teknik_menjawab_soalan_khb_-_kt_bahagian_i

Upload: hilmi72

Post on 08-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    1/17

    Teknik Menjawab Soalan Kemahiran Hidup Kemahiran Teknikal PMR

    Disediakan oleh Albert Rumatai B. Ladangin

    20 Ogos 2009.

    TEKNIK MENJAWAB KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PMR KEMAHIRAN TEKNIKAL

    (UNTUK PELAJAR)

    Teknik Pembelajaran ini saya khususkan untuk pelajar yang memilih Mata Pelajaran KHB KT

    (Kemahiran Teknikal) Namun masih boleh diguna pakai untuk pelajar yang memilih mata pelajaranKHB ERT, PT dan PK kerana teknik yang diketengahkan adalah sama. Untuk makluman para pelajar,

    teknik serupa ini tetapi diubahsuai untuk semua pilihan KHB telah saya aplikasikan di beberapa buahsekolah Daerah Kota Belud, Ranau dan Tamparuli dan juga sekolah saya sendiri. Hasilnya adalah

    memuaskan dan boleh membantu. Walau bagaimanapun kalau ada para guru yang berminat dan inginmembuat penambahbaikan adalah dialu-alukan.

    PENDAHULUAN

    Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Bahagian teras wajib

    dipelajari oleh semua pelajar manakala setiap pelajar memilih salah satu daripada empat bidang

    pembelajaran dalam bahagian pilihan.

    FORMAT PENTAKSIRAN

    KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

    KHB KT Kertas 1 (76/1)

    Kertas ini mengandungi 60 soalan objektif aneka pilihan dan aneka gabungan yang berasaskanpengetahuan, kefahaman dan aplikasi pengetahuan dalam Reka Bentuk dan Teknologi serta Kemahiran

    Teknikal. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 1 jam 30 minit untuk memperolehjumlah markah sebanyak 60%.

    Format pentaksiran lebih fokus kepada pelajar yang mampu berdikari, kenal faham teknologi dan

    ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untukkehidupan harian. Maka dengan itu, format pentaksiran lebih mengutamakan stimulus dalam item

    pentaksiran iaitu sebanyak 60% daripada jumlah soalan.

    KHB KT Kertas 2 (76/2)

    Kertas 2 merupakan pentaksiran berasaskan modul yang dilaksanakan dengan arahan dan panduanpentaksiran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

    Perlaksanaannya secara berterusan di sepanjang tempoh pembelajaran mata pelajaran ini di t ingkatan 1,

    2 dan 3. Pelajar mesti melaksanakan kesemua modul ini untuk memperoleh jumlah markah sebanyak40%. Pelajar yang tidak melaksanakan modul kertas 2 adalah gagal dalam mata pelajaran ini.

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    2/17

    TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1

    Aneka Pilihan (Aras Rendah)

    Contoh 1

    Antara berikut, yang manakah definisi teknologi?

    A Susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produkB Pengajian dan pengetahuan dalam usaha mencipta dan menggunakan pelbagai alat, sumber dan

    sistemC Proses penyelasaian masalah yang dapat memperbaiki kefungsian serta rupa bentuk sesuatu

    produkD Penghasilan sesuatu produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk bagi memenuhi kehendak

    pengguna

    Maklumat penting

    Item yang ditaksir adalah dalam tajuk RBT Pelajar perlu ingat kembali apa yang telah diajar oleh guru

    Tindakan

    Sebelum memilih salah satu kunci jawapan, anda boleh mengurangkan pilihan jawapan yangpada pendapat anda tidak sesuai ( contoh pilihan A dan C) alasan, ayat dalam pilihan ini kurang

    sesuai dengan kehendak soalan. Dengan hanya ada pilihan B dan D sahaja anda dapat memilih kunci jawapan melalui

    pertimbangan wajar anda

    Contoh 2Rajah 1 menunjukkan plag 3 pin 13A.

    Apakah warna kabel yang disambung pada label X?

    A BiruB Hijau

    C Hitam

    D Perang

    Rajah 1

    Maklumat penting

    Selain daripada pengetahuan sedia ada, pelajar juga dipermudahkan melalui penggunaanstimulus gambarajah

    Soalan menggunakan pelbagai stimulus adalah lazim dalam format PMR KHB oleh itu semasamengulangkaji pelajaran, pastikan anda kenal dan faham apa yang dibaca dan bukannya fahamsahaja.

    Tindakan

    Pilih kunci jawapan yang paling tepat berdasarkan apa yang anda kenal dan faham tentang plagtersebut

    Teknik ulangkaji ialah kenal rupa bentuk, nama bahagian dan fungsi setiap bahagian.

    X

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    3/17

    Aneka Pelengkap (sederhana)

    Contoh 1

    Antara berikut, yang manakah aspek terpenting dalam pemilihan idea reka cipta?

    I Pengetahuan dan kemahiran

    II Kepentingan produk kepada pengguna

    III Penekanan kepada penggunaan bahan terpakaiIV Cara pembuatan yang mudah dan mesra alam

    A I, II dan IIIB I, II dan IV

    C I, III dan IVD II, III dan IV

    Maklumat penting

    Soalan ini memerlukan anda memilih lebih daripada satu kunci jawapan untuk jawapan lengkap Pengetahuan sedia ada tentang reka cipta memudahkan anda memilih jawapan tepat

    .

    Tindakan

    Kurangkan pilihan pelengkapnya (contoh No III kerana perkataanpenekanan ternyata tidak tepatpada kehendak soalan)

    Setelah pilihan III terkeluar daripada kelompok ini maka B adalah pilihan kunci jawapannya. Bagai mana! Gunakan teknik ini dalam latih tubi anda.

    Contoh 2Rajah 1 menunjukkan lakaran dua buah bangku X dan Y. Lakaran Y telah dipilih untuk proses

    reka bentuk.

    Rajah 1

    Antara berikut, yang manakah menyebabkan lakaran Y dipilih?I Kefungsian A I dan II

    II Ketahanan B I dan IVIII Kaedah pembinaan C II dan III

    IV Kesesuaian bahan D III dan IV

    Maklumat penting

    Penggunaan stimulus gambarajah dalam item aneka pelengkap memudahkan pelajar mencarikunci jawapan yang tepat

    Tindakan

    Boleh menggunakan teknik mengurangkan pilihan pelengkap untuk mencari kunci jawapanyang tepat dan cepat.

    Penggunaan stimulus membantu menilai kebolehpercayaan keputusan anda

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    4/17

    Item menggunakan pernyataan

    Contoh 1

    Pernyataan berikut menerangkan tentang sejenis gear.

    o Digunakan untuk menggerakkan pintu pagar elektriko Boleh memindahkan gerakan putaran kepada gerakan lurus

    Apakah jenis gear itu?A Gear taji

    B Gear SerongC Gear Belitan

    D Gear rak dan pinan

    Maklumat penting

    Pelajar perlu baca dan faham pernyataan yang diberi Faham kegunaan setiap jenis gear untuk membantu menjawab soalan ini Teknik mengurangkan pilihan jawapan tidak praktikal

    Tindakan

    Pilih kunci jawapan berdasarkan pengetahuan dan pertimbangan wajar berhubung pernyataanyang diberi.

    Item pasangan/padanan

    Contoh 1

    Jadual 1 menyenaraikan bahagian enjin dan kegunaannya.

    Pilih pasangan yang betul.

    Bahagian enjin Kegunaannya

    A Sirip penyejuk Mengalirkan bahan api

    B Karburetor Menapis udara yang masuk ke dalam enjin

    C Perumah penghembus Menyimpan bahan api

    D Roda tenaga Memberi lajakan kepada putaran enjin

    Jadual 1Maklumat

    Soalan ini mudah dan aras kefahaman sahaja tetapi anda harus faham fungsi setiap bahagianpada enjin.

    Ulangkaji dengan membaca, faham, ingat bahagian dan rupabentuk bahagian enjin.

    Tindakan

    Pilih pasangan betul berdasarkan fungsinya Teknik mengurangkan pilihan jawapan boleh membantu

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    5/17

    Contoh 2Jadual 2 menyatakan nama komponen dan simbolnya

    Pilih padanan yang betul.

    Nama Komponen Simbol

    A LED

    B LDR

    C Transistor

    D Kapasitor

    Maklumat penting

    Persediaan awal pelajar ialah kenal dan faham simbol-simbol dan nama komponen elektronik Teknik mengurangkan pilihan jawapan t idak sesuai.

