perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia … · teng, penolong pegawai sains gred c32 tbk (jkmn...

27
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA DISEMBER 2018 TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA PUAN HAJAH ROSNAH AWANG KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 5 DISEMBER 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA DISEMBER 2018

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA

PUAN HAJAH ROSNAH AWANG KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

5 DISEMBER 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Dr. Cornelia Charito

Siricord @ Faridatul Akmar

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed

Zaini bin Abdul Rahman

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Pengarah-Pengarah Kanan

Pengarah-Pengarah Bahagian

3

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya kasihi

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat

Allah SWT kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya, dapat kita bersama-

sama dalam Majlis Perhimpunan

Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu

4

Pejabat bagi bulan Disember 2018

pada pagi yang permai ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah Kanan dan warga kerja

Pusat Analisis Sains Forensik

kerana telah mengatur dan

menganjurkan Majlis Perhimpunan

Bulanan kita pada pagi ini dengan baik

sekali.

5

Hadirin sekalian,

[KENAIKAN PANGKAT]

3. Saya ingin mengucapkan tahniah

kepada Encik Wan Sulong bin Wan

Omar atas pemangkuan ke Pegawai

Sains Gred Utama C berkuatkuasa

26 November 2018 yang lepas. Beliau

ditempatkan sebagai Pengarah

Kanan Pusat Pengurusan Kualiti

dan Penyelidikan.

4. Serentak dengan itu, Puan Halimah

binti Abdul Rahim pula bertindak

sebagai Pengarah Kanan Pusat

6

Analisis Sains Forensik pada tarikh

yang sama.

5. Tahniah dan syabas kepada semua.

Diharap dengan kenaikan pangkat ini

akan dapat meningkatkan semangat &

usaha dalam kerjaya masing-masing.

6. Ingin saya maklumkan di sini,

penempatan untuk gred JUSA adalah

di bawah kuasa KSU dan pengurusan

MESTECC. Jabatan hanya boleh

memberikan cadangan namun

keputusan akhir adalah di bawah

kuasa KSU.

7

7. Untuk makluman juga, penempatan

bagi semua perjawatan lain di Kimia

Malaysia bukan hanya diputuskan

oleh saya seorang. Ianya diputuskan

secara bersama dalam Mesyuarat

Pembangunan Sumber Manusia.

8. Berkaitan dengan kenaikan pangkat

baru-baru ini, ingin saya nyatakan

bahawa permohonan serta kertas

pertimbangan kenaikan pangkat telah

dijalankan semasa YBhg. Datuk Haji

Ismail, Mantan KP bertugas sebagai

KP Kimia lagi. Kelulusan kenaikan

8

pangkat pula hadir / diputuskan

semasa saya bertindak sebagai KP

Kimia. Maka seeloknya ucapan

penghargaan jua harus diberi kepada

Mantan KP Kimia yang terdahulu.

Saya hanya meneruskan amanah

yang sedia ada.

9. Saya juga berharap agar semua

warga Kimia berpuas hati serta redha

dengan segala keputusan seperti

kenaikan pangkat jua penempatan.

Harus diingat ianya untuk kebaikan

serta kesinambungan jabatan kita jua.

9

Tuan/Puan,

[PERSARAAN]

10. Saya ingin merakam setinggi

penghargaan kepada Puan Yeat Soo

Teng, Penolong Pegawai Sains Gred

C32 TBK (JKMN Perak) yang bersara

pada 2 Disember 2018 ini serta Encik

Ambikapathy a/l Muniandy,

Pembantu Makmal Gred C22 (Kader

di Jabatan Pertanian, KL) yang akan

bersara pada 7 Disember 2018.

10

11. Kepada Puan Yeat dan Encik

Ambikapathy, saya ingin

menyatakan setinggi-tinggi

penghargaan atas sumbangan

kepada KIMIA Malaysia, semoga

hari-hari persaraan yang

mendatang adalah hari yang indah

dan penuh dengan keberkatan,

kebahagiaan dan kesejahteraan.

Terima kasih atas sumbangan dan

selamat bersara diucapkan.

11

[PEGAWAI BAHARU]

12. Pada bulan November yang lepas,

Jabatan Kimia Malaysia menerima

beberapa pegawai baharu seperti

berikut:

15 November: Lantikan tetap

jawatan Pemandu Kenderaan

Gred H11, Encik Muhammad

Faris bin Alias di BKP.

26 November: Penempatan

Ketua Seksyen Pengurusan

Sumber Manusia, Puan Nor

12

Afizan binti Re (Penolong

Pegawai Tadbir Gred C32).

13. Tahniah! Saya amat berharap agar

kakitangan yang baru dilantik ke

Perkhidmatan Awam ini dan ke

Jabatan Kimia Malaysia khususnya

dapat memberikan perkhidmatan yang

terbaik demi jabatan, rakyat serta

Negara.

13

Hadirin sekalian,

[BAJET 2019]

14. Saya ingin mengumumkan peruntukan

bajet 2019 bagi Jabatan Kimia

Malaysia untuk pengetahuan anda

semua:

Peruntukan pembangunan 2019

Kategori NAMA

PROJEK

Peruntukan

Tahun 2018

(RM)

Peruntukan

Tahun 2019

(RM)

1 Sedia Ada

(Baru)

Perolehan

Peralatan Bagi

Pusat Analisis

Dna Forensik

Di Zon Timur

Semenanjung

(Jabatan

Kimia

Terengganu)

2,000,000

2,000,000

14

2 Sedia Ada

(Baru)

Menaiktaraf

Sistem

Penghawa

Dingin

Berpusat Dan

Split Di

Jabatan Kimia

Ibu Pejabat,

Sabah, Perak,

Melaka Dan

Cawangan

Kuching

4,770,000

10,000,000

3 Sedia Ada

(Baru)

Perolehan

Peralatan

Pusat Analisis

Air Di Zon

Timur

Semenanjung

(Jabatan

Kimia

Terengganu)

500,000

2,000,000

4 Sedia Ada

(Baru)

Pengwujudan

Centre For

Metrology In

Chemistry Di

Jabatan Kimia

Malaysia

1,992,500

0

15

5 Sedia Ada

(Baru)

Penubuhan

Makmal

Analisis

Bahan Senjata

Kimia Jabatan

Kimia

Malaysia

3,500,000

0

6 Sedia Ada

(Baru)

Pengukuhan

Perkhidmatan

Pusat Analisis

Toksikologi

Di Jabatan

Kimia

Malaysia

1,850,000

0

7 Sedia Ada

(Baru)

Membina

Bangunan

Tambahan

Jabatan Kimia

Johor

2,000,000

5,000,000

8 Sedia Ada

(Sambungan)

Pembinaan

Bangunan

Baru Jabatan

Kimia

Malaysia

Cawangan

Terengganu

250,000

200,000

Baru Peluasan Skop

Perkhidmatan

Analisis

- 2,000,000

16

Dadah Sintetik

Baharu (New

Psycoactive

Substances,

NPS) Di

Jabatan Kimia

Malaysia

Jumlah

16,862,500

21,200,000

Peruntukan mengurus 2019

Dasar Peruntukan asal 2018

(RM)

Tambahan Peruntukan 2018 (RM)

Jumlah Peruntukan tahun 2018

(RM) (a)

Peruntukan Asal

2019 (RM) (b)

Beza (b-a)

1 Sedia Ada

102,312,200 1,920,100 104,232,300 107,553,600 3,321,300

2 Dasar Baru

2,728,000 0 2,728,000 0 -2,728,000

3 Dasar One-Off

1,879,800 0 1,879,800 0 -1,879,800

Jumlah 106,920,800 1,920,100 108,840,900 107,553,600 1,286,500

17

Warga KIMIA sekalian,

[LAPORAN PENILAIAN PRESTASI

TAHUNAN : LNPT]

15. Seperti semua sedia maklum, pada

minggu lepas berakhir pada 2

Disember merupakan tempoh bagi

Pegawai Penyelia Kedua untuk

memberi penilaian LNPT kepada

kakitangan masing-masing. Mohon

semua agar menepati tarikh yang

telah ditetapkan.

16. Penyelia seharusnya bijak menilai dan

memberi markah LNPT yang

18

setanding dengan prestasi kakitangan

di bawah seliaan masing-masing.

