teks ucapan menteri kerajaan tempatan dan … penyerahan geran tahunan.pdf · yang berhormat datuk...

5
TEKS UCAPAN MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SABAH, YANG BERHORMAT DATUK HAJI HAJIJI HAJI NOOR DI MAJLIS PENYERAHAN GERAN TAHUNAN KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SABAH 8 JANUARI 2010 TANJUNG ROOM, SHANGRILA TANJUNG ARU RESORT ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Yang Berhormat Dato’ Seri Kong Cho Ha Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Yang Berhormat Datuk Ir. Edward Yong Ooi Fah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Yang Berhormat Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Yang Berhormat Datuk Hj. Sukarti Wakiman Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Hatta bin Abd. Aziz Setiausaha Persekutuan Sabah Yang Berbahagia Datuk Abidin Madingkir Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Yang Berbahagia Datuk Arfah bte Abdul Razak Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Abu Bakar bin Hassan Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Yang Berbahagia Datuk Illyas Ibrahim Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Yang Berbahagia Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Yang Berusaha Encik Rayman Loudrize Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

Upload: vomien

Post on 11-Mar-2018

240 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … PENYERAHAN GERAN TAHUNAN.pdf · Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

TEKS UCAPAN

MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SABAH, YANG BERHORMAT DATUK HAJI HAJIJI HAJI NOOR

DI MAJLIS PENYERAHAN GERAN TAHUNAN KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SABAH

8 JANUARI 2010TANJUNG ROOM, SHANGRILA TANJUNG ARU RESORT

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yang Berhormat Dato’ Seri Kong Cho Ha Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Yang Berhormat Datuk Ir. Edward Yong Ooi FahPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

Yang Berhormat Datuk Ghulam Haidar Khan BahadarPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

Yang Berhormat Datuk Hj. Sukarti WakimanSetiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Hatta bin Abd. AzizSetiausaha Persekutuan Sabah

Yang Berbahagia Datuk Abidin MadingkirSetiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

Yang Berbahagia Datuk Arfah bte Abdul RazakKetua Pengarah, Jabatan Kerajaan TempatanKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Yang Berbahagia Dato’ Abu Bakar bin HassanKetua Pengarah, Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Yang Berbahagia Datuk Illyas IbrahimMayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Yang Berbahagia Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj. IbrahimTimbalan Ketua Pengarah, Jabatan Bomba & Penyelamat MalaysiaKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Yang Berusaha Encik Rayman LoudrizeTimbalan Setiausaha TetapKementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

Page 2: TEKS UCAPAN MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … PENYERAHAN GERAN TAHUNAN.pdf · Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Yang Berusaha Encik Peter ThienWakil Setiausaha TetapKementerian Kewangan Sabah

Pegawai-Pegawai Daerah di seluruh sabahMerangkap Pengerusi-Pengerusi Majlis Daerah

Presiden-PresidenMajlis-Majlis Perbandaran Sandakan dan Tawau

Pegawai-Pegawai Eksekutif Majlis Daerah seluruh Sabah

Datuk-Datuk/Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian

Assalamu’alaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNya juga kita

dapat hadir di majlis penyerahan geran tahunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

di sabah pada malam yang indah ini.

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Dato’ Seri Kong Cho Ha dan

rombongannya ke negeri di bawah bayu. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang

Berhormat kerana sudi menganjurkan Majlis pada malam ini bagi menyerahkan sendiri

geran tahunan kepada PBT di sabah bagi tahun 2010.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat khususnya kepada Yang

Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia kerana buat pertama kalinya memberi geran

tahunan persekutuan untuk semua PBT di Sabah yang berjumlah RM34.56 juta bermula

tahun ini untuk perbelanjaan mengurus.

Datuk - Datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Majlis penyerahan geran tahunan kepada PBT ini merupakan Majlis dalam sejarah di

negeri Sabah kerana sebelum ini PBT di Sabah belum pernah mendapat geran tahunan

daripada kerajaan pusat. Dalam pada itu, bagi pihak Kerajaan negeri, saya amat

berterima kasih di atas keperihatinan kerajaan pusat. Dengan adanya pemberian geran

Page 3: TEKS UCAPAN MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … PENYERAHAN GERAN TAHUNAN.pdf · Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

ini, ianya akan dapat meningkatkan lagi usaha PBT masing-masing dalam penyediaan

dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam termasuk memastikan kebersihan

dan keindahan di kawasan perkadaran PBT.

Datuk-Datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

On behalf of the State Government, I wish to put on record our sincere appreciation to the

Federal Government under the leadership of our beloved Prime Minister, YAB Dato' Seri

Mohd Najib Tun Razak for approving this annual grant to all the local authorities in Sabah.

