teks syarahan

3
Satu Malaysia jadi pegangan, Rukun Negara teras panduan, Satu Malaysia benteng negara, Rakyat Malaysia taat setia. Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia. Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni... Dengan adanya masyarakat yang harmoni. Kita boleh menjalani kehidupan seharian dengan aman dan saling membantu antara satu sama lain ,seperti kata peribahasa, “ seperti aur dengan tebing”. . Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian seperti bekerja bersekolah dan aktiviti keagamaan dapat berjalan dengan baik dan lancer Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Keamanan negara akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia.. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai dengan pelbagai budaya akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang

Upload: firdaus-hj-nomawi

Post on 17-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sjkc min sin

TRANSCRIPT

Satu Malaysia jadi pegangan,Rukun Negara teras panduan,Satu Malaysia benteng negara,Rakyat Malaysia taat setia.

Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata Satu Malaysia satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni... Dengan adanya masyarakat yang harmoni. Kita boleh menjalani kehidupan seharian dengan aman dan saling membantu antara satu sama lain ,seperti kata peribahasa, seperti aur dengan tebing.. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian seperti bekerja bersekolah dan aktiviti keagamaan dapat berjalan dengan baik dan lancer

Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Keamanan negara akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia.. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.

Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai dengan pelbagai budaya akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat..

Hadirin sekalian,Persoalannya,bagaimanakah cara nya untuk kita mengekalkan perpaduan kaum di negara kita ini..

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan,haruslah bermula dari institusi masyarakat itu sendiri, Setiap ahli masyarakat haruslah bergaul dengan jiran yang berlainan bangsa dan memupuk persefahaman antara kaum.ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk mengunjugi jiran semasa hari perayaan atau kenduri kendara masyarakat setempat. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna... Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Guru-guru boleh menerapkan nilai baik kepada murid di sekolah seperti mengingatkan murid agar saling menghormati semua kaum yang ada. Penerapan nilai yang baik ini juga boleh dilakukan melaui pelajarn tertentu seperti Moral dan Agama khasnya dan pelajaran lain amnya.

Selain itu peranan kerajaan sangat besar untuk memupuk perpaduan kaum ini. Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Kerajaan juga turut memperkenalkan Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi yang merupakan rancangan pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikandan sebagainya. Kesemua pelan dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.