testimoni insuran

7
Xsalah luang sedikit masa untuk baca kan?? Sebelum sakit, saya adalah seorang UNIX Consultant bersama sebuah syarikat Antarabangsa. Gaji saya mencecah 5 angka sebulan. Segala perbelanjaan perubatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. Beberapa kali dimasukkan ke hospital, kad perubatan syarikat memberi saya kemasukkan wad kelas 1 dimana- mana hospital swasta - kecuali Princecourt Kemudahan ini menyebabkan saya merasakan tidak perlu untuk memiliki kad insuran perubatan peribadi. Walaupun ketika itu beberapa rakan yang menjadi perunding insuran telah berjumpa dan menawarkan saya perlindungan ini. Sehinggalah suatu hari, saya menjalani satu minor operation dan berasakan rugi kerana hari-hari saya di wad tidak memberi saya elaun berbanding pesakit lain. Beberapa bulan selepas itu, saya menghubungi rakan lama saya untuk proses ini. Apapun ketika proses ini, saya telah jatuh sakit. Saya di diagnosis mengalami kegagalan buah pinggang. Kedua-dua buah pinggang saya hanya tinggal 20% sahaja berbanding orang sihat. Ketika itu, saya menyesal. Kalau saya sudah lama memiliki kad perubatan, syarikat insuran akan membayar ganti rugi sebanyak 100k bagi penyakit kronik ini. Saya tidak perlu lagi membuat pembayaran bulanan tetapi segala perbelanjaan perubatan tetap ditanggung syarikat insuran. Jikalau saya perlu melakukan permindahan organ, syarikat insuran juga akan menganggung sehingga 100k bagi tujuan ini. Tidak sampai setahun selepas itu, syarikat saya bekerja memberhentikan saya walaupun seminggu sebelum itu, saya baru saja menandatangani lanjutan kontrak 3 tahun bersama mereka. Kini saya terpaksa membayar sendiri perbelanjaan perubatan saya setiap kali ke hospital kerajaan. Jika saya dimasukkan ke wad, hanya wad kelas 3 hospital kerajaan yang saya mampu. Ianya pasti berlainan jika saya mempunya kad insuran perubatan. Kini tugas saya untuk mengingatkan dan memastikan anda untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Walaupun, anda seorang

Upload: ainonlela

Post on 17-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

insurance

TRANSCRIPT

Page 1: testimoni insuran

Xsalah luang sedikit masa untuk baca kan??

Sebelum sakit, saya adalah seorang UNIX Consultant bersama sebuah syarikat Antarabangsa. Gaji saya mencecah 5 angka sebulan. Segala perbelanjaan perubatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. Beberapa kali dimasukkan ke hospital, kad perubatan syarikat memberi saya kemasukkan wad kelas 1 dimana-mana hospital swasta - kecuali Princecourt 

Kemudahan ini menyebabkan saya merasakan tidak perlu untuk memiliki kad insuran perubatan peribadi. Walaupun ketika itu beberapa rakan yang menjadi perunding insuran telah berjumpa dan menawarkan saya perlindungan ini.

Sehinggalah suatu hari, saya menjalani satu minor operation dan berasakan rugi kerana hari-hari saya di wad tidak memberi saya elaun berbanding pesakit lain. Beberapa bulan selepas itu, saya menghubungi rakan lama saya untuk proses ini. Apapun ketika proses ini, saya telah jatuh sakit. Saya di diagnosis mengalami kegagalan buah pinggang. Kedua-dua buah pinggang saya hanya tinggal 20% sahaja berbanding orang sihat.

Ketika itu, saya menyesal. Kalau saya sudah lama memiliki kad perubatan, syarikat insuran akan membayar ganti rugi sebanyak 100k bagi penyakit kronik ini. Saya tidak perlu lagi membuat pembayaran bulanan tetapi segala perbelanjaan perubatan tetap ditanggung syarikat insuran. Jikalau saya perlu melakukan permindahan organ, syarikat insuran juga akan menganggung sehingga 100k bagi tujuan ini. 

Tidak sampai setahun selepas itu, syarikat saya bekerja memberhentikan saya walaupun seminggu sebelum itu, saya baru saja menandatangani lanjutan kontrak 3 tahun bersama mereka. Kini saya terpaksa membayar sendiri perbelanjaan perubatan saya setiap kali ke hospital kerajaan. Jika saya dimasukkan ke wad, hanya wad kelas 3 hospital kerajaan yang saya mampu. Ianya pasti berlainan jika saya mempunya kad insuran perubatan.

Kini tugas saya untuk mengingatkan dan memastikan anda untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Walaupun, anda seorang kakitangan kerajaan, doktor, jururawat... Pastikan anda menyediakan payung sebelum hujan.. Terutamanya jika anda adalah ketua keluarga atau anak bujang yang masih mempunya ibu bapa.

