tentatif.docx

7
1. Taklimat ringkas 8-9 2. Orientasi 9-1030 3. Pemasangan khemah1030-1230 4. Makan tengahhari & merarau1230-1400 5. Kajian flora dan fauna 1400-1700 6. Iktiar hidup 1700-1830 7. Solat/tazkirah 1830-2030 8. Ldk1 2030-2200 9. Minum malam 2200-2230 10. Tidur 11. Senaman pagi 0615-0730 12. Minum pagi 0730-0800 13. Keselamatan dan keyakinan di air 0830-1030 14. ,minum 15. Taklimat jungle tracking 1100-1230 16. Solat&mrarau 1230-1400 17. Jungle tracking 1400-1600 18. Kemas barang 1630-1730 CONTOH LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 1. Rantai Nama Aktiviti : i. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil (5 – 10 orang setiap kumpulan) ii. Mereka akan memperkenalkan diri masing-masing dimulakan dengan fasilitator masing-masing. iii. Setiap ahli kumpulan akan menyebut nama diri sendiri, dan giliran disebelah kiri pula akan memperkenalkan diri sambil mengulang nama rakan yang disebelah kanan tadi. iv. Contohnya, nama saya Rashid bin Salem dan rakan sebelah kanan saya Maimunah binti Rashdan. v. Begitulah seterusnya sehinggalah orang yang terakhir dalam kumpulan perlu memperkenalkan semua ahli dalam kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Membina hubungan dan suasana teraputik dalam kumpulan. 2. Tag Nama Aktiviti : 1. Setiap kumpulan akan dibekalkan sekeping kad

Upload: mohamad-rizzal-wahab

Post on 21-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

1. Taklimat ringkas 8-92. Orientasi 9-10303. Pemasangan khemah1030-12304. Makan tengahhari & merarau1230-14005. Kajian flora dan fauna 1400-17006. Iktiar hidup 1700-18307. Solat/tazkirah 1830-20308. Ldk1 2030-22009. Minum malam 2200-223010. Tidur11. Senaman pagi 0615-073012. Minum pagi 0730-080013. Keselamatan dan keyakinan di air 0830-103014. ,minum15. Taklimat jungle tracking 1100-123016. Solat&mrarau 1230-140017. Jungle tracking 1400-160018. Kemas barang 1630-1730

