teks ucapan yb rela

Upload: mohd-sumali-basuri

Post on 13-Jan-2016

39 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Teks Ucapan YB Rela

TRANSCRIPT

Teks Ucapan YB RelaTeks Ucapan : Majlis Perasmian Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah Kebangsaan AbiTEKS UCAPANYANG BERHORMAT PUAN HJH RELA BT. AHMADADUN BINTONGSEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPANKEJOHANAN PADANG DAN BALAPANSEKOLAH KEBANGSAAN ABIKALI KE-32 TAHUN 2013Yang Berusaha, . mewakili Pengarah Pelajaran Perlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abi, Tuan Haji Adanan b. Long,Yang Dipertua PIBG SK Abi, Encik Basir b. Ahmad, Guru-guru Besar sekolah PKP Paya, Guru-guru Penolong Kanan S.K.Abi,Bapa Angkat Polis Sarjan Mohd. Naim, Pengerusi JKKK, AJK PIBG, Guru-guru, Jawatan kuasa Sarana Ibu Bapa, Ibu-ibu, Bapa-bapa, murid-murid S.K.Abi, Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin serta peserta-peserta Kejohanan Padang dan Balapan yang dikasihi sekalian.Assalamualaikum,Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu MalaysiaSaya amat gembira pada petang ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama warga sekolah ini pada Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah Kebangsaan Abi kali ke-32,2013.Terima kasih saya ucapkan atas jemputan daripada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya merasmikan majlis yang penuh bermakna ini.Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga sekolah kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu hujan lebat dan angin kencang serta kekangan masa kerana ketika ini sekolah sedang giat menjalankan program peningkatan kecemerlangan UPSR untuk memastikan ramai pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR menjelang bulan Septyember nanti. InsyaAllah kita sama-sama berdoa anak anak di SK Abi mencapai sasaran yang ditetapkan.Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada pihak sekolah terutamanya kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru-guru ,Ibubapa bersama PIBG kerana bersungguh-sungguh dalam usaha meningkatkan pencapaian sukan di kalangan murid-murid sekolah. Saya telah difahamkan banyak anugerah telah dicapai di peringkat negeri malah diperingkat kebangsaan.Sidang hadirin yang berbahagia,Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh dengan aturan dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan.Hadirin yang dihormati,Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai matlamat tersebut. Dasar yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja mampu mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan merapatkan silaturrahim warga sekolah dan masyarakat setempat, malahan, pendekatan ini akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.Tuan-tuan dan puan-puan,Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang menjadi penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan .Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya.Hadirin yang dikasihi,

Saya telah dimaklumkan bahawa setakat ini sekolah telah berjaya mencapai beberapa kejayaan dalam bidang sukan antaranya, seorang murid tahun enam iaitu Mohd Fahmi bin Mohd Fauzi telah terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam acara sepak takraw yang diadakan di Kedah, Naib Juara Peringkat Negeri bagi Kriket,7 orang murid telah terpilih mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan yang diadakan di Pulau Pinang, Pingat Emas dalam acara Lontar Peluru(Lelaki) digondol oleh Mohd. Firdaus bin Baharom dalam MSSPs dan beberapa kejayaan lagi yang amat membanggakan pihak sekolah. Dengan ini hasrat sekolah untuk Membina Juara dengan membitarakan murid dalam 1 Sukan yang paling diminati, InsyaAllah akan dapat direalisasikan sekiranya ada kesunguhan dan komitmen yang jitu antara murid,guru, ibu bapa dan komuniti setempat.Hadiran yang dihormati sekalian,Saya tidak akan teragak-agak untuk memberi sedikit sumbangan mengikut kemampuan saya demi kecemerlangan akademik dan kokurikulum sekolah ini kerana saya amat yakinS.K Abi Bolehmenjadi sekolah elit suatu hari nanti. Sebagai ADUN Bintong dan Exco Kerajaan negeri Perlis sudah semestinyalah saya merasa terpanggil untuk turut serta turun padang ke sekolah-sekolah yang berada di bawah DUN jagaan saya.Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola kerana telah dapat menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang kali yang ke-32 dengan jayanya. Kepada para atlet yang mengambil bahagian dan meraih pingat kejohanan, saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa anda telah mencipta kejayaan.Anak kelah mudik beriringan,Menjadi makanan ikan haruan;Menang kalah adat pertandingan,Semangat kesukanan tonggak kejayaan.SAYA DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM MERASMIKAN PENUTUPAN KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SEKOLAH KEBANGSAAN ABI KALI KE -32.Sekian, terima kasih.