    Tindakan Pilih pasangan yang padan dengan nama dan simbolnya.

    Pengetahuan tentang Metodologi

    Cara, kaedah atau teknik yang standerd dalam melaksanakan sesuatu tugasan, arahanatau kerja

    Pelajar hendaklah melibatkan diri dalam semua kerja amali semasa pengajaran dan pembelajarandilaksanakan.

    Contoh 1Rajah 1 menunjukkan sebuah bekas penyimpanan.

    Jadual 2

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    6/17

    Rajah 1

    Apakah bahan yang sesuai digunakan pada X ?

    A Medium Density fibre board(MDF)

    B Polyvinyl chloride (PVC)

    C Papan lapis

    D Perspek

    Maklumat penting

    Pelajar perlu faham fungsi semua jenis pencantum dan pengikat Bahan-bahan serta sifatnya juga jangan diabaikan

    Tindakan Pilih kunci jawapan yang paling tepat berdasarkan keutamaannya.

    Contoh 2

    Rajah 2 menunjukkan proses membina tanggam dalam kerja reka bentuk.

    Antara berikut, manakah alatan yang sesuai digunakan untuk membina tanggam itu?

    I Sesiku L

    II Tolok penanda

    III Gandin getah

    IV Pahat tepi serong

    A I, II dan IIIB I, II dan IV

    C I, III dan IVD II, III dan IV

    Maklumat penting

    Anda dikehendaki memilih alat tangan yang sesuai seperti yang anda pernah lalui semasa kerjaamali reka bentuk.

    Tindakan

    Semasa memilih peralatan yang sesuai, peraturan keselamatan menggunakan alatan perludiambil kira.

    Teknik mengurangkan pilihan jawapan sesuai diamalkan

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    7/17

    Pengetahuan tentang mesin

    Pelajar hendaklah memahami semua jenis mesin yang digunakan dalam reka bentuk. Contoh mesin ialah Mesin Gergaji Jig,Sander, Mesin Gerudi, Mesin Jahit, Enjin Silinder

    tunggal, cordless Screwdriverdll.

    Contoh 1Rajah 1 menunjukan sebuah mesin mudah alih.

    Apakah kerja yang boleh dilakukan oleh mesin mudah alih pada rajah 6 ?A MeribetB MelelasC MenggluD Memotong

    Maklumat penting

    Pastikan pelajar kenal semua jenis mesin yang terlibat dari segi bahagiannya, fungsi dan caraoperasi.

    Teknik meneka tanpa pengetahuan sedia ada tidak sesuai untuk diamalkan.Tindakan Pilih jawapan tepat berdasarkan fungsi mesin tersebut.

    Contoh 2

    Rajah 2 menunjukkan pasangan takal dan talisawat mesin gerudi elektrik.

    Rajah 2

    Manakah takal pemacu?

    A PB Q

    C R

    D S

    Maklumat penting

    Pelajar kenal dan faham fungsi setiap bahagian mesin gerudi meja apa? pemacu, dipacu Soalan ini aras rendah tapi sukar dijawab kalau kurang faham fungsi gerudi. Teknik mengurangkan pilihan sesuai diamalkan

    Rajah 1

    QP

    R S

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    8/17

    Item Menterjemah

    Pertukaran dari segi sesuatu bentuk pernyataan kepada bentuk simbol atau rumustertentu dan sebaliknya.

    Tajuk-tajuk yang terlibat ialah elektronik, elektrik dan lukisan teknik.Contoh 1Rajah 1 menunjukkan lukisan skematik sebuah projek elektronik

    Rajah 1

    Antara berikut, manakah bilangan komponen yang betul?

    Perintang tetap LED Transistor LDR

    A 3 1 1 1

    B 2 2 1 1

    C 3 2 1 1

    D 4 2 1 1

    Maklumat penting

    Item aras rendah Pelajar tidak mungkin dapat menjawab soalan ini sekiranya tidak memahami simbol komponen

    dalam tajuk elektronik.

    Tindakan

    Baca litar dan faham setiap komponen yang diberi. Pilih jawapan yang tepat seperti dalam litar.

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    9/17

    Contoh 2

    Rajah 2 menunjukkan komponen elektronik.

