teknologi baru meningkatkan hasil dan ketahanan padi penggunaan produk... · penggunaan produk ini,...

10
1 1 Copyright 2012 Agribolics Technology Sdn Bhd http://agribolics.com/ Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi Agribolics Technology Sdn. Bhd. Formerly Alam Seri Gading Sdn. Bhd.

Upload: vanngoc

Post on 11-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi Penggunaan Produk... · penggunaan produk ini, ... maka benih padi perlu disemai di dalam tray ... Aktiviti Di Sawah Jenis dan

1

1 Copyright 2012 Agribolics Technology Sdn Bhd http://agribolics.com/

Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi

Agribolics Technology Sdn. Bhd. Formerly Alam Seri Gading Sdn. Bhd.

Page 2: Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi Penggunaan Produk... · penggunaan produk ini, ... maka benih padi perlu disemai di dalam tray ... Aktiviti Di Sawah Jenis dan

2

2 Copyright 2012 Agribolics Technology Sdn Bhd http://agribolics.com/

Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi

Agribolics Technology Sdn. Bhd. (ATSB) telah berjaya dalam usaha

penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk bioteknologi yang

berpotensi meningkatkan ketahanan padi terhadap serangan bena perang dan

penyakit-penyakit yang dibawanya. Kajian yang bermula di Amerika Syarikat telah

disempurnakan di Malaysia melalui projek Brain Gain yang dibiayai oleh

Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi. Cara menggunakan produk ini adalah

mudah. Oleh kerana produk ini tidak mempunyai kesan mudharat keatas serangga

atau haiwan, ia dapat mengekalkan sahabat-sahabat ladang yang dapat mengawal

makhluk perosak seperti bena perang.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia bertarikh 6hb Ogos 2011 telah melaporkan

bahawa sebanyak 211 hektar tanaman padi di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

(MADA) telah musnah akibat serangan bena perang. Kerugian telah dianggarkan berjumlah RM1.2 juta. Antara

faktor utama yang dikemukakan ialah penyemburan racun secara berlebihan mengakibatkan populasi sahabat

ladang (seperti labah-labah yang memakan bena perang) berkurangan, lalu membenarkan bena perang membiak

dengan cepat. Penggunaan racun secara berlebihan juga membunuh serangga semulajadi atau sahabat ladang yang

lain seperti pepatong dan kumbang kura-kura yang dapat mencegah pembiakan makhluk perosak. Kejadian

serangan bena perang bukan hanya terhad di kawasan MADA pada tahun ini sahaja, malah letusan serangan bena

perang semakin kerap berlaku dan telah dilaporkan di negara Asia lain seperti China, Filipina, Laos, Indonesia,

Malaysia, Thailand, dan Vietnam, sejak dari tahun 2009.

Bena perang menyerang pangkal rumpun padi di permukaan air. Serangan berlaku di peringkat semaian hingga

ke peringkat padi terbit. Bena-bena dewasa dan anak jelmaannya menghisap cairan batang-batang padi dan

kelopak-kelopaknya serta merosakkan saluran makanan. Tanaman yang diserang kelihatan seperti kurang subur;

bilangan pecahan anak menjadi kurang dan pokok terbantut. Serangan yang teruk menyebabkan daun padi

menjadi kering seperti terbakar. Ini menyebabkan kematian pokok padi dan keadaan seperti itu dipanggil

'hopperburn'. Selain daripada kerosakan terus keatas padi, bena perang juga menyebarkan dua jenis penyakit padi

iaitu penyakit kerdil rumput (grassy stunt) dan penyakit kerdil hampa (ragged stunt).

Agribolics Technology Sdn. Bhd. (ATSB) mempunyai produk yang

berpotensi untuk mengurangkan kesan bena perang. Dengan

penggunaan produk ini, diikuti dengan penyelenggaraan tanaman

padi mengikut kaedah sedia ada, hasil tanaman dijangka akan

meningkat dan bertambah stabil dari musim ke musim. Racun

serangga berasaskan biologi seperti Bacillus thuringiensis (BT) yang

tidak berkesan keatas sahabat ladang digalakkan digunakan

bersama produk ini. Gabungan Bio-Striker dan BT juga boleh

mengawal ulat ratus yang dilaporkan baru-baru ini (Berita Harian

05/02/2012) yang telah menyerang lebih 200 hektar sawah di

daerah Kubang Pasu menyebabkan kerugian lebih RM150,000. Berita surat khabar terkini (The Star 15/02/2012)

melaporkan bahawa hasil padi kebangsaan kini berada pada kadar 3.7 tan/hektar adalah amat rendah berbanding

keupayaan penuh pada kadar 7 tan/hektar. ATSB dapat membantu para petani menaikkan hasil dengan berkongsi

ilmu pengetahuan dan bantuan teknikal.

Ulat ratus menyerang padi di Kubang Pasu.

Padi diserang oleh

bena perang .

Page 3: Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi Penggunaan Produk... · penggunaan produk ini, ... maka benih padi perlu disemai di dalam tray ... Aktiviti Di Sawah Jenis dan

3

3 Copyright 2012 Agribolics Technology Sdn Bhd http://agribolics.com/

Kaedah Penanaman Padi (MR219) Dengan Rawatan Bio-Striker & Ferti-Booster

A1. Rawatan di peringkat benih dan tapak semaian untuk sistem “transplanter”

Bagi menyubur dan mempercepatkan pembesaran benih, sekam arang yang dihasilkan daripada proses

pembakaran menggunakan mesin pembakar dijadikan alas. Oleh kerana pengubahan anak padi perlu

dilakukan menggunakan mesin khas iaitu transplanter, maka benih padi perlu disemai di dalam tray

(takung) khas yang berukuran 2 kaki lebar x 1 kaki panjang x 1 inci tinggi. Setiap hektar sawah

memerlukan 250 tray anak padi dan setiap tray memerlukan 350 gram sekam arang. Benih padi yang

diperlukan untuk satu tray ialah 250 gram yang mengandungi lebih kurang 9,529 biji benih.

Dalam proses pemilihan, benih direndam selama 24 jam dalam campuran cairan 1% Bio-Striker dan

bahan penggalak akar (pada kadar separuh dari biasa) untuk proses percambahan (benih padi yang

timbul dipermukaan air dibuang) sebelum disejat dan ditabur rata di atas sekam, dan seterusnya benih

padi ditutup dengan sebahagian lagi baki sekam yang tinggal. Kemudian 3 gram Ferti-Booster

ditaburkan dengan sekata di atas sekam. Seterusnya tray yang mengandungi sekam dan anak padi tadi

disiram serta disusun bertingkat-tingkat dan ditutup.

Selepas tiga hari anak-anak padi dalam tray akan dipindahkan ke tapak semaian konkrit dan ditutup

dengan plastik pelindung dengan tembusan cahaya 30% selama dua hari. Proses membaja dengan baja

semburan (foliar) (dicampur dengan cairan 0.5% Bio-Striker untuk melawan penyakit) untuk

pertumbuhan pokok dan pembiakan akar serta penukaran air di tapak semaian dilakukan tiga hari

sekali. Pertukaran air ini dilakukan supaya tapak semaian tidak berlumut dan untuk mempercepatkan

pertumbuhan akar. Manakala kawalan serangga dilakukan mengikut keperluan. Seterusnya pada hari

ke-19 tapak semaian perlu dikeringkan dan disembur dengan cairan 2% Bio-Striker (untuk membantu

pemulihan anak padi setelah melalui proses pengangkutan dan penanaman dengan transplanter). Pada

hari ke-20 anak padi bolehlah digulung dan dibawa ke bendang untuk proses penanaman

menggunakan mesin transplanter.

A2. Rawatan benih untuk sistem tabur terus basah

Untuk satu hektar sawah, gunakan 140 kg benih padi.

Penyediaan benih pra-cambah : Selepas merendam benih selama 12 jam dalam air (atau dengan

campuran penggalak percambahan), buang air tersebut (dalam masa yang sama, sediakan produk

rawatan benih dengan menghancurkan 50 gram butiran Ferti-Booster dalam 1 liter air hujan atau air

sungai (elak menggunakan air paip kerana ia mengandungi klorin yang akan membunuh bakteria

manfaat dalam Ferti-Booster) dan biarkan selama 12 jam). Setelah air rendaman tadi dibuang,

masukkan air Ferti-Booster ke dalam bekas berisi benih tadi dan tambah air hujan/sungai sehingga

menutupi seluruh benih. Kemudian biarkan selama 12 jam sebelum air dibuang. Selepas itu, sejat atau

toskan selama 12-16 jam. Taburkan benih pra-cambah secara manual atau menggunakan mesin

penyembur.

