teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan

18
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN PENGENALAN Maksud haiwan kesayangan ialah haiwan yang dipelihara dan dijaga oleh manusia kerana naluri kasih sayang dan suka kepada binatang. Haiwan yang menjadi pilihan akan dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang serta dianggap sebahagian daripada ahli keluarga. Tujuan pemeliharaan haiwan kesayangan adalah fungsinya berbeza dengan binatang yang dibela untuk tujuan ternakan, kajian atau haiwan yang dilatih dalam acara sukan seperti kuda. Haiwan peliharaan di rumah bukan dibela untuk tujuan ekonomi sebaliknya bersifat riadah dan terapi diri. Kaji selidik yang dikendalikan di Amerika Syarikat (AS) mendapati 63 peratus atau 71.1 juta orang daripada isi rumah di negara itu memiliki haiwan peliharaan. Kajian menunjukkan hobi memelihara haiwan dapat mengurangkan tekanan. Hobi membawa binatang peliharaan seperti anjing berjalan-jalan setiap petang juga mampu merapatkan interaksi sosial selain beroleh faedah dari aspek kesihatan bagi penjaga dan binatang kesayangan. Haiwan comel seperti kucing, arnab dan pelbagai spesies burung misalnya menarik perhatian siapa saja. Tidak hairanlah acara yang membabitkan haiwan peliharaan seperti ekspo, pertunjukan dan pertandingan haiwan paling comel sering mendapat sambutan terutama dari kalangan pencinta haiwan. Lebih banyak syarikat yang terbabit dalam industri haiwan peliharaan sebagai contoh dalam penyertaan Pertunjukan Pet World 2009 dengan kadar penyertaan melonjak lebih 50 peratus. Sambutan hangat ini menjadi petanda pasaran haiwan peliharaan di Malaysia berpotensi besar untuk berkembang dan yang penting, pengunjung dapat melihat lebih banyak spesies haiwan peliharaan kali ini. Haiwan kesayangan boleh dijadikan sebagai teman yang menyeronokkan. Malah kepuasan yang dikecapi melalui ikatan yang terjalin diantara pemilik dan binatan kesayangan merupakan sebab mengapa ramai orang memiliki haiwan kesayangan.

Upload: -fiona-kong-

Post on 16-Nov-2015

93 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

fgdf

TRANSCRIPT

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASANPENGENALANMaksud haiwan kesayangan ialah haiwan yang dipelihara dan dijaga oleh manusia kerana naluri kasih sayang dan suka kepada binatang. Haiwan yang menjadi pilihan akan dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang serta dianggap sebahagian daripada ahli keluarga. Tujuan pemeliharaan haiwan kesayangan adalah fungsinya berbeza dengan binatang yang dibela untuk tujuan ternakan, kajian atau haiwan yang dilatih dalam acara sukan seperti kuda. Haiwan peliharaan di rumah bukan dibela untuk tujuan ekonomi sebaliknya bersifat riadah dan terapi diri. Kaji selidik yang dikendalikan di Amerika Syarikat (AS) mendapati 63 peratus atau 71.1 juta orang daripada isi rumah di negara itu memiliki haiwan peliharaan. Kajian menunjukkan hobi memelihara haiwan dapat mengurangkan tekanan. Hobi membawa binatang peliharaan seperti anjing berjalan-jalan setiap petang juga mampu merapatkan interaksi sosial selain beroleh faedah dari aspek kesihatan bagi penjaga dan binatang kesayangan. Haiwan comel seperti kucing, arnab dan pelbagai spesies burung misalnya menarik perhatian siapa saja. Tidak hairanlah acara yang membabitkan haiwan peliharaan seperti ekspo, pertunjukan dan pertandingan haiwan paling comel sering mendapat sambutan terutama dari kalangan pencinta haiwan. Lebih banyak syarikat yang terbabit dalam industri haiwan peliharaan sebagai contoh dalam penyertaan Pertunjukan Pet World 2009 dengan kadar penyertaan melonjak lebih 50 peratus. Sambutan hangat ini menjadi petanda pasaran haiwan peliharaan di Malaysia berpotensi besar untuk berkembang dan yang penting, pengunjung dapat melihat lebih banyak spesies haiwan peliharaan kali ini.Haiwan kesayangan boleh dijadikan sebagai teman yang menyeronokkan. Malah kepuasan yang dikecapi melalui ikatan yang terjalin diantara pemilik dan binatan kesayangan merupakan sebab mengapa ramai orang memiliki haiwan kesayangan. FAEDAH PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN KEPADA PEMELIHARADari segi Faedah

