teks mc sambutan maulidur rasul skrt 2015

7
1 SKRIP PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SK RIMBA TERJUN 2015 (NUR JANNATUL NAIMAH BINTI ZAINALABIDIN) Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Haji Md Sham bin Hamzan masuk ke perkarangan himpunan. Hadirin dipersilakan berdiri. - Hadirin mengambil tempat - Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillahi rabiil alamin, wassolatu wassalamu ala ashrafil anbiai walmursalin waala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Haji Md Sham bin Hamzan, Penceramah Jemputan Yang Berbahagia Ketua Wanita UMNO, Pn. Jumatunnisak binti Haji Awang Ketua Kampung Mukim 8, Encik Shafiee bin Md Yusof Ketua Kampung Kawasan 5, Encik Daud bin Sanusi Mantan Guru Besar SK Rimba Terjun, Tuan Haji Ngadiman Hashim

Upload: snexon-jajan-maria

Post on 28-Sep-2015

246 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Assalamualaikum.. Feel free to download.. Selamat memanfaatkan perkongsian ini...

TRANSCRIPT

  • 1

    SKRIP PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

    SK RIMBA TERJUN 2015

    (NUR JANNATUL NAIMAH BINTI ZAINALABIDIN)

    Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Haji Md Sham bin Hamzan

    masuk ke perkarangan himpunan. Hadirin dipersilakan berdiri.

    - Hadirin mengambil tempat -

    Bismillahirrahmanirrahim...

    Alhamdulillahi rabiil alamin, wassolatu wassalamu ala ashrafil anbiai walmursalin waala

    alihi wasohbihi ajmain.

    Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

    Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Haji Md Sham bin Hamzan,

    Penceramah Jemputan

    Yang Berbahagia Ketua Wanita UMNO,

    Pn. Jumatunnisak binti Haji Awang

    Ketua Kampung Mukim 8,

    Encik Shafiee bin Md Yusof

    Ketua Kampung Kawasan 5,

    Encik Daud bin Sanusi

    Mantan Guru Besar SK Rimba Terjun,

    Tuan Haji Ngadiman Hashim

  • 2

    Wakil PIBG SK Rimba Terjun,

    Puan Zabidah binti Osman

    Yang Berusaha Puan Hajah Rahimah binti Roslan,

    Tuan Guru Besar SK Rimba Terjun

    Yang Dihormati Puan Kamilah binti Md Ali,

    Guru Penolong Kanan 1

    Yang Dihormati Puan Saluhah binti Abas,

    Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

    Yang Dihormati Puan Noriah binti Che Mat,

    Guru Penolong Kanan Kokurikulum

    Guru-guru dan Ibu Bapa,

    Serta anak didik yang dimuliakan.

    Allah jua yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah izinNya kita diberi

    kesempatan bersama-sama berhimpun dalam perhimpunan pada pagi yang hening ini.

    Dan tiada yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan terima kasih yang

    tulus ikhlas buat Tuan Penceramah dan ibu bapa serta guru-guru atas kesudian hadir

    ke majlis ini, Majlis Sambutan Maulidur Rasul SK Rimba Terjun bagi tahun 2015.

    Buat pengetahuan, sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan

    kasih kita kepada junjungan mulia, Rasulullah S.A.W. dan menzahirkan syiar Islam di

    samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah

    dan masyarakat umumnya.

    Hadirin yang dihormati,

  • 3

    Kepada Allah kita rafikkan,

    Redhalah insan kepada tuhan;

    Berkatlah majlis kita aminkan,

    Biarlah lancar kita usahakan.

    Untuk itu, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Izuddin bin Abdul Aziz

    untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

    - Bacaan Doa -

    Amin amin ya rabbal alamin. Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

    Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

    Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci Al Quran yang akan

    disampaikan oleh adik M. Raqib bin Zainal dan terjemahan oleh adik Zulazri bin Jalal.

    Majlis mempersilakan.

    - Bacaan Ayat Al Quran -

    Terima kasih diucapkan kepada Qari kita atas bacaan ayat suci Al Quran sebentar tadi.

    Bagi meneruskan majlis dengan mempersilakan adik Md. Norikmal bin Uyub dan Al

    Fadhil Ustaz Izudin bin Abd Aziz untuk menyampaikan bacaan berzanji diikuti

    marhaban dan selawat. Untuk itu, diminta murid-murid Tahun 6 untuk turut naik sama

    ke pentas. Dipersilakan.

    - Bacaan Berzanji -

  • 4

    Terima kasih diucapkan atas alunan marhaban dan berzanji sebentar tadi.

    Baiklah, kini kita akan teruskan lagi majlis dengan persembahan nasyid Tahun 6 Arif

    dengan nasyidnya.

    - Nasyid 6 Arif -

    Terima kasih diucapkan kepada murid 6 Arif atas persembahan tadi.

    Dari Anas R.A. katanya Nabi Muhammad S..A.W pernah bersabda : Tidak sempurna

    iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu bapanya,

    anaknya dan manusia umumnya.

    Baiklah, bagi menambah nilai cinta kita kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W.,

    mari sama-sama kita dengar kisah-kisah dari Al Quran yang akan disampaikan oleh

    adik Eliya Mastura binti Zolkefli. Dipersilakan.

    - Kisah-kisah Al Quran -

    Terima kasih diucapkan kepada adik Eliya atas kisah-kisah Al Quran itu tadi.

    Kini kita saksikan pula persembahan nasyid oleh murid tahun 5 Bestari. Dipersilakan.

    - Nasyid 5 Bestari -

    Terima kasih adik-adik 5 Bestari.

  • 5

    Hadirin sekalian,

    Padi huma pindah ke bendang ,

    Tampi-tampikan hampa dan sisa;

    Usah lama juadah terhidang,

    Sudi-sudikan menjamah rasa.

    Kita tangguh sebentar majlis ini dengan acara jamuan makan berdulang. Dipersilakan

    Yang Berbahagia serta hadirin sekalian menikmati hidangan yang disediakan di kantin

    sekolah. Kita akan sambung semula majlis ini sekitar __________ lagi. Dipersilakan.

    - Jamuan -

    Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, kenyang sudah kita sama-sama nikmati

    hidangan nasi beriyani tadi bersama sambil erat ukhuwah makan berdulang.

    Hadirin sekalian,

    Bila terlintas di benar fikir, pasti itu hendak disampai, ada tujuan ada mandat.

    Membuka persada ucapan, majlis ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha

    Puan Hajah Rahimah binti Roslan, Tuan Guru Besar SK Rimba Terjun untuk tampil

    menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

    - Ucapan Tuan Guru Besar -

    Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan oleh Tuan Guru Besar sebentar

    tadi.

    Warga dewan yang dirahmati sekalian,

  • 6

    Kini, mari kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati agar ilmu yang

    bakal disampaikan dapat kita hayati dan manfaatkan bersama. Sebelum itu, sedikit

    saya bingkiskan asal Tuan Penceramah kita hari ini. Buat makluman, Al Fadhil Ustaz

    Haji Md Sham bin Hamzan merupakan guru Bahasa Arab di SK Seri Bugis. Untuk itu,

    majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Al Fadhil Ustaz Haji Md

    Sham bin Hamzan untuk menyampaikan ceramahnya. Majlis dengan segala hormatnya

    mempersilakan.

    - Ceramah -

    Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Hj Md Sham bin

    Hamzan atas ceramah sebentar tadi. Pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan

    pengajaran jua teladan, indah sungguh bicara kata, jadi iktibar pada semua.

    Di kesempatan ini juga, pihak majlis berbesar hati memberikan sedikit cenderamata

    sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah atas kesudian

    menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat SKRT bagi tahun 2015 ini.

    Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Rimba Terjun

    diiringi Al Fadhil Ustaz Izudin untuk naik ke persada pentas bagi menyampaikan

    cenderamata. Dijemput Tuan Penceramah untuk menerima sedikit cenderamata.

    Dipersilakan.

    - Penyampaian Cenderamata Penceramah -

    Mohon Tuan Guru Besar untuk kekal di atas pentas sebentar bagi penyampaian

    cenderamata persembahan dan hadiah pertandingan.

    Hadirin dan hadirat,

  • 7

    Sebagai ucapan terima kasih atas persembahan bagi majlis hari ini, dengan ini majlis

    mempersilakan wakil bagi setiap persembahan untuk tampil naik ke pentas bagi

    menerima sedikit cenderamata.

    Penerima Cenderamata Persembahan:

    1. 6 Arif

    2. 5 Bestari

    3. Eliya Mastura (Kisah Al Quran)

    Untuk makluman kita telahpun mengadakan satu pertandingan pakaian busana

    Muslimah sempena sambutan Maulidur Rasul ini. Pemenang bagi pertandingan ini jatuh

    kepada :

    Kategori L: Mohd Nor Ikmal Uyob

    Kategori P: Yassirah Qawwim binti Norman

    Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar SKRT dan Ustaz

    Izzudin atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

    Bismillahirrahmanirrahim...

    Ya Allah, restui dan berkati junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. sebagai hamba,

    Nabi dan RasulMu. Berkatilah keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah baginda

    selama-lamanya. Kami pohonkan sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui olehMu

    atau sebanyak perkara yang ditulis kalamMu dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab

    suciMu, moga cinta kami makin hari makin bertambah buat Rasulullah S.A.W. Amin Ya

    Rabbal Alamin.

    Ringan mulut bermadah maaf andai ada salah pada lidah, ada kurang pada kendali,

    ada pincang dan rancu pada majlis. Akhir kalam, kita akhiri majlis ini dengan tasbih

    kifarah dan surah Al Asr. Majlis kita sampai ke noktahnya. Assalammualaikum w.b.t.