Page 2: testimoni insuran
Page 3: testimoni insuran

Apabila RM12,000 sebulan masih tidak cukup untuk hidup senang di MalaysiaOLEH PASUKAN THE MALAYSIAN INSIDERDECEMBER 29, 2013LATEST UPDATE: DECEMBER 29, 2013 10:53 PM

Page 4: testimoni insuran

Berapakah gaji yang diperlukan untuk hidup di Malaysia? Inilah persoalan

yang sukar dijawab sejak kebelakangan ini namun bergaji RM12,000 sebulan di Pulau Pinang

tidak menjanjikan hidup yang selesa.

Caroline Wong, 34 seorang kerani tinggal bersama suaminya seorang pengurus jualan dan anak

perempuan mereka yang masih kecil.  Setiap hujung bulan, mereka mendapat RM12,000

sebagai pendapatan bulanan namun sejak kebelakangan ini mereka berasa ia sudah tidak

mencukupi.

"Kami kini terpaksa makan di rumah dan tidak boleh lagi membeli barangan mahal termasuk

pakaian berjenama sebagaimana dahulu," cerita Wong kepada The Malaysian Insider.

Menurut Wong semua orang kini terpaksa berjimat dengan cara mengurangkan perbelajaan di

mana perlu untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Wong berkata, dia dan suaminya terpaksa membayar RM4,000 untuk rumah dan kereta,

RM1,500 untuk makanan dan RM1,500 lagi untuk penjagaan, makanan dan susu anak

perempuannya.

Dia juga terpaksa membelanjakan RM750 untuk insurans dan kad perubatan keluarga; RM700

untuk petrol; RM600 untuk bil telefon, broadband dan wifi; RM120 untuk Astro; RM140 untuk air

dan elektrik; dan RM110 untuk pembantu rumah yang datang mengemaskan rumah mereka

setiap minggu.

"RM500 lagi kami terpaksa simpan setiap bulan bagi cukai jalan dan insurans kereta. Bulan Mei

nanti, kami terpaksa membelanjakan RM1500 sebulan lagi untuk anak kedua kami yang bakal

lahir," cerita Wong.

Inilah nasib yang dialami Wong sekeluarga yang tinggal di Pulau Pinang, bandar raya paling

mahal kos sara hidupnya di Malaysia. Semua ini dirasai oleh Wong menjelang tahun 2014 yang

akan menjelang tidak lama lagi.

Mulai Januari 2014, semua rakyat negara ini terpaksa menerima cabaran baru dalam

mengharungi kehidupan apabila pelbagai harga barangan dan perkhidmatan akan dinaikkan

lagi.

Dengan status keseluruhan pulau sebagai kawasan tarikan pelancong, kos sara hidup Wong

dan keluarga jauh lebih tinggi berbanding tinggal di lain-lain tempat hatta ibu negara Kuala

Lumpur.

Page 5: testimoni insuran

Inilah

hasil kajian yang diperoleh wartawan The Malaysian Insider di seluruh negara tentang kos sara

hidup. Kajian yang dibuat mulai pertengahan Disember ini merangkumi Kuala Lumpur, Pulau

Pinang, Johor Baru, Kuala Terengganu, Klang, Kuching dan juga Alor Setar.

Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti

sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk

hidup sempurna.

Kajian ini dibuat menjelang tahun 2014, di mana rakyat bakal menghadapi kenaikan kadar tarif

elektrik, tol, sewa bas sekolah, kadar cukai taksiran dan sebagainya. 

Dengan harga yang sudah tinggi berbanding pendapatan rakyat, tahun 2014 bakal menjadikan

mereka lebih terbeban lagi apabila harga barangan dan perkhidmatan dinaikkan.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pengguna Kebangsaan (Fomca), Datuk Paul

Selvaraj, kerajaan bertanggungjawab untuk mengurangkan impak ini.

"Harga barangan ditentukan oleh pasaran dan bergantung kepada pengguna untuk mengawal

perbelanjaannya.

"Memang tanggungjawab kerajaan untuk meminimakan impaknya kepada pengguna, namun

pada sesetengah keaadaan, ia adalah tanggungjawab individu," katanya.

Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian

yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk

tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.

Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang

adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.

Page 6: testimoni insuran

Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar

iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah

besar walaupun bekerja di pulau.

Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri

sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara

itu.

Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur,

RM6.50 di Klang.

Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di

Tanjung To Kong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu

Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.

Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan

hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.

Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur 

RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan,

tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.

Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke

RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.

Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia

menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan,

sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah

sewa.

Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini

kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia

memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk

mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan

lebih baik berbanding mereka.

Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan

petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang

tinggi.

Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan

ketara.

Ikuti laporan Kos Sara Hidup untuk bandar-bandar seluruh Malaysia yang disediakan pasukan

The Malaysian Insider sebelum kita menyambut kedatangan tahun 2014 yang serba mencabar.

– 29 Disember, 2013