17. Saya juga amat berharap agar semua

warga Kimia menunjukkan prestasi

dan disiplin yang cemerlang bukan

sahaja pada musim LNPT, malah

untuk keseluruhan tempoh

perkhidmatan kita di Jabatan Kimia

Malaysia ini.

19

[LAWATAN KE KIMIA PULAU PINANG

DAN KIMIA KEDAH]

18. Untuk makluman semua, pada 27 &

28 November yang lepas, saya telah

mengadakan lawatan kerja ke Kimia

Pulau Pinang dan juga Kimia Kedah.

19. Semasa lawatan, saya juga sempat

mengadakan sesi dialog bersama

kakitangan di sana dan mendengar

permasalahan serta luahan hati warga

Kimia Pulau Pinang dan Kimia Kedah.

20

20. Apa yang boleh saya simpulkan

adalah kita sebagai warga Ibu Pejabat

sudah semestinya haruslah

bekerjasama dengan lebih erat

dengan sahabat kita di cawangan.

Harus diingat, kita seharusnya

menjadi role model juga panduan

kepada sahabat kita di cawangan.

21

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[BULAN BAHASA KEBANGSAAN]

21. Seperti semua sedia maklum,

bersempena Bulan Bahasa

Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat

Jabatan Kimia Malaysia, Unit

Perpustakaan serta PEMURNI telah

mengadakan pertandingan Teka

Silang Kata Nama PENA Penulis

Tersohor di Malaysia pada 21

November. Ianya mendapatkan

sambutan yang menggalakkan.

Tahniah buat pemenang.

22

22. Pada 22 November pula, PEMURNI,

Kelab Kimia dan PUSPANITA telah

menganjurkan pertandingan Dikir

Barat yang telah mendapat sambutan

hangat di kalangan warga Kimia.

Semua pasukan tampak hebat dan

seperti kumpulan dikir barat

profesional.

23. Tahniah buat Pusat Sekitaran yang

telah dinobatkan sebagai Johan dalam

pertandingan tersebut. Syabas!!!

23

24. Pada tarikh yang sama, Puspanita

turut mengadakan Pertandingan

Masterchef. Tahniah buat Encik

Abdullah dan Encik Yazid yang telah

menerima gelaran Masterchef Kimia

2018. Tahniah!

25. Diharap aktiviti sebegini dapat

diteruskan di masa hadapan. Ianya

bukan sahaja dapat mencungkil bakat

terpendam malah juga dapat

mengeratkan tali silaturahim antara

semua warga Kimia.

24

Warga Kimia yang dikasihi sekalian,

[UCAPAN PERSARAAN]

26. Hari ini merupakan hari yang penuh

beremosi dan sentimental buat saya.

Ini merupakan kali terakhir saya berdiri

di sini untuk berucap di Perhimpunan

Bulanan KIMIA Malaysia.

27. Sudah 37 tahun saya telah

memberikan khidmat bakti sebagai

seorang penjawat awam dan hampir 5

bulan saya bertanggungjawab sebagai

Ketua Pengarah KIMIA Malaysia.

25

28. Walau hanya 5 bulan saya

bertanggungjawab sebagai KP Kimia,

namun ianya cukup bermakna dan

akan kekal dalam lipatan hidup saya.

29. Pelbagai kenangan pahit manis serta

suka duka saya tempuhi sepanjang 37

saya berkhidmat dengan kerajaan.

Tiada saat yang saya kesali di Kimia

Malaysia. Semuanya mempunyai

hikmah yang tersendiri dan cukup

bermakna dalam hidup saya.

26

PENUTUP – CUTI PANJANG

30. Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya

ingin mengucapkan selamat panjang

umur dan murah rezeki kepada warga

KIMIA yang menyambut ulangtahun

kelahiran pada bulan Disember ini.

31. Pada minggu hadapan juga kita akan

bercuti panjang bersempena dengan

Hari Keputeraan DYMM Sultan

Selangor (11 Disember / Selasa).

Saya jangka ramai yang akan bercuti

panjang untuk balik ke kampung atau

bercuti bersama keluarga. Suka saya

27

ingatkan agar semua berhati-hati

semasa memandu dan ingatlah insan

tersayang.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.