CONTOH LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 1. Rantai Nama Aktiviti : i. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil (5 10 orang setiap kumpulan) ii. Mereka akan memperkenalkan diri masing-masing dimulakan dengan fasilitator masing-masing. iii. Setiap ahli kumpulan akan menyebut nama diri sendiri, dan giliran disebelah kiri pula akan memperkenalkan diri sambil mengulang nama rakan yang disebelah kanan tadi. iv. Contohnya, nama saya Rashid bin Salem dan rakan sebelah kanan saya Maimunah binti Rashdan. v. Begitulah seterusnya sehinggalah orang yang terakhir dalam kumpulan perlu memperkenalkan semua ahli dalam kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Membina hubungan dan suasana teraputik dalam kumpulan. 2. Tag Nama Aktiviti : 1. Setiap kumpulan akan dibekalkan sekeping kad manila, pen marker, tali rafia dan gunting. 2. Setiap kumpulan akan membuat tag nama masing-masing dengan kreatif menggunakan bahan yang dibekalkan. 3. Tag nama tersebut akan digunakan sepanjang program. Tag nama ini akan di nilai melalui kumpulan diakhir program. 3. Simbol / Logo Diri Aktiviti : i. Pelajar akan diarahkan untuk mencari satu benda setiap seorang yang terdapat disekeliling mereka contohnya daun, pen, rumput dan lain-lain. ii. Mereka perlu menerangkan dalam kumpulan kenapa mereka memilih benda tersebut sebagai simbol atau logo diri mereka. iii. Setelah itu, kumpulan akan memilih benda yang terbaik yang akan mewakili kumpulan masing-masing. iv. Aktiviti yang seterusnya, setiap ketua kumpulan akan memilih benda yang terbaik untuk dijadikan logo bagi mewakili kumpulan besar. Nilai / rasional aktiviti : Membina konsep dan matlamat kendiri peserta 4. Bendera / Logo Kumpulan Aktiviti : i. Setiap kumpulan akan diagihkan 1 meter kain putih / kertas mahjong putih serta marker pen berwarna. ii. Pelajar akan diberi masa untuk menghasilkan bendera kumpulan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dan bendera / logo tersebut perlu mempunyai makna. iii. Setiap kumpulan akan melakukan pembentangan (5 minit) Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti & membina percambahan minda. Menetapkan matlamat kumpulan. 5. Si Buta Cerdik Aktiviti : i. Pelajar akan dibekalkan dengan kain penutup mata bewarna hitam ii. Setiap pelajar akan ditutup mata dan dikumpulkan mengikut jantina. iii. Pelajar dibawa berjalan / bergerak di dalam dewan dan di luar dewan sambil tangan berpegangan antara 1 sama lain. iv. Untuk lebih seronok, lantik pelajar untuk menganggu pergerakan mereka. Nilai / rasional aktiviti : Penghargaan kendiri dan membina keyakinan diri. 6. Permainan Duit Aktiviti : i. Pelajar diedarkan duit kertas / syiling yang berlainan nilai setiap seorang. ii. Nilai bermula dari 1 sen sehinggalah duit RM1 akan digunakan iii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berkumpul dalam kumpulan mengikut nilai terkumpul yang perlu disediakan iv. Contohnya, fasilitator akan memberi arahan supaya dapat mengumpul duit untuk membeli beras yang bernilai RM2. Sila kumpul rakan-rakan supaya dapat menghasilkan wang terkumpul sebanyak RM2. v. Pelajar yang berjaya mengumpul ahli kumpulan akan diarahkan duduk supaya dapat mengenalpasti ahli yang tidak termasuk dalam kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan penghargaan kendiri dan semangat bekerja dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan saling memerlukan. 7. Straw Aktiviti : i. Straw minuman akan diedarkan setiap kumpulan (1 atau 2 paket straw) ii. Pelajar diarahkan untuk menghasilkan apa-apa sahaja bentuk bangunan dengan menggunakan bahan buatan dari straw ini sahaja. iii. Pelbagai bentuk bangunan akan dihasilkan dan fasilitator akan menguji kekuatan / keteguhan binaan setiap kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan membina hubungan di kalangan pelajar. 8. Ciptaan Aktiviti : i. Surat khabar lama dan masking tape akan diedarkan di setiap kumpulan. ii. Pelajar akan diarahkan mencipta baju pahlawan yang menggambarkan masa depan seorang hero. iii. Untuk itu, setiap kumpulan akan memilih seorang hero yang akan dipakaikan dengan pakaian tersebut Nilai / rasional aktiviti : Pemimpin perlu mempunyai wawasan dan berpandangan ke hadapan 9.

Surat menjadi watak atau superhero ? Aktiviti : i. Kertas A4 akan diedarkan kepada pelajar ii. Kertas A4 akan dilipat empat (4) dan dipotong kepada 4 bahagian. Bahagian 1 : Ditulis nama penuh Bahagian 2 / 3 / 4 : Disimpan untuk menulis surat iii. Bahagian 1 dilipat kecil-kecil dan dekumpulkan dalam satu bekas / kotak sebelum diagihkan semula kepada setiap ahli kumpulan. iv. Nama yang diperolehi adalah perserta yang melakonkan watak masing-masing. v. Sebelum bermula setiap sesi, tulis surat untuk menjadi watak apa dan dikembalikan semula ke dalam kotak untuk dibaca . Nilai / rasional aktiviti : Mengenali diri melalui kaca mata orang lain. Sanggup menerima kritikan bagi merubah diri kearah yang lebih baik. 10. Rumusan Akhir Pemimpin Aktiviti : 1. Diakhir aktiviti LDK, fasilitator akan merumuskan aktiviti tentang tujuan Program RIMUP.