teks majlis perasmian

Upload: iera-rahim

Post on 09-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teks Majlis

TRANSCRIPT

TEKS MAJLIS PERASMIAN DAN PENANGGUHAN HARI KOKURIKULUM SMJK TIONG HUA TAHUN 2015

ACARATEKSTINDAKAN

Ketibaan tetamu jemputan

Mengumumkan ketibaan Cik Huang Lee Yung, pengetua SMJK Tiong Hua, barisan pentadbir dan guru-guru.

Ucapan Aluan emceeYang Berusaha Cik Huang Lee Yung, Pengetua SMJK Tiong Hua, En. Goh Hui Hun, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Annie Chin Hoi Fung, Penolong Kanan HEM, Ustaz Abdul Rauf Abdul Aziz, Penolong Kanan Kokurikulum, En Fakrul Kushairi Mohammad, Penyelia Menengah Rendah, Puan Hairiah Nurdin, Penyelaras Hari Kokurikulum SMJK Tiong Hua bagi tahun 2015 guru-guru serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Nyanyian LaguMajlis kita pada hari ini dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu:

1. Lagu Negaraku

2. Sabah Tanah Airku

3. Lagu Sekolah

Hadirin dimohon berdiri untuk menyanyikannya bersama-sama.

( Nyanyian 3 buah lagu)

Puan pengetua, guru-guru dan para pelajar dipersilakan duduk.

Ucapan

Alu-aluan

(Penyelaras Program)Seterusnya, majlis mempersilakan Puan hairiah Nurdin selaku Penyelaras Hari Kokurikulum SMJK Tiong Hua bagi tahun 2015.

Majlis mempersilakan.

( Ucapan Alu-aluan Penyelaras)Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hairiah Nurdin atas ucapan beliau itu tadi.

Ucapan Perasmian PengetuaSeterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cik Huang Lee Yung, Pengetua SMJK Tiong Hua untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Perasmian dan Penangguhan Hari Kokurikulum SMJK Tiong Hua bagi tahun 2015.

Majlis mempersilakan.

( Ucapan Perasmian Pengetua)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Huang Lee Yung atas ucapan beliau itu tadi.

*Maka dengan ucapan itu tadi, rasmilah sudah Majlis Perasmian dan Penangguhan Hari Kokurikulum SMJK Tiong Hua bagi tahun 2015.

Penyampaian Cenderahati HakimTanpa membuang masa lagi, majlis kita teruskan dengan acara Penyampaian cenderahati kepada para hakim Pertandingan Kawad Kaki .

Bagi menyempurnakan acara, dipersilakan Cik Huang Lee Yung, Pengetua SMJK Tiong Hua dengan diiringi oleh Pn. Roziah Din untuk menyampaikan cenderamata kepada para hakim.

Untuk itu dipersilakan :

Hakim pertama : EN. MOHD FIKRI MOHD JUNOH

Hakim Kedua : EN. RUSMAN SYAMSUDDINHakim Ketiga : EN. PANG YUN KEN

Hakim Keempat : EN. SARATUDDIN NAJATerima kasih diucapkan kepada Cik Huang Lee Yung dan Puan Roziah Din atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada para hakim.

Penyampaian Hadiah

1) MewarnaKini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan pada hari ini.

Tanpa membuang masa lagi, dijemput Ustaz Abdul Rauf Abd Aziz dengan diiringi oleh En. Mohd Fikri Mohd Junoh untuk menyampaikan hadiah.

Bagi Pertandingan Mewarna Poster Kategori Kanak-kanak :

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Bagi Pertandingan Mewarna Poster Kategori Men Rendah :

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Bagi Pertandingan Mewarna Poster Kategori Men Atas :

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Terima kasih diucapkan kepada Ust. Abdul Rauf Abdul aziz dan En. Mohd Fikri Mohd Junoh atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, dipersilakan, Puan Annie Chin Hoi Fung dengan diiringi Dr. Lo Kim Seng untuk menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Sukan dan Permainan yang diadakan pada hari ini.

Bagi Pertandingan Futsal :

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Bagi Pertandingan Bola Jaring :

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Bagi Pertandingan Bola Tampar kategori Lelaki :

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Bagi Pertandingan Bola Tampar kategori Perempuan:

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Terima kasih diucapkan kepada Puan Annie Chin Hoi Fung dan Dr. Lo Kim Seng atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, dipersilakan, En. Goh Wui Hon dengan diiringi En. Fakhrul Khusairi Mohamad untuk menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Sukan dan Permainan yang seterusnya.

Bagi Pertandingan Bola Keranjang kategori Lelaki :

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Bagi Pertandingan Bola Keranjang kategori Perempuan:

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Bagi Pertandingan Lompat Tali Perempuan ( kategori Men Rendah):

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Bagi Pertandingan Lompat Tali Perempuan ( kategori Men Atas):

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Bagi Pertandingan Lompat Tali Lelaki ( kategori Men Rendah):

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Bagi Pertandingan Lompat Tali Perempuan ( kategori Men Atas):

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Terima kasih diucapkan kepada En. Goh Wui Hon dan En. Fakhrul Khusairi Mohamad atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Pertandingan Pameran dan Kawad KakiKita teruskan acara dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Pameran dan Kawad Kaki.

Bagi menyempurnakan acara, sekali lagi dipersilakan Cik Huang Lee Yung dengan diiringi Pn. Hairiah Nurdin untuk menyampaikan hadiah.

Bagi Pertandingan Pameran Unit Beruniform :

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Bagi Pertandingan Pameran Kelab dan Persatuan :

Tempat Ketiga:

Naib Johan:

Johan:

Bagi Pertandingan Kawad Kaki :

Tempat Ketiga: KADET REMAJA SEKOLAH ( 210 )

Naib Johan: KADET POLIS (217)

Johan: BOYS BRIGADE (220 )

Ketua Platun Terbaik : MOHD AZMAN NORDIN (Kadet Polis)

Terima kasih diucapkan kepada Cik Huang Lee Yung dan Pn. Hairiah Nurdin atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah sudah Hari Kokurikulum SMJK Tiong Hua bagi tahun 2015.

Bagi pihak jawatankuasa program, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Mohon maaf andai ada kekurangan sepanjang acara berlangsung. Jumpa lagi di tahun hadapan.

Sekian wabiillahi taufik wal hidayah assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

6