teks ucapan program pembersihan pantai morib

10
TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. PUAN ELIZABETH WONG PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR SEMPENA “MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI SYARIKAT FAVELL FAVCO BERHAD DAN ANAK-ANAK SYARIKAT DENGAN KERJASAMA MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT” TARIKH: 17 JULAI 2010 (AHAD) MASA: 9.00 PAGI TEMPAT: PANTAI BARU MORIB, KUALA LANGAT

Upload: alamsekitarselangor

Post on 20-Jun-2015

339 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

YB Elizabeth Wong

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Program Pembersihan Pantai Morib

TEKS UCAPAN PERASMIAN

Y.B. PUAN ELIZABETH WONGPENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PELANCONGAN,

HAL EHWAL PENGGUNA DAN ALAM SEKITARNEGERI SELANGOR

SEMPENA

“MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI SYARIKAT FAVELL FAVCO BERHAD DAN ANAK-ANAK

SYARIKAT DENGAN KERJASAMA MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT”

TARIKH: 17 JULAI 2010 (AHAD)

MASA: 9.00 PAGI

TEMPAT: PANTAI BARU MORIB, KUALA LANGAT

Page 2: Teks Ucapan Program Pembersihan Pantai Morib

Terima kasih Yang Berusaha Pengerusi Majlis.

Yang dihormati Tuan Abdul Razak bin Jaafar

Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Langat

Yang Berbahagia Dato’ Asmawi bin Kasbi

Pegawai Daerah Kuala Langat

YB. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid

Ahli Parlimen Kuala Langat

Y.A.D. Dato’ Raja Hj. Uzair b. Tg. Zainon Rashid Shah

Orang Besar Daerah Kuala Langat

Y.B. Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi

ADUN Kawasan Sijangkang

YB. Tuan Philip Tan Choon Swee

ADUN Kawasan Telok Datok

Yang Dihormati Ir. Ooi San Kooi

Senior General Manager Favell Favco Sdn. Bhd.

Page 3: Teks Ucapan Program Pembersihan Pantai Morib

Yang Berusaha En. Muhammad Hafiz bin Shaari

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Langat

Yang DiHormati Tuan Hj. Hasnul bin Baharuddin

Ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Langat

Merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksanaan

Yang DiHormati Tuan Hj. Ahmad Apandi bin Hj. Samsudin

Ketua Kumpulan Sumber Manusia Dan Pentadbiran

Muhibbah Engineering (M) Bhd.

Merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksanaan

Ahli Majlis - Ahli Majlis

Majlis Daerah Kuala Langat

Ketua-Ketua Jabatan Negeri

Ketua-Ketua Jabatan Daerah

Wakil-Wakil Jabatan, Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian MDKL

Penghulu Mukim Morib / Kelanang

Page 4: Teks Ucapan Program Pembersihan Pantai Morib

Tuan Hj. Hamdani bin Hj. Mohd. Siraj

Ketua Kampung Morib / Tali Air

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Salam sejahtera,

Syukur kita, kerana dapat bersama-sama berkumpul dalam

Program Pembersihan Pantai Syarikat Favell Favco Sdn. Bhd.

Dan Anak-Anak dengan kerjamasa Majlis Daerah Kuala Langat.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Daerah Kuala

Langat (MDKL) kerana sudi menjemput saya untuk menghadiri

program yang amat bermakna ini. Penganjuran Program

Pembersihan Pantai Dan Gotong royong seperti ini

sememangnya dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara

Syarikat Favell Favco Sdn. Bhd. dan Anak-Anak Syarikat dengan

Majlis Daerah Kuala Langat khususnya pihak Kerajaan Negeri.

 

Di kesempatan ini juga, saya merakamkan setinggi penghargaan

kepada tuan-tuan/ puan-puan dan sekalung tahniah saya

ucapkan kepada Syarikat Favell Favco Sdn. Bhd. dan Anak-Anak

Page 5: Teks Ucapan Program Pembersihan Pantai Morib

Syarikat serta tidak ketinggalan juga kepada Majlis Daerah Kuala

Langat yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis pada

pagi ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian....

Sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Exco Kerajaan

Negeri telah banyak saya dengar dan lihat berkaitan Majlis

Daerah Kuala Langat. Banyak program-program yang dirancang

dan dilaksanakan telah dapat mengharumkan nama negeri

Selangor di dalam mahu pun di luar negera.

Antara kejayaan yang terkini yang diperolehi oleh pihak MDKL

adalah menjuarai Kategori Majlis Daerah di Pertandingan Zon

Bersih Peringkat Negeri Selangor serta Naib Johan bagi Kategori

Penyelenggaraan Infrastuktur.

Walau bagaimanapun, program pagi ini jelas menunjukkan

bahawa bukan Pihak Berkuasa Tempatan sahaja yang

memainkan peranan dalam memastikan alam sekitar tidak

tercemar, malah pihak swasta juga memainkan peranan yang

tidak kurang pentingnya.

Page 6: Teks Ucapan Program Pembersihan Pantai Morib

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian....

Apabila bercakap mengenai penjagaan alam sekitar, ada

sesetengah pihak berpendapat bahawa kemusnahannya sudah

tidak dapat dielakkan lagi sekiranya kita mahu mengejar

pembangunan dan kemajuan ekonomi.

Justeru mereka merasakan bahawa usaha-usaha untuk

meningkatkan kesedaran alam sekitar hanya membuang masa

dan wang. Ini adalah suatu pandangan peribadi yang amat sempit

kerana hanya dengan kerjasama semua pihak barulah kita dapat

memastikan kebersihan dan pemuliharaan alam sekitar dan anak

cucu kita juga yang akan mengecapi kualiti alam sekitar yang baik

suatu hari nanti.

 

Para hadirin yang saya hormati sekalian

Saya maklum bahawa usaha menyedarkan masyarakat

mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar

adalah suatu tugas berat. Walau bagaimanapun usaha ini mesti

diteruskan walaupun pelbagai rintangan dan cabaran dihadapi.

Page 7: Teks Ucapan Program Pembersihan Pantai Morib

Oleh demikian, saya ingin mengajak seluruh warga MDKL, Favell

Favco Sdn. Bhd. dan khususnya warga Daerah Kuala Langat

bersama-sama menggarap satu harapan dan komitmen bagi

memastikan Pantai Morib ini terus kekal bersih dan selamat serta

selesa untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong dalam mahu

pun luar negara.

Saya pasti memang ada cabaran dari tangan-tangan mereka

yang tidak menghormati alam sekitar bakal mendatang, Walau

bagaimanapun jika adanya sikap bekerjasama dan bersatu padu,

maka segala rintangan dan onak duri akan pasti dapat di atasi.

Saya berharap semua pihak dapat tampil memberikan bantuan

dan sokongan padu tanpa berbelah bagi dalam setiap program

kebersihan dan pemuliharaan alam sekitar tidak kira siapa juga

penganjurnya.

Dengan itu, saya berbangga untuk merasmikan

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI SYARIKAT FAVELL

FAVCO SDN. BERHAD DAN ANAK-ANAK SYARIKAT DENGAN

KERJASAMA MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT.