terma syarat - cabaran happi susu uht · pdf file- 1 - cabaran happi susu uht marigold...

4
- 1 - CABARAN HAPPI SUSU UHT MARIGOLD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT A. TERMA-TERMA ASAS 1. Penganjur Astro Radio Sdn Bhd 2. Nama Peraduan Cabaran Happi Susu UHT MARIGOLD 3. Huraian Ringkas Peraduan/ Rancangan Cabaran ini diadakan untuk memilih sepuluh (10) kumpulan akhir yang terdiri daripada dua (2) peserta; seorang DEWASA dan seorang KANAK- KANAK (Penjaga – Ibu / bapa / abang / kakak / sepupu dan Kanak-kanak – Anak / Adik) bagi setiap kumpulan untuk mengambil bahagian dalam Cabaran Happi Susu UHT MARIGOLD, yang akan dirakam dan disiarkan di saluran Astro Ceria (CH 611). Pemenang utama akan memenangi hadiah bernilai RM5,000. 4. Mekanisma Ringkas Peraduan Pemilihan peserta bermula daripada 21 Ogos 2016 sehingga 11 September 2016. Kaedah Pendaftaran : Laman Web Penapisan Senarai & Finalis 50 kumpulan yang terpilih akan disenarai pendek untuk menghadiri uji bakat tertutup. Daripada 50 kumpulan, 20 kumpulan akhir yang terpilih dikehendaki menghadiri rakaman bagi Cabaran Happi Susu UHT MARIGOLD. Para finalis akan perlu melalui cabaran dan hanya SATU KUMPULAN untuk memenangi Hadiah Utama akan dipilih Nota : Para peserta mesti mematuhi mekanisma Peraduan ini sebagaimana yang diberitahu atau disampaikan oleh Pihak Penganjur semasa Tempoh Peraduan. Peserta mesti bersetuju dengan semua Terma dan Syarat dan Notis Privasi diperlukan dalam borang penyerahan untuk kelayakan. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah, menangguhkan atau menjadual semula Tempoh Peraduan atau mana-mana tarikh itu mengikut budi bicara mutlaknya. 5. Kriteria Kelayakan Tertakluk kepada kriteria lain yang dinyatakan di bawah dan di dalam Terma dan Syarat Peraduan. KRITERIA a) Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. b) Dua (2) peserta dalam satu kumpulan, seorang DEWASA dan seorang KANAK-KANAK. c) Kedua-dua peserta mestilah mempunyai talian kekeluargaan. d) Penjaga (Bapa / Ibu / Abang / Kakak / Sepupu) mestilah berumur 18 tahun ke atas.

Upload: nguyennhi

Post on 11-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terma Syarat - Cabaran Happi Susu UHT · PDF file- 1 - CABARAN HAPPI SUSU UHT MARIGOLD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT A. TERMA-TERMA ASAS 1. Penganjur Astro Radio Sdn Bhd 2. Nama Peraduan

- 1 -

CABARAN HAPPI SUSU UHT MARIGOLD

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT A. TERMA-TERMA ASAS

1. Penganjur Astro Radio Sdn Bhd

2. Nama Peraduan Cabaran Happi Susu UHT MARIGOLD

3. Huraian Ringkas Peraduan/ Rancangan

Cabaran ini diadakan untuk memilih sepuluh (10) kumpulan akhir yang terdiri daripada dua (2) peserta; seorang DEWASA dan seorang KANAK-KANAK (Penjaga – Ibu / bapa / abang / kakak / sepupu dan Kanak-kanak – Anak / Adik) bagi setiap kumpulan untuk mengambil bahagian dalam Cabaran Happi Susu UHT MARIGOLD, yang akan dirakam dan disiarkan di saluran Astro Ceria (CH 611). Pemenang utama akan memenangi hadiah bernilai RM5,000.

4. Mekanisma Ringkas Peraduan

Pemilihan peserta bermula daripada 21 Ogos 2016 sehingga 11 September 2016. Kaedah Pendaftaran :

• Laman Web Penapisan Senarai & Finalis

• 50 kumpulan yang terpilih akan disenarai pendek untuk menghadiri uji bakat tertutup.

• Daripada 50 kumpulan, 20 kumpulan akhir yang terpilih dikehendaki menghadiri rakaman bagi Cabaran Happi Susu UHT MARIGOLD.

