teng teng

5
Di Malaysia, permainan untuk kanak-kanak pada masa dahulu tercipta hasil daripada kreativiti dan imaginasi masyarakat setempat dengan bahan tempatan seperti biji getah, biji saga dan upih pinang (Soon 1990). Menurut Soon (1990) lagi, tempat untuk bermain permainan tradisional Malaysia boleh dibahagikan kepada dua iaitu di dalam rumah dan di kawasan luar rumah. Sebagai contoh, permainan seperti “burung masuk sangkar”, “cuk-cuk umpan”, “tarik upih”, “tikam seladang”, “teng-teng”, “polis dan pencuri”, “galah panjang” dan “sepak bulu ayam” boleh dimainkan di kawasan yang luas dan lapang di tempat yang tidak berumput, halaman rumah ataupun padang. Sementara itu permainan seperti “bebat tangan”, “main bilah”, “batu seremban”, “congkak” dan “main penutup botol” tidak memerlukan kawasan yang luas tetapi hanya di atas simen, papan atau di dalam rumah. Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung terutamanya sejak dahulu hingga hari ini. Permainan ini popular dengan nama "Jengkek Kapal Terbang" atau "tengteng".

Upload: zaidawati-zainal

Post on 23-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

permainan

TRANSCRIPT

Page 1: teng teng

Di Malaysia, permainan untuk kanak-kanak pada masa dahulu tercipta hasil daripada kreativiti

dan imaginasi masyarakat setempat dengan bahan tempatan seperti biji getah, biji saga dan upih

pinang (Soon 1990). Menurut Soon (1990) lagi, tempat untuk bermain permainan tradisional

Malaysia boleh dibahagikan kepada dua iaitu di dalam rumah dan di kawasan luar rumah.

Sebagai contoh, permainan seperti “burung masuk sangkar”, “cuk-cuk umpan”, “tarik upih”,

“tikam seladang”, “teng-teng”, “polis dan pencuri”, “galah panjang” dan “sepak bulu ayam”

boleh dimainkan di kawasan yang luas dan lapang di tempat yang tidak berumput, halaman

rumah ataupun padang. Sementara itu permainan seperti “bebat tangan”, “main bilah”, “batu

seremban”, “congkak” dan “main penutup botol” tidak memerlukan kawasan yang luas tetapi

hanya di atas simen, papan atau di dalam rumah.

Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan.

Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh

sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan

sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup terserlah

dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung terutamanya sejak dahulu hingga

hari ini. Permainan ini popular dengan nama "Jengkek Kapal Terbang" atau "tengteng".

Permainan ini boleh dikatakan sudah sebati kepada kanak-kanak perempuan memandangkan

sebahagian besar pemain yang mengambil bahagian ialah kanak-kanak perempuan. Namun begitu,

tidaklah terlalu janggal sekiranya kanak-kanak lelaki pun turut bermain sama. Namun, "kapal terbang" itu

diperolehi daripada petak atau gelanggang itu yang khusus dibina untuk bermain. Gelanggangnya terdiri

daripada petak-petak empat persegi yang disusun sedemikian rupa yang menampakkan imej sebuah

"kapal terbang". Terdapat lima petak empat segi yang dilakarkan sebaris. Pada petak ke empat terdapat

tambahan satu petak lagi di kiri dan satu lagi di kanan yang menimbulkan rupa sekali imbas seperti sayap

kapal terbang. Di sebelah kanan pada petak pertama pula terdapat tambahan petak yang berukuran

separuh petak yang dipanggil "tangga" yang kelihatan seperti ekor kapal terbang.

Kawasan bermain jengkek ini tidak perlu luas. Memadai jika kawasan itu dapat menampung 8 buah

Page 2: teng teng

petak. Kanak-kanak perempuan terutamanya tetap menunjukkan kewibawaan mereka. Sedar dan tahu

pentingnya keselamatan, mereka memberikan perhatian yang sewajarnya ke atas tapak permainan. Jika

terdapat tunggul atau kayu, maka dibersihkan dahulu. Keselamatan tapak perlu dititikberatkan kerana

tapak tidak mudah dipindah-pindahkan. Paling kurang, permainan ini dimainkan oleh 2 orang. Jika lebih

ramai yang terlibat, tentu lebih seronok.

Sebelum itu "buah" untuk permainan mesti disediakan, ianya diperbuat daripada sesuatu objek yang

agak sesuai contohnya kepingan papan penutup botol dan apa sahaja asalkan berat agar hasil lemparan

nanti lebih mantap. Bagi menentukan siapa yang layak mula dahulu, satu undian yang unik dijalankan.

Masing-masing berdiri bahu-membahu membelakangi garisan tadi. Kemudian masing-masing melempar

"buah" secara membelakang, sejauh yang mungkin. Siapa yang jauh mendapat hak bermain yang

pertama.

Permainan ini nampak mudah tetapi akan menyusul pelbagai halangan yang semakin lama semakin

sukar. Dalam pusingan pertama pemain disyaratkan membawa "buah" dengan cara menatangnya di atas

belakang tapak tangan. Jika "buah" terjatuh, pemain dikira "mati". Ini bermakna pemain seterusnya

mendapat peluang berjengkek. Jika pemain berjaya menamatkan 9 "ting" dan 2 "Brak" tanpa

menjatuhkan "buah", dia perlu melambung "buah" dan menyambutnya secara kaut dengan kedudukan

tapak tangan menghala ke bawah.

Kemudian barulah dia berhak mendapatkan "rumah". "Buah" mestilah mendarat di mana-mana petak

iaitu dengan melempar membelakangi gelanggang untuk mendapatkan rumah. Dengan itu, pemain lain

tidak boleh bertingting lagi dalam petak "rumah" orang. Pemain lain boleh bertingting di petak "rumah"

orang dengan kebenaran tuannya.

Nilai juara dalam permainan tingting kapal terbang terletak pada "kemewahan" iaitu banyaknya "rumah"

yang berjaya dimiliki seseorang pemain. Malah permainan itu terpaksa ditamatkan apabila semua petak

sudah bertukar menjadi "rumah". Namun bukanlah secepat dan semudah itu menukarkan semua petak

menjadi "rumah". Seandainya "buah" yang dilemparkan mendarat di "rumah" sendiri, maka rumah itu di

kira "hangus" iaitu bertukar menjadi petak semula dan pemain dikira "mati".

Sebenarnya, permainan ini juga ada pengajaran nilai-nilai moral iaitu semangat kerjasama, timbang rasa,

tolak ansur, saling menghormati dan kesabaran.

Page 3: teng teng

Kesimpulan

Kanak-kanak hari ini bakal mewarisi tempat orang dewasa pada masa akan datang. Sehubungan

itu mereka perlu diterapkan dengan nilai dan norma dalam budaya masyarakat agar mereka dapat

mengisi tempat tersebut dan melaksanakan peranan yang diharapkan. Mempelajari budaya

masyarakat tidak semestinya terbatas dalam ruang lingkup sekolah atau institusi pendidikan

formal, sebaliknya boleh berlaku melalui permainan. Walaupun nampak seperti membuang masa

dan tidak memberi faedah tetapi melalui bermain, kanak-kanak dapat mempelajari banyak

perkara, antara lain berkomunikasi, bekerjasama, keyakinan diri, di samping memberi faedah

kepada perkembangan fizikal dan kesihatan. Jika selalu disebut otak yang cerdas datang dari

badan yang sihat maka, bermain boleh menyumbangkan ke arah itu. Mempromosi permainan

kreatif sangat penting kepada kanak-kanak kerana permainan berkenaan boleh menggalakkan

perkembangan nilai yang sesuai dengan umur serta minat individu serta keperluan kanak-kanak.

Selain itu langkah tersebut juga dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan pengalaman

sendiri melalui mainan. Ini kerana, apabila mainan terbit daripada pengalaman kehidupan

seharian tentulah ia lebih kreatif dan kurang meniru. Orang dewasa juga perlu memerhati kanak-

kanak bermain dengan melihat apa yang mereka buat dan minat kanak-kanak berkenaan. Ini

boleh memberikan idea kepada orang dewasa mengenai bahan mainan serta input lain untuk

Page 4: teng teng

membantu perkembangan kanak-kanak seterusnya. Pada masa yang sama orang dewasa perlu

memilih mainan baru dengan berhatihati.