    Rajah 2

    Apakah simbol komponen itu?

    Maklumat penting

    Anda dikehendaki menterjemah komponen kepada simbolnya Pelajar mesti menguasai tajuk ini dari segi kenal dan faham setiap komponen dan simbolnya. Aras soalan Sederhana.

    Tindakan

    Teknik mengurangkan pilihan jawapan t idak sesuai. Pilih simbol yang betul dan tepat.

    AB

    C D

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    10/17

    Contoh 3

    Rajah 3meunjukkan sebuah projek elektronik.

    Rajah 3

    Maklumat penting

    Soalan aras tinggi Pelajar mesti mahir membaca

    dan menterjemah litar elektronik

    Sekiranya pelajar kurang fahambincang dengan guru anda.

    Tindakan Baca laluan arus bod litar projek

    dari punca positif bekalan ke

    komponen yang pertamakemudian pilih litar skematik

    yang berkaitan Tanda X mana-mana pilihan

    litar yang tidak berkenaan untukmengurangkan pilihan jawapan

    Seterusnya baca laluan arus bodlitar projek dari punca bekalan negatif ke komponen yang pertama kemudian rujuk litar skematik

    pilihan anda sebelumnya.

    Sekiranya jenis komponen yang dipasang serta kekutubannya betul, teruskan terjemahan anda. Baca laluan arus bod litar projek komponen pertama ke komponen berikutnya kemudian rujuk

    litar skematik yang anda pilih dan sekiranya betul, maka pilihan tersebut berkemungkinan betul.Untuk kepastian teruskan terjemahan anda.

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    11/17

    Contoh 4

    Rajah 4 menunjukkan pelan dan pandangan hadapan sebuah bongkah.

    Rajah 4

    Antara berikut yang manakah menunjukkan pandangan isometrik objek itu?

    A B

    C D

    Maklumat penting

    Pelajar hendaklah tahu dan faham konsep serta paksi lukisan Ortografik dan Isometrik untukmembantu anda menjawab soalan ini.

    Aras soalan sederhana Tajuk hamparan dan muka keratan juga merupakan soalan menterjemah.

    Tindakan

    Pilih jawapan yang paling tepat.

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    12/17

    Item Penyelesaian masalah

    Pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran lain untuk sesuatu masalah dansituasi baru

    Prinsip yang menjadikan dasar pembentukan sesuatu fenomena daripada kajian,penyelidikan atau pemerhatian

    Kebolehan menyelesaikan masalah yang melibatkan nilai (angka)Contoh 1

    Rajah 1 menunjukkan litar skema pengelip elektronik.

    Rajah 1

    Kadar kerlipan LED akan berubah jika ..

    I R1 dan R2 digantikan dengan perintang yang lebih tinggi

    II R1 dan R2 bertukar tempatIII C1 dan C2 digantikan dengan pemuat yang lebih rendah

    nilainyaIV C1 dan C2 bertukar tempat

    A I dan IIB I dan III

    C II dan IVD III dan IV

    Maklumat penting

    Biasanya soalan aras tinggi yang memerlukan kemahiran berfikir dan kenal fahamteknologi elektronik

    Pelajar mesti faham fungsi semua komponen yang ada serta kendaliannyaSifat perintang ialah semakin tinggi rintangannya maka sedikit arus yang dapat mengalir

    melaluinya.

    Kapasitor pula semakin besar kapasitannya (ruang ) semakin lama masa untuk dicas penuh.Kapasitor hanya bertindak buang cas apabila kapasitannya mencukupi/cas penuh.

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    13/17

    Tindakan Pilih kunci jawapan berdasarkan pertimbangan anda terhadap fungsi setiap komponen. Komponen yang memainkan peranan penting ialah perintang dan kapasitor.

    Contoh 2

    Rajah 2 menunjukkan perintang tetap dan kod warnanya.

    Rajah 2

    Berapakah nilai perintang tersebut?

    A 62 k

    B 623 k

    C 620 k

    D 62000 k

    Maklumat penting

    Sekiranya kod warna perintang tidak disertakan bersama soalan, maka pelajar harusmenghafal kod tersebut.

    Faham dan tahu mengira hasil atau dapatan berdasarkan kod warna dan cara betulmenggunakannya

    Ingat bacaan nilