tiga mitos berkaitan tppa

4
Tiga Mitos Berkaitan TPPA “Jangan jadikan kesempurnaan musuh kebaikan” Oleh : Wan Saiful Wan Jan Pendahuluan Sejak isu TPPA mula hangat diperkatakan, ramai pihak yang datang kepada IDEAS untuk mendapatkan sokongan. Sangkaan mereka ialah IDEAS akan menyokongnya. Ini sebenarnya tidak tepat. IDEAS adalah sebuah badan pemikir yang menyokong pasaran terbuka tetapi mesti ditegaskan di sini bahawa pasaran terbuka bukan bermaksud menyokong perniagaan. Monopoli juga dilakukan oleh peniaga tetapi ia bukanlah pasaran terbuka. Atas sebab itu, penting untuk orang ramai memahami apakah mitos berkaitan TPPA. Di sini, saya hanya berkongsi tiga mitos utama TPPA. Mitos #1 : TPPA bukanlah Pasaran Terbuka Perjanjian TPPA sebelum ini telah dirundingkan secara rahsia dan kandungannya hanya baru mengetahuinya sekitar dua bulan lalu. Ini menjelaskan bahawa perjanjian ini bukanlah pasaran terbuka tetapi pasaran yang dikawal, diuruskan oleh kerajaan. Saya cenderung kepada liberalisasi ekonomi secara unilateral. Untuk saya, kita tidak perlu menunggu pihak kerajaan atau pemerintah meliberalisasikan ekonomi sebelum kita sendiri meliberalisasikannya. Liberalisasi secara

Upload: amin-ahmad

Post on 10-Apr-2016

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Terjemahan bebas tulisan Wan Saiful

TRANSCRIPT

Page 1: Tiga Mitos Berkaitan TPPA

Tiga Mitos Berkaitan TPPA“Jangan jadikan kesempurnaan musuh kebaikan”

Oleh : Wan Saiful Wan Jan

PendahuluanSejak isu TPPA mula hangat diperkatakan, ramai pihak yang datang kepada IDEAS untuk mendapatkan sokongan. Sangkaan mereka ialah IDEAS akan menyokongnya. Ini sebenarnya tidak tepat. IDEAS adalah sebuah badan pemikir yang menyokong pasaran terbuka tetapi mesti ditegaskan di sini bahawa pasaran terbuka bukan bermaksud menyokong perniagaan. Monopoli juga dilakukan oleh peniaga tetapi ia bukanlah pasaran terbuka.Atas sebab itu, penting untuk orang ramai memahami apakah mitos berkaitan TPPA. Di sini, saya hanya berkongsi tiga mitos utama TPPA.

Mitos #1 : TPPA bukanlah Pasaran TerbukaPerjanjian TPPA sebelum ini telah dirundingkan secara rahsia dan kandungannya hanya baru mengetahuinya sekitar dua bulan lalu. Ini menjelaskan bahawa perjanjian ini bukanlah pasaran terbuka tetapi pasaran yang dikawal, diuruskan oleh kerajaan.Saya cenderung kepada liberalisasi ekonomi secara unilateral. Untuk saya, kita tidak perlu menunggu pihak kerajaan atau pemerintah meliberalisasikan ekonomi sebelum kita sendiri meliberalisasikannya. Liberalisasi secara unilateral, atau melakukan apa yang betul terlepas apa pun yang dilakukan oleh pihak lain, adalah pendirian terbaik untuk diambil sebagai dasar oleh mana-mana negara. Namun, oleh kerana tidak dapat mengelak daripada dasar kerajaan, kita perlu realistik untuk menerima bahawa perjanjian bilateral atau multilateral berlaku pada masa kini.

Page 2: Tiga Mitos Berkaitan TPPA

Mitos #2 : Ahli politik Malaysia mempunyai insentif untuk menandatangani TPPADengan penentangan meluas terhadap TPPA, sama ada mereka yang membantah ini faham atau tidak mengenainya, keinginan kerajaan menandatanganinya memberikan satu gambaran bahawa mereka bersedia menanggung risiko tidak popular. Justeru itu, TPPA bukanlah insentif kepada mereka secara politik.