Under the 1Malaysia concept, our Prime Minister has given us the assurance that no one

will be left out in today's development process. This annual grant is therefore proof of

the federal government sincere and genuine efforts to assist Sabah beside recognising

the state government's role in developing Sabah particularly within the jurisdiction of the

local authorities. It is also testimony of the Federal Government's trust and confidence

placed on the people of Sabah. I am confident that this annual grant will be utilized

prudently by the local authorities in achieving its goal in providing better services to the

people in line with the 1Malaysia concept, People First, Performance Now.

I also wish to thank the Minister of Housing and Local Government Malaysia, Yang

Berhormat Dato’ Seri Kong Cho Ha, for coming to Sabah to hand over the grant

personally to all the local authorities. Thank you Sir! It is our fervent hope that Yang

Berhormat Minister will consider increasing the said grant for next year allocation.

Datuk - Datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Tahun 2010 merupakan tahun akhir bagi Rancangan Malaysia Ke 9 ( RMK 9). Dalam

pada itu, Kementerian saya sedang berusaha menyiapkan projek-projek di bawah

RMK-9, di samping menyediakan senarai program untuk dicadangkan dalam RMK-10

baik untuk pembiayaan persekutuan mahu pun pembiayaan negeri. Menyentuh tentang

pembiayaan persekutuan, Kementerian saya akan mencadangkan 3 buah program

pembangunan kepada Kerajaan pusat melalui UPEN Sabah. Pertama, ialah pelupusan

sampah di lapan (8) buah Majlis Daerah yang telah dikenalpasti dan ini adalah

merupakan pusat pelupusan sampah kepada Majlis-Majlis Daerah yang berdekatan dan

berjiran.

Page 4: TEKS UCAPAN MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … PENYERAHAN GERAN TAHUNAN.pdf · Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Kedua, ialah projek lanskap dan keindahan kawasan perkadaran PBT di seluruh Negeri

Sabah. Manakala cadangan projek yang ketiga ialah mengenai pembangunan Program

Perumahan Rakyat (PPR) sebanyak 20,000 unit bagi mengatasi masalah setinggan di

bandar dan juga untuk rakyat yang tidak mempunyai rumah.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan di Majlis ini untuk memohon kepada

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia supaya dapat menyokong

permohonan ini apabila ianya dibincang kelak dengan agensi -agensi pusat.

Datuk-Datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Saya sentiasa mengingatkan kepada semua PBT di Sabah bahawa sebagai jentera

Kerajaan/penjawat awam yang menjadi barisan hadapan atau `frontliner', PBT memainkan

peranan terpenting dalam usaha Kerajaan mengurangkan kadar jenayah, meluaskan

akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, memerangi rasuah, memperkasa

prasarana luar bandar dan pedalaman, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan

rendah dan menambahbaik pengangkutan awam. PBT bukan sahaja rapat dan dekat

dengan rakyat malah PBT yang sentiasa menjadi agenda Kerajaan dalam mendampingi

rakyat.

Sesungguhnya harapan Kerajaan adalah untuk melihat warga PBT menyumbang khidmat

kepada kehidupan rakyat keseluruhannya, mempunyai budaya kerja berprestasi tinggi,

sentiasa memperkukuhkan integriti dalam pembudayaan kerja yang mengutamakan

disiplin, kecekapan pengurusan dan penyampaian PBT yang mesra rakyat.

Dengan adanya peruntukan Geran Tahunan daripada Kerajaan pusat ini, saya berharap

agar semua PBT dapat meningkatkan lagi usaha ke arah memberi perkhidmatan yang

lebih cemerlang pada tahun ini dan di tahun-tahun berikutnya demi memastikan bidang

keberhasilan utama atau KRA Kementerian ini dapat dicapai dengan jayanya.

Datuk-Datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Saya memang tidak menafikan bahawa kerjasama di antara pegawai-pegawai di

Kementerian saya dengan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Malaysia

selama ini memang akrap. Saya mengharapkan agar perhubungan dan jalinan kerjasama

Page 5: TEKS UCAPAN MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN … PENYERAHAN GERAN TAHUNAN.pdf · Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

ini dapat dieratkan lagi agar kita dapat mewujud dan memantapkan prestasi kerja kita

dalam mencapai kejayaan gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian

Diutamakan.

Sebelum saya mengundurkan diri, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada

Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia di atas kesudian

menyerahkan Geran Tahunan kepada PBT di Sabah pada malam ini.

Sekian dan terima kasih.