tekspengacarahak2014

17
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Ali Rahman Hj Arshad (Ketua Unit Bahasa PPD Sandakan), diiringi oleh Puan Indah Hj Santong (Guru Besar SK.Muhibbah), Encik Abdul Hamid Sabal (YDP PIBG) dan barisan Penolong Kanan SK.Muhibbah. Semua hadirin diminta berdiri. Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah bersama iringan muzik. Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia. ( lagu dimainkan PA System ) Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Ulik Mayang nyanyian asli Dilagu sigadis merdu sekali Terima Kasih sekalung budi Sudi datang ke majlis merai.. Buku Pelawat serahan hati Tanda ingatan kekal abadi Biar padu seteguh jati

Upload: muhamad-kharizal-bin-adzemy

Post on 23-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teks pengacaraan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

TRANSCRIPT

Page 1: TeksPengacaraHAK2014

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Ali Rahman Hj Arshad

(Ketua Unit Bahasa PPD Sandakan), diiringi oleh Puan Indah Hj Santong

(Guru Besar SK.Muhibbah), Encik Abdul Hamid Sabal (YDP PIBG) dan

barisan Penolong Kanan SK.Muhibbah.

Semua hadirin diminta berdiri.

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang

suara untuk menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu

Sekolah bersama iringan muzik. Semua hadirin diminta berdiri dan

bersedia.

( lagu dimainkan PA System )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin

dipersilakan duduk.

Ulik Mayang nyanyian asli

Dilagu sigadis merdu sekali

Terima Kasih sekalung budi

Sudi datang ke majlis merai..

Buku Pelawat  serahan hati

Tanda ingatan kekal abadi

Biar padu seteguh jati

Budaya kita junjungan budi

1. KATA ALU-ALUAN

Page 2: TeksPengacaraHAK2014

   Yang Berbahagia,

   Encik Ali Rahman bin Hj Arshad,

   Ketua Unit Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan)

   Yang Berusaha

   Puan Indah Hj Santong,

   Guru Besar SK.Muhibbah

Encik Abdul Hamid Sabal

Yang diPertua Persatuan IbuBapa dan Guru SK.Muhibbah

  Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,

  En. Firdaus Abdullah       - PK Kanan Pentadbiran.

  Pn. Romlah Hashim         - PK Hal Ehwal Murid

  En. Azium Mohd Saad         - PK Kokurikulum

Pn. Marliza Azadin      - PK Pendidikan Khas

Pn. Indah Aliuddin - Penyelia Petang

Ketua-Ketua Panitia, Guru Cemerlang,  rakan-rakan guru, para ibubapa ,

para  penerima hadiah kecemerlangan serta pelajar-pelajar yang dikasihi

sekalian.

Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan salam 1

Malaysia.

          Warga cemerlang tersenyum manis

          Hadir bersama ibu bapa wibawa

          Sambutan anugerah penyeri majlis

          Sematkan gagah  di dalam jiwa

Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Muhibbah,

Sandakan 2014. Marilah kita bersama-sama seiring dan sederap

Page 3: TeksPengacaraHAK2014

melangkah dalam menjayakan majlis sambutan hari Anugerah ini.

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di sini dengan penuh

kedamaian dan keamanan bagi memberi pengiktirafan kepada murid-

murid yang telah menunjukkan kecemerlangan di bidang pendidikan.

Sesungguhnya kecemerlangan para pelajar hari ini membuktikan

kejelikitan dan pengorbanan yang terjalin antara semua pihak serta

kesungguhan dan iltizam tinggi seluruh warga pendidik dan pentadbiran

SK Muhibbah untuk membangunkan kegemilangan pendidikan di

sekolah ini.

2.  DOA

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,

Majlis dibuka penuh rahmatNya,

Mohon keberkatan serta hidayah,

Moga tercerna minda kelas pertama.

Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz

Zafarol bin Bakar untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

                                                       DOA

Terima kasih kepada Ustaz Zafarol bin Bakar atas bacaan doa sebentar

tadi.