Ini penting disedari, terutama dalam senario politik semasa. Dalam krisis politik pada hari ini, bukanlah sesuatu yang biasa untuk mana-mana ahli politik mengambil satu pendekatan yang dianggap membelakangi suara ramai. Semua ahli politik mahukan populariti. Ada yang mahu popular sambil menuntut kesetiaan pengikut, tidak ramai yang mahu popular dengan sokongan intelektual. Jangan tersilap. Penentangan terhadap TPPA sebenarnya sangat kuat dan mereka ini terdiri daripada pelbagai kelompok terutama aktivis. Hujah-hujah yang biasa didengar ketika menentang pasaran terbuka adalah sama – agenda asing, menjejaskan ekonomi orang Melayu, dikuasai syarikat besar, menjejaskan peniaga kecil dan golongan miskin dan pelbagai lagi. Hujah-hujah ini mengikut keadaan dan meruntun emosi. Mereka sedar ramai yang akan termakan dengannya kerana untuk mereka ada batasan yang tidak boleh disentuh oleh ahli politik. Kelompok yang mahu batasan ini terus ada akan dianggap ‘hero’ yang membela mereka.

Mitos #3 : Kerajaan menurut kepentingan perniagaanMitos ketiga yang berlegar ialah kerajaan akan menurut kepentingan perniagaan.Sepanjang kira-kira 18 tahun tinggal di United Kingdom, saya melihat betapa aktifnya kelompok peniaga berinteraksi dengan masyarakat awam, bukan sekadar berkaitan apa perkhidmatan atau barangan yang dijual oleh mereka. Di sana, dan di banyak negara maju yang lain, kelompok perniagaan aktif berkempen di media, sama ada secara bersendirian, melalui dewan perniagaan atau pertubuhan pelobi, untuk berinteraksi dengan masyarakat awam mengenai keperihatinan mereka dan cadangan-cadangan untuk memajukan persekitaran di mana mereka berniaga.

Page 3: Tiga Mitos Berkaitan TPPA

Mereka membayar organisasi berorientasikan penyelidikan untuk menjalankan kajian mengenai isu tertentu. Mereka menyokong pertubuhan masyarakat sivil menjalankan kempen untuk perubahan dan penambahbaikan. Mereka bertemu ahli-ahli politik dari semua parti untuk mengemukakan pandangan dan bekerjasama dalam hal-hal yang menjadi kepentingan bersama untuk kebaikan semua.Ringkasnya, mereka sangat aktif dalam membentuk dasar awam, tidak hanya sekadar bertemu pihak kerajaan atau pemerintah. Kelompok perniagaan perlu mendepani apa juga sentimen anti pasaran kerana merekalah yang perlu dipengaruhi. Sebenarnya, ahli politik akan berubah sekiranya masyarakat berubah kerana mereka memerlukan sokongan untuk berada di kedudukan kuasa. Kelompok perniagaan perlu berusaha mempengaruhi masyarakat untuk memilih ahli politik yang layak berkuasa, sekurang-kurangnya menjadi wakil rakyat yang berguna semasa perbahasan undang-undang dan dasar.

Bagaimanapun, di negara membangun terutama di rantau ini, mereka hanya berminat mempengaruhi kerajaan atau pemerintah dan tidak berinteraksi dengan masyarakat awam, apatah lagi hendak bersuara dalam isu-isu kepentingan bersama.

KesimpulanBerbalik kepada TPPA, pendirian asal saya ialah Malaysia mesti menyertai perbincangan dan mendapatkan yang terbaik daripadanya. Kita boleh menyertainya kemudian tetapi itu hanya akan merugikan kita. Orang ramai akan terus berasa keliru dan gusar sekiranya tidak ada usaha memberi penerangan dan penjelasan kepada mereka. Kegagalan kelompok perniagaan berinteraksi dengan masyarakat umum seakan-akan mengesahkan wujudnya rasa tidak yakin untuk bersaing berasaskan keupayaan, walhal merekalah kelompok yang bakal mendapat manfaat terbesar melalui TPPA. TPPA adalah peluang yang tidak selalu datang. Sudah tentu ada yang menguntungkan serta ada yang kurang menguntungkan. Namun, jangan jadikan kesempurnaan musuh kebaikan.

Page 4: Tiga Mitos Berkaitan TPPA