teks ucapan yang berhormat pehin orang … pelancaran karnival kerjaya... · teks ucapan yang...

13
TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF MENTERI KESIHATAN MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL KERJAYA KESIHATAN 2014 HARI KHAMIS, 21 RABIULAWAL 1435 / 23 JANUARI 2014 8.30 PAGI TEMPAT: DEWAN AL-‘AFIAH KEMENTERIAN KESIHATAN

Upload: dinhphuc

Post on 17-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN

YANG BERHORMAT

PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN

DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN

BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB

DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF

MENTERI KESIHATAN

MAJLIS PELANCARAN

KARNIVAL KERJAYA KESIHATAN 2014

HARI KHAMIS,

21 RABIULAWAL 1435 / 23 JANUARI 2014

8.30 PAGI

TEMPAT:

DEWAN AL-‘AFIAH

KEMENTERIAN KESIHATAN

1

Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Metassan, Pengarah Pentadbiran

dan Kewangan

Yang Mulia Dayang Hajah Zahrah binti Dato Paduka Haji Md Hashim,

Pengarah Dasar dan Perancangan

Selaku Pengerusi Bersama Majlis;

Yang Mulia Dr Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman, Setiausaha Tetap

(Pengajian Teras), Kementerian Pendidikan

Yang Mulia Dato Paduka Dr Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi,

Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan

Yang Mulia Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abd

Jalil, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan;

Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya

Maharaja Lela Haji Mohd Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal

Ehwal Ugama;

2

Yang Mulia Dayang Hajah Siti Mariam binti Haji Mohd Jaafar

Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian

Kesihatan;

Yang Mulia Dr Hajah Rahmah binti Haji Md Said

Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal),

Kementerian Kesihatan;

Yang Mulia Ketua-Ketua Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-

Pegawai Kanan Kerajaan, Guru-guru institut pengajian, penuntut-

penuntut serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Salam sejahtera

1. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala

kerana dengan limpah rahmat dan izinNya jua kita dapat bersama-

sama hadir di majlis yang penuh kebajikan ini iaitu Majlis

Pelancaran Karnival Kerjaya Kementerian Kesihatan kali

ke-4 bagi tahun 2014. Selawat serta Salam ke atas junjungan

besar kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, para

sahabat, kaum keluarga dan pengikut-pengikut Baginda yang taat

setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah

dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya

mengungkayahkan dengan sempurna, Karnival Kerjaya Kesihatan

3

bagi tahun 2014 ini. Karnival ini merupakan antara inisiatif yang

dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesihatan sebagai strategi

bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pelbagai profesional

kesihatan iaitu selaras dengan perkembangan sistem dan

perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini malahan juga bagi

menghadapi cabaran-cabaran dalam bidang kesihatan pada masa

ini dan mendatang. Karnival ini adalah juga diharap pada

asasnya untuk menarik minat lebih ramai lagi dikalangan

penuntut-penuntut di negara ini khasnya untuk

menceburi bidang kerjaya kesihatan. Dalam pada itu, saya

berharap karnival ini juga dapat berperanan sebagai wadah yang

sangat berguna untuk memberigakan dan meningkatkan

pengetahuan orang ramai mengenai kepelbagaian profesion

kesihatan serta perkhidmatan yang diberikan ke arah

mengukuhkan sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang

berteraskan dasar penjagaan kesihatan secara universal (universal

health care) melalui perkhidmatan yang komprehensif dan sentiasa

menekankan kepada kecemerlangan dan berkualiti.

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

3. Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha sedaya upaya

mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan negara untuk lebih

dinamik dan inovatif yang bukan hanya sekadar responsif terhadap

keperluan semasa malahan sentiasa siapsiaga menangani cabaran

mendatang dan berterusan peka dan mengambil kira akan

4

sebarang perubahan paradigma dan epidemologi yang boleh

mempengaruhi penjagaan kesihatan di peringkat setempat

mahupun serantau dan sejagat. Sehubungan dengan ini, kita amat

mengambil perhatian yang serius akan pembangunan

kapasiti khususnya tenaga kerja kesihatan yang

merupakan tulang belakang dan nadi utama sebagai

penggerak yang menentukan kejayaan sistem dan

perkhidmatan kesihatan negara. Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) telah menekankan bahawa access rakyat

dan penduduk negara kepada perkhidmatan profesional

kesihatan yang berkemahiran serta bermotivasi adalah

antara kunci utama bagi negara dapat mencapai

Matlamat Pembangunan Milenium dalam bidang

kesihatan dan juga bagi menentukan kejayaan

perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menyeluruh

(universal health coverage) seterusnya menyumbang

kepada meningkatkan status kesihatan dan

kesejahteraan rakyat dan penduduk negara.

