teks pengacara perkhemahan puteri islam 2013

11
PERKHEMAHAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1 201 3 DISEDIAKAN OLEH : PN WAN ILYANI YUSRINA BT DATO’ WAN MUSTAMA BIL AGENDA TEKS 1. Ketibaan Tetamu Khas Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia _____________________ Wakil Tn. Pegawai Pelajaran Daerah Seremban diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan dan Kem Komandan ke tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri. 2. Bacaan Asma- Ul Husna, Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi Pergerakan Puteri Islam Bagi memulakan majlis kita pada pagi yang berbahagia ini , marilah sama-sama kita mengalunkan bacaan suci Asma Ul- Husna seterusnya lagu Negaraku dan lagu Pergerakan Puteri Islam dengan iringan muzik. Semua hadirin dipersilakan duduk. 3. Bacaan doa. Warga Dewan yang mulia, Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan. 1

Upload: yusrina-mustama

Post on 30-Jun-2015

5.336 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013

PERKHEMAHAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1

2013

DISEDIAKAN OLEH : PN WAN ILYANI YUSRINA BT DATO’ WAN MUSTAMA

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan

Tetamu Khas

Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia

_____________________ Wakil Tn. Pegawai Pelajaran

Daerah Seremban diiringi Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Jijan dan Kem Komandan ke tempat

duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

2. Bacaan Asma-

Ul Husna,

Lagu

Negaraku dan

Lagu Rasmi

Pergerakan

Puteri Islam

Bagi memulakan majlis kita pada pagi yang

berbahagia ini , marilah sama-sama kita

mengalunkan bacaan suci Asma Ul- Husna seterusnya

lagu Negaraku dan lagu Pergerakan Puteri Islam

dengan iringan muzik.

Semua hadirin dipersilakan duduk.

3. Bacaan doa. Warga Dewan yang mulia,

Menadah tangan tanda kerendahan,

Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,

Doa dipohon penuh pengharapan,

Agar Majlis mendapat keberkatan.

Untuk itu, dengan sukacitanya dijemput Al-Fadhil

Ustaz Mohd Rusydan bin Osman untuk mengetuai

bacaan doa. Dipersilakan.

1

Page 2: TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013

PERKHEMAHAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1

2013

Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis

merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan

doa sebentar tadi.

4. Ucapan Aluan

Pengerusi

Majlis

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam

Satu Malaysia.

Yang Berbahagia Tn. _____________________________,

Pegawai pelajaran Daerah Seremban,

Yang Berusaha Pn. Faridah bt Salleh, Guru Penolong

Kanan SK Jijan selaku wakil Pengerusi Program

Perkhemahan Tahunan Pergerakan Puteri Islam

Sekolah Rendah Peringkat Daerah Seremban 1 2013

Yang Dihormati Pn. Bahiyah bt Mansor selaku

Juruteknik Pergerakan Puteri Islam Peringkat daerah

Seremban merangkap Setiausaha Agung kehormat

Pergerakan Puteri Islam Peringkat daerah Seremban,

Yang Dihormati Pn. Rafidah bt Ayob selaku Pengetua

2

Page 3: TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013

PERKHEMAHAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1

2013

Kem Biro Tatanegara Kuarters KLIA,

Yang berusaha Pn. Nurul huda bt Zainal Abidin,

Kem Komandan Perkhemahan Tahunan Pergerakan

Puteri Islam Sekolah Rendah Peringkat Daerah

Seremban 1 2013,

Para Fasilitator dan Guru Penasihat Pergerakan Puteri

Islam Sekolah Rendah Peringkat Daerah Seremban 1,

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Tahunan

Pergerakan Puteri Islam Sekolah Rendah Peringkat

Daerah Seremban 1,

Seterusnya Puteri-Puteri yang dikasihi Allah sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana

dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama

berkumpul dalam Majlis Penutupan Perkhemahan

Tahunan Pergerakan Puteri Islam Sekolah rendah

Peringkat Daerah Seremban 1 yang telah

berlangsung bermula 11 mac hingga 13 Mac 2013.

Saya selaku wakil AJK Pelaksana Perkhemahan

Tahunan Pergerakan Puteri Islam Sekolah Rendah

Peringkat Daerah Seremban 1 mengalu-alukan

3

Page 4: TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013

PERKHEMAHAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1

2013

kedatangan yang Berbahagia Tn. _________________

Pegawai pelajaran Daerah Seremban dan semua

hadirin ke majlis kita pada pagi yang cukup

berbahagia ini.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian,

Antara objektif Perkhemahan Tahunan Pergerakan

Puteri Islam Sekolah Rendah Peringkat Daerah

Seremban 1 2013 pada kali ini diadakan adalah untuk

meningkatkan disiplin dan motivasi di kalangan Ahli

pergerakan Puteri Islam ke arah kecemerlangan diri

setiap individu di samping dapat membentuk murid

agar mempunyai jati diri, bersahsiah dan

berperawakan yang menarik. Program ini juga dapat

meningkatkan kemahiran bersosial seterusnya

memupuk semangat perpaduan di kalangan semua

ahli .

5. Ucapan

Pengerusi

(Guru Besar

SK Jijan)

Hadirin sekalian,

Majlis Penutupan pada kali ini dimulakan dengan

ucapan daripada Yang Berbahagia Pn. Faridah bt

Salleh, Guru Penolong Kanan SK Jijan selaku wakil

Pengerusi Program Perkhemahan Tahunan

Pergerakan Puteri Islam Sekolah Rendah Peringkat

Daerah Seremban 1 2013. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

4

Page 5: TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013

PERKHEMAHAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1

2013

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Faridah Bt

Salleh atas ucapan beliau sebentar tadi.

6. Ucapan

Perasmi PPD

Seremban

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara senyum tertawa;

Kata azimat simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa.

Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar

ucapan perasmian penutupan yang akan disampaikan

oleh Yang Berbahagia Tn.

____________________________, Pegawai pelajaran

Daerah Seremban.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

Yang Berbahagia Tn. ________________ atas

ucapan beliau sebentar tadi.

7.

Penyampaian

Hadiah dan

cenderamata

Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu

penyampaian hadiah dan cenderamata kepada

puteri-puteri Islam yang telah bertungkus lumus

menjalani pelbagai pertandingan sepanjang

perkhemahan 3 hari 2 malam di Kem Biro Tatanegara

5

Page 6: TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013

PERKHEMAHAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1

2013

Kuarters KLIA ini.

Buat pengetahuan hadirin sekalian,terdapat 3

pertandingan utama yang telah diadakan sepanjang

perkhemahan ini berlangsung iaitu Pertandingan

Memasak, Pertandingan Mencipta Kraftangan Kitar

Semula dan Pertandingan Pertolongan Cemas. Selain

itu, bagi kategori individu telah diadakan

Pertandingan Buku Log Terbaik, Anugerah Peserta

kerohanian Terbaik dan Anugerah Peserta Terbaik

Keseluruhan.

Oleh itu dipersilakan Yang Berbahagia

________________ Tuan Pegawai Pelajaran Daerah

Seremban dengan diiringi oleh Pn. Faridah bt Salleh

untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

RUJUK SENARAI NAMA PEMENANG

PERTANDINGAN

8. Penyampaian

sijil kepada

Seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan

kepada Ahli Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan

Pergerakan Puteri Islam Sekolah Rendah Peringkat

Daerah Seremban . Oleh itu, dijmeput Pn. Nurul Huda

untuk menerima sijil penghargaan tersebut.

6

Page 7: TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013

PERKHEMAHAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1

2013

9. Penyampaian

cenderahati

kepada

tetamu khas

(4 orang )

Seterusnya ialah penyampaian cenderahati kepada

para tetamu khas.

1. Oleh itu, dijemput Pn. Bahiyah bt Mansor

selaku Juruteknik Pergerakan Puteri Islam

Peringkat daerah Seremban merangkap

Setiausaha Agung kehormat Pergerakan Puteri

Islam Peringkat daerah Seremban.

2. Seterusnya, di jemput En. Shani bin Nani,

Jurulatih kawat Kem Biro Tatanegara Kuarters

KLIA,

3. Seterusnya, dijemput Pn. Rafidah bt Ayob

selaku Pengetua Kem Biro Tatanegara Kuarters

KLIA.

4. Seterusnya ialah cenderahati kepada

dipersilakan Tn. ____________________ pegawai

Pelajaran Daerah Seremban.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nurul Huda

bt Zainal Abidin selaku Kem Komandan

Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam Sekolah

Rendah Peringkat Daerah Seremban 1 atas

7

Page 8: TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013

PERKHEMAHAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1

2013

kesudian beliau menyampaikan cenderahati

sebentar tadi.

10. Kata Penutup

dan Jamuan

Oleh itu, maka berakhirlah majlis perasmian kita pada

hari ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga

diucapkan kepada Yang Berbahagia

_______________________ untuk meluangkan masa

menghadiri majlis kita pada hari ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

juga ditujukan kepada Pn. Bahiyah bt Mansor selaku

Juruteknik Pergerakan Puteri Islam Peringkat daerah

Seremban merangkap Setiausaha Agung kehormat

Pergerakan Puteri Islam Peringkat daerah Seremban,

Terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Rafidah bt

Ayob selaku Pengetua Kem Biro Tatanegara Kuarters

KLIA atas kesudian beliau membenarkan kita

mengadakan program di sini,

Para fasilitator dan guru penasihat Pergerakan Puteri

Islam Sekolah Rendah Peringkat Daerah Seremban 1

serta Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Tahunan

Pergerakan Puteri Islam Sekolah Rendah Peringkat

8

Page 9: TEKS PENGACARA PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM 2013

PERKHEMAHAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1

2013

Daerah Seremban 1 2013,

serta mereka yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Merdu bertingkah alunan suara,

Kadang tak sedar tersilap kata,

Andai terlanjur patah bicara,

Serendah hati kemaafan dipinta.

Kalau tuan pikat cemara,

Buatlah bara bakar selasih;

Sudilah tuan jamu selera,

Hidangan mesra pengikat kasih.

Majlis dengan ini menjemput para jemputan khas ke

dewan Makan untuk menjamu selera.

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci

wabillah.....wassalamualaikum w.b.t.

9