teks syarahan

13
Tajuk : "Muhibah Membentuk Perpaduan". Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengacara majlis, barisan penal hakim yang arif dan lagi saksama, Guru Besar, guru- guru ,dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan pada pagi yang indah ini ialah "Muhibah Membentuk Perpaduan". Tuan-tuan dan puan-puan, Apakah itu muhibah? Muhibah bererti hubungan mesra pelbagai kaum dalam sesebuah masyarakat yang bersatu. Merujuk pada rakyat Malaysia, amalan muhibah amat penting untuk membentuk perpaduan kaum. Tanpa semangat muhibah, berbagai-bagai masalah akan timbul dalam sesebuah negara yang berbilang kaum ini. Muhibah dapat diwujudkan dengan pelbagai cara. Antaranya, dengan mengadakan aktiviti gotong-royong, bersukan, mengadakan rumah terbuka ketika perayaan- perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk ketika aktiviti tersebut dijalankan. Hadirin sekalian, Sikap bertanggungjawab kepada negara haruslah dipupuk dalam dirisetiap individu sejak di bangku sekolah lagi. Sikap ini akan melahirkan rakyat yang cinta akan negara. Apabila kita cinta akannegara, maka semangat muhibah antara kaum dengan sendirinya akan wujud. Lima prinsip Rukun Negara juga haruslah dijadikan landasan serta amalan hidup kita sehari-harian.Setiap kaum harus ada

Upload: lim-cheeleong

Post on 05-Dec-2014

1.506 views

Category:

Documents


98 download

TRANSCRIPT

Page 1: teks syarahan

Tajuk : "Muhibah Membentuk Perpaduan".

Petang hari pergi ke pekan,Pulang membawa sebungkus laksa;Hidup muhibah perlu diamalkan,Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengacara majlis, barisan penal hakim yang arif dan lagi saksama, Guru Besar, guru-guru ,dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan pada pagi yang indah ini ialah "Muhibah Membentuk Perpaduan".

Tuan-tuan dan puan-puan,Apakah itu muhibah? Muhibah bererti hubungan mesra pelbagai kaum dalam

sesebuah masyarakat yang bersatu. Merujuk pada rakyat Malaysia, amalan muhibah amat penting untuk membentuk perpaduan kaum. Tanpa semangat muhibah, berbagai-bagai masalah akan timbul dalam sesebuah negara yang berbilang kaum ini.

Muhibah dapat diwujudkan dengan pelbagai cara. Antaranya, dengan mengadakan aktiviti gotong-royong, bersukan, mengadakan rumah terbuka ketika perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk ketika aktiviti tersebut dijalankan.

Hadirin sekalian,Sikap bertanggungjawab kepada negara haruslah dipupuk dalam

dirisetiap individu sejak di bangku sekolah lagi. Sikap ini akan melahirkan rakyat yang cinta akan negara. Apabila kita cinta akannegara, maka semangat muhibah antara kaum dengan sendirinya akan wujud.

Lima prinsip Rukun Negara juga haruslah dijadikan landasan serta amalan hidup kita sehari-harian.Setiap kaum harus ada perasaan cinta akan negara dan bersungguh-sungguh untuk membentuk perpaduan. Apabila ada perasaan muhibah ini, maka mudahlah pihak kerajaan menjalankan pembangunan untuk rakyat.

Saya akhiri dengan serangkap pantun.Cantik bergugus buah papaya,Masak dipetik satu per satu;Walaupun berlainan bangsa budaya,Kerana muhibah hidup bersatu.

.Sekian, terima kasih

Page 2: teks syarahan

Perpaduan Asas Pembangunan Negara 

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Seri Indah;

Pemanis kata selamat datang,

Salam sejahtera pembuka madah.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana para hakim

yang budiman, yang dikasihi guru-guru yang tidak jemu mendidik anak

bangsa serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.Salam sejahtera saya

ucapkan.

Berdirinya saya dengan penuh hormat dan bangga di dewan yang serba

indah ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk ’Perpaduan

Asas Pembangunan Negara’.

Sidang hadirin sekalian,

Perpaduan bermaksud bekerjasama ataupun saling membantu.

Pembangunan pula bermaksud segala pembaharuan dan kemajuan yang

membawa kepada taraf hidup yang lebih baik. Oleh itu, jelaslah kepada

Page 3: teks syarahan

kita bahawa amalan bersatu padu dalam kalangan rakyat merupakan dasar

kepada kemajuan sesebuah negara seiring dengan gelombang

modenisasi.

Para pemimpin negara kita saban hari dan setiap ketika menyeru rakyat

Malaysia membentuk benteng pertahanan yang teguh menentang anasir-

anasir luar. Hubungan dan kerjasama yang erat akan memastikan negara

Malaysia terus maju dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Sekiranya

perkara ini tidak diberi perhatian, harapan dan aspirasi pemimpin kita pada

masa lalu akan menjadi ’angan-angan Mat Jenin’ sahaja. Perjuangan

Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan akan sia-

sia sahaja. Justeru, sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai jati

diri yang tinggi dan berhati waja, kita haruslah menghargai kemerdekaan

yang telah diperoleh ini dan berusaha mengukuhkan lagi semangat

perpaduan dalam jiwa kita demi pembangunan negara.

Sidang hadirin yang dihormati,

Lihatlah keadaan kini di Bangkok, Thailand. Rakyat negara jiran kita tidak

berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi secara diplomasi dan

Page 4: teks syarahan

sebagai akibatnya demonstrasi, pergaduhan, keganasan dan lain-lain

berlaku pada setiap hari.Perkara yang menyedihkan ialah banyak nyawa

yang tidak berdosa melayang begitu sahaja.Lihatlah juga keganasan yang

berlaku di Madura, Indonesia pada beberapa ketika yang lalu. Penduduk di

situ diseksa dan diperkosa untuk orang-orang yang mereka kenali.

Pembangunan yang wujud sebelum tercetusnya huru-hara dan

kemaslahatan di kedua-dua lokasi ini tidak memberi sebarang erti lagi

akibat tidak mempunyai modus operandi yang berkesan serta tidak wujud

perpaduan yang mantap dalam kalangan rakyat yang berlainan agama,

bangsa, budaya, kepercayaan dan pandangan.

Para hadirin yang dimuliakan,

Negara kita kini telah berjaya mencapai tahap yang tinggi dan dihormati di

mata dunia. Kecermelangan negara kita dalam pelbagai bidang walaupun

mempunyai rakyat yang berbilang bangsa menyebabkan negara lain

cemburu dengan pencapaian negara kita. Malah, negara Malaysia telah

dijadikan negara contoh oleh negara-negara dunia ketiga. Biarlah mereka

cemburu melihat pencapaian nusa kita yang sememangnya merupakan

berkat amalan nilai bantu-membantu dan nilai toleransi. Pepatah Melayu

Page 5: teks syarahan

ada mengatakan ”bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana

muafakat”.

Para hadirin yang dikasihi,

Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita,

Dato’ Seri Najib Tun Razak pada bulan Mac 2009 merupakan usaha beliau

untuk menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah satu slogan yang akan

menjadi

identiti rakyat negara ini. Hasrat Perdana Menteri kita untuk mewujudkan

satu bangsa Malaysia sekiranya mendapat sokongan padu semua lapisan

masyarakat negara ini. Mengikut beliau, segelintir masyarakat perlu

membuat anjakan paradigma daripada masyarakat yang terkongkong

dengan pemikiran yang dangkal, cetek dan pesimistik kepada masyarakat

yang mempunyai mentaliti kelas pertama. Dengan semangat Satu

Malaysia, Wawsan 2020, aspirasi rakyat Malaysia pasti akan dapat

direalisasikan.

Sedang hadirin sekalian,

Page 6: teks syarahan

Sebelum saya mengundurkan diri saya dari pentas serba cantik ini, saya

berharap agar nilai perpaduan dan patriotisme akan disemai dan dibajai

dalam diri anak-anak muda. Jangan biar titik hitam 13 Mei 1969 berulang

semula dalam sejarah negara kita supaya negara dapat terus berkembang

dan maju mengikut acuan kita sendiri. Akhir kata,

Bersatu teguh bercerai roboh,

Bermuafakat bertambah berkat,

Bersatu bertambah mutu;

Alah bisa tegal biasa,

Berbahasa kita berbangsa.

Page 7: teks syarahan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula".

Hadirin sekalian,

Tahukah anda , pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat daripada plastik, kaca atau alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan dijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu.

Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini akan dapat mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua.

Hadirin sekalian,

Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan membantu menampung perbelanjaan kita seharian.

Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang luas bagi tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat menjimatkan ruang kawasan perlupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh dibangunkan untuk perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya.

Akhirnya, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama mengitar semula bahan-bahan yang kita telah digunakan dengan mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula menjadi bahan yang lebih

Page 8: teks syarahan

berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitarSekian, terima kasih.

Page 9: teks syarahan

4. Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara

Tasik Chini dipenuhi bunga,Ada cerita terdapat naga;Negara diancam huru-hara,Perpaduan dengan Rukun Negara.

Sungai Pahang berjela-jela,Naik rakit merentas desa;Demi rakyat negara tercinta,Perpaduan tonggak 1 Malaysia.

Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik.

Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran negara kerana ia merupakan asas untuk mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil.

Page 10: teks syarahan

Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Dengan wujudnya perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruah dan berdikari.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”

Negara Malaysia adalah tanggungjawab kita. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Maka itu, kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam berharmoni.

Sekian terima kasih