teks ucapan perasmian pineapple information centre oleh y.b menteri pertanian & industri asas...

6
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berbahagia Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Baharom bin Jani, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani Malaysia, Yang Berusaha Tuan Hj. Sahdan bin Salim, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Ketua-ketua Pengarah Jabatan dan Agensi, Setiausaha- setiausaha Bahagian dibawah Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani Malaysia, Serta para hadirin yang dihormati sekalian. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita berpeluang untuk hadir dan menyaksikan majlis Perasmian Bangunan Pineapple Information Centre dan Pelancaran Produk Baru Pineapple Chips pada hari ini. 1. Dengan pembukaan Pineapple Information Centre (PIC) ataupun Pusat Informasi Nanas di MAEPS ini akan memberi kemudahan kepada mereka yang bermustautin disekitar

Upload: kementerian-pertanian-dan-industri-asas-tani

Post on 27-Jul-2015

264 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Perasmian Pineapple Information Centre Oleh Y.B Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam

sejahtera.

Yang Berbahagia Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua

Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia,

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Baharom bin Jani, Timbalan

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri asas

Tani Malaysia,

Yang Berusaha Tuan Hj. Sahdan bin Salim, Ketua Pengarah

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,

Ketua-ketua Pengarah Jabatan dan Agensi, Setiausaha-

setiausaha Bahagian dibawah Kementerian Pertanian dan

Industri asas Tani Malaysia,

Serta para hadirin yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurnianya kita berpeluang untuk hadir dan menyaksikan

majlis Perasmian Bangunan Pineapple Information Centre

dan Pelancaran Produk Baru Pineapple Chips pada hari ini.

1. Dengan pembukaan Pineapple Information Centre (PIC)

ataupun Pusat Informasi Nanas di MAEPS ini akan memberi

kemudahan kepada mereka yang bermustautin disekitar

Page 2: Teks Ucapan Perasmian Pineapple Information Centre Oleh Y.B Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

Lembah Kelang yang ingin mendapatkan maklumat dan

penerangan berkenaan dengan Lembaga Perindustrian

Nanas Malaysia seperti apakah peluang-peluang yang

ditawarkan oleh kerajaan melalui LPNM, ataupun berkenaan

dengan perkara-perkar teknikal seperti teknologi tanaman

nanas atau teknologi pembuatan produk dari nanas tanpa

perlu pergi ke Ibu Pejabat LPNM yang terletak di Johor

Bahru.

Antara fungsi-fungsi PIC ini adalah untuk menyelaras dan

memudahkan penyebaran maklumat antara Lembaga

Perindustrian Nanas Malaysia dengan orang ramai. Selain

itu, PIC ini juga terlibat dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti

promosi bagi produk dan perkhidmatan yang disediakan

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dari masa kesemasa.

Saya juga berharap agar bangunan PIC ini akan dapat

dimasukkan didalam kalender destinasi pelancongan dalam

masa yang terdekat ini.

Y. Bhg. Datuk, tuan-tuan dan puan-puan,

2. Adalah menjadi harapan saya agar dengan pembukaan

PIC ini akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh LPNM untuk

menyampaikan seberapa banyak maklumat berkenaan

dengan industri nanas dan dalam masa yang sama, saya

juga menaruh harapan agar orang ramai termasuk

Penyelidik, pelajar-pelajar dan sesiapa juga untuk

Page 3: Teks Ucapan Perasmian Pineapple Information Centre Oleh Y.B Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

mengambil peluang sepenuhnya diatas pembukaan PIC ini

untuk mendapatkan maklumat berkenaan Nanas.

3. Saya juga diberitahu oleh Yang Berusaha Ketua Pengarah

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bahawa

bersebelahan dengan bangunan PIC ini terdapat Laman

Nanas seluas 1 hektar yang telah telah ditanam dengan

pelbagai varieti nanas yang utama dan berpotensi tinggi

untuk pasaran segar dalam dan luar negara seperti nanas

Josapine, MD2, Lagenda, Maspine dan yang terbaru dibawa

masuk dari Filipina iaitu Nanas Hybrid MD2 yang pada masa

ini mendapat pasaran yang luas di pasaran nanas segar

antarabangsa.

Saya berharap agar benih nanas MD2 ini akan dapat

disalurkan kepada penanam-penanam nanas di negara kita

melalui program Rancangan Tanam Baru Nanas Lembaga

Perindustrian Nanas Malaysia bagi meningkatkan lagi hasil

pendapatan penanam-penanam ini memandangkan harga

bagi nanas ini yang tinggi diperingkat ladang dan mendapat

permintaan tinggi daripada para pengekspot nanas segar

negara kita. Dalam masa yang sama saya juga berharap

pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia mengambil

tindakan proaktif dalam mempermosikan nanas segar

Malaysia ke luar negara yang berpotensi tinggi seperti

Page 4: Teks Ucapan Perasmian Pineapple Information Centre Oleh Y.B Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

negara-negara Arab di Timur Tengah, Hong Kong, Korea

Jepun serta negara Eropah.

Datuk-datuk dan hadirin sekalian,

4. Bersekali dengan pembukaan rasmi bangunaan PIC ini

saya juga berbesar hati untuk melancarkan produk baru

daripada nanas iaitu Vacum Fried Pineapple Chips dibawah

jenama Lea Fritto yang diusahakan oleh syarikat Cemara

Food Indstries Sdn Bhd. yang merupakan usahawan

bimbingan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

Saya dimaklumkan bahawa Pinepple Chips ini merupakan

satu produk baru yang diperbuat daripada nanas

menggunakan mesin berteknologi tinggi yang diimport dari

Taiwan dan ditempatkan di Mini Kilang Lembaga

Perindustrian Nanas Malaysia di Pekan Nanas Johor. Ia

merupakan satu produk premium yang segar.

Penghasilannya amat mementingkan kebersihan dan tiada

penggunaan bahan-bahan kimia tambahan dan sesuai

dimakan pada bila-bila masa.

5. Matlamat utama penghasilan chips nanas ini adalah untuk

mempelbagaikan penggunaan buah nanas kepada produk

value added di samping membantu penanam-penanam

nanas untuk meningkatkan pendapatan bagi menaikkan

taraf hidup mereka terutama sekali bagi mengatasi masalah

Page 5: Teks Ucapan Perasmian Pineapple Information Centre Oleh Y.B Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

buah nanas sub standard yang tidak dapat dijual segar

samada untuk pasaran tempatan mahupun eksport. Secara

tidak langsung penanam nanas yang sebelum ini akan

membiarkan sahaja buah nanas yang sub standard ini di

kebun mereka akan dapat menambahkan pendapatan

mereka dengan menjual buah ini kepada usahawan yang

menghasilkan produk dari buah nanas ini.

Y. Bhg Datuk, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

6. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan syabas kepada Lembaga Perindustrian Nanas

Malaysia atas pembukaan bangunan Pineapple Information

Centre ini. Saya yakin bahawa PIC ini dapat menyampaikan

perkhidmatan tambah nilai demi manfaat bukan sahaja

kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan

industri nanas tetapi juga kepada sekelian rakyat Malaysia di

luar sana. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada LPNM dan

usahawan bimbingannya iaitu Cemara Food Industries Sdn

Bhd di atas pelancaran produk baru Pineapple Chips. Saya

berharap produk ini bukan sahaja berjaya dipasaran

tempatan tetapi juga berjaya dieksport keluar negara.

Akhir kata, dengan lafaz bismillahi rahmaani rahim, dengan

sukacitanya saya merasmikan pembukaan Bangunan

Pineapple Information Centre ini dan melancarkan produk

baru Pineapple Chips Lea Fritto.

Page 6: Teks Ucapan Perasmian Pineapple Information Centre Oleh Y.B Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

Sekian, terima kasih. Wasalamu alaikum wrahmatulah

wabarakatuh.