tembok penahan cerucuk kepingan

5
TEMBOK PENAHAN CERUCUK KEPINGAN (SHEET PILE RETAINING WALL) Terdapat dua jenis cerucuk kepingan yang biasa dijumpai, iaitu cerucuk kepingan julur dan cerucuk kepingan tertambat. Bahan binaan cerucuk kepingan adalah seperti besi, konkrit dan juga kayu. Cerucuk kepingan jenis besi kerap digunakan kerana ianya membenarkan tegasan yang tinggi berbanding dengan bahan binaan lain. Cerucuk kepingan biasanya digunakan sebagai struktur penahan tebing sungai yang mempunyai kekuatan tanah yang lemah dan paras air bumi adalah mendekati permukaan tanah. Walaubagaimanapun, cerucuk kepingan juga boleh digunakan sebagai struktur sementara semasa kerja pengorekan dan pengeringan dilakukan. Cerucuk kepingan julur sesuai digunakan untuk menahan tanah yang ketinggian rendah, sebaliknya, cerucuk kepingan tertambat sesuai untuk menambat tebing yang mempunyai ketinggian yang lebih tinggi. Cerucuk kepingan biasanya disusun secara empat kepingan sebaris dan ditanamkan pada kedalaman yang sesuai. Bentuk kegagalan yang mungkin berlaku adalah ketika tekanan pasif bertindak pada bahagian hujung bawah cerucuk kepingan lalu menerbitkan momen. Momen ini akan menyebabkan cerucuk kepingan berputar terhada hujung bawah cerucuk dan kehilangan kestabilan. Tembok cerucuk kepingan boleh dibina buat sementara waktu atau sebagai struktur kekal. Ia biasanya diperbuat daripada cerucuk kepingan keluli, cerucuk konkrit bertetulang atau pun cerucuk kayu balak. Cerucuk kepingan keluli digunakan untuk

Upload: puteri-buntat-cendawan-biru

Post on 26-Sep-2015

315 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

TPCK

TRANSCRIPT

TEMBOK PENAHAN CERUCUK KEPINGAN (SHEET PILE RETAINING WALL)Terdapat dua jenis cerucuk kepingan yang biasa dijumpai, iaitu cerucuk kepingan julur dan cerucuk kepingan tertambat. Bahan binaan cerucuk kepingan adalah seperti besi, konkrit dan juga kayu. Cerucuk kepingan jenis besi kerap digunakan kerana ianya membenarkan tegasan yang tinggi berbanding dengan bahan binaan lain. Cerucuk kepingan biasanya digunakan sebagai struktur penahan tebing sungai yang mempunyai kekuatan tanah yang lemah dan paras air bumi adalah mendekati permukaan tanah. Walaubagaimanapun, cerucuk kepingan juga boleh digunakan sebagai struktur sementara semasa kerja pengorekan dan pengeringan dilakukan.Cerucuk kepingan julur sesuai digunakan untuk menahan tanah yang ketinggian rendah, sebaliknya, cerucuk kepingan tertambat sesuai untuk menambat tebing yang mempunyai ketinggian yang lebih tinggi. Cerucuk kepingan biasanya disusun secara empat kepingan sebaris dan ditanamkan pada kedalaman yang sesuai. Bentuk kegagalan yang mungkin berlaku adalah ketika tekanan pasif bertindak pada bahagian hujung bawah cerucuk kepingan lalu menerbitkan momen. Momen ini akan menyebabkan cerucuk kepingan berputar terhada hujung bawah cerucuk dan kehilangan kestabilan.Tembok cerucuk kepingan boleh dibina buat sementara waktu atau sebagai struktur kekal. Ia biasanya diperbuat daripada cerucuk kepingan keluli, cerucuk konkrit bertetulang atau pun cerucuk kayu balak. Cerucuk kepingan keluli digunakan untuk pembinaan sementara ataupun struktur kekal. Ia mudah terhakis dalam kehadiran air garam sekirannya ia tidak diberi perlindungan. Risiko juga amat tinggi sekiranya ia digunakan dalam tanah berbutir yang berhampiran dengan paras air bumi di mana keupayaan ricih adalah sangat rendah.Cerucuk konrit bertetulang umumnya digunakan sabagai struktur marin di mana tindakan karat sangat tinggi. Ia adalah sesuai untuk tembok yang tinggi secara relatifnya memandangkan kesulitannya untuk dihentak dan dipotong. Cerucuk kayu balak sesuai untuk pembinaan sementara sahaja kerana kayu akan mereput sekiranya ia digunakan secara jangka panjag. Untuk tanah yang mempunyai batu tongol, cerucuk kayu susah dihentak untuk menembusi lapisan batu berkenaan.Jumlah tekanan sisi tanah yang bertindak pada struktur cerucuk adalah bergantung kepada purata deformasi sisi tembok manakala agihan tekanan tanah bergantung kepada deformasi relative tembok berkenaan. Kegagalan struktur mungkin disebabkan oleh putaran tembok terhadap jaringnya (kegagalan tanah), pada keadaan mana kedalaman penusukan cerucuk tidak mencukupi, ataupun disebabkan oleh momen kenaan melebihi keupayaan tembok (kegagalan bahan), di mana satu engsel plastic terjadi pada aras cerucuk yang mengalami momen lenturan maksimum. Tembok cerucuk kepingan julur, pada kebiasaannya direka bentuk berasaskan mekanisma kegagalan tanah.Memandangkan keupayaan cerucuk kepingan merintangi tekanan sisi adalah rendah ( untuk kes di mana ketinggian tanah timbusan dan tegasan sisi benar). Dengan ini, cerucuk kepingan perlu diberi sokongan secara ufuk dengan menggunakan sauh tanah (penambat) demi menambah keupayaannya untuk merintangi lenturan akibat tegasan sisi. Penambat yang disediakan mungkin pada satu aras atau beberapa aras bergantung kepada ketinggian tembok, jenis tanah dan tekanan air liang. Struktur penahan cerucuk kepingan yang ketingiannya melebihi 6 m (20 kaki) jarang digunakan.

Tembok Penahan Cerucuk Kepingan Besi

SHEET PILEPada kebiasaanya SHEET PILE digunakan di kawasan yang mempunyai tadahan air atau kawasan sungai serta kawasan berbukit. Tujuan SHEET PILE digunakan dalam pembinaan adalah untuk mengelakkan air daripada masuk kedalam kawasan pembinaan serta mengelakkan dari berlakunya tanah runtuh semasa kerja- kerja pembinaan dijalankan.SHEET PILE mampu menahan tekanan bumi yang tinggi (high earth pressure) terutamanya dikawasan tanah yang lembut. Kekuatannya terletak pada bahan dan ikatan diantara keluli dengan keluli yang lainIain. Ia juga memberikan keselamatan kepada pekerja semasa kerja-kerja bawah tanah dijalankanKelebihan menggunakan SHEET PILE ini adalah mudah dipasang, tidak mengambil masa yang lama dan kos yang murah. Cukup sekadar menanam cerucuk berkenaan didalam tanah dengan menggunakan kuasa hidraul atau hentakan. Kebiasaannya cerucuk jenis ini dipasang sebagai struktur sementara (tiada nilai estetik) sebelum struktur yang kekal siap sepenuhnya.