Fisiologi Dapat meningkatkan kecerdasan dan kesihatan pemelihara Dapat menggantikan tenaga manusia melakukan kerja-kerja harian

Psikologi Sebagai penawar kepada sesetengah kesihatan manusia Menurut "Society for Companion Animal Studies", pesakit akan mudah sembuh atau hidup lebih lama melalui haiwan. Telah dibuktikan bahawa mempunyai haiwan kesayangan pasti akan meringankan beban daripada kes-kes seperti kerosakan fisiologi ataupun psikologi manusia. Melatih pemelihara menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bekeyakinan tinggi. Melatih pemelihara menjadi seorang yang bekeyakinan tinggi.

Sosial Menjadi sahabat yang akrab dan teman yang sejati. Dapat mengelakkan pemelihara daripada berasa kesunyian dan kebosanan. Dapat menambahkan rakan kenalan baru. Dapat berkongsi minat, pandangan dan petua sesama pemelihara yang lain.

Emosi Dapat menghilangkan stress selepas bekerja. Dapat mengawal dan menghindar perasaan yang negatif. Melatih seseorang itu lebih matang serta berjiwa murni yang cintakan alam sekitar dan cintakan binatang. Teman kepada manusia. Memberikan ketenangan kepada pemilik haiwan dan ikan ini juga mengurangkan tekanan. pemeliharaan haiwan kesayangan juga merupakan satu bentuk terapi sosial dan psikologi untuk manusia menghilangkan kesunyian, mengurangkan stress dan mengubat kesedihan. Berpeluang menghayati alam akuatik Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan. Penjagaan dan memelihara ikan hiasan dan haiwan peliharaan mewujudkan sifat kasih sayang dan prihatin terhadap haiwan.

Ciri-ciri istimewa ikan hiasanSetiap ikan hiasan ada ciri-ciri istimewa yang tersendiri. Ciri-ciri istimewa ini membezakan setiap ikan hiasan yang dipelihara . Antara ciri istimewa yang terdapat pada ikan hiasan ialah dari segi warna,saiz,sisik,cara makan dan cara pembiakan .

Bahagian luar ikan hiasan

Bahagian BadanFungsi

Sisik Meliputi keseluruhan badan . Bertindak sebagai pelindung dari musuh , kecederaan dan penyakit

Sirip Membantu ikan bergerak . Terdiri daripada dua jenis iaitu sirip tidak berpasangan seperti sirip ekor, sirip dorsal dan sirip anal manakala sirip berpasangan seperti sirip pektoral dan sirip pelvik. Sirip Tidak Berpasangan berfungsi untuk membantu ikan bergerak lurus . Sirip Berpasangan berfungsi untuk kestabilan , berundur , berpusing dan mengapungkan diri .

Garis Lateral Merupakan bintik-bintik hitam di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Berfungsi membantu mengesan pergerakan objek lain.Ia juga berfungsi sebagai organ deria telinga.

Insang Berfungsi untuk membantu ikan bernafas. Oksigen diserap melalui insang dan seterusnya ke dalam badan ikan.

JENIS-JENIS IKAN HIASANJenis IkanCiri-ciri

ANGLEFISH

Warna - putih keperakan, kebiruan dan berbelang hitamAsal - Amerika SelatanMakanan -makanan rumusan, tumbuhan akuatik,hidupan air yang kecilPembiakan - bertelursaiz maksimum - 15 cm

IKAN PELAGAWarna - biru kehitaman dan kemerahanAsal- ThailandMakanan - semua jenis makanan ikanPembiakan - bertelursaiz maksimum - 6 cm

IKAN KELISAWarna - keemasan,keperakanAsal - Amerika selatanMakanan - semua haiwan yang kecilPembiakan - bertelursaiz maksimum - 100 cm

IKAN EMAS

Warna - keemasan,keputihan,kemerahanAsal - ChinaMakanan - semua jenis makanan ikanPembiakan - bertelursaiz maksimum - 12 cm

IKAN KOIWarna - putih bertompok merah,bertompok hitamAsal - JepunMakanan - semua jenis makanan ikanPembiakan - bertelursaiz maksimum - 25 cm

IKAN GUPPY

Warna - kemerahan,putih keperakan,keemasanAsal- TrinidadPembiakan - bertelursaiz maksimum - 3 cm

HABITAT-HABITAT IKANAir TawarHabitat air tawar terdapat 2, iaitu : air tenang : danau, kolam, rawa atau pasir terapung dan air mengalir : mata air, aliran air (brook-creek) atau sungai.

Air PayauAirpayau(estuarin) adalah dimana air tawar dari sungai bercampur dengan air masin dari laut.

AKUARIUM-KUALITI AIRHuraian

pH air pH air ialah kemasaman air. Diukur dari nilai 1 14. Nilai 1= paling masam atau asidik. Nilai 14= paling alkali. pH air utk akuarium ialah 6.5 hingga 7.5. Kertas litmus digunakan untuk menentukan nilai pH. Nilai pH air perlu dipastikan dari semasa ke semasa bagi mengelakkannya terlalu asidik.

Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26C hingga 27C. Suhu yang terlalu tinggi atau rendah menyebabkan ikan mati.

Bahan beracun Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air ternakan Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara. Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak ememberikan kesan kepada kehidupan ikan keranaianya telah ditukan kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik

Jenis Makanan Ikan HiasanContoh

Makanan Hidup PlanktonCacingUlat rotiJejentik nyamukUdang dan anak ikanSerangga dan sebagainya

Makanan keringMakanan kering adalah makanan yang telah diawet

Makanan Rumusan

Makanan ikan yangtelah diproses dari kilang membuat makanan haiwanContoh: pellet, emping stick dan sebagainya

Makanan basahContoh: Kerang, hati lembusayur-sayuran seperti salad dan bayam

ALAT KELENGKAPAN, BAHAN, DAN CIRI-CIRINYAKOMPONEN UTAMAKEGUNAAN

Akuarium Untuk takungan air sebagai medium kehidupan ikan supaya boleh hidup, berkembang dan membesar. Terdapat dua jenis akuarium iaitu akuarium berbentuk bersegi dan akuarium tidak bersegi.

Penyaring Penyaring under gravel, penyaring atas, penyaring pusat. Menyaring unsur-unsur halus yang tidak dikehendaki di dalam akuarium seperti bakteria, kulat, virus, alga dan lain-lain pathogen.

Penapis Air Diperlukan untuk menapis kekotoran yang terdapat di dalam air akuarium.

Pemanas Untuk menaikkan suhu air agar keadaan air di dalam akuarium sesuai dengan keperluan ikan.

Termometer Mengetahui keadaan suhu air di dalam akuarium.

LAMPU Penerang untuk mencantikkan suasana di dalam akuarium

AKSESORI AKUARIUMKEGUNAAN

PENGUJI pH Untuk mengukur darjah keasidan (pH)air di dalam akuarium

LATAR BELAKANG Penggunaan latar belakang digunakan supaya hiasan dalaman akuarium kelihatan lebih cantik dan menarik

BATU BATAN Batu batan adalah seperti batu karang dan batu berwarna

PAM UDARA Pam udara berfungsi mengepam udara yang mengandungi oksigen dalam air di akuarium. Udara yang ada di dalam air akan mengekalkan suhu air dan membekalkan oksigen yang cukup kepada ikan.

ANTI KLORIN anti-klorin mampu meneutralkan air iaitu menghilangkan klorin yang ada dalam air. klorin ini tidak bagus untuk ikan hidup. Disamping boleh tinggikanpH air, klorin juga boleh menjadi racun kepada ikan.

ANTI - WHITESPOT SPECIAL Merawat penyakit ikan yang selalu dihidapi oleh ikan adalah Whitespot

GENERAL AID SPECIAL merawat ikan-ikan yang luka seperti mulut terlanggar dinding, sisik tercabut, ekor kena gigit, bergaduh, luka akibat terkena pisau dan sebagainya.

GARAM Garam boleh membunuh bakteria dan parasit yang ada dalam akuarium.

