teks ucapan ketua pengawas sempena persaraan pengetua

3
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera. Terima kasih kepada saudara/i Pengerusi Majlis. Yang diraikan Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Ani , Pengetua SMK Bandar Sungai Buaya , Yang berusaha GPK Pentadbiran , Pn Hjh Noriha bt Nordin , GPK HEM, Pn Hanishah bt Mohd , GPK Kokurikulum, Pn Roseminah bt Mohd Noor , Guru-guru Kanan Mata Pelajaran , guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Hadirin yang Dihormati, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang Pengetua yang amat kami sayangi dan kasihi. Pada kami, Tuan Haji Yusoff bukan sahaja sebagai seorang Pengetua tetapi ibarat seorang bapa dalam sebuah keluarga besar SMK Bandar Sungai Buaya ini. Hadirin yang Dikasihi, Memory is a way of holding onto, the things you love, the things you are, the things you never want to lost. Itulah

Upload: spagetti-marinara

Post on 27-Sep-2015

5.856 views

Category:

Documents


284 download

TRANSCRIPT

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera.Terima kasih kepada saudara/i Pengerusi Majlis. Yang diraikan Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Ani , Pengetua SMK Bandar Sungai Buaya , Yang berusaha GPK Pentadbiran , Pn Hjh Noriha bt Nordin , GPK HEM, Pn Hanishah bt Mohd , GPK Kokurikulum, Pn Roseminah bt Mohd Noor , Guru-guru Kanan Mata Pelajaran , guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang dikasihi sekalian.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Hadirin yang Dihormati,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang Pengetua yang amat kami sayangi dan kasihi. Pada kami, Tuan Haji Yusoff bukan sahaja sebagai seorang Pengetua tetapi ibarat seorang bapa dalam sebuah keluarga besar SMK Bandar Sungai Buaya ini.Hadirin yang Dikasihi, Memory is a way of holding onto, the things you love, the things you are, the things you never want to lost. Itulah pengetua kita, Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Ani, lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai Tuan Pengetua kita. Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan murid . Beliau juga seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajar. Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga SMKBSB. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid SMKBSB merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Ani yang tidak pernah mengenal erti jemu mentadbir sekolah ini dan mengorbankan waktu demi kami murid-murid SMKBSB . Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada Tuan Pengetua. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan yang berganti. Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap diingati, kekal abadi , tersemat di hati. Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara Tuan Pengetua dengan anak-anak didik dan warga SMKBSB akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila. Buah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Walau jauh beribu batu, Hilang di mata, di hati jangan.

Asap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak mahu bercerai, Kehendak Allah siapa tahu.

Salam kemaafan kami hulurkan, Semoga kemesraan terus berpanjangan; Ilmu diberi harap halalkan, Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih.Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt