the great woman

1
PENGENALAN Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan Negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama di dalam pembentukkan generasi akan datang malah merupakan sumber ekonomi yang penting. Buat masa ini, mereka merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga buruh. Dari segi penyertaan buruh, penyertaan wanita meningkat dari 37.2 peratus dalam tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam tahun 1990. Di sektor luar bandar dan pertanian, wanita terus merupakan faktor penting. Guna tenaga wanita juga semakin bertambah dalam sektor tektail dan elektronik. Di sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan masyarakat, sosial, persendirian serta sektor awam, penyertaan wanita juga kian meningkat. Wanita juga telah lama memainkan peranan yang aktif dalam bidang politik negara. Mereka merupakan kumpulan pengundi yang kuat dan sering memainkan peranan sebagai penarik pengundi. Kerajaan telah lama mengiktiraf sumbangan besar kaum wanita. Secara tradisional, peranan isteri adalah untuk mentadbir hal-hal ehwal rumah tangga dan keluarga. Namun, pada masa kini, peranan wanita sebagai isteri dan ibu dimudahkan dengan perubahan persekitaran. Peranan wanita sebagai pengurus rumah tangga telah mengalami perubahan dengan adanya bantuan dari orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta pelbagai perkakas rumah tangga telah mengalami perubahan. Peranan wanita sebagai isteri mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kebajikan suami berbeza dengan masa dahulu. Mereka tidak lagi memegang peranan hanya sebagai tukang masak dan pengasuh kanak-kanak sahaja, malah pada waktu yang sama mereka harus menjadi penyambut tetamu yang baik, setiausaha yang cekap, pengarah yang tegas dan menteri yang mempunyai sifat kepimpinan yang unggul. Menurut Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datik D. Siti Zaharah Sulaiman dalam simposium yang bertemakan Wanita Alaf Baru Abad ke -21 , wanita hari ini telah mempunyai imej dan tanggungjawab sosial yang berbeza sesuai dengan kehendak dan perubahan zaman. Namun, wanita kerjaya ini juga mendatangkan implikasi yang baik dan buruk terhadap keluarganya. iv

Upload: wen-lin

Post on 24-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

whole worlds womans honour

TRANSCRIPT

Page 1: The Great Woman

PENGENALAN

Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan

mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam

pembangunan bangsa dan Negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja

memainkan peranan utama di dalam pembentukkan generasi akan datang malah

merupakan sumber ekonomi yang penting. Buat masa ini, mereka merupakan satu

pertiga daripada jumlah tenaga buruh. Dari segi penyertaan buruh, penyertaan

wanita meningkat dari 37.2 peratus dalam tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam

tahun 1990. Di sektor luar bandar dan pertanian, wanita terus merupakan faktor

penting. Guna tenaga wanita juga semakin bertambah dalam sektor tektail dan

elektronik. Di sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan masyarakat, sosial,

persendirian serta sektor awam, penyertaan wanita juga kian meningkat. Wanita juga

telah lama memainkan peranan yang aktif dalam bidang politik negara. Mereka

merupakan kumpulan pengundi yang kuat dan sering memainkan peranan sebagai

penarik pengundi. Kerajaan telah lama mengiktiraf sumbangan besar kaum wanita.

Secara tradisional, peranan isteri adalah untuk mentadbir hal-hal ehwal

rumah tangga dan keluarga. Namun, pada masa kini, peranan wanita sebagai isteri

dan ibu dimudahkan dengan perubahan persekitaran. Peranan wanita sebagai

pengurus rumah tangga telah mengalami perubahan dengan adanya bantuan dari

orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta pelbagai perkakas

rumah tangga telah mengalami perubahan. Peranan wanita sebagai isteri

mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kebajikan suami berbeza

dengan masa dahulu. Mereka tidak lagi memegang peranan hanya sebagai tukang

masak dan pengasuh kanak-kanak sahaja, malah pada waktu yang sama mereka

harus menjadi penyambut tetamu yang baik, setiausaha yang cekap, pengarah yang

tegas dan menteri yang mempunyai sifat kepimpinan yang unggul. Menurut Ketua

Pergerakan Wanita UMNO, Datik D. Siti Zaharah Sulaiman dalam simposium yang

bertemakan “ Wanita Alaf Baru Abad ke -21 “, wanita hari ini telah mempunyai imej

dan tanggungjawab sosial yang berbeza sesuai dengan kehendak dan perubahan

zaman. Namun, wanita kerjaya ini juga mendatangkan implikasi yang baik dan buruk

terhadap keluarganya.

iv