terbakar dan melecur

Upload: cgu-nick

Post on 11-Oct-2015

89 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pkes

TRANSCRIPT

moreTerbakar Dan Melecur - 1. TERBAKAR DAN MELECUR 2. KECEDERAAN TISU KERANA HABA PANAS, TERLALU SEJUK, BAHAN KIMIA DAN RADIASI 3. LAPISAN KULIT Epidermis Dermis Hipodermis 4. TERBAKAR Kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan, disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api ( flame ), objek-objek panas, bahan kimia atau arus elektrik. 5. MELECUR Kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih, wap atau minyak panas. 6. Terbakar dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut. 7. Ketenatan mangsa bergantung kepada: Luas permukaan yang cedera. Tempat yang terbakar atau melecur Tahap terbakar Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa. 8. Jenis-jenis Terbakar: Luar terbakar pada bahagian kulit Dalam terbakar dalam rongga atau perut 9. Sebab-sebab terbakar Haba kering Bahan api/api Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok. Geseran Bahan kimia Kimia perindustrian spt asap dan gas korosif. Kimia domestik spt peluntur cat, racun rumput, asid atau alkali 10. Radiasi Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet). Terdedah kepada punca-punca radioaktif Elektrik Arus elektrik yang rendah spt dari perkakas rumah Kilat dan petir. 11. 12. Tahap Kecederaan: TAHAP 1 (Superficial Burn) Kecederaan pada bahagian kulit luar sahaja. Ianya melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemerahan. 13. TAHAP 2 (Intermidiate Burn) Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan merah gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit . 14. TAHAP 3 (Deep Burn) Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering. Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak . 15. PERATURAN SEMBILAN (dewasa) 9 9 9 18 18 18 18 1 16. PENTAFSIRAN AWAL PESAKIT Bil Bahagian Peratus Dewasa Kanak-kanak Bayi 1 Kepala dan Leher 9 20 10 2 Tangan: Kanan Kiri 9 9 10 10 10 10 3 Badan : Hadapan Belakang 18 18 20 20 20 20 4 Anggota Bawah : Kanan Kiri 18 18 10 10 15 15 5 Kemaluan 1 - - 17. Tanda-tanda: Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama atau kedua. Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerahan pada tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua, kehitaman seperti arang pada tahap ketiga. Pengaliran keluar plasma. Renjatan 18. TINDAKAN 3B Burning Stop Padamkan Breathing Maintain Periksa Pernafasan Body Examine Periksa tahap terbakar 3C Cool Sejukkan Cover Tutup bahagian yang terbakar Carry Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital 19. Pengendalian Am: Hentikan kebakaran air Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan) Tentukan ia bernafas Alirkan air bagi terbakar tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan. 20. Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar. Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan. Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan. Beri rawatan renjatan jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera. 21. Langkah Perlu Diambil PERLU Basuh tangan sebelum memberi rawatan dan pakai sarung tangan jika ada. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang selesa. Tanggalkan jam tangan, tali pinggang, pakaian ketat dan barang kemas sebelum bahagian yang tercedera membengkak. 22. Guna dressing bersih dan basah untuk menutup bahagian yang tercedera. Periksa pernafasan/nadi setiap 5 minit. CPR jika perlu. 23. JANGAN Tanggalkan pakaian yang terlekat pada kulit. Pecahkan gelembong. Guntingkan kulit yang terkoyak. Beri makanan/minuman Letak atau sapu merjerin, kicap, ubat gigi dan lain-lain. Membuang masa untuk memberi rawatan. 24. Terbakar Kimia Gunakan air mengalir untuk mencuci bahan-bahan kimia dari kulit. Tanggalkan kain dan barang kemas semasa mencuci dengan air yang mengalir. Buang bahan kimia (pepejal) yang terlekat pada kulit sebelum mengalirkan air. Hubungi hospital/hantar dengan segera. 25. INGAT.. Jika bahagian mata terbakar oleh bahan kimia, perlu dibawa pada cucuran air selama 15 minit atau sehingga bantuan tiba. 26. Kejutan Elektrik Boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara pancaran (arcing) dan sentuhan (contact). Pancaran berlaku dalam kemalangan arus voltan tinggi (melebihi 1000 voltan). Arus elektrik memancar daripada punca elektrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit terbakar. 27. Antara faktor berlaku kejutan elektrik Kerosakan kabel atau alat elektrik Kecuaian Persekitaran yang basah Tidak mengikut peraturan keselamatan Semasa kejutan, badan mangsa sebagai pengalir arus elektrik Kesan mungkin terjadi 1 mA kejutan ringan 10 mA - melecur dan hilang kawalan otot 100 mA - mati 28. Tindakan: JANGAN bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat. Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik diputuskan. Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas, jika tiada, lakukan CPR. Rawat mangsa untuk terbakar dan juga renjatan. Bawa mangsa ke hospital dengan segera. 29. Teri ma Ka sih

Luka Terbakar Definisi Luka terbakar peringkat pertama: Ia melibatkan lapisan luar kulit, menyebabkan kesakitan, kemerahan dan bengkak. Luka terbakar peringkat kedua: Ia memberi kesan kepada kedua-dua lapisan luar dan lapisan di bawah kulit, menyebabkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan lepuh. Luka terbakar peringkat ketiga: Ia melibatkan tisu yang lebih dalam; menyebabkan kulit menjadi coklat atau kehitaman dan mungkin terasa kebas. Pertimbangan Sebelum memberi sebarang pertolongan cemas, anda perlu menentukan sejauh mana keterukan luka terbakar yang dialami oleh seseorang mangsa itu. Di samping itu, cuba pastikan peringkat kecederaan yang berlaku di bahagian luka terbakar yang paling serius. Kemudian berikan rawatan yang sewajarnya. Mengetahui punca sesuatu luka terbakar itu adalah penting kerana punca berbeza akan memberi kesan yang berbeza. Jika anda masih keraguan, rawatlah ia sebagai luka terbakar yang teruk. Jika luka terbakar itu tidak sembuh seperti kebiasaan, dapatkan nasihat doktor. Untuk luka terbakar yang lebih menyeluruh tetapi melibatkan permukaan kulit sahaja, pastikan pembalutnya sentiasa kering dan bersih. Tukarkan dengan pembalut yang baru jika perlu. Dapatkan rawatan dengan segera jika berlakunya jangkitan . Mangsa yang berumur bawah 4 tahun atau melebihi 60 tahun mempunyai risiko yang tinggi menghadapi komplikasi. Sehubungan dengan itu, golongan ini juga mempunyai kadar kematian yang tinggi. Luka terbakar di muka, tangan, kaki dan di bahagian kemaluan adalah paling serius kerana ia boleh menyebabkan hilangnya fungsi bahagian yang terlibat. Gejala: Melepuh Bengkak Kulit yang merah/putih atau rentung Kulit mengelupas

1

Renjatan ( Awasi tanda-tanda seperti kepucatan dan kulit melengas (lembap), lemah badan, bibir dan jari kuku berwarna kebiru-biruan dan kurang peka) Kesakitan (tahap kesakitan ini tidak berkaitan dengan keterukan sesuatu luka terbakar yang dialami kerana kadang-kadang kecederaan yang paling serius langsung tidak menimbulkan rasa sakit) Gejala yang timbul apabila saluran udara (saluran pernafasan) luka terbakar Mulut hangus/rentung, bibir terbakar Bulu mata atau bulu hidung terbakar Luka terbakar di kepala, muka atau leher dan mukus (lendir) berkarbon (warna hitam) Sukar bernafas: terbatuk-batuk

Penyebab Luka terbakar akibat suhu yang tinggi (jenis kecederaan yang paling biasa) sering terjadi berpunca dari kebakaran rumah, kemalangan jalan raya, bermain mancis, cara penyimpanan gasolin yang tidak betul, sumber elektrik tidak berfungsi dengan betul, dan kebakaran akibat keganasan. Luka terbakar juga boleh disebabkan oleh haba kering (api), haba lembap (wap, air panas), sinaran, geseran, objek panas, matahari, elektrik atau bahan kimia. Terhidu asap, wap atau udara yang terlalu panas boleh menyebabkan kebakaran pada saluran udara (saluran pernafasan) atau wasap beracun. Ia selalunya terjadi di ruang yang sistem pengudaraannya tidak baik. Penyebab yang lain termasuklah bermain mercun, tercurah atau tersimbah air panas dan kemalangan di dapur (seperti kanak-kanak memanjat ke atas dapur, terpegang peralatan memasak atau seterika panas). Kadang-kadang luka terbakar di kalangan kanak-kanak berlaku akibat dari penderaan oleh ibu bapa.

Penjagaan sendiri Untuk mengelakkan kecederaan akibat luka terbakar: Memasang alat pengesan asap di rumah Meluangkan masa mendidik kanak-kanak cara dan langkah berjaga-jaga tentang keselamatan di rumah, bagaimana menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran, dan bahaya bermain mancis dan mercun. Mengetahui dan mempraktikkan laluan keluar kecemasan semasa kebakaran.

Pertolongan cemas Untuk luka terbakar yang ringan 1. Jika kulit tidak terkoyak, lalukan aliran air sejuk ke seluruh bahagian yang terbakar atau rendamkannya di dalam air sejuk (bukan air ais). Pastikan tempat luka direndam selama 5 minit. Walau bagaimanapun, jika luka terbakar berlaku di persekitaran yang sejuk jangan gunakan air. Gunakan tuala yang bersih, basah dan sejuk untuk mengurangkan kesakitan. 2. Tenangkan mangsa. Beri keyakinan padanya. Luka terbakar boleh menjadi teramat sakit. 3. Selepas melalukan air atau merendam luka tersebut untuk beberapa minit, tutup luka dengan pembalut yang steril atau kain yang bersih. 4. Lindungi luka daripada tekanan dan geseran. 5. Ambil ubat penghilang kesakitan yang boleh dibeli dari mana-mana kedai farmasi untuk meredakan kesakitan, keradangan atau bengkak. 6. Luka yang ringan biasanya akan sembuh tanpa memerlukan rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, bagi luka terbakar peringkat kedua yang melibatkan keluasan kulit berjejari (diameter) 2-3 inci, atau ia berlaku pada tangan, kaki, muka, celah kelangkang, punggung atau sendi utama, rawatkannya sebagai luka terbakar yang teruk.

Luka terbakar yang teruk 1. Jika seseorang itu sedang terbakar, jiruskan mangsa dengan air (jika terdapat air), selimutkan mangsa dengan kain yang tebal dan tidak terbakar seperti kot bulu atau kapas, hambal (tikar tebal) atau gebar/selimut untuk memadamkan api atau baringkan mangsa dan gulingkannya di atas tanah. Jika pakaian anda terbakar lakukan teknik Berhenti, Baring dan Berguling (STOP, DROP, ROLL) 2. Jangan menanggalkan pakaian yang terbakar (kecuali ia mudah ditanggalkan), tetapi pastikan mangsa tidak bersentuh dengan bahan-bahan yang membara. 3. Pastikan mangsa masih bernafas. Jika pernafasan terhenti atau saluran udaranya tersekat, buka laluan udara. Jika perlu berikan bantuan pernafasan dan CPR. 4. Jika penafasan tidak menimbulkan masalah, tutup kawasan luka dengan pembalut yang sejuk, lembab dan steril atau kain yang bersih (jangan menggunakan tuala atau selimut; selapisan kain nipis telah memadai jika kawasan terbakar adalah luas). Jangan sapu sebarang minyak atau salap. Jangan pecahkan lepuh pada luka tersebut.

3

5. Jika jari kaki atau tangan terbakar, balutkan jari-jemari berasingan dengan pembalut yang tidak melekat (non-adhesive), kering dan steril. 6. Angkat sedikit atau tinggikan bahagian yang terbakar dan elakkan daripada tekanan dan geseran. 7. Ambil langkah-langkah untuk mencegah renjatan. Baringkan mangsa di atas perrmukaan atau lantai yang rata. Angkatkan kaki setinggi lebih kurang 12 inci dan tutup mangsa dengan kot atau selimut. Jangan letakkan mangsa pada kedudukan ini jika kepala, leher, belakang atau kakinya disyaki tercedera atau jika ia boleh menyebabkan mangsa merasa tidak selesa. 8. Teruskan memantau/mengawasi tanda-tanda penting keadaan mangsa (nadi, kadar pernafasan, tekanan darah) sehingga bantuan perubatan tiba. Jangan melakukan : Jangan menyapu salap, mentega, ais, ubat, krim, sebarang ubat tradisional atau buatan sendiri ke atas luka terbakar, menyembur minyak atau membalut luka terbakar dengan pembalut kapas yang gebu atau pembalut yang melekat. Ia akan mengganggu proses penyembuhannya. Jangan biarkan luka dijangkiti. Elakkan bernafas atau batuk ke atas luka Jangan mengganggu kulit yang melepuh atau membuang keruping Jangan memberi makanan atau sebarang benda melalui mulut jika mulut mangsa terbakar teruk. Jangan menggunakan tuam sejuk dan jangan merendam luka terbakar yang teruk dalam air sejuk. Jangan meletakkan bantal di bawah kepala mangsa jika terdapat luka terbakar pada saluran udara (saluran pernafasan) dan mangsa sedang berbaring. Ini boleh menutup saluran udara.

Berjumpalah doktor sekiranya.... Luka terbakar besar atau teruk Terdapat luka terbakar yang berpunca dari renjatan elektrik atau bahan kimia atau anda tidak pasti mengenai tahap keterukan luka yang dialami. Mangsa menunjukkan tanda-tanda renjatan.

Patah morePatah - Presentation Transcript1. PATAH 2. TERPUTUS KESINAMBUNGAN TULANG 3. Rangka tubuh adalah terdiri dari susunan tulang yang memberikan bentuk dan sokongan kepada tubuh. Terdapat 206 ruas tulang dan dibahagi kepada 4 jenis:- Tulang panjang - lengan/paha Tulang pendek - pergelangan tangan Tulang leper - bahu/punggung Tulang pelbagai bentuk- tulang belakang 4. Patah berlaku pada tulang. Oleh kerana tulang terletak di dalam tubuh badan, adalah amat sukar untuk kita kenalpasti secara tepat. 5. Sebab-sebab Patah HENTAMAN LANGSUNG Tulang patah/retak di bahagian di mana tekanan berlaku. HENTAMAN TIDAK LANGSUNG Tulang patah/retak di bahagian tempat yang jauh dari tempat tekanan berlaku. 6. Penyakit tibi tulang di mana menjadi rapuh. Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan oleh tarikan mengejut otot-otot Usia 7. Bahagian Patah PATAH TERBUKA Tulang yang patah keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan pendarahan. 8. PATAH TERTUTUP Tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan dalaman 9. Tanda-tanda Patah tulang hanya dapat disahkan dengan tepat melalui x-ray tetapi di dalam pertolongan cemas patah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tanda-tanda berikut:- Rasa sakit pada bahagian yang cedera. Bengkak hanya pada tempat yang cedera. lebam 10. Berubah bentuk Hilang upaya Penggeseran tulang apabila digerakkan (crepitus) Nampak tulang jika patah terbuka. Ada tanda renjatan 11. Bantuan kecemasan Tindakan utama D - Dont move R - Rest I - Immbolize 12. Tindakan Lain Buat penilaian keadaan mangsa dan pastikan tahap kecederaan. Pulihkan pernafasan jika perlu. Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau patah terbuka. Pastikan pergerakan yang paling MINIMUM Tenangkan pesakit Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan renjatan. Hantar ke hospital. 13. Patah Tulang Belakang (Back Bone) Kecederaan pada tulang belakang boleh mengakibatkan saraf tunjang (spinal cord) yang terdapat di dalamnya tercedera. Kecederaan ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian dan rawatan yang teliti untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah buruk yang boleh mengakibatkan lumpuh atau mati. 14. Kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh trauma (kemalangan) sama ada kemalangan jalan raya, jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya. 15. Tanda-tanda Pergerakan anggota badan tertentu akan menjadi lemah atau langsung tidak dapat digerakkan. Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada. Tidak dapat mengawal kencing dan berak. Sesak nafas dan sakit di bahagian dada. Tidak sedarkan diri. 16. KECEDERAAN SENDI & OTOT Sendi ialah tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus. 17. Jenis sendi Sendi lesung (Ball and socket) Sendi engsel (hinge joint) Sendi gelungsur (slightly movable joint) Sendi tetap (fixed joint) 18. Jenis Kecederaan Sendi Terkehel (dislocation) pergerakan sendi yang melebihi had menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen. 19. Tanda-tanda: Sakit (bergantung pada tahap kecederaan). Bengkak Sendi berubah rupa Bertambah sakit bila bergerak atau hilang upaya Kemungkinan berasa kebas. 20. Terseliuh (sprain) Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal. 21. Tanda-tanda Sakit Bengkak Bertambah sakit bila bergerak Pergerakan yang terhad 22. Otot-otot adalah tisu yang membantu dalam melakukan pergerakan tubuh badan. Tindak balas luar biasa otot-otot atau penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan berlaku kecederaan. 23. Jenis kecederaan otot Kekejangan (cramp) kesakitan yang mendadak disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba. Tanda-tanda: Sakit Hilang upaya Otot menjadi kejang dan keras 24. Keregangan (strain) kecederaan kepada otot-otot disebabkan bebanan atau regangan yang berlebihan. Tanda-tanda Sakit Bengkak Bertambah sakit bila bergerak. 25. Rawatan R - Rest rehatkan mangsa I - Ice tuaman ais C - Compression balutan tekanan E - Elevate tinggikan anggota yang cedera 26. Tindakan untuk kekejangan otot Rehatkan mangsa Beri tuaman sejuk pada bahagian tersebut. Jika kejang berlaku pada betis atau paha, ampu kaki, tolak hujung jari-jari kaki ke arah mukanya secara perlahan-lahan. 27. Sekian.. terima kas

Patah/PutusPengenalanPatah adalah keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang.Apa itu Patah?Satu kekuatan yang ditujukan kepada mana-mana bahagian rangka badan boleh menyebabkanberlakunya kepatahan/retak.Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan keterukkan. Patah boleh jadi tidak merbahayasekiranya kecil tetapi boleh mengancam nyawa dan kehidupan seseorang sekiranya berlakupada bahagian leher dan pelvis.Apa yang menyebabkan kepatahan?Patah tulang boleh juga berlaku akibat barah tulang atau osteoperosis. Kemalangan jalanrayaadalah punca yang paling banyak menyebabkan kepatahan/retak tulang.Bagaimana kita boleh mengesan kepatahan?Tanda-tanda utama kepatahan : Sakit Bengkak pada kawasan yang terlibat Tidak boleh menggerakkan bahagian terlibat.Apakah komplikasi akibat kepatahan/retak?Komplikasi akibat kepatahan/retak ialah : Kecederaan saraf Kecederaan otot Kecederaan salur darah Kecederaan organ Kehilangan darah Jangkitan kuman pada luka Tidak sedar diri KematianBagaimana kita boleh membantu pesakit yang mengalamikepatahan/keretakan tulang?Pesakit yang mengalami kecederaan mungkin dari tempat kejadian perlu di alihkan ke tempatyang lebih selamat.Pindahkan pesakit secara berhati-hati dalam keadaan dimana mengalihkanpesakit tidak menyebabkan kecederaan yang lebih teruk. Sekiranya pesakit tidak sedarkandiri anggap leher juga patah, periksa dan pastikan tidak menggerakkan bahagian lehersewaktu memindahkan pesakit.Sebelum pesakit dibawa ke hospital,pastikan rawatan kecemasan telah diberikan di tempatkejadian mengikut tahap kesedaran pesakit.Orang awam yang ada kemahiran tentangpertolongan cemas hendaklah memberi pertolongan kepada pesakit sebelum ketibaanpasukan perubatan.Tempat yang mengalami kepatahan mestilah di pasangkan alat sokongan "splint" untukmengurangkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan.Alat sokongan "splint" bolehmenggunakan sebahagian badan pesakit seperti sebelah kaki untuk menyokong kaki sebelahyang patah dengan menggandingkan kedua belah kaki dan ikat dengan tujuan mengurangkanpergerakkan. "Splint" boleh di buat dari apa-apa bahan yang sesuai seperti surat khabar,papan atau lain-lain benda yang keras yang boleh menampung tulang yang patah.Segera bawa pesakit ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan perubatanselanjutnya.Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan/mengelakkankepatahan?1. Elakkan kemalangan2. Untuk elakkan kecederaan/kepatahan di jalanraya.o Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan:- Motorsikal - pakai topi keledar. Kereta - pakai tali pinggang keledaro Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua dan had kelajuanyang di tetapkan.Kumpulan Sokongan.www.e-medicine.comwww.trauma.orgSemakan Akhir : 28 April 2008