th plantations berhad buletin thp pusat ptthip yang dulunya terletak di kota batam, dipindahkan ke...

8
Buletin THP Mei-Jun 2009 Bil. 3, 2009 Amanat sulung KPE 4 AGM Lulus Sebelas Resolusi 5 GIS dan GPS Untuk Pengurusan Ladang 6 Leadership Development Program 7 Yayasan Mutiara Gambut Prihatin 8 MENARIK DI DALAM TH Plantations Berhad f etelah genap enam tahun enam bulan mengerah seluruh keringat dan buah fikirannya untuk kejayaan TH Plantations Bhd (THP) akhirnya pada 31 Jun 2009 lalu Pengarah Urusan, YBhg. Dato’ Rashidi bin Omar mengundurkan diri dari kepimpinan THP. Penglibatan Dato’ Rashidi di Lembaga Tabung Haji bertitik tolak pada tahun 2002 apabila diberi kepercayaan menjawat jawatan penting sebagai Pengarah Perladangan TH. Setahun selepas itu beliau telah diamanahkan pula memimpin salah sebuah anak syarikat Lembaga Tabung Haji iaitu TH Plantations Sdn. Bhd., yang kini dikenali sebagai TH Plantations Berhad (THP) sebagai Pengarah Urusan. Beliau yang dilahirkan pada 25 Oktober 1948 di Kota Bharu, Kelantan tidak asing lagi dalam industri perladangan dan boleh disifatkan sebagai salah seorang “sifu”. Memulakan karier di sektor per- ladangan pada tahun 1968 di FELDA dengan jawatan Kadet Ladang. Beliau telah berkhidmat di FELDA selama enam tahun. Pengalaman dunia korporat pertama beliau perolehi apabila berhijrah ke KL Kepong Berhad dari tahun 1974 sehingga 1989, dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Kanan Ladang. Kembara dunia perladangan beliau diteruskan pula ke Austral Enterprises Berhad . Persinggahan beliau di sini tidak lama, apabila beliau berhijrah pula ke Tradewinds (M) Berhad pada tahun 1990. Kepimpinan dan ketokohan beliau di Tradewind amat terserlah di mana beliau telah meniti kecemerlangan karier sehinggalah beliau diamanahkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif pada tahun 1999. Kepimpinan beliau yang unik telah merubah gaya dan budaya kerja di THP. Beliau berpegang kepada prinsip-prinsip yang berteraskan kepada kepimpinan, perancangan dan pengurusan yang mantap. Dengan prinsip inilah beliau menerajui THP memacu ke arah kecemerlangan. Di bawah kepimpinan beliau berba- gai kejayaan berjaya dikecapi. Tahun 2005 adalah merupakan titik tolak kepada perubahan besar yang berlaku di THP di- mana TH Plantations Sdn. Bhd. ditukar THP BERTUKAR TERAJU KEPIMPINAN (Bersambung ke muka surat 3) Dato’ Rashidi bin Omar

Upload: vuongtruc

Post on 06-Mar-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TH Plantations Berhad Buletin THP Pusat PTTHIP yang dulunya terletak di Kota Batam, dipindahkan ke kawasan perladangan PTTHIP di Riau pada tahun 2008, dan dikenali dengan Kantor Pusat

Buletin THP Mei-Jun 2009

Bil. 3, 2009

Amanat sulung KPE 4

AGM Lulus Sebelas Resolusi

5

GIS dan GPS Untuk Pengurusan Ladang

6

Leadership Development Program

7

Yayasan Mutiara Gambut Prihatin

8

MENARIK DI DALAM

TH Plantations

Berhad

f etelah genap enam tahun enam bulan mengerah seluruh keringat dan buah fikirannya untuk kejayaan TH

Plantations Bhd (THP) akhirnya pada 31 Jun 2009 lalu Pengarah Urusan, YBhg. Dato’ Rashidi bin Omar mengundurkan diri dari kepimpinan THP. Penglibatan Dato’ Rashidi di Lembaga Tabung Haji bertitik tolak pada tahun 2002 apabila diberi kepercayaan menjawat jawatan penting sebagai Pengarah Perladangan TH. Setahun selepas itu beliau telah diamanahkan pula memimpin salah sebuah anak syarikat Lembaga Tabung Haji iaitu TH Plantations Sdn. Bhd., yang kini dikenali sebagai TH Plantations Berhad (THP) sebagai Pengarah Urusan. Beliau yang dilahirkan pada 25 Oktober 1948 di Kota Bharu, Kelantan tidak asing lagi dalam industri perladangan dan boleh disifatkan sebagai salah seorang “sifu”. Memulakan karier di sektor per-ladangan pada tahun 1968 di FELDA dengan jawatan Kadet Ladang. Beliau telah berkhidmat di FELDA selama enam tahun. Pengalaman dunia korporat pertama beliau perolehi apabila berhijrah ke KL Kepong Berhad dari tahun 1974 sehingga 1989, dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Kanan Ladang. Kembara dunia perladangan beliau diteruskan pula ke Austral Enterprises Berhad . Persinggahan beliau di sini tidak lama, apabila beliau berhijrah pula ke Tradewinds (M) Berhad pada tahun 1990. Kepimpinan dan ketokohan beliau di Tradewind amat terserlah di mana beliau telah meniti kecemerlangan karier sehinggalah beliau diamanahkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif pada tahun 1999.

Kepimpinan beliau yang unik telah merubah gaya dan budaya kerja di THP. Beliau berpegang kepada prinsip-prinsip yang berteraskan kepada kepimpinan, perancangan dan pengurusan yang mantap. Dengan prinsip inilah beliau menerajui THP memacu ke arah kecemerlangan. Di bawah kepimpinan beliau berba-gai kejayaan berjaya dikecapi. Tahun 2005 adalah merupakan titik tolak kepada perubahan besar yang berlaku di THP di-mana TH Plantations Sdn. Bhd. ditukar

THP BERTUKAR TERAJU KEPIMPINAN

(Bersambung ke muka surat 3)

Dato’ Rashidi bin Omar

Page 2: TH Plantations Berhad Buletin THP Pusat PTTHIP yang dulunya terletak di Kota Batam, dipindahkan ke kawasan perladangan PTTHIP di Riau pada tahun 2008, dan dikenali dengan Kantor Pusat

“Patah tumbuh, hilang berganti” kata pepatah lama. Memang menjadi lumrah alam, yang patah akan tumbuh se-mula, dan yang hilang pasti akan ada gantinya. Begitulah kitarannya, walaupun yang tumbuh tidak semestinya sama dengan yang patah, ataupun yang hilang tidak semestinya di-gantikan yang serupa. THP turut mengalami kitaran hukum alam ini apabila pada 1 Julai 2009 secara rasminya Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin mengambilalih teraju kepimpinan THP dari-pada YBhg. Dato’ Rashidi bin Omar yang bersara mulai 31 Jun 2009. Sudah tentulah gaya kepimpinan dan gaya peribadi dua sosok manusia ini berbeza. Yang penting kita sebagai sebuah pasukan warga THP meneruskan sokongan yang tidak berbe-lah bahagi kepada siapa saja yang dipilih untuk memimpin kita!

BULETIN THP diterbitkan setiap dua bulan sekali

oleh Unit Projek Khas, Bahagian Perkhidmatan Korporat

TH Plantations Berhad.

Phone: 03-2687 6666 Fax: 03-2681 0511

Emel: [email protected]

TH PLANTATIONS BERHAD

Pengarang

TINTA PENGARANG Buletin THP

SIDANG PENGARANG

Penaung

Hj. Zainal Azwar b. Zainal Aminuddin

Penasihat

Haji Hassan Fikri bin Mohamad

Maizura binti Mohamed

Pengarang

Haji Mohamad Zaini bin Hassan

Pembantu Penerbitan

Nor Sabri bin Abd. Karim

Salwa binti Darus

Page 3: TH Plantations Berhad Buletin THP Pusat PTTHIP yang dulunya terletak di Kota Batam, dipindahkan ke kawasan perladangan PTTHIP di Riau pada tahun 2008, dan dikenali dengan Kantor Pusat

BIL. 3 , 2009

nama kepada TH Plantations Ber-had, dan seterusnya merintis laluan ke arah penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Malaysia yang disempurnakan pada tahun 2006. Langkah membawa THP untuk disenaraikan di Bursa Saham ini bukanlah sesuatu yang mudah. Berbagai rintangan dan cabaran getir terpaksa ditempuhi bagi me-realisasi impian ini. Namun dengan kegigihan Dato’ Rashidi di samping mendap a t s ok ong an p adu kepimpinan Lembaga Tabung Haji, akhirnya THP berjaya menjadi satu-satunya anak syarikat milik Lembaga Tabung Haji yang berjaya disenarai-kan di Papan Utama Bursa Saham Malaysia setakat ini. Di bawah kepimpinan Dato’ Rashidi juga, THP berjaya mengembangkan lagi sayapnya dengan kejayaan membuka be-berapa ladang baru. Pada tahun 2005 sebuah ladang baru berjaya dibuka secara usahasama di Dungun, Terengganu. Ladang seluas 1,205 hektar ini di-namakan Ladang TH Bakti. Semen-tara pada tahun 2007 sebuah ladang lagi dibuka di Besut, Terengganu iaitu Ladang THP-YT yang ber-keluasan 2,594 hektar.

Dato’ Rashidi (kiri) menyerahkan kepimpinan THP kepada Tuan Haji Zainal Azwar.

Page 3

Pada tahun 2007 juga, THP berjaya melebarkan sayapnya ke Bumi Kenyalang dengan pembukaan ladang di Pusa, Sarawak seluas 17,521 hektar. Tahun 2008 juga menyaksi-kan beberapa kejayaan dicatat oleh THP dalam usaha melebarkan lagi empayarnya. Tahun ini menyaksikan THP mengambilalih ekuiti daripada Lembaga Tabung Haji sebanyak 51 peratus dalam syarikat Sabaco Sdn. Bhd. dan 100 peratus ekuiti dalam Ladang Bukit Belian Sdn. Bhd. Pada tahun 2009, di bawah kepimpinan Dato’ Rashidi, THP bagi pihak Lembaga Tabung Haji berjaya pula melebarkan sayap ke Kalimantan, Indonesia yang kini dalam proses akhir mengambil alih ladang seluas 11,713 hektar di Kalimantan Tengah dan 30,000 di Kalimantan Timur. Ia juga sedang dalam proses akhir untuk mengambil alih ladang seluas 21,220 hektar di Sarawak. Di era kepimpinan beliau juga, projek perladangan di Riau, Indonesia iaitu PT TH Indo Plantations (PTTHIP) mendapat perhatian khusus dimana banyak penambahbaikan dalam operasi perkilangan dan perladangan telah dilaksanakan. Bagi memantapkan perjalanan dan pemantauan operasi, Kantor Pusat PTTHIP yang dulunya terletak di Kota Batam, dipindahkan

ke kawasan perladangan PTTHIP di Riau pada tahun 2008, dan dikenali dengan Kantor Pusat Pulai. Sesungguhnya kejayaan Dato’ Rashidi Omar memimpin THP dalam memacu menuju ke-jayaan memang tidak dapat dinafi-kan lagi. Kejayaan yang dikecapi oleh THP ini turut mendapat peng-iktirafan dari The Edge Financial Publication sebagai “Best Performing Main Board IPO for The Year 2006” dan “KPMG Shareholder Value Award 2007 Kategori Industri Pertanian dan Perikanan”. Kini, mulai 1 Julai 2009, secara rasminya kepimpinan THP diamanahkan pula kepada Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Sebagaimana era Dato’ Rashidi, adalah diyakini bahawa era kepimpinan Tuan Haji Zainal Azwar juga menjanjikan kecemerlangan yang berterusan kepada THP. Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Urusan dan orang lama dalam syarikat, sudah pastilah mempunyai gaya dan kemampuan tersendiri untuk meneruskan perjuangan memacu kecemerlangan syarikat.

