teks ucapan sambutan hari kanak

6
TEKS UCAPAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SK SERI NILAM Bismilllahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum… Yang dihormati Tuan Guru Besar (Tuan Haji Ahmad Fuad bin Ahmad), Guru Penolong Kanan 1 ( PN Azizah binti Salleh), GPK Hal Ehwal Murid (En Sengkuthavan A/L Manikam), GPK Ko- kurikulum (Pn Azhrani binti Daud, GPK PPKI (Pn Nor Laila binti Samad), barisan guru-guru, pembantu-pembantu murid seterusnya ,urid-murid yang dirahmati Allah hendaknya. Hari ini menanam jagung, Di bawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan Majlis Hari Kanak-kanak penuh ceria. Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya Untuk itu, majlis menjemput Ustaz Farid untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.. Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz farid atas bacaan doa sebentar tadi. Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Nir Arissa Zulaikha binti Muhammad Rizal untuk menyampaikan ucapan wakil murid. Dipersilakan..

Upload: muhammad-sayuti

Post on 09-Nov-2015

3.056 views

Category:

Documents


228 download

DESCRIPTION

l.n/

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SK SERI NILAM

Bismilllahirrahmanirrahim..AssalamualaikumYang dihormati Tuan Guru Besar (Tuan Haji Ahmad Fuad bin Ahmad), Guru Penolong Kanan 1 ( PN Azizah binti Salleh), GPK Hal Ehwal Murid (En Sengkuthavan A/L Manikam), GPK Ko-kurikulum (Pn Azhrani binti Daud, GPK PPKI (Pn Nor Laila binti Samad), barisan guru-guru, pembantu-pembantu murid seterusnya ,urid-murid yang dirahmati Allah hendaknya.

Hari ini menanam jagung,Di bawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan Majlis Hari Kanak-kanak penuh ceria.

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNyaUntuk itu, majlis menjemput Ustaz Farid untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan..

Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz farid atas bacaan doa sebentar tadi.Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Nir Arissa Zulaikha binti Muhammad Rizal untuk menyampaikan ucapan wakil murid.Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Adik Arissa Zulaikha di atas ucapannya sebentar tadi..

Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha Encik Sengkuttavan A/L Maniam, GPK HEM untuk menyampaikan ucapan perasmian. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Buah longan beli sekati,Buat makan di atas jambatan,Pesanmu cikgu kami ingati,Jadi azimat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Sengkuttavan. Semoga kita dapat mengambil iktibar.

Sekarang tibalah acara yang dinanti-nantikan iaitu persembahan daripada murid-murid.Acara perta kita dimulakan dengan persembahan murid-murid PPKI dengan persembahannya Permainan Perkusi Bermelodi.

Wah, menarik sungguh persembahan mereka. Tahniah kepada guru-guru pembimbing atas persembahan yang mengasyikkan.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid-murid pra sekolah pula dengan persembahan Jawa Temporary. Dipersilakan..

Begitulah cilik dan bergayanya adik-adik pra sekolah membuat persembahan. Semoga siding hadirin terhibur..

Sambutan kanak-kanak pada hari ini diteruskan dengan Penyampaian Sijil Ketua Kelas/ Penolong Ketua Kelas dan Kehadirin Penuh 2014.Untuk itu, majlis menjemput Cikgu Adnan untuk menyampaikan sijil. Majlis dengan ini mempersilakan..

Murid-murid mahukan persembahan lagi?Ok, persembahan seterusnya adalah persembahan murid tahun 1 iaitu persembahan Joget.

Begitulah menariknya persembahan murid-murid tahun 1. Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid tahun 2 untuk membuat persembahan mereka iaitu Tarian Endang. Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 2 di atas tarian merka yang sungguh mengasyikkan. Berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka sekali lagi.

Acara kita diteruskan dengan penyampaian Sijil Pengawas Sekolah/ Pengawas Pusat Sumber da Pengawas SPBT sesi 2014.Untuk itu majlis menjemput GPK PPKI Puan Nor Laila untuk menyampaikan sijil.

Terima kasih dan tahniah diucapkan.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari tahun 3 . Tajuk persembahan mereka ialah Tarian Zapin. Dipersilakan..

Begitulah bergayanya adik-adik tahun 3 membuat persembahan. Semoga sidang hadirin terhibur.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid tahun 4 untuk membuat persembahan mereka iaitu Berbalas Pantun. Dipersilakan..Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 4 di atas persembahan mereka sebentar tadi.

Seterusnya murid-murid kita akan mengadakan Sambutan Hari Jadi murid-murid. Untuk itu, cikgu menjemput cikgu Noor Syazleen untuk mengetuai acara ini. Dipersilakan..

Majlis diteruskan dengan mempersilakan murid-murid tahun 5. Tajuk persembahan mereka ialah Horey-horey Dikir Puteri. Begitulah menariknya persembahan yang ditunjukkan oleh mereka. Terima kasih diucapkan.

Sekarang murid-murid, majlis kita diteruskan penyampaian Anugerah Tokoh Murid Lelaki dan Perempuan serta Anugerah Tokoh Ko Kurikulum 2014.

Untuk itu majlis mempersilakan GBK Hem untuk menyampaikan anugerah ini.

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Tokoh Murid Lelaki dan Perempuan serta Tokoh Ko Kurikulum 2014 sebentar tadi. Semoga kejayaan murid-murid ini boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada semua murid untuk terus Berjaya dalam segala bidang yang kita ceburi. InsyaAllah.

Seterusnya adlah persembahan daripada kakak dan abang kita yang akan meninggalkan sekolah kita tidak lama lagi iaitu persembahan murid tahun 6.

Wah, hebat sungguh persembahan mereka ya. Semoga kita semua terhibur.

Dengan berakhirnya persembahan daripada murid tahun 6 sebentar tadi, maka berakhirlah sudah acara kita pada hari ini.

Burung kelicap makan padi,Padi dating dari Medan,Perut kini sudah berbunyi,Tibalah masa untuk santapan.

Untuk makluman semua murid, sebentar lagi kamu akan diraikan dengan jamuan di kelas masing-masing. SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA.Jumpa lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah.Ribuan kemaafan cikgu pohon andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.Sekian sahaja. Salam hormat, wabillahit Taufiq Walhidayah Wasalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.