tentang tulisan jawi-edit

12
8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 1/12 Apa dia tulisan jawi 1-24 Pedoman tulisan jawi 25-88 Apa dia Tulisan Jawi? Tulisan Jawi ( ن س ي ل و ت  ا ج ) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf- huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu ( ا ه ب  و م ). Tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Pengenalan Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah  berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.  

Upload: adeq07

Post on 08-Apr-2018

292 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tentang Tulisan Jawi-edit

8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit

http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 1/12

Apa dia tulisan jawi 1-24

Pedoman tulisan jawi 25-88

Apa dia Tulisan Jawi?

Tulisan Jawi ( ن س ي ل و ت  ا ج ) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abadlamanya di  Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatanganagama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan  bahasa Melayu ( ا ه ب و  م ).Tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Pengenalan

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah

 berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini diMalaysia adalah dengan terjumpanya Batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam danadat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor , Kedah, Kelantan, Perlis, danTerengganu.

 

Page 2: Tentang Tulisan Jawi-edit

8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit

http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 2/12

Huruf Jawi

Huruf yang dibulatkan unik kepada bahasa Melayu dan

Page 3: Tentang Tulisan Jawi-edit

8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit

http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 3/12

2- Pengenalan: Latar Belakang Sejarah Penyempurnaan Tulisandan Sistem Ejaan Jawi:

2.1- Tujuan Penyempurnaan Ejaan Jawi:

Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut:

i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yangkemaskini yang sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan  Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun1986).

ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan ataukekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yangsedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba.

iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras denganperkembangan ejaan Rumi) supaya dapat diperluas dandipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisanbahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusussejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa,bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020dan seterusnya.

2.2- Langkah-langkah Penyempurnaan Ejaan Jawi (1981-1989).

Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem

tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh PakatanBahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B) yangmenerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 (1), dan usahayang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad(seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yangterpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejakawal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba(seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939(2) itu.

Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan

  Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali olehpihak swasta seperti Penerbit Majalah Dian. Dalam dekad 1980-an,antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi diperturunkan di bawah.

i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan BahasaMalaysia (yang dilantik oleh Y.B. Menteri Pendidikan) telahmemperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang

Page 4: Tentang Tulisan Jawi-edit

8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit

http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 4/12

hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku DaftarEjaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkandengan segera". (3)

ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan

Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji SemulaSistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnyadisebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebutdianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakiliPusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap BahasaMalaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan (4) . Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadapSistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I[Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu[Jawi-Rumi] tahun 1949), Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian)(5) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-

penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad(6)

, sertabeberapa penerbitan Jawi yang lain.

iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itudibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran YayasanIslam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yangdiadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen inidihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasukmereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam,yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusatpengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara,

serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, BruneiDarussalam, Singapura, dan Thailand (7) .

iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBPtelah diterima dengan baik oleh peserta Konvensyen di  Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun olehDewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkanpada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (8) (seterusnya disebut PEJYD).

v) Dalam tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah

mengadakan pertemuan dan menerima pandangan daripadabeberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikitpembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYDtahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebutdiperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judulPEJYD (9) yang sama pada tahun 1987.

Page 5: Tentang Tulisan Jawi-edit

8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit

http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 5/12

vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu, Dewan Bahasa danPustaka telah menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi  (10) yangpertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai kata masukanadalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (11) (1998).

vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima denganpelbagai reaksi oleh pengguna kerana terdapat beberapa banyakkesalahan pengejaan kata. Berdasarkan pandangan beberapaorang pakar, daftar ini telah disemak semula dan diterbitkancetakan kedua pada tahun 1989 (12)  . Dalam cetakan kedua ini,terdapat pembetulan terhadap beberapa perkataan yang dicetaksalah atau kurang tepat pengejaannya dalam cetakan pertama,terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasaArab. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkanpenggunaan buku cetakan pertama tahun 1988. Beberapa

kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di dalamnyaakan dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD .

viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi keduaDaftar Ejaan Rumi-Jawi . Daftar ini akan mengandungi semuakata dasar dan kata terbitan yang terdapat dalamperbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Denganterbitnya daftar ini kelak, maka cara pengejaan kata dalamtulisan Jawi bagi semua bentuk kata dasar dan kata terbitanumum dapat diselesaikan dan disebarkan.