3. UCAPAN Guru Besar

     Pepatah-petitih Adat Melayu

Page 4: TeksPengacaraHAK2014

     Warisan amalan sejak dahulu

     Pohon keizinan barang sewaktu

     Ucapan Guru Besar amat dialu

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput

Yang Berusaha , Pn Indah Hj Santong, Guru Besar SK.Muhibbah untuk

menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

                                                          UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

4. UCAPAN PERASMIAN

Besar langit di tepi busut,

Besar tak muat di dalam peti;

Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati.

Bukan rumput sebarang rumput,

Rumput penghias tepi halaman;

Bukan jemput sebarang jemput,

Jemput memohon ucapan perasmian.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput  Encik Ali

Rahman bin Hj Arshad (Ketua Unit Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah

Sandakan), untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

Page 5: TeksPengacaraHAK2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK.Muhibbah 2014. Dengan segala

hormatnya dipersilakan

UCAPAN

BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN,

HARUM MELATI PENYERI INTAN

TERIMA KASIH UCAPAN TUAN

KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan, kepulangan diraikan…

sebagai tanda kasih dan tanda  penghargaan , majlis dengan ini

mempersilakan Yang Berusaha Pn Indah Hj Santong, Guru Besar

SK.Muhibbah untuk menyampaikan cenderakenangan kepada tetamu

jemputan kita pada pagi ini. Dipersilakan Yang Berbahagia Encik Ali

Rahman bin HJ Arshad untuk menerima cenderakenangan daripada

pihak sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar dan Yang Berbahagia

Encik Ali Rahman Hj Arshad.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian.

Proses diajar, belajar dan mengajar

Membentuk modal insan lebih gemilang

Page 6: TeksPengacaraHAK2014

Menghasilkan modal insan elok akhlaknya

Melahirkan watan yang mantap jati diri

Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan

Sebagai halwa telinga dan penawar resah dan gelisah, pihak majlis

tampilkan satu persembahan yang akan disampaikan oleh

……………………………………………………….

Persembahan  1

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan

_______________________ sebentar tadi. Untuk makluman para hadirin,

persembahan itu tadi adalah di bawah bimbingan

__________________________________________________________

5.  PENYAMPAIAN HADIAH TROFI DAN SIJIL PPKI

        Terbang tinggi si burung helang

        Berkicau kenari sambil berterbangan

        Insan cemerlang Negara terbilang

        Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dimulakan dengan penyampaian

hadiah kepada pelajar Pendidikan Khas Integrasi yang mendapat tempat

pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan akhir tahun bagi Tahun

2014. Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan

_____________________________________________utk

menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada murid terlibat.

(MUZIK GAMELAN BERMULA)

BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH MENGIKUT URUTAN

6. PENYAMPAIAN ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK  PPKI

Page 7: TeksPengacaraHAK2014

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pencapaian Mata

Pelajaran Terbaik untuk Murid-murid Pendidikan Khas Integrasi.

BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN MATA

PELAJARAN

TERBAIK PPKI

7. PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH MURID  PPKI

Majlis penganugerahan kepada murid-murid Pendidikan Khas Integrasi ini

diakhiri dengan anugerah yang paling ditunggu-tunggu iaitu Anugerah

Tokoh Murid Pendidikan Khas Integrasi.

Latarbelakang Murid : _________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Dipersilakan naik ke pentas, tokoh murid pendidikan khas integrasi yang

dimaksudkan adik ___________________________________________.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada 

___________________________________________________ atas

kesudian menyampaikan Anugerah Kecemerlangan itu tadi.

8. PERSEMBAHAN 2

HADIRIN SEKALIAN,

Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan yang akan

disampaikan oleh ____________________________________________,

Page 8: TeksPengacaraHAK2014

marilah sama-sama kita saksikan.

DIPERSILAKAN.

PERSEMBAHAN 2

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang begitu

bersemangat sebentar tadi. untuk makluman para hadirin, persembahan

itu tadi adalah di bawah bimbingan _____________________________

9.  PENYAMPAIAN ANUGERAH MURID PERDANA

Majlis seterusnya ialah Penyampaian ANUGERAH MATAPELAJARAN

TERBAIK, KEDUDUKAN TERBAIK DALAM KELAS DAN KEHADIRAN

TERBAIK MURID-MURID PERDANA SK.MUHIBBAH 2014. Untuk  itu

majlis mempersilakan _________________________________________

__________________________________________________________

_ke pentas utama untuk menyampaikan anugerah. Dengan hormatnya

dipersilakan.