• Para finalis akan perlu melalui cabaran dan hanya SATU KUMPULAN untuk memenangi Hadiah Utama akan dipilih

Nota :

• Para peserta mesti mematuhi mekanisma Peraduan ini sebagaimana yang diberitahu atau disampaikan oleh Pihak Penganjur semasa Tempoh Peraduan.

• Peserta mesti bersetuju dengan semua Terma dan Syarat dan

Notis Privasi diperlukan dalam borang penyerahan untuk kelayakan.

• Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah,

menangguhkan atau menjadual semula Tempoh Peraduan atau mana-mana tarikh itu mengikut budi bicara mutlaknya.

5. Kriteria Kelayakan Tertakluk kepada kriteria lain yang dinyatakan di bawah dan di dalam Terma dan Syarat Peraduan.

KRITERIA

a) Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

b) Dua (2) peserta dalam satu kumpulan, seorang DEWASA dan seorang KANAK-KANAK.

c) Kedua-dua peserta mestilah mempunyai talian kekeluargaan.

d) Penjaga (Bapa / Ibu / Abang / Kakak / Sepupu) mestilah berumur 18 tahun ke atas.

Page 2: Terma Syarat - Cabaran Happi Susu UHT · PDF file- 1 - CABARAN HAPPI SUSU UHT MARIGOLD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT A. TERMA-TERMA ASAS 1. Penganjur Astro Radio Sdn Bhd 2. Nama Peraduan

- 2 -

e) Kanak-kanak (Anak / Adik) mestilah berumur di antara 7 sehingga 9 tahun.

f) Kedua-dua peserta mestilah mempunyai tahap kesihatan fizikal yang baik dan tidak takut akan aktiviti yang melibatkan tempat yang tinggi dan juga aktiviti lasak yang lain.

g) Setiap penyertaan mestilah dihantar sebelum 11 September 2016, 11:59 malam.

h) Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi untuk ujibakat pada 17 September 2016.

i) Peserta akan diberitahu jika mereka terpilih dan perlu menghadiri rakaman yang akan berlangsung pada 28 & 29 September (Rabu & Khamis).

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dari Umur Kelayakan yang dinyatakan di bawah yang mempunyai Kad Pengenalan Malaysia yang sah dan menetap di Malaysia.

6. a Ketidaklayakan Golongan berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini: - a) Pekerja-pekerja/Kontraktor-Kontraktor Penganjur, MEASAT Broadcast

Network Systems Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad, anak syarikat dan syarikat bersekutunya, penaja-penaja, ejen-ejen, peniaga, pedagang atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengan Peraduan dan suami, isteri, anak-anak, ibu-bapa dan adik beradik orang-orang tersebut;

b) telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM1000.00 atau kurang daripada pihak Stesen Radio dalam tempoh (30) hari sebelum Peraduan ini;

c) telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 1001.00 - RM5000.00 daripada pihak Stesen Radio dalam tempoh (90) hari sebelum Peraduan ini;

d) telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 5001.00 atau lebih daripada pihak Stesen Radio dalam tempoh (365) hari sebelum Peraduan ini.

e) Pekerja-pekerja MARIGOLD dan *ahli-ahli keluarga terdekat mereka. f) Kakitangan pengiklanan MARIGOLD, Cotra, Happy Campers

Productions dan agensi promosi dan *ahli-ahli keluarga terdekat mereka.

*Ahli-ahli keluarga terdekat terdiri daripada pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik.

7. Umur Kelayakan Peraduan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang

berumur 18 tahun ke atas (Penjaga) dan berumur 7 sehingga 9 tahun (Kanak-kanak) pada 21 Ogos 2016.

8. Caj Pihak Penganjur tidak mengenakan apa-apa caj untuk penyertaan Peraduan daripada Peserta.

9. Tempoh Peraduan 21 Ogos 2016 – 11 September 2016

10. Bahasa Peraduan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris 11. Prosedur Penyertaan

Kaedah Penghantaran : Laman Web 1. Layari www.susuuhtmarigold.com 2. Muat naik sekeping gambar anda bersama anak atau adik anda

yang ingin menyertai cabaran ini dan lengkapkan slogan kenapa anda ingin menyertai Cabaran Happi Susu UHT MARIGOLD dalam 50 patah perkataan dengan sekreatif yang mungkin. ATAU

3. Muat naik 1 minit video dan beritahu kami kenapa anda berdua

Page 3: Terma Syarat - Cabaran Happi Susu UHT · PDF file- 1 - CABARAN HAPPI SUSU UHT MARIGOLD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT A. TERMA-TERMA ASAS 1. Penganjur Astro Radio Sdn Bhd 2. Nama Peraduan

- 3 -

layak untuk menyertai cabaran ini. 4. Hantar butiran peribadi anda (sebagai penjaga) dan juga anak /

adik anda : Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, No. Telefon, dan Emel

12. Tarikh Tutup Penyertaan 11:59 malam pada 11 September 2016 13. Cara Penghantaran Laman Web; www.susuuhtmarigold.com 14. Alamat Astro Radio Sdn Bhd,

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur

15. Pemilihan Pemenang Penapisan Senarai & Finalis

• 50 kumpulan yang terpilih akan disenarai pendek untuk menghadiri uji bakat tertutup.

• Tertakluk kepada budi bicara mutlak Pihak Penganjur, seseorang

calon yang disenarai pendek yang gagal menghadiri uji bakat itu boleh hilang kelayakan

• Daripada 50 kumpulan, 20 kumpulan akhir yang terpilih dikehendaki menghadiri rakaman bagi Cabaran Happi Susu UHT MARIGOLD.

• Sekiranya peserta akhir yang dipilih tidak dapat mengambil

bahagian dalam rakaman ini, finalis tersebut mungkin hilang kelayakan mengikut budi bicara Pihak Penganjur.

• Para finalis akan perlu melalui cabaran dan hanya SATU

KUMPULAN daripada 10 kumpulan akan dipilih untuk memenangi Hadiah Utama.

• Finalis yang mendapat Tempat Kedua akan membawa pulang

RM3,000 dan Tempat Ketiga akan membawa pulang RM2,000. NOTA : Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang pertanyaan dan / rayuan tidak akan dilayan.

16. Hadiah Hadiah Utama : RM5,000 Tempat Kedua : RM3,000 Tempat Ketiga : RM2,000

18. Pemberitahuan Pemenang Peraduan

Nama pemenang Hadiah Utama akan diumumkan dan diterbitkan oleh Pihak Penganjur pada tarikh siaran episod akhir Cabaran Happi Susu UHT MARIGOLD. Atau mana-mana tarikh lain yang akan dimaklumkan oleh Pihak Penganjur dari semasa ke semasa.

19. Tempoh Pengambilan Hadiah Akan diberitahu oleh pihak penganjur 20. Tempat Pengambilan Hadiah Akan diberitahu oleh pihak penganjur 21. Terma-terma tambahan, jika

ada 1. Jika berlaku apa-apa percanggahan peraturan Peraduan

(termasuk pemilihan kriteria pemenang) di antara Terma dan Syarat ini dan terma-terma yang terkandung dalam www.susuuhtmarigold.com, Terma dan Syarat ini akan diguna pakai.

2. Setiap cabaran yang berlaku semasa rakaman Cabaran Happi Susu UHT MARIGOLD mungkin mempunyai syarat-syaratnya tersendiri.

3. Data peribadi dan maklumat lain yang anda berikan akan digunakan dan diproses mengikut Notis Privasi Pihak Penganjur dan akan dipindahkan kepada penaja Peraduan kami untuk mentadbir dan menilai penyertaan anda dalam Peraduan.

Pihak Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya membatalkan

Page 4: Terma Syarat - Cabaran Happi Susu UHT · PDF file- 1 - CABARAN HAPPI SUSU UHT MARIGOLD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT A. TERMA-TERMA ASAS 1. Penganjur Astro Radio Sdn Bhd 2. Nama Peraduan

- 4 -

kelayakan pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang berkaitan atas apa-apa jua sebab, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa pemberian Hadiah kepada pemanggil atau pemanggil-pemanggil tersebut, dan boleh memberikan Hadiah kepada orang lain mengikut budi bicara mutlaknya. Keputusan pihak penganjur dan juri adalah muktamad

Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan mengikat peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini (“Peserta”). Definisi-definisi dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan digunakan kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma-terma Asas. Jika terdapat sebarang ketidakselarasan antara Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan, Terma-terma Asas akan mengatasi setakat ketidakselarasan tersebut. Kemasukan dan penyertaan di dalam Peraduan ini akan dianggap sebagai penerimaan Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan secara tanpa syarat oleh para Peserta.