A3. Rawatan benih untuk sistem tabur terus dalam air

Untuk satu hektar sawah, gunakan 180 kg benih padi.

Penyediaan benih pra-cambah : Sama seperti untuk sistem tabur terus basah di atas.

Page 4: Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi Penggunaan Produk... · penggunaan produk ini, ... maka benih padi perlu disemai di dalam tray ... Aktiviti Di Sawah Jenis dan

4

4 Copyright 2012 Agribolics Technology Sdn Bhd http://agribolics.com/

B. Rawatan di peringkat sawah

Hari

Lepas

Tanam

Aktiviti Di Sawah Jenis dan Bilangan Input untuk 1.2 ha (1 lot) Catatan

-55 Menebas tunggul

padi.

Kerja ini dilakukan 1 minggu selepas menuai.

Tebas menggunakan traktor 4 roda dan alat

rotary slasher atau disc mower. Serak jerami

supaya rata.

-50 Membaja Urea. Baja urea subsidi (10 kg) + 200 liter air,

sembur secara sekata keatas jerami pada

lewat petang (5-6 pm).

Untuk menaikkan kadar

pereputan jerami.

-49 Bajak ke-1

(kering).

Meratakan sawah.

Kedalaman rotor 10-15 cm bagi memecahkan

lapisan tanah atas, menanam sisa jerami ke

dalam tanah, dan menggalakkan

percambahan benih rumpai dan padi

batat/angin.

-30 Meracun rumpai,

padi angin, dan

padi batat yang

tumbuh.

Petani harus memilih racun rumpai yang

bersesuaian dengan jenis rumpai yang hadir

di dalam sawah. Arahan keselamatan pada

label harus diikuti dengan teliti.

-22 Menabur kapur

jika perlu.

Kapur 1-3 tan/hektar bergantung pada

bacaan pH.

-20 Bajak ke-2

(kering) dan

merata tanah.

Baiki parit dan

batas.

Kedalaman rotor 10 cm bagi menggalakkan

percambahan benih rumpai, padi angin, dan

padi batat.

-10 Meracun rumpai,

padi angin, dan

padi batat yang

tumbuh.

Kawalan tikus.

Petani harus memilih racun rumpai yang

bersesuaian dengan jenis rumpai yang hadir

di dalam sawah. Arahan keselamatan pada

label harus diikuti dengan teliti.

Gunakan umpan seperti Drat bagi tikus.

-5 Kawalan tikus. Kawalan diteruskan jika ada kesan positif

pengumpanan.

-3 Masukkan air

kedalam petak

sawah

Keadaan sawah berair “cap-cap” atau tepu

diperlukan semasa kerja-kerja membajak

serta meratakan tanah dilakukan.

-2 Baja ke-1 dan

tabur Ferti-

Campurkan baja tahi ayam (500 kg) + Ferti- Ferti-Booster dapat

meningkatkan

Page 5: Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi Penggunaan Produk... · penggunaan produk ini, ... maka benih padi perlu disemai di dalam tray ... Aktiviti Di Sawah Jenis dan

5

5 Copyright 2012 Agribolics Technology Sdn Bhd http://agribolics.com/

Booster.

Bajak ke-3 (berair)

serta ratakan

tanah.

Booster (500 g) dan taburkan dengan rata.

Traktor dengan kapasiti 70 hingga 80 HP akan

digunakan bersama implemen niplo harrow

untuk membuat perataan terakhir.

Penyediaan tanah perlu sempurna dan tiada

sisa jerami dan rumpai, dan kerataan ~5cm.

keberkesanan baja tahi

ayam dan juga

mengurangkan penyakit

pada padi.

-1 Kawal air ke petak

sawah.

Sembur racun

rumpai pra-

cambah.

Keadaan sawah berair “cap-cap” diperlukan

semasa kerja-kerja menanam dilakukan.

Petani harus memilih racun rumpai yang

bersesuaian dengan jenis rumpai yang hadir

di dalam sawah. Arahan keselamatan pada

label harus diikuti dengan teliti.

0 Tanam padi

menggunakan

transplanter.

Atau tanam padi

mengikut kaedah

tabur terus dalam

air.

Jentera menanam perlu dilaraskan supaya

memperolehi jarak tanaman 17 cm x 30 cm

dan bilangan anak semaian melebihi 5 pokok

serumpun.

Air perlu dimasukkan ke dalam sawah

beberapa hari sebelum penaburan benih. Air

yang berkeladak mengurangkan

percambahan padi.

0-1 Masukkan air ke

sawah

Air dimasukkan secara perlahan-lahan

selepas kerja menanam selesai dilakukan

sehingga mencapai kedalaman 5 cm.

15-20 Sediakan lorong

kerja.

Baja ke-2.

Semburkan Bio-

Striker.

Lebar lorong kerja 6 inci, 20 kaki antara

lorong, 8 lorong se lot.

Baja campuran subsidi (17.5:15.5:10) (160

kg/lot).

Bio-Striker 3 Liter/lot.

Bio-Striker dapat

meningkatkan ketahanan

padi terhadap penyakit

dan juga meningkatkan

kadar tumbesaran.

35-40 Baja ke-3.

Kawalan ulat lipat

daun dan ulat

batang.

Semburkan Bio-

Striker.

Kawalan rumpai.

Baja urea subsidi (70kg/lot).

AGREE 50 WP (1.2 kg) atau BT (Hextar) (2

kg)/lot.

Boleh disembur sekali bersama Bio-Striker.

Bio-Striker 2 Liter/lot.

Petani harus memilih racun rumpai yang

bersesuaian dengan jenis rumpai yang hadir

di dalam sawah. Arahan keselamatan pada

Bio-Striker dapat

meningkatkan

keberkesanan biopestisid

BT untuk mengawal ulat

lipat daun dan ulat

batang. Kaedah ini dapat

mengekalkan sahabat-

sahabat ladang yang

dapat mengawal makhluk

perosak seperti bena

perang.

Page 6: Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi Penggunaan Produk... · penggunaan produk ini, ... maka benih padi perlu disemai di dalam tray ... Aktiviti Di Sawah Jenis dan

6

6 Copyright 2012 Agribolics Technology Sdn Bhd http://agribolics.com/

label harus diikuti dengan teliti.

50-55 Baja ke-4.

Semburkan Bio-

Striker.

Baja Buah subsidi (80 kg/lot)

Bio-Striker 2 Liter/lot.

60-75 Kawalan hawar

seludang dan

bena perang.

Semburkan Bio-

Striker.

Antracol 70 wp (Propineb 70%; Bayer) (1.2

kg/lot).

Boleh disembur sekali bersama Bio-Striker.

Bio-Striker 2 Liter/lot.

70-75 Baja ke-5. Baja 13:13:21:2+TE atau 12:12:17:2+TE

(150kg/lot)

70-90 Cabut padi angin Kawalan penting bagi mengurangkan benih

tersebar ke musim berikutnya.

75-80 Kawalan hawar

seludang, bintik

perang dan karah.

Semburkan Bio-

Striker.

Antracol 70 wp (Propineb 70%; Bayer) (1.2

kg/lot).

Boleh disembur sekali bersama Bio-Striker.

Bio-Striker 2 Liter/lot.

85-90 Kawalan ulat dan

serangga.

Semburkan Bio-

Striker.

AGREE 50 WP (SureCrop) (1.2 kg) atau BT

(Hextar) (2 kg)/lot. Boleh disembur sekali

bersama Bio-Striker.

Bio-Striker 2 Liter/lot.

95 Keringkan air dari

petak sawah.

Mengira bilangan

tangkai/m2

Sawah sebolehnya dibiarkan kering sehingga

seminggu selepas menuai bagi mengekalkan

lapisan keras (hard pan).

105-110 Menuai hasil. Masa sesuai bila 85% padi masak dan

keadaan kering. Pastikan jentuai dalam

keadaan baik dan mengikut kelajuan yang

sesuai bagi mengurangkan kehilangan hasil.

Page 7: Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi Penggunaan Produk... · penggunaan produk ini, ... maka benih padi perlu disemai di dalam tray ... Aktiviti Di Sawah Jenis dan

7

7 Copyright 2012 Agribolics Technology Sdn Bhd http://agribolics.com/

Kaedah Alternatif

Kaedah yang telah dinyatakan di atas bukanlah mutlak dan boleh diubah mengikut kaedah tanaman

biasa di kawasan setempat. Kaedah di atas menggunakan terutamanya produk Bio-Striker dan amat

kurang penggunaan racun serangga dan kulat dari jenis kimia. Walaupun demikian, kaedah alternatif

yang menggunakan terutamanya racun kimia dan kurang produk Bio-Striker juga boleh digunakan.

Untuk kaedah alternatif ini, disyorkan sekurang-kurangnya 5 kali semburan Bio-Striker pada kadar 1

Liter per Kali per Hektar dalam satu musim. Semburan lima kali tersebut dilakukan pada hari selepas

tanam berikut: (1) 15-20; (2) 35-40; (3) 50-55; (4) 60-75; dan (5) 75-80. Seeloknya, semburan Bio-

Striker dilakukan sehari selepas setiap kali penaburan baja. Bio-Striker boleh dicampur dengan racun

kimia apabila perlu untuk mengawal perosak. Bio-Striker dapat meningkatkan keberkesanan racun

kimia dan biopestisid untuk mengawal perosak.

Page 8: Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi Penggunaan Produk... · penggunaan produk ini, ... maka benih padi perlu disemai di dalam tray ... Aktiviti Di Sawah Jenis dan

8

8 Copyright 2012 Agribolics Technology Sdn Bhd http://agribolics.com/

Projected Cost-Benefit Analysis For ATSB Product Application in Rice

Cost benefit analysis in rice plantation setting for 1 lot (1.2 ha)

ATSB Method

Conventional

Method ATSB Method

Conventional

Method

Subject Unit Quantity Quantity Value (RM) Value (RM)

a. Rice seeds

1200 1200

b. Fertilizer

i. Baja subsidi

ii. Baja 12,12,17:2 50 kg 3 7 540 1260

iii. Baja Tahi Ayam 1 mt 0.5 0 250 0

790 1260

c. Herbicide

i. Solito 1 liter 4 4 40 40

ii. Gramoxone 4 liter 2 2 90 90

iii. NU-Amine 1 liter 1 1 38 38

168 168

d. Insecticide

i. Karate 1 liter 0 1 0 58

ii. Confidor 500 ml 0 2 0 400

iii. Match 1 liter 0 1 0 85

iv. Regent 500 ml 0 2 0 196

v. Armada 1 liter 0 1 0 58

vi. Previthon 500 ml 0 2 0 360

vii. BT (Hextar) 1 kg 4 0 68 0

68 1157

Page 9: Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi Penggunaan Produk... · penggunaan produk ini, ... maka benih padi perlu disemai di dalam tray ... Aktiviti Di Sawah Jenis dan

9

9 Copyright 2012 Agribolics Technology Sdn Bhd http://agribolics.com/

ATSB Method

Conventional

Method ATSB Method

Conventional

Method

Subject Unit Quantity Quantity Value (RM) Value (RM)

e. Fungicide

i. Fujione 1 liter 0 1 0 58

ii. Amore 1 liter 0 1 0 80

iii. Sicore 1 liter 0 1 0 150

iv. Dithane 45 1 kg 0 1 0 30

v. Antracol 70 wp 1 kg 3 0 105 0

105 318

f. Others

i. Bio-Striker 4 liter 3.25 0 650 0

ii. Ferti-Booster 500 g 1 0 50 0

700 0

Total cost of input (excluding seeds)

RM 1831 RM 2903

a. Cost savings

36.93% RM 1072

Kesan bermanfaat yang tidak dapat dikira seperti peningkatan kesihatan pekerja ladang dan impak rendah

keatas persekitaran adalah disebabkan oleh sifat lestari produk ATSB dan pengurangan penggunaan racun

kimia yang merbahaya oleh pekerja ladang.

Para peladang juga dapat meningkatkan pendapatan melalui projek bela ikan di sawah kerana kaedah ATSB

yang mesra alam, berbanding dengan kaedah konvensional yang menggunakan racun-racun kimia yang

merbahaya kepada ikan.

Penggunaan produk ATSB juga berpotensi untuk menarik lebih banyak sahabat-sahabat ladang (seperti

labah-labah dan lain-lain) untuk mengawal serangga perosak seperti bena perang berdasarkan kajian

saintifik.

Page 10: Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi Penggunaan Produk... · penggunaan produk ini, ... maka benih padi perlu disemai di dalam tray ... Aktiviti Di Sawah Jenis dan

10

10 Copyright 2012 Agribolics Technology Sdn Bhd http://agribolics.com/

Agribolics Technology Sdn. Bhd. Formerly Alam Seri Gading Sdn. Bhd.

Block M, UPM-MTDC Technology Centre

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang,

Selangor Darul Ehsan.

Tel: 603-89418708

Fax: 603-89418709

email: [email protected]

Homepage: http://agribolics.com/