(MUZIK GAMELAN BERMULA)

BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada 

____________________________________________________atas

kesudian menyampaikan Anugerah Kecemerlangan itu tadi.

10. PERSEMBAHAN 3

HADIRIN SEKALIAN,

Majlis berhenti rehat sekali lagi. Marilah sama-sama kita saksikan

persembahan _______________________________________________

Page 9: TeksPengacaraHAK2014

dipersilakan.

PERSEMBAHAN 3

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang begitu

bersemangat sebentar tadi. untuk makluman para hadirin, persembahan

itu tadi adalah di bawah bimbingan ______________________________

11. PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN

Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, sepanjang tahun

2014.. Murid-murid SK.Muhibbah yang telah diamanahkan dengan tugas

selaku pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber telah

menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam menjalankan tugas

mereka. Mereka banyak membantu terutama dalam majlis perhimpunan

dan program-program sekolah serta menjadi contoh teladan kepada

murid-murid yang lain. Sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah,

kesemua pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber ini akan

diberikan sijil penghargaan. Untuk menyempurnakan majlis penyampaian

sijil penghargaan ini, dijemput __________________________________

__________________________________________________________

BACA SENARAI PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________

Di atas kesudian menyempurnakan majlis penyampaian sijil penghargaan

pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sebentar tadi.

12. PERSEMBAHAN 4

HADIRIN SEKALIAN,

Sebentar lagi kita akan ke majlis penyampaian anugerah yang ditunggu-

tunggu iaitu ANUGERAH KHAS MURID 2014. Namun sebelum itu,

Page 10: TeksPengacaraHAK2014

marilah sama-sama kita saksikan persembahan ____________________

dipersilakan.

PERSEMBAHAN 3

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang begitu

bersemangat sebentar tadi. untuk makluman para hadirin, persembahan itu tadi

adalah di bawah bimbingan ____________________________________________

12. ANUGERAH KHAS MURID

Hadiah diatur tampak kemas,

Tuan perasmi senyum sekilas,

Jemput tuan naik ke pentas,

Menyampaikan Anugerah Khas

Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, kini tibalah kita ke

acara kemuncak iaitu Majlis Penyampaian Anugerah Khas Murid

SK.Muhibbah 2014. Untuk itu dijemput dengan segala hormatnya

__________________________________________________________

untuk menyampaikan anugerah. Majlis sekali lagi dengan segala

hormatnya mempersilakan.

Anugerah Kurikulum : _________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Anugerah HEM : _______________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Anugerah Kokurikulum : _______________________________________

Page 11: TeksPengacaraHAK2014

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Anugerah Tokoh Nilam : _______________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Anugerah Tokoh Murid 2014 : __________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Anak Ibarat kain putih

Diasuh diajar dididik dilatih

Kalau anak tidak dilatih

Jika besar ibu bapa juga yang letih

Hati orang tua perlu dijaga

Emak ayah berasa bangga

Jika anak berbudi bahasa

Itu tandanya membalas jasa

14. PENUTUP

Dengan penyampaian Anugerah Khas sebentar tadi, maka berakhirlah

sudah majlis kita pada pagi ini.

Kami bagi pihak AJK Pelaksana , mengucapkan setinggi tahniah dan

Page 12: TeksPengacaraHAK2014

syabas kepada semua penerima anugerah.Sesungguhnya tiada kejayaan

tanpa iltizam yang padu.

Bagi pihak sekolah , majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada

-  Tetamu jemputan dan semua hadirin yang turut sama meluangkan masa

untuk hadir pada majlis ini . Terima kasih kalungan budi juga diberikan

kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung bagi memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan

sempurna.

          Akar keladi melilit selasih

          Selasih tumbuh di hujung taman

          Kalungan budi junjungan kasih

          Mesra kenangan sepanjang zaman

         Tenang-tenang air di kali

         Tempat mandian putra puteri

         Sempurna sudah majlis dirai

         Salah dan silap harap dimaafi

Sekian . Wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.