3. Ciri-ciri Utama Dalam Sistem Ejaan Jawi yangDisempurnakan (1986).

3.1- Dasar penyempurnaan ejaan jawi: Dasar penyempurnaan ejaan Jawi tahun 1986 cukup jelas, iaitu mewujudkan sistem ejaan Jawiuntuk keperluan masa kini dan keperluan masa depan denganberlandaskan sistem ejaan Jawi yang sedang digunakan. Denganitu, landasan yang digunakan bagi usaha penyempurnaan ejaan  Jawi ialah Jawi Za'ba (1941, 1949). Proses penyempurnaanterhadap Jawi Za'ba itu dilakukan dengan lima kegiatan atauperkara (13) , iaitu (i) mengekalkan yang sudah kemas, (ii)

melengkapkan yang kurang, (iii) mengadakan yang tiada, (iv)menjelaskan yang kabur, dan (v) mengemaskan yang longgar.

3.2- Dengan landasan yang demikian, rumusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP sebagaimana yang diterima olehKonvensyen Tulisan Jawi (1984) itu "bukanlah menghasilkansesuatu sistem ejaan Jawi yang baru yang sama sekalimenyimpang daripada sistem ejaan sekarang, yakni yang

Page 6: Tentang Tulisan Jawi-edit

8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit

http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 6/12

disusun oleh Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba).Sebaliknya yang dihasilkan hanyalah Sistem Ejaan Jawi Za'bayang diperkemas dan dinyatakan semula dengan perkataanbaru". (Kertas Kerja 1984, hlm. 1).

3.3- Sebagai kesimpulannya, apabila diteliti PEJYD dengan saksama,ternyatalah kepada kita dua kumpulan maklumat yang baru didalamnya, iaitu maklumat yang tidak terdapat dalam Jawi Za'ba.Maklumat yang dimaksudkan itu ialah kaedah atau aturan yangberupa "pembaikan" dan kaedah atau aturan yang berupa"tambahan" kepada Jawi Za'ba. Kedua-dua aspek "pembaikan"dan "tambahan" ini disifatkan sebagai kebaikan-kebaikan PEJYDyang disimpulkan sebagai melebihi sistem ejaan lama.

3.4- Dalam kertas kerja ini, kami akan menampilkan kaedah atauaturan yang berupa "pembaikan" dan "tambahan" yang

menjadikan Jawi Za'ba itu lebih sempurna sebagaimana yangtermaktub dalam PEJYD . Perkara ini dilihat dari sudut sistemhuruf sebagai sistem bagi lambang bunyi atau lambang fonem,dan bukan huruf sebagai ejaan atau tulisan semata-mata.Contoh-contoh ejaan lama yang disenaraikan di sini bolehberupa ejaan Jawi Za'ba atau ejaan yang tidak disenaraikandalam Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) Za'ba tahun 1949 tetapidigunakan sebagai ejaan Jawi Lama.

4. Beberapa Pembaikan dan Penambahan Lagi:

Dalam PEJYD terdapat beberapa aturan mengeja yang lain lagi yangbertujuan membaiki dan mengemaskan sistem ejaan Jawi Lama.

i) Dalam penulisan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, aturanpengejaan gugus konsonan diadakan yang bertujuanmemudahkan pembacaan dan penyebutan, terutama istilahpinjaman daripada bahasa Inggeris. Gugus konsonan di akhir kataditulis dengan memisahkan huruf yang bergugus itu. Contohnya: Teks   تيك .

ii) Pengejaan kata ulang diselaraskan menjadi dua cara supaya tidak

salah baca, iaitu (i) menggunakan tanda angka dua bagi menulisulangan keseluruhan kata, dan (ii) menggunakan tanda sempang(-) apabila mengulang sebahagian kata (18) .

iii) PEJYD memantapkan aturan ejaan kata pinjaman dan serapandaripada bahasa Arab yang dikategorikan kepadapenggunaannya dalam konteks agama dan bukan agama. Inisama dengan ejaan Jawi Za'ba. Perincian:

Page 7: Tentang Tulisan Jawi-edit

8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit

http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 7/12

a) Kata-kata istilah agama Islam dieja seperti bentuk asalnya(dalam ejaan Arab).

b) Kata-kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lamadigunakan sebagai kata umum dalam bahasa Melayu dieja

seperti ejaan bahasa Melayu.

iv) Satu rumusan yang agak menarik perhatian kita dalam PEJYDialah tentang penulisan huruf singkatan. Pedoman inimenetapkan penulisan singkatan dalam huruf Jawi yang didapatiselaras dengan cara menulisnya dalam ejaan Rumi dari segipenggunaan tanda titik, tetapi singkatan yang digunakan ialahhuruf-huruf dalam abjad Jawi, dan bukan nama huruf-huruf tersebut.

v) Ciri khusus dalam PEJYD ialah pengekalan aturan-aturan ejaan

lama dan pengejaan beberapa kata yang sudah mantappenggunaannya. Kata-kata tersebut ialah kata-kata yang asalnyadieja menurut kaedah baris (19) 

5. Penyebaran Penggunaan Ejaan Jawi ( PEJYD ):

5.1- PEJYD sudah disebarkan kepada masyarakat umum sejak tahun1986 lagi. Penjelasan tentang sistem ini dibuat melalui tulisan-tulisan di dalam majalah-majalah keluaran Dewan Bahasa danPustaka, dan ceramah yang diadakan untuk tujuan penyebaran.Akhbar Utusan Melayu   juga turut menerbitkan tulisan yang

menjelaskan PEJYD secara bersiri walaupun akhbar tersebutbelum menggunakan sistem baru ini secara menyeluruh.Dewan Bahasa dan Pustaka terus menyebarkan maklumattentang PEJYD ini apabila diperlukan oleh masyarakat.

5.2- Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terlibat dengan perancangandan kawalan pelaksanaan penggunaan PEJYD di sektorpendidikan kerana perkara ini terletak di bawah bidang kuasaKementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Dewan Bahasa danPustaka juga bukanlah pihak yang secara tidak langsungbertanggungjawab melaksanakan penggunaan PEJYD dalam

pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau maktabperguruan.

5.3- Pada umumnya, tugas dan tanggungjawab DBP dalampembinaan dan pengembangan ejaan Jawi adalah, antara lain,seperti yang berikut:

Page 8: Tentang Tulisan Jawi-edit

8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit

http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 8/12

i) DBP bertanggungjawab menyediakan pedoman PEJYD danmenerbitkannya untuk kegunaan masyarakat.

ii) DBP bertanggungjawab memantapkan pedoman tersebutdari semasa ke semasa supaya sesuai dengan

perkembangan bahasa Melayu, perkembangan Ilmu, danperkembangan sistem pendidikan yang maju.

iii) DBP menerbitkan buku-buku yang dalam tulisan Jawidengan menggunakan PEJYD . Buku-buku yang diterbitkanialah buku agama, dan akan menerbitkan beberapa bukuumum dan buku kanak-kanak.

iv) DBP mengadakan kegiatan penyebaran maklumat tentangPEJYD untuk masyarakat, serta membantu penggunamempelajarinya dan menyebarkan penggunaannya.

5.4- Kerjasama DBP dengan pihak pelaksana PEJYD di sektorpendidikan:

i) Semenjak PEJYD diterbit dan disebarkan pada tahun 1986,tidak ada masalah besar yang dihadapi oleh DBP berkaitandengan pedoman tersebut. Hanya dalam tahun 1991 inisahaja baru timbul masalah yang agak besar apabila MaktabPerguruan Islam membuat ulasan terhadap PEJYD itu.

ii) Usaha untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh

Maktab Perguruan Islam dibuat dengan mengadakanmesyuarat khas di DBP pada 24 Julai 1991. Mesyuarattersebut dihadiri oleh DBP dan hampir semua pihak diKementerian Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawabmelaksanakan penggunaan ejaan Jawi di sekolah dan maktabperguruan, iaitu Bahagian Pendidikan Guru, BahagianPendidikan Islam, Pusat Perkembangan Kurikulum, danMaktab Perguruan Islam. Setelah membahaskan masalahyang dikemukakan oleh Maktab Perguruan Islam, mesyuaratmerumuskan empat perkara sebagai persetujuan bersama(seperti di perenggan 8.5 di bawah).

5.5- Keputusan Mesyuarat pada 24 Julai 1991 di DBP tentangpelaksanaan penggunaan PEJYD di sektor pendidikan (dipetiksepenuhnya daripada Minit Mesyuarat yang berkenaan):

"5.1- Semua Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yangterlibat secara langsung dalam pelaksanaan penggunaan ejaan  Jawi bersetuju melaksanakan penggunaan Pedoman Ejaan Jawi

Page 9: Tentang Tulisan Jawi-edit

8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit

http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 9/12

Yang Disempurnakan yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa danPustaka (Pedoman 1986, Daftar 1989). Bahagian-bahagian yangterlibat itu ialah Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian PendidikanGuru, dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Oleh sebab itu, MaktabPerguruan Islam juga bersetuju mematuhi dan akan melaksanakan

Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ini dalam pengajarandan pembelajaran di maktab tersebut." 

"5.2- Dipersetujui supaya kaedah mengajar di Maktab Perguruan Islam,khususnya, diubahsuai supaya dapat menyampaikan pedomanPedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ."

"5.3- Dipersetujui bahawa cadangan untuk meneliti semula beberapaaturan tertentu dalam Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakandengan tujuan memantapkannya akan dibuat secara berasingan.Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan kegiatan ini setelah

mendapat maklumat yang lengkap daripada pihak-pihak yangingin mencadangkan pemantapan pedoman tersebut. Perkara initidak ada hubungannya dengan persetujuan untuk melaksanakanPedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang sudahdipersetujui."

"5.4- Dewan Bahasa dan Pustaka akan menulis satu kertas ringkastentang latar belakang, kaedah dan penjelasan tentang PedomanEjaan Jawi Yang Disempurnakan untuk diedarkan dalammesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang akan bersidangpada 14 Ogos 1991 yang akan datang."

19. Setakat ini, Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989) telah menyenaraikankata-kata yang berikut yang diterima sebagai bentuk ejaan tradisiyang sahih: apa, ada, beta, pada, maka, jika, dia, lima, kita, itu, ini,dari, ketika, daripada dan manusia .

سءام دڤر كي ر ني يل  كج كم دڤيب ڤ

Page 10: Tentang Tulisan Jawi-edit

8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit

http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 10/12

PEDOMAN UMUM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU

1. Latar Belakang

1.1 Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuatdalam buku  Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakanyang diterbitkan secara rasmioleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga, 1993).Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan sempurnakan atau dimantapkandaripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah EjaanJawi Za’ba (sebagaimana yang terdapat dalam buku  Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi,1949).  Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusanKonvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. Hasil

Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yangdiperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan PerdanaMenteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa TeknikalEjaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994.

1.2 Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku inimerupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun berdasarkandokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripadaterbitan-terbitan yang berikut:

(i)  Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, CetakanPertama Edisi Ketiga, 1993.

(ii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.

2. Tulisan, Abjad dan Huruf 

2.1 Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan bahasa

Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisanRumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabiladirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan.

2.2 Abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yangtersusun seperti yang berikut:

Nama Padanan Rumi

Page 11: Tentang Tulisan Jawi-edit

8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit

http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 11/12

alif a

 ba b

ta t

ta marbutah t/h

sa [tha] s, (th)

 jim j

ca c

a],ha [h ),h, (h

kha [khO] kh

dal d

zal [dhal] z, (dh)

ra [rO] r  

zai z

sin s

syin sy, (sh)

Od],sad [s ),s, (s

Od],dad [d ),d, (d

O],ta [t ),t, (t

O],za [z ),z, (z

ain [ain]awal : a, i, uakhir : k, (‘)

ghain gh

nga ng

fa f 

 pa Pqaf k, q, (q)

kaf k  

ga g

lam l

mim m

nun n

wau w, u, o

va v

ha h

hamzah awal : gugur akhir : k, (’)

ya y, i, e taling

ye [ye] e pepet akhir  

ny ny

Page 12: Tentang Tulisan Jawi-edit

8/7/2019 Tentang Tulisan Jawi-edit

http://slidepdf.com/reader/full/tentang-tulisan-jawi-edit 12/12