tertipu berulang kali

3
Tertipu Berulang Kali Di suatu hari, seorang lelaki sedang dalam perjalanan pulang kekampung halaman. Dia berjalan dengan menarik seekor keldai di belakangnya. Seorang pencuri melihat hal ini. Dia mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil keldai tersebut. Setelah beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari bahawa keldainya telah hilang. Dia berlari ke sana sini mencari keldainya dengan panik. Sampailah dia pada sebuah perigi. Di tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia tidak tahu bahawa lelaki itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia bertanya kepada lelaki itu adakah dia melihat seekor keldai di sekitar tempat itu. Pencuri itu tidak menjawab, malah dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi. "Mengapa kau menangis?" tanya pemilik keldai kehairanan. "Dompetku jatuh ke dalam perigi ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku mengambilnya, aku akan berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet itu. Kau akan mendapatkan seperlima dari seratus dinar emas di tanganmu!" Pemilik keldai pun berfikir, "Wah! Wang itu cukup untuk membeli lebih dari sepuluh keldai! Bila satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka." Dia segera membuka pakaiannya dan turun ke dasar perigi. Sudah pastinya di dalam perigi itu tidak terdapat apa-apa. Dan si pencuri pun melarikan pakaian orang itu. Moral: Apabila satu kerugian saja membuatmu amat gelisah, maka kerugian-kerugian lain akan datang kepadamu dengan mudah.

Upload: sativeni91

Post on 18-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

njmkkjj

TRANSCRIPT

Page 1: Tertipu Berulang Kali

Tertipu Berulang Kali

Di suatu hari, seorang lelaki sedang dalam perjalanan pulang kekampung halaman. Dia

berjalan dengan menarik seekor keldai di belakangnya. Seorang pencuri melihat hal ini. Dia

mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil keldai tersebut. Setelah

beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari bahawa keldainya telah hilang. Dia berlari

ke sana sini mencari keldainya dengan panik.

Sampailah dia pada sebuah perigi. Di tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia tidak tahu

bahawa lelaki itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia bertanya kepada lelaki itu adakah

dia melihat seekor keldai di sekitar tempat itu.

Pencuri itu tidak menjawab, malah dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi.

"Mengapa kau menangis?" tanya pemilik keldai kehairanan.

"Dompetku jatuh ke dalam perigi ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku

mengambilnya, aku akan berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet itu. Kau

akan mendapatkan seperlima dari seratus dinar emas di tanganmu!"

Pemilik keldai pun berfikir, "Wah! Wang itu cukup untuk membeli lebih dari sepuluh keldai! Bila

satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka."

Dia segera membuka pakaiannya dan turun ke dasar perigi. Sudah pastinya di dalam perigi itu

tidak terdapat apa-apa. Dan si pencuri pun melarikan pakaian orang itu.

Moral: Apabila satu kerugian saja membuatmu amat gelisah, maka kerugian-kerugian lain akan

datang kepadamu dengan mudah.

Page 2: Tertipu Berulang Kali

Pelajaran Sang Kodok

Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan. Dua di antara kodok tersebut jatuh ke

dalam sebuah lubang. Semua kodok- kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika

melihat betapa dalamnya lubang tersebut, mereka berkata pada kedua kodok bahawa mereka

lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat

keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap

mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain

dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk

melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya

agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.

Ketika dia sampai di atas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan

kami?”. Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa

ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahawa saat di bawah tadi kodok pekak itu

menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.

Renungan :

Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang

sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam

menjalani hari-hari.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat

kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.