4. Alhamdulillah, bilangan profesional perubatan dan kesihatan di

negara ini menunjukkan peningkatan yang positif dari tahun ke

setahun. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan serta

keperluan bagi mengukuhkan perkhidmatan dan

meningkatnya permintaan dan ekspektasi masyarakat

terhadap perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang

berkualiti, efektif dan efisien, bilangan pelbagai

5

profesional perubatan dan kesihatan masih lagi perlu

ditingkatkan dan ditambah, apatah lagi jika dibandingkan

dengan bilangan profesional perubatan dan kesihatan di

negara-negara maju yang mana menurut laporan

statistik pada tahun 2012:

i. Nisbah penduduk kepada doktor di negara-negara maju

adalah antara 170 hingga 300 bagi seorang doktor, manakala

nisbah penduduk di Negara Brunei Darussalam bagi seorang

(1) doktor ialah 671 penduduk.

ii. Nisbah penduduk kepada doktor pergigian di negara-negara

maju adalah antara 600 hingga 1300 penduduk bagi seorang

(1) doktor pergigian, manakala di negara ini ialah 4253

penduduk bagi seorang (1) doktor pergigian.

iii. Bagi Jururawat, nisbah penduduk bagi seorang (1) jururawat

di negara-negara maju adalah antara 41 hingga 105

penduduk, manakala di negara ini ialah 155 penduduk bagi

seorang (1) jururawat.

iv. Manakala bagi ahli farmasi, nisbah penduduk bagi seorang ahli

farmasi di negara ini ialah 7839 penduduk bagi seorang (1)

ahli farmasi iaitu jauh berbeza dari negara-negara maju yang

mencatat antara 500 hingga 1200 penduduk bagi seorang (1)

ahli farmasi.

6

5. Alhamdulillah mengikut penganalisaan statistik

profesional kesihatan di bidang kedoktoran di

Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa jumlah di

kalangan anak-anak tempatan adalah meningkat dari

masa ke semasa misalnya pada tahun 2008, hanya

terdapat 194 orang doktor tempatan iaitu 34% daripada

jumlah keseluruhan doktor dan doktor tempatan

meningkat kepada 280 orang iaitu 44.5% pada tahun

2013. Manakala jumlah pakar tempatan pada tahun 2008

adalah seramai 30 orang iaitu 33% daripada jumlah

keseluruhan pakar dan jumlah pakar tempatan ini

meningkat kepada 54 orang iaitu 49% pada tahun 2013.

Walau bagaimanapun, dalam kesempatan ini saya ingin

menyeru lebih ramai lagi anak-anak tempatan untuk

menceburi kerjaya pelbagai profesion kesihatan yang

sangat diperlukan khususnya dalam bidang kedoktoran,

kepakaran dan berkemahiran untuk berkhidmat dan

menabur bakti kepada masyarakat dan negara kita

sendiri yang tercinta ini bagi mengukuhkan dan

memantapkan lagi sistem dan perkhidmatan penjagaan

kesihatan ke arah yang lebih cemerlang dan dapat

menyumbang kepada meningkatkan lagi kualiti

kesihatan, kesejahteraan dan kehidupan rakyat dan

penduduk sekaligus berupaya memantapkan

pembangunan sosio-ekonomi negara yang berdayatahan.

7

6. Kerjaya dalam bidang perubatan dan kesihatan bukanlah hanya

terhad kepada bidang kedoktoran, kejururawatan dan farmasi.

Akan tetapi, bagi sebuah organisasi yang berperanan dalam

memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan secara

holistik dan berkualiti, Kementerian Kesihatan juga memerlukan

tenaga pakar dan yang kemahiran dalam bidang-bidang perubatan

yang lain, khususnya Allied Health Professionals. Mereka ini meliputi

profesion seperti physiotherapy, audiologi, dietetics, radiography,

psikologi klinikal, pegawai kebajikan perubatan, podiatri, teknisyen

membuat lengan tangan dan kaki palsu, pegawai pertuturan kata

(speech therapy), jurutera biomedical dan sebagainya yang hanya

mempunyai jumlah yang terhad dan masih kecil bilangannya pada

masa ini bagi setiap profesion yang memberikan khidmat di

keseluruhan negara.

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

7. Kementerian Kesihatan berterusan memberi keutamaan kepada

pemberian perkhidmatan komprehensif yang menjamin

kesinambungan penjagaan kesihatan dari peringkat asasi kepada

secondary dan tertiary. Justeru itu, kepelbagaian profesion

kesihatan sangat diperlukan yang mana hanya melalui

pendekatan kerja sebagai satu pasukan yang mantap dan

berkemahiran tinggi bukan sahaja akan dapat

memperkembangluaskan perkhidmatan perubatan dan

kesihatan dalam pelbagai kepakaran tetapi juga mampu

8

memperkenalkan program yang berinovasi atau

pembaharuan termasuk penggunaan peralatan yang

moden dan canggih ke arah rawatan dan penjagaan

kesihatan yang lebih efektif, efisien dan berkualiti. Ini jelas

sepertimana beberapa pencapaian signifikan pada tahun 2013 iaitu

Perlaksanaan Program Pemindahan Buah Pinggang yang julung-

julung kali dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam; Prosedur

klinikal menggunakan teknik baru iaitu ‘Renal Artery Denervation’

bagi rawatan pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi yang

kronik; dan pengenalan terapi ‘Insulin Infusion Pump’ sebagai salah

satu pilihan rawatan yang berkesan bagi pesakit-pesakit diabetes

yang bersesuaian.

8. Pembangunan profesional perubatan dan kesihatan akan terus

menjadi tumpuan utama Kementerian Kesihatan selaras dengan

perlaksanaan projek Sistem Maklumat dan Pengurusan Penjagaan

Kesihatan Negara Brunei Darussalam (Bru-HIMS) di hospital-

hospital serta pusat-pusat dan klinik-klinik kesihatan; serta

pembangunan infrastruktur yang giat dilaksanakan seperti

pembinaan pusat-pusat kesihatan yang baru bagi memantapkan

lagi khidmat keseluruhan penjagaan kesihatan di peringkat

komuniti dan pembangunan Blok baru perkhidmatan perempuan

dan kanak-kanak di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang

akan memberikan impak kepada mengukuhkan dan memantapkan

kualiti penjagaan kesihatan golongan perempuan dan kanak-kanak

di negara ini.

9

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

9. Perkembangan sektor penjagaan kesihatan di abad 21 ini dijangka

akan bergerak lebih pesat yang mana di samping menangani

cabaran-cabaran kesihatan awam dengan kemunculan penyakit-

penyakit berjangkit yang baru serta kemunculan semula penyakit-

penyakit berjangkit yang lama; dan perubahan corak penyakit

kepada peningkatan penyakit-penyakit tidak berjangkit, kita juga

menghadapi perubahan pencetusan teknologi perubatan yang

kesemua ini memerlukan lebih ramai pakar dalam bidang sains

perubatan dan kesihatan sebagai pemacu dan pemangkin dalam

proses meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan

penjagaan kesihatan di negara kita Negara Brunei Darussalam.

10. Justeru itu, saya sangat gembira dan mengalu-alukan kedatangan

orang ramai dan khususnya para penuntut institusi pendidikan ke

Karnival Kerjaya Kesihatan ini sebagai platform untuk

dimanfaatkan oleh biskita dengan sebaik-baiknya melalui aktiviti-

aktiviti yang diaturkan seperti pameran khas dan juga taklimat-

taklimat kerjaya. Karnival ini dihasrat memberikan peluang untuk

para penuntut berinteraksi dengan profesional-profesional

kesihatan yang berkhidmat dan seterusnya menimba pengetahuan

yang berguna dan terkini mengenai kepelbagaian dan peranan

penting pelbagai profesion perubatan dan kesihatan di negara ini.

Dengan demikian, saya penuh percaya ini sudah setentunya akan

dapat menarik minat serta menyuntik semangat lebih

ramai para penuntut untuk menceburi kerjaya kesihatan

10

sebagai pilihan kerjaya utama selaras dengan profesion

kesihatan yang dikenalpasti mempunyai kelebihan dalam

aspek sebagai profesion yang lebih ‘marketable’, ‘highly in

demand’ serta lebih kompetitif. Pihak Kementerian Kesihatan

dalam usaha memberikan pengiktirafan kepada kemahiran

profesional kesihatan telah mengambil langkah-langkah positif bagi

memastikan laluan perkembangan kerjaya (career development

pathway) yang lebih sistematik, lebih terarah sehingga mencapai ke

peringkat yang lebih tinggi mengikut keupayaan, talent dan

kelayakan masing-masing. Ini jelas terbukti dengan kewujudan

Skim Perkhidmatan Kedoktoran dan Kejururawatan yang baru.

Perkembangan ini adalah didorong lagi dengan peningkatan gaji

yang lebih baik dan tinggi hingga mencapai tanggagaji M19 dengan

menerima gaji $8,000.00 sebulan bagi jawatan Jururawat

Praktisioner (Nurse Practitioner) dan tanggagaji M22 bagi Konsultan

Kanan Gred I (Perubatan) yang menerima gaji $18,000.00 sebulan

berserta elaun pakar berjumlah $2,000.00 sebulan.

11. Peluang kerjaya dalam bidang perubatan dan kesihatan

adalah amat luas. Profesion perubatan dan kesihatan

adalah juga sangat mencabar dan memerlukan dedikasi,

ketekunan, pengorbanan, ketabahan, disiplin, semangat

dan azam yang tinggi di samping memiliki identiti dan

etika kerja mengikut profesion masing-masing . Namun

demikian, profesion kesihatan ini adalah juga merupakan

kerjaya yang sangat ‘rewarding’ dan ianya memberikan

11

ganjaran pulangan yang tidak ternilai kerana kerjaya

kesihatan mempunyai nilai-nilai murni dan terpuji,

khidmatnya semata-mata adalah untuk kebaikan orang

ramai lebih-lebih lagi kepada pesakit-pesakit yang

memerlukan bantuan dan rawatan di samping menjaga

kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat

secara umumnya.

12. Saya juga sangat menghargai akan inisiatif pihak penganjur Karnival

ini atas usaha dan kejayaan penerbitan buku ‘Careers in Healthcare

2014’ yang mengandungi pelbagai maklumat yang terkini mengenai

pelbagai kerjaya perubatan dan kesihatan termasuklah syarat-

syarat kelayakan mengikuti kursus dan prospek serta

perkembangan kerjaya dalam bidang masing-masing. Setentunya

buku ini dapat dijadikan sebagai rujukan dan panduan yang amat

berguna kepada penuntut-penuntut dalam mereka mencari pilihan

kursus untuk diambil dan menentukan kerjaya yang sesuai untuk

diceburi masa hadapan.

13. Akhirnya saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan syabas dan

tahniah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa

penganjur dan semua pihak dari pelbagai profesional perubatan

dan kesihatan di Kementerian ini yang sama-sama bekerja keras

semata-mata untuk menjayakan Karnival Kerjaya Kesihatan bagi

tahun 2014 ini. Ini adalah berkat komitmen yang tinggi dan

semangat kerjasama secara berpasukan di kalangan pelbagai

12

profesional kesihatan dan pihak-pihak yang berkenaan. Semoga

segala usaha dan sumbangan yang murni lagi ikhlas itu akan

mendapat keberkatan dan ganjaran yang setimpal dari Allah

Subhanahu Wata’ala jua.

14. Dengan melafazkan kalimah serta bertawakal

kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan juga Selawat serta Salam ke

atas Junjungan Besar Nabi kita, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi

Wassalam, maka saya dengan sukacitanya merasmikan

Pelancaran Karnival Kerjaya Kesihatan Tahun 2014.

Sekian.