dengan sepenuh hati- Mengagungkan kuasa lain selain kuasa Allah swt

5.5 Sikap orang munafik- Bila diamanahkan suka khianat- Bila bercakap suka berbohong- Bila berjanji suka mungkiri- Bila bergaduh suka melampaui batas

5.6 Kelebihan orang yang beriman - Memperolehi kebahagiaan hidup- Mendapat kedudukan yang baik di sisi Allah

Page 13: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 13 --------------------------------------------------------------------------

- Terhindar daripada perkara yang mungkar - Menjadi seorang yang sabar- Disenangi oleh semua orang

6.7 Keburukan orang yang tidak beriman- Memperoleh kesusahan dalam hidup- Jiwa dan perasaan sentiasa gelisah- Sentiasa melakukan maksiat kepada Allah- Mudah berputus asa dan kecewa- Dibenci oleh masyarakat

5.8 Maksud sujud kepada Allah- Mereka memiliki jiwa yang sentiasa menyedari kebesaran Allah- Berlumba-lumba melakukan ibadat - Berlumba-lumba mencari keredaan Allah

Ketika manusia tidur mereka bangun menunaikan solat Tahajjud

5.9 Cara mengingati Allah- Lidah mereka banyak mengucap tasbih, tahmid, takbir dan tahlil

5.10 Maksud tidak takbur- Orang mukmin sedar yang bersifat takbur ialah Allah sahaja- Mereka sentiasa tawaduk dan akur dengan kelemahan yang ada pada diri mereka- Mereka sedar segala kekuatan dan kelebihan yang ada adalah kurniaan Allah

5.11 Cara mendekatkan (taqarrub) kepada Allah- Qiamullalil iaitu bangun sepertiga atau separuh dari malam untuk melakukan ibadat

tertentu seperti solat, doa, zikir dan lain-lain.

5.12 Cara untuk menginfakkan harta pada jalan Allah- Menyumbangkan untuk fakir miskin- Menyumbangkan untuk perbelanjaan anak yatim- Untuk kegunaan masjid dan surat- Program dakwah Islamiah- Perbelanjaan untuk orang yang menuntut ilmu.

5.13 Kebaikan infak- Tanda syukur kepada Allah di atas rahmat dan kurniaanNya- Harta yang dimiliki itu akan bertambah banyak kerana dirahmati dan

diredai oleh Allah- Dapat membantu golongan yang kurang mampu supaya dapat turut

sama menikmati rahmat Allah swt- Menjamin kehidupan yang sama rata tanpa ada jurang antara yang

kaya dan miskin- Dapat mengurangkan masalah jenayah yang melibatkan wang,

seterusnya menjamin kesejahteraan dan keselamatan hidup bermasyarakat- Mendapat ganjaran pahala berganda-ganda dari Allah

5.14 Kepentingan pembangunan berdasarkan iman- Akan melahirkan nilai-nilai kemanusiaan seperti sifat toleransi, reda, keadilan dan

pemeliharaan alam sekitar- Akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat

Page 14: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 14 --------------------------------------------------------------------------

5.15 Perbandingan antara sujud sujud yang disyariatkan - Sujud Tilawah - bila membaca dan mendengar ayat suci Al-Quran- Sujud Sahwi - bila terlupa atau tertinggal rukun solat atau sunat ab’ad- Sujud Syukur - mendapat nikmat atau terlepas dari bala

5.16 Pengajaran ayat- Umat Islam disunatkan membanyakkan solat dan berzikir kepada Allah

untuk melembutkan hati bagi menjadi mukmin yang soleh- Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada orang yang melazimi

Qimullail- Orang mukmin bersifat tawaduk kerana mereka menyedari kekurangan

diri berbanding kebesaran Allah- Islam menggalakkan kita mencari harta yang halal dan menginfakkan

harta itu untuk jalan Allah

6 Kemuliaan Al-Quraan surah al-Hasyr ayat 21-24

Page 15: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 15 --------------------------------------------------------------------------

6.1 TerjemahanSekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

6.2 Intisari ayat- Allah memerintahkan kita supaya mengambil iktibar daripada peringatannya yang

terdapat di dalam al-Quran- Gunung ganang yang kuat dan kukuh akan runtuh sekiranya diturunkan al-Quran

ke atasnya kerana keagungan al-Quran- Haiwan dan tumbuh-tumbuhan sentiasa tunduk dan bertasbih kepada Allah

6.3 Perbandingan antara bukit dan orang yang ingkar kepada Allah - Perbandingan keingkaran manusia menerima al-Quran sebagai

pegangan hidup dengan sifat bukit yang hancur berkecai apabila al-Quran diturunkan ke atasnya

- Perbandingan ini adalah sebagai peringatan kepada orang kafir yang keras hati dan bersikap kasar

- Peringatan ini juga ditujukan kepada orang yang tidak khusyuk ketika membaca al-Quran. Sekiranya bukit mendengar ayat-ayat Allah swt maka akan hancur berkecailah bukit tersebut kerana takut kepada Allah

6.3 Keistimewaan al-QuraanMukjizat agung kepada Rasulllah sawKandungan al-Quran lengkapAjarannya sesuai untuk diamalkan oleh semua bangsa dan di semua tempatAl-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan hingga hari kiamatKeindahan bahasanya tidak dapat ditandingiAl-Quran membimbing manusia ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhiratSetiap huruf yang dibaca adalah ibadat

6.4 Sebab-sebab Allah menurunkan al-Quran kepada manusia

Page 16: TilawahT5

Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 16 --------------------------------------------------------------------------

- Untuk bimbing manusia kepada iktikad yang sebenar- Untuk menerangkan kepada manusia ibadat yang betul- Untuk menerangkan perkara sam’iyat- Untuk menerangkan contoh akhlak yang mulia

6.5 Asmaul HusnaIalah nama-nama Allah yang baik sebanyak 99 nama

6.6 Sifat sifat Allah yang terdapat dalam al-QuranAr-RahmanAr-RahimAl-MalikAl-QudusAl-Salam Al-MuminAl-MuhaiminAl-AzizAl-JabarAl-MatakabbirAl-KhaliqAl-BariAl-MusawwirAl-Hakim

6.7 Cara makhluk selain daripada manusia tunduk dan patuh kepada Allah.- Sentiasa bertasbih kepada Allah- Sentiasa mengikut segala ketentuan dan peraturan yang telah ditetap oleh Allah -

6.8 Langkah untuk menjadi orang yang menghayati al-Quran.- Istiqamah dalam membaca al-Quran- Memahami dan mengamalkan kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian- Sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan al-Quran - Membaca Al-Quran dengan bertajwid dan bertarannum

6.9 Pengajaran ayat- Allah swt memerintahkan kita supaya mengambil iktibar daripada peringatan-

peringatannya yang terdapat dalam al-Quran- Gunung-gamang yang kuat dan kukuh akan runtuh sekiranya diturunkan al-Quran

ke atasnya kerana keagungan Al-Quran- Haiwan dan tumbuh-tumbuhan sentiasa tunduk dan bertasbih kepada Allah swt- Allah swt Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib- Allah swt memiliki nama yang Agung lagi Suci supaya manusia mengambil iktibar

daripada nama-nama tersebut