teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah

5
TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA PERSARAAN PUAN HJH MISKIAH Petang yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis “_____________________________________________________________________________” sempena persaraan Puan Hjh Miskiah Rais PK Hem SKTD,. BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T Yang Berusaha En Badrol Hasni B Abdullah Sani. Yang Berusaha Pn Hjh Shamsul Mardziyah Ramli Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Dihormati Pn Hjh Norihani Abdullah Yang Diraikan Puan Hjh Miskiah Rais PK Hem SKTD Seterusnya, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Majlis “________________________________________________________________________” sempena persaraan , Puan Hjh Miskiah Rais PK Hem SKTD Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz____________________________________________________________________________. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz ___________________atas bacaan doa itu tadi. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang

Upload: ahmad-khusyairi

Post on 21-Jan-2018

418 views

Category:

Education


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah

TEKS PENGACARA MAJLIS

SEMPENA PERSARAAN PUAN HJH MISKIAH

Petang yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis “_____________________________________________________________________________”

sempena persaraan Puan Hjh Miskiah Rais PK Hem SKTD,. BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha En Badrol Hasni B Abdullah Sani.

Yang Berusaha Pn Hjh Shamsul Mardziyah Ramli Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Dihormati Pn Hjh Norihani Abdullah

Yang Diraikan Puan Hjh Miskiah Rais PK Hem SKTD Seterusnya, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke : Majlis “________________________________________________________________________”

sempena persaraan , Puan Hjh Miskiah Rais PK Hem SKTD

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:

Ustaz____________________________________________________________________________. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz ___________________atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang

Page 2: Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang Diraikan Puan Hjh Miskiah Rais sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir

sebagai PK Hem SKTD

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru En.___________________________, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ___________________________________________________, atas

ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Berusaha ___________________________________________untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha _______________________________________atas

ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan

Buah mengkudu buah bidara Mari disimpan didalam dulang

Hari ini tuan genap bersara Jasa baik tuan tetap dikenang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan Hjh

Miskiah Rais PK Hem SKTD. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hjh Miskiah Rais PK Hem SKTD atas ucapan itu tadi.

Page 3: Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah

Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan

kepada_______________________________________,untuk mengiringi Yang Diraikan _________________________________________untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai ke destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan ___________________________kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan

kami semua mendoakan agar Yang Diraikan ___________________________bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis” ini.

Page 4: Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah

Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan ___________

Assalamualaikum pembuka bicara Madah disusun mengungkap rasa

Suasana suram senja yang hiba Bagai mengerti gelodak jiwa

Kak Mis panggilan mesra

Guru veteran yang banyak berjasa Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma

Tiga dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia Menjalankan tugas dengan setia

Menabur bakti mencurah jasa Tak terbalas dek pelajar semua

Kini sudah tibanya masa

Berundur Kak Mis kerana bersara Hilanglah permata yang berharga

Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari patah tumbuh hilang berganti namun tak sama guru yang ini Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selamanya Jasamu cikgu tak mungkin dilupa Pemergianmu cikgu kami redha Sudah suratan berpisah akhirnya

Sampai di sini seloka kami

Tidak berakhir hubungan ini Silaturahim terus terpatri

Biarpun Kak Mis tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta Andai pernah mengusik rasa Jenguklah kami sekali sekala Andai rindu datang menjelma

Semoga cikgu Miskiah sihat sejahtera

Menyusuri hari-hari yang ceria Di samping beribadat pada yang Esa

Moga dilindungi Allah sentiasa.

Page 5: Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai

ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.