Tunggul Kayu-

Batu halus-

PENYEDIAAN AKUARIUMLangkah-langkah ini perlu dilakukan untuk menjamin agar anda berjaya untuk memelihara ikan hiasan buat pertama kalinya.

CARA MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM

Faktor pemilihan lokasi untuk menempatkan akuariumPENCAHAYAANKedudukan akuarium jangan terdedah dengan cahaya matahari kerana algae akan mudah terbentuk dan menyebabkan suhu air akuarium meningkat dan membahayakan hidupan akuarium anda. BERHAMPIRAN SUISAkuarium yang hendak diletakkan haruslah berada berhampiran suis. Ini kerana untuk memastikan akuarium sentiasa dipasang alat aksesori seperti penapis, pam udara dan juga lampu. Hendaklah diingatkan supaya suis tidak diletakkan terlalu berhampiran dengan akuarium. Ini dikhuatiri berlaku litar pintas kerana air ialah pengalir elektrik yang baik.RUANGLetakkan akuarium di tempat yang luas untuk memudahkan anda menyelenggara akuarium. Ruang yang sempit akan menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan.PERSEKITARAN Letakkan akuarium di tempat yang sunyi dan tidak mengganggu. Ikan tidak suka pada bunyi bising dan akuarium hendaklah diletakkan berjauhan dengan televisyen, radio atau tempat laluan orang ramai.Jangan letakkan ikan berhampiran dengan pintu. Gegaran dipindahkan melalui bahan yang solid seperti dinding, aquarium tank, air, dsb. Ikan tidak dapat menampung gegaran ini dan akan membuat mereka tertekanKETINGGIANJangan Letak akuarium di tempat yang rendah. Jika ingin meletakkan di atas meja, almari atau aquarium stand pastikan ianya dapat menampung berat akuarium.PUNCA AIRLetakkan akuarium di tempat yang mudah mendapatkan sumber air. Air hendaklah selalu ditukar untuk memastikan akuarium yang sihat.CIRI-CIRI ISTIMEWA HAIWAN KESAYANGAN BAGI HAMSTER DAN ARNABTabiat kehidupanLincahHaiwan peliharaan biasanya lincah dan mampu bergerak dengan aktif.manja. Manja kepada tuanSuka bermain MencakarUntuk bermain, menjaga keselamatanContoh:- kucing, arnabPemangsa.Merupakan haiwan yang memerlukan pelindunganPemangsa seperti ular, dan haiwan yang lebih besar garang/berani Apabila diancamHAMSTERSelalunya, hamster yang pertama kali dibeli akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin dibela. Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman.Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijjian kering proses (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus. Tukar selera dengan memberi diet yang lain seperti epal, lobak merah dan pisang dengan syarat anda membuat pemerhatian jika hamster anda menyukainya atau tidak. Pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman hamster. Sesetengah hamster yang bersifat malu akan dilihat memakan dengan begitu cepat dan berlalu ke tempat persembunyiannya. Sebenarnya, ia tidak makan kesemua makanan tersebut. Sebaliknya, makanan tersebut hanya disimpan di sekitar lehernya buat sementara, dan kemudian dikeluarkan semula di tempat persembunyiannya. Selepas itu baru makanan tersebut akan dimakan sedikit demi sedikit. Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air boleh jadi air kosong atau campuran air dan cecari vitamin yang dibeli di kedai).Contoh hamsterHURAIAN

Syrian Hamster

Hamster jenis ini juga dikenali sebagai Golden Hamster atau Teddy Bear Hamster. Jenis baka yang slalu menjadi pet kegemaran.. Sesuai dibela oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak kerana senang untuk dipegang dan dijaga Badan Syrian Hamster boleh mencecah sehingga 6-7 inci panjang Mempunyai cheek pouch yang agak besar untuk membawa makanan ataupun habuk ke tempat yang 'selamat'.. Contohnya di dalam rumah yang disediakan didalam cage Hamster baka ini adalah sangat berdikari dan tidak boleh dicampur bersama selepas mencecah umur sekitar 8-10 minggu kerana mereka akan bergadu dan mungkin sehingga membawa maut. Selepas mencecah umur ini, mereka mestilah diasingkan didalam cage yang berbeza. Boleh mencecah umur sehingga 4 tahun jika dijaga dengan baik dan rapi.

