teks pgacara majlis pibg

5
Bil AGENDA TEKS 1. Ketibaan para jemputan dan ibu bapa Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia ____________________________________ ( ___________________________________ ) dengan diiringi Tn Hj Razi b Ahmad(Yang Dipertua PIBG), En. Kholib bin Abd Hamid (Guru Besar), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga 2. Nyanyian Lagu Negaraku Sidang Hadirin yang dihormati, Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyayikan lagu Negaraku. …………………… Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. 3. Kata Alu- aluan Pengacara Majlis Kompang Bergema Pusaka Bangsa Dipalu oleh Si Anak Muda Hadir Tuan Puan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira. Bismilahhirahmanirahim... Yang Berbahagia _____________________________________ (____________________________________ ) Yang Berusaha En. Kholib bin Abdul Hamid. Guru besar Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga Yang Dihormati Tn Hj Rodi b Ahmad

Upload: nur-laili-hj-ali

Post on 26-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

emcee

TRANSCRIPT

BilAGENDATEKS

1.Ketibaan para jemputan dan ibu bapaMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia ____________________________________

( ___________________________________)dengan diiringi Tn Hj Razi b Ahmad(Yang Dipertua PIBG), En. Kholib bin Abd Hamid (Guru Besar), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga

2.Nyanyian Lagu NegarakuSidang Hadirin yang dihormati,Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnyamenyayikan lagu Negaraku.Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

3.Kata Alu-aluan Pengacara MajlisKompang Bergema Pusaka BangsaDipalu oleh Si Anak MudaHadir Tuan Puan meriah suasanaKami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berbahagia _____________________________________ (____________________________________)

Yang Berusaha En. Kholib bin Abdul Hamid. Guru besar Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga

Yang Dihormati Tn Hj Rodi b AhmadYang Dipertua PIBG SK Simpang Tiga

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalianAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-____ tahun 2015 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Simpang Tiga, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berbahagia

______________________________________ kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

4.Bacaan DoaBagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Azmir Helmi b Abd Halim. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Azmir Helmi bin Abd Halim atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

5.Ucapan Alu-aluan oleh Guru BesarSeterusnya, majlis menjemput En. Kholib b Abd Hamid, Guru Besar SK Simpang Tiga untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Kholib b Abd Hamid atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6.Ucapan Perasmian Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia ____________________________,

(___________________________________) dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Simpang Tiga kali ke _____ bagi tahun 2015.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB

_____________________________________

atas ucapan dan perasmian itu tadi.

7.Majlis Penyampaian Cenderahati Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia

___________________________________

Untuk itu, majlis menjemput Tn Hj Radi bin , dengan diiringi En. Kholib b Abd Hamid untuk menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Tn. Hj Razi b Ahmad atas penyampaian cenderahati Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan.

Terima kasih diucapkan.

8.Majlis PenutupDengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK Batang Kali, kali ke- ___ bagi tahun 2015.

Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Simpang Tiga, merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBerbahagia _________________________atas kesudian meluangkan masa pada petang ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-____. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan sidang hadirin sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Seterusnya, majlis menjemput Encik Kholib b ABd Hamid Guru besar Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga bagi menjemput dan mengiringi Yang berbahagia ____________________________________ untuk menjamu selera di Bilik Kemahiran Hidup, ibu bapa sidang hadirin bolehlah menjamu selera di dewan ini.