tempat menarik di pulau langkawi

5
Tasik dayang bunting Gunung Mat chincang Dataran Helang

Upload: jonathan-teng

Post on 05-Feb-2016

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

TRANSCRIPT

Page 1: Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

Tasik dayang bunting

Gunung Mat chincang

Dataran Helang

Makam Mahsuri

Page 2: Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak

Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.

Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri,

Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan

nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan

rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan

dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut

terdapat dalam kompleks tersebut.

Gunung Mat Chinchang yang terletak di Langkawi, Kedahmempunyai ketinggian setinggi

713 meter (2,339 kaki). Di sini juga terdapat kereta kabel untuk pelancong naik ke atas

puncak gunung Mat Chinchang. Dari puncak, pelancong boleh melihat pemandangan dan

pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi.

Gunung Mat Chinchang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora

di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Kereta kabel Langkawi[sunting | sunting sumber]

Sektor pelancongan di pulau Langkawi semakin menarik dengan adanya kereta kabel di

Gunung Mat Chinchang ini. Teknologi kereta kabel

dari Austria dan Switzerland berpengalaman membina menara kereta kabel di kawasan

pergunungan salji untuk luncur salji. Dari punca puncak gunung ini, anda dapat melihat

permandangan gunung dan bukit serta laut yang menghadap keLautan Hindi. Lautan Hindi

luas terbentang dan angin bertiup kencang , kabus putih terutama selepas hujan.

Peminat aktiviti mendaki bukit, bolehlah mencuba denai-denai yang penuh cabaran sama ada

untuk naik atau turun. Di puncak gunung ini, disediakan lapangan , laluan dan titian meninjau

Page 3: Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

keindahan hutan dipterokarp yang berusia jutaan tahun, kekal tidak berusik. Jenis pokok di

puncak gunung ini agak berbeza kerana saiznya lebih kecil dan akar cengkam yang berselirat

mengikat lantai bumi.

Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia

terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi.

Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau

Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu

menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan

dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya

lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari

kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik

dayang bunting. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung

yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut

yang sedang bunting. [1]

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua

Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan

hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik

yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang

bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong

singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya

1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot

Page 4: Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan

panorama yang menarik.

Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan

tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan

patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi

mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan

pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya

satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat

dipulau ini.

Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal

“Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang

merah di zaman Melayupurba.

Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah

menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu

daripada kapal yang berlabuh.