Dwarf Campbell Russian Hamster

Baka jenis ini adalah yang paling popular anata spesis dwarf yang lain Apabila membesar, ia boleh mencapai sehingga 10-12 cm.. Dimana jantan akan bersaiz lebih besar daripada betina Baka ini mempunyai badan yang bulat berisi serta cheek pouch yang boleh membesar Hamster ini bole hidup didalam satu komuniti dan tidak perlu diasingkan Sedikit sukar untuk dipegang kerana saiznya yang kecil Mungkin akan mengigit tangan jika terslah pegang ataupun terkejut Secara purata, boleh hidup sekitar 1 setengah hingga 2 tahun.. Ada juga yang boleh hidup lebih lama...

Chinese Hamster

Jarang dibela kerana kelihatan sedikit sebanyak seperti tikus dan bilangannya sedikit kerana susah untuk dibiakkan Saiznya lebih kurang 10-12 cm dan badan jantan lebih besar daripada betina. Mempunyai ekor yang panjang. Baka ini sedikit 'pemalu' dan bergerak dengan pantas. Ini menyebabkan hamster ini susah untuk dipegang tetapi jarang mengigit. Tidak begitu aktif dan tidak sesuai untuk dijadikan pet untuk kanak-kanak kerana kanak-kanak biasanya ingin pet yang boleh dipegang dengan senang dan senang dibelai. Baka ini boleh hidup dalam jangka masa 2 setengah tahun hingga 3 tahun

Roborovski Hamster

Mempunyai saiz yang sangat kecil dibandingkan dengan pet hamster yang lain Saiznya hanyalah sebesar 4-5 cm Bergerak sangat pantas dan susah untuk dipegang kerana pergerakannya dan saiznya yang sangat kecil dibandingkan dengan spesis hamster Dwarf yang lain. Baka ini jarang mengigit tangan Boleh hidup dalam jangka masa 3 setengah tahun atau lebih

KUCINGDalam membuat kandang kucing ada beberapa syarat yang harus diperhatikan. Berikut beberapa yang harus diperhatikan : Ukuran sebuah kandang kucing yang baik adalah menyesuaikan dengan berat badan kucing. Jika satu ekor kucing dengan berat 4 kg minimal kandang dibuat dengan Panjang:90cm, Lebar :63cm, dan Tinggi 65 cm. Untuk n kucing tinggal anda kali 1.5 (n-1) kecuali untuk tinggi. Misal jika 2 kucing maka ukuran kandang Panjang :120 cm, lebar, 94,5 cm, tinggi 65cm. Tapi tidak harus begitu sesuaikan dengan berat badan kucing itu sendiri Bahan terbaik dalam pembuatan kandang adalah alumunium. Kelebihan bahan ini adalah ringan dan yang terpenting anti karat. Pembuatan pintu kandang juga harus melihat ukuran kucing bertujuan untuk memudahkan kucing dapat keluar masuk dengan mudah.Makanan dan minuman1. Ultra-premium canned foods.Memiliki grain free (kandungan beras sedikit), tidak menggunakan pengawet, rendah karbohidrat dan bahan utamanya adalah daging (human quality meat).2. Super premium canned foods.Sama seperti diatas, makanan ini hanya mengadungi lebih banyak grain3. Super premium grain free dry foodMakanan kucing yang ketiga mengandungi daging . Tidak mengandung grains. Kandungan lemak dalam makanan sederhana . Dan yang terpenting redah karbohidrat dan memiliki protein tinggi4. Premium canned foodsTidak seperti diatas, dagingnya menggunakan product meatyang digunakan sebagai sumber protein. Makanan ini Memiliki jumlah grains yang banyak (lebih besar dari daging). Pelu diperhatikan makanan kucing ini mengandung bahan pengawet.5. Generic canned or dry food. Makanan kucing ini hanya mengandung sedikit daging. Bahan utamanya adalah grains.Dan juga mengandung pewarna dan pengawetDalam kandang kucing harus tersedia makanan, minuman. selain itu tempat makan dan minumnya juga harus diperhatikan kebersihannya. Minuman yang tersedia juga perlu bersih dan baik. Khususnya untuk kucing persia lebih baik sediakan makanan selama 24 jam. Ini akan membntu jenis kucing persia yang terkenal malas minum