teks pelantikan pengawas

2
Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian watikah pelatikan pengawas bagi Sesi Persekolahan 2015. Bagi menyempurnakan majlis, dipersilakan Pn. Hjh. Kaniah Bt Mohamad mengiringi Mejar Eliyana binti Bahaman ke pentas untuk menyampaikan watikah. Kalam tulisan indah seninya, Halus buatan sutera Andalus, Pengawas melangkah penuh bergaya, Dedikasi dijiwa tersemat tulus, Mendahului senarai penerima watikah pelantikan pengawas baharu sesi persekolahan 2015 pada hari ini ialah Pengawas Disiplin Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1. Dengan itu majlis mempersilakan.... LIHAT SENARAI NAMA PENGAWAS DISIPLIN Seterusnya adalah penyampaian watikah pelantikan bagi Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Untuk itu majlis mempersilakan..... 1. LOQMAN AL-HAKIM BIN SAMSYAWAL 2. NUR ALYAA SHAHIRAH BINTI NOR AZMI 3. KYRA IRENA BINTI MOHD ZAMRI 4. MUHAMMAD SYAFIQ BIN MUHD SANI Majlis diteruskan lagi dengan acara pemakaian blazer dan penyampaian watikah pelantikan bagi Ketua dan Penolong Ketua Pengawas Unit Disiplin, Pusat Sumber Sekolah(PSS) dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Untuk itu dipersilakan Ketua Pengawas Disiplin Muhammad Fikri bin Meran

Upload: brian-harrison

Post on 04-Jan-2016

72 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

F

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS PELANTIKAN PENGAWAS

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian watikah pelatikan pengawas bagi Sesi Persekolahan 2015.

Bagi menyempurnakan majlis, dipersilakan Pn. Hjh. Kaniah Bt Mohamad mengiringi Mejar Eliyana binti Bahaman ke pentas untuk menyampaikan watikah.

Kalam tulisan indah seninya,Halus buatan sutera Andalus,Pengawas melangkah penuh bergaya,Dedikasi dijiwa tersemat tulus,

Mendahului senarai penerima watikah pelantikan pengawas baharu sesi persekolahan 2015 pada hari ini ialah Pengawas Disiplin Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1. Dengan itu majlis mempersilakan....

LIHAT SENARAI NAMA PENGAWAS DISIPLIN

Seterusnya adalah penyampaian watikah pelantikan bagi Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Untuk itu majlis mempersilakan.....

1. LOQMAN AL-HAKIM BIN SAMSYAWAL2. NUR ALYAA SHAHIRAH BINTI NOR AZMI3. KYRA IRENA BINTI MOHD ZAMRI4. MUHAMMAD SYAFIQ BIN MUHD SANI

Majlis diteruskan lagi dengan acara pemakaian blazer dan penyampaian watikah pelantikan bagi Ketua dan Penolong Ketua Pengawas Unit Disiplin, Pusat Sumber Sekolah(PSS) dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Untuk itu dipersilakan Ketua Pengawas Disiplin Muhammad Fikri bin Meran

dan Penolong Ketua Pengawas Disiplin Nur Fareen Hidayah binti Muhammad Fuad

Seterusnya, dipersilakan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah Muhammad Fahmi Irfan bin Muhammad Fuad

dan Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah Norfadzliana Ilyani binti Zainudin

Page 2: TEKS PELANTIKAN PENGAWAS

Dipersilakan Ketua Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks Nurul Izzati Syauqina binti Azman

dan Penolong Ketua Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks Nurul Ain Izzati binti Ismail

Seterusnya, dijemput Ketua Pengawas Disiplin, PSS dan SPBT ke meja untuk sesi menanda tangani surat AKU JANJI. Dengan itu dijemput Mejar Eliyana binti Bahaman bersama-sama ke meja sebagai saksi.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyempurnaan acara itu tadi.

Diminta ketua-ketua pengawas mengambil tempat masing-masing.

Seterusnya mari kita dengar lafaz ikrar oleh barisan pengawas yang akan diketuai oleh Adik Muhammad Fikri Bin Meran selaku Ketua Murid Sek Kebangsaan Kem Terendak 1. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan tahniah kepada semua pengawas yang dilantik. Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas dalam melaksana tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.