Page 4: TH Plantations Berhad Buletin THP Pusat PTTHIP yang dulunya terletak di Kota Batam, dipindahkan ke kawasan perladangan PTTHIP di Riau pada tahun 2008, dan dikenali dengan Kantor Pusat

BIL. 3 , 2009 Page 4

S empena perlantikan Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin sebagai

Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) TH Plantations Berhad (THP), satu majlis perjumpaan dengan anggota telah diadakan pada 1 Julai lalu di Dewan Besar, Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji, Kuala Lumpur. Ket ika menyampa ikan amanat sulungnya, beliau mengingat-kan semua warga THP agar sentiasa mematuhi segala prosedur kerja ter-utamanya SOP yang telah diwujudkan dalam semua proses kerja, bagi me-mastikan setiap kerja atau keputusan yang kita laksanakan sentiasa telus dan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Beliau menegaskan, tugas-tugas dan keputusan yang sensitif terutamanya dalam perkara-perkara seperti proses tender dan perolehan perlu ditangani dengan penuh ber-hemat dan sentiasa menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan. “Sekiranya kita sentiasa me-matuhi segala prosedur yang ditetap-kan dan menjaga amanah, tidak akan ada pihak yang dapat mempertikai-kannya lagi,” kata beliau. Beliau turut mengingatkan semua anggota agar dapat menjaga integriti dan profesionalisme masing-masing dalam menjalankan tugas, dan sentiasa berpegang kepada semangat kerja berpasukan. “Saya diumpamakan seorang nakhoda yang akan menentukan kapal selamat sampai ke destinasi yang telah ditetapkan. Namun saya tidak akan dapat melayarkan kapal ke destinasinya sekiranya tidak men-dapat sokongan dan kerjasama semua anak-anak kapal yang lain, pelayaran ini sudah pasti gagal,” tambah beliau. Bagi beliau sekiranya berlaku kesilapan oleh seseorang, semua orang akan dianggap gagal, dan beliau selaku KPE akan dipertanggungjawab-kan. Haji Zainal Azwar yang di-kenali dengan huruf ringkas ZAZA, turut juga dilantik sebagai Pengarah Urusan THP Agro Management Services Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat milik THP yang menyediakan per-khidmatan pengurusan kepada

syarikat-syarikat perladangan milik Lembaga Tabung Haji dan THP. “THP Agro Management Services Sdn. Bhd., dimana kebanyakan kita bernaung di bawahnya sekarang, diwujudkan sebagai salah satu strategi syarikat dalam mengembangkan lagi perniagaannya dalam bidang agen pengurusan ladang, tidak terhad kepada ladang-ladang kepunyaan Lembaga Tabung Haji sahaja,” kata beliau. Beliau juga mengumumkan bahawa keluasan tanah kepunyaan Kumpulan Perladangan Tabung Haji kini telah mencapai hampir 200,000 hektar termasuk hampir 40,000 hektar kepunyaan THP. “Tambahan kepada itu, THP yang akan melaksanakan usahasama dengan FELDA dalam waktu yang ter-dekat ini, akan menumpukan lagi usaha bagi meningkatkan keluasan tanah dengan tumpuan adalah di Indonesia,” tambah beliau. Oleh itu, beliau mengingatkan anggota agar lebih bersedia dengan perubahan-perubahan yang dijangka berlaku di dalam syarikat termasuk rombakan pengurusan. Beliau turut menggariskan tiga rancangan penambahbaikan yang akan dilaksanakan oleh pengurusan baru di bawah kepimpinan beliau bagi memastikan syarikat terus berdaya maju, iaitu Yield Improvement Program, OER Improvement Program dan pengu-rangan kos operasi ladang dan kilang terutamanya ladang-ladang PTTHIP di Riau, Indonesia.

Disamping itu, tambah beliau, THP juga akan mengguna-kan teknologi terkini dalam mem-bantu pengurusan ladang seperti teknologi GIS dan GPS supaya prestasi syarikat akan setanding dengan beberapa syarikat per-ladangan terkemuka negara. “Kita masih ketinggalan dari beberapa sudut berbanding dengan beberapa syarikat per-ladangan yang lain, oleh itu kita perlu berusaha dengan segenap ke-upayaan agar kita dapat setanding dengan mereka dari semua segi,” tambah beliau lagi. Oleh itu beliau berharap anggota THP dari semua peringkat supaya memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada beliau dalam menerajui kepimpinan syarikat supaya kita dapat sama-sama mengibarkan bendera THP.

AMANAT SULUNG KPE

Tuan Haji Zainal Azwar bersalaman dengan anggota THP yang hadir.

Tuan Zainal Azwar

Page 5: TH Plantations Berhad Buletin THP Pusat PTTHIP yang dulunya terletak di Kota Batam, dipindahkan ke kawasan perladangan PTTHIP di Riau pada tahun 2008, dan dikenali dengan Kantor Pusat

BIL. 3 , 2009

Pengarah iaitu Dato’ bin Rashidi Omar, Datuk Ismee bin Ismail, Encik Md. Yusof bin Hussin dan Dato’ Noordin bin Md. Noor. Resolusi 8 pula adalah bagi melantik semula KPMG Desa Megat & Co. sebagai Juruaudit Syarikat. Tiga lagi resolusi yang di-bentang dan diluluskan ialah Resolusi 9: Specific Authority for the Directors to issue shares pursuant to THP Employees’ Share Option Scheme, Resolusi 10: General Authority for the Directors to issue to Section 132D of the Companies Act, 1965 dan Resolusi 11: Proposed Renewal of Existing Shareholders’ Mandate and Proposed New Shareholders’ Mandate for Recurrent Related Party Transactions of a Revenue and/or Trading in Nature.

Page 5

` esyuarat Agong Tahunan (AGM) TH Plantations Berhad (THP) Ke-35,

yang berlangsung pada 5 Mei lalu telah meluluskan 8 resolusi biasa dan 3 re-solusi khas. Seramai 109 orang pemegang saham dan 66 proksi telah menghadiri AGM ini yang diadakan di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Resolusi yang diluluskan ialah Resolusi 1: To receive the Audited Financial Statements for the year ended 31 December 2008 and the Reports of Directors and Auditors thereon, Resolusi 2: To approve a Final Gross Dividend of 7.50 sen per ordinary share less tax at 25% for the year ended 31 December 2008, dan Resolusi 3: To approve the payment of Directors’ Fees of RM372,000 for the year ended 31 December 2008. Resolusi 4 hingga 7 pula adalah bagi melantik semula Ahli Lembaga

AGM Ke-35 Luluskan 11 Resolusi

Ahli-ahli Lembaga Pengarah bersedia untuk memulakan AGM ke-35 dengan dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Dr Yusof bin Basiran

Para pemegang saham mengundi terhadap resolusi yang dibentangkan.

Meneliti Buku Laporan Tahunan. Doa dipohon bagi mendapat keberkatan.

Page 6: TH Plantations Berhad Buletin THP Pusat PTTHIP yang dulunya terletak di Kota Batam, dipindahkan ke kawasan perladangan PTTHIP di Riau pada tahun 2008, dan dikenali dengan Kantor Pusat

BIL. 3 , 2009

c erkembangan dunia teknologi komputer dan perisian masakini telah memainkan peranan utama bagi menghasilkan suatu sistem pengen-

dalian maklumat terkini, lengkap dan pantas. Ia turut membantu proses membuat keputusan, perancangan dan pengawasan dalam setiap aktiviti termasuklah aktiviti pengurusan ladang. Salah satu sistem yang terhasil dari kecanggihan teknologi ini ialah Sistem Maklumat Geografi (GIS), yang merupakan teknologi canggih yang mampu menghasilkan pengurusan lebih bersistematik dan berkesan. Penghasilan peta-peta tanaman seperti peta jenis tanaman, peta taburan hasil tanaman, peta taburan hujan, peta siri tanah, peta syor pembajaan dan lain-lain yang berkaitan adalah merupakan langkah yang berkesan bagi membuat sesuatu perancangan dan keputusan di masa akan datang. Dua aktiviti perladangan utama iaitu pembajaan dan pemeliharaan tanaman ditumpukan. Menerusi per-laksanaan dan pembentukan pangkalan data, maklumat lengkap dalam bentuk grafik dan atribut bagi perancangan, pengagihan dan tindakan terhadap kedua-dua aktiviti yang dinyatakan dapat dihasilkan. Hasil menunjukkan teknik GIS ini merupakan kaedah berkesan untuk menjadikan aktiviti pengurusan ladang lebih optimum. Sistem ini juga boleh dipaparkan melalui pem-bangunan laman web internet. Web GIS digunakan sebagai akses untuk melihat perkembangan setiap aktiviti melalui paparan data-data statistik dan paparan peta-peta geografi di sesuatu kawasan. Web GIS boleh digunakan untuk memudahkan pihak pengurusan melakukan pemantauan secara “on-line” jarak jauh melalui akses internet.

Aplikasi Sistem Penentududukan Global (GPS)

di Kumpulan Perladangan TH

• Program Tanam Semula Dengan adanya alat GPS yang berteknologi tinggi, aplikasi pecahan-pecahan blok, sempadan tanah dan anggaran keluasan (hektar), dapat memudahkan perancangan projek tanaman semula yang berpandu-kan ketepatan data pengukuran GPS yang dicerap.

• Semakan Kawasan Tanaman Lebihan dan kekurangan kawasan tanaman menjadi isu penting ketika ini, terutamanya tanaman bersebelahan ladang-ladang yang lain seperti FELDA, FELCRA, MARDI, Hutan Simpan dan sebagainya. Dengan adanya alat GPS ini, semakan semula lot tanah se-benar milik THP serta kedudukan kawasan tanaman dapat ditentukan dengan lebih tepat lagi.

• Tinjauan Kawasan Baru Tinjauan terhadap kawasan-kawasan dan tanah baru dapat dipermudahkan. Dengan adanya alat GPS ini,

GIS dan GPS Mampu Tingkatkan Sistem Pengurusan Ladang THP

Page 6

Kerja-kerja pemetaan menggunakan teknologi GPS dan GIS sedang dijalankan di Ladang Mamahat, Sabah.

ketinggian tanah dari aras laut, kontour, teres, sempadan, jalan utama dan lain-lain dapat dicerap terus.

• Penentuan Keluasan Bagi Keperluan Urusan Tender Tender luar yang memerlukan keluasan kawasan sebagai asasnya seperti tanaman semula, chipping, weeding, pruning dan tuaian dapat ditentukan berpandukan keluasan yang lebih tepat dengan menggunakan alat GPS.

• Pemantauan Bagi Program Kawalan Tanaman Program kawalan tanaman seperti penyakit “ganoderma” dan “bag worm” dapat diusulkan melalui pemetaan GPS kawasan serangan dan seterusnya merangka “buffer zone” atau zon penampan di dalam sistem GIS bagi tujuan pemulihan penyakit.

Bagi mengaplikasikan teknologi GIS dan GPS ini, keperluan terhadap perkakasan dan perisian amatlah di-utamakan. Perkakasan utamanya adalah set komputer lengkap berkapasiti besar dam pemprosesan yang tinggi, sementara perkakasan luarannya adalah alat GPS berteknologi tinggi seperti Trimble GeoXH, Magnetic Antenna dan Tripod. Sementara perisian GIS yang digunakan adalah seperti yang terdapat di pasaran ketika ini seperti ArcView, ArcGIS, MapInfo, AutocadMap, MapSource dan lain-lain lagi. Setiap perisisan GIS mempunyai keunikan fungsi tersendiri seperti fungsi analisa, fungsi carian data, fungsi penyediaan peta dan sebagainya. Pemilihan perisian adalah berdasarkan kesesuaian terhadap jenis kerja yang bakal diaplikasikan. Projek ini juga memerlukan kepakaran geografi yang terbahagi kepada beberapa bidang, seperti kejuruteraan ukur, saintis geografi, juruanalisa GIS dan GPS, serta kejuruteraan tanah dan galian.

Page 7: TH Plantations Berhad Buletin THP Pusat PTTHIP yang dulunya terletak di Kota Batam, dipindahkan ke kawasan perladangan PTTHIP di Riau pada tahun 2008, dan dikenali dengan Kantor Pusat

BIL. 3 , 2009

B agi mendedahkan para anggota THP diperingkat pengurusan pertengahan

terhadap aspek-aspek kepimpinan dan budaya kerja berpasukan, Bahagian Sumber Manusia THP telah menganjurkan satu kursus “ L e a d e r s h i p D e v e l o p m e n t Program” pada 21 hingga 23 April lalu di Casa Rachardo Resort, Port Dickson. Menurut Timbalan Pengu-rus Besar (Sumber Manusia) THP, Kapt. (B) Haji Fadzil bin Abdullah, kursus ini juga bertujuan bagi memupuk dan membangunkan aspek-aspek kepimpinan lain seperti integriti dan berfikiran positif disamping turut juga memberi penekanan kepada ciri-ciri ke-pimpinan Islam seperti penekanan kepada as-sunnah, iman, ikhlas, ikram, ilmu dan taqwa.

“Leadership Development Program” Tingkat Budaya Kerja Berpasukan

Page 7

Teori-teori kepimpinan konvensional juga turut didedahkan sepanjang kursus ini berlangsung termasuk analisa projek, peran-cangan strategik dan pelan tindakan. Turut diadakan aktiviti riadah yang mencabar seperti ber-kayak dan jungle trekking kepada semua 22 peserta. Tambah Kapt Fadzil, kursus ini adalah merupakan langkah pro-aktif syarikat dalam menyokong usaha kerajaan untuk memperkasa-kan pembangunan kepimpinan me-lalui garis panduan inisiatif trans-

formasi GLC (Government Linked Companies) iaitu The Orange Book. Antara lain inisiatif ini adalah untuk mengenal pasti dan menyediakan barisan pelapis yang berwibawa untuk menerajui syarikat pada masa akan datang. Ma j l i s Penu tup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Penasihat Penanaman, Tuan Haji Muhammad Ariff bin Ariffin. (gambar kanan).

Para peserta kursus bergambar kenangan dengan Timbalan Pengurus Besar (Sumber Manusia) Kapt. (B) Haji Fadzil Abdullah

Aktiviti Jungle Trekking dan Berakit turut diadakan untuk para peserta kursus bagi meningkatkan keyakinan diri peserta disamping dapat memupuk semangat berpasukan.

Page 8: TH Plantations Berhad Buletin THP Pusat PTTHIP yang dulunya terletak di Kota Batam, dipindahkan ke kawasan perladangan PTTHIP di Riau pada tahun 2008, dan dikenali dengan Kantor Pusat

BIL. 3 , 2009

P rihatin dengan nasib dan masa depan anak-anak pekerja ladang di projek perladangannya di

Riau, Indonesia, PT TH Indo Plantations (PTTHIP) telah menubuhkan Yayasan Mutiara Gambut, satu yayasan khusus bagi mengendalikan hal ehwal berkaitan pendidi-kan dan persekolahan anak-anak warga PTTHIP. Yayasan yang ditubuhkan sejak tahun 2000 ini berperanan mengendalikan semua hal ehwal yang berkaitan dengan persekolahan di sini melibatkan sembilan TADIKA, sembilan sekolah dasar (SD) dan empat sekolah menengah pertengahan (SMP). Dengan peruntukan tahunan seki-tar RM700,000, yayasan ini membiayai gaji guru-guru dan pekerja bukan akademik, menyelenggara sekolah serta perumahan guru dan pekerja, kos pengangkutan dan

YAYASAN MUTIARA GAMBUT PRIHATIN MASA DEPAN GENERASI BARU PTTHIP

(Atas) Salah sebuah sekolah yang ditadbir oleh Yayasan Mutiara Gambut.

(Kiri) Generasi kedua PTTHIP Riau berpeluang mendapat pendidikan yang sempurna yang disediakan oleh Yayasan Mutiara Gambut.

(Bawah) Pengangkutan untuk murid-murid sekolah turut disediakan secara percuma.

menyediakan buku-buku teks dan keperluan sekolah yang lain. Yayasan juga berperanan mengkaji dan merancang keperluan pem-binaan sekolah-sekolah baru jika berlaku pertambahan penduduk. Ketika ini terdapat kira-kira 2,268 orang pelajar, 101 guru dan lima pekerja bukan akademik. Korikulum pendidikan di semua sekolah-sekolah di sini adalah tertakluk di bawah Dinas Pendidikan Republik Indonesia. Semoga dengan adanya Yayasan Mutiara Gambut ini, nasib anak-anak pekerja ladang akan terbela dan tidak akan berlaku keciciran dalam pelajaran di kalan-gan generasi baru yang berhijrah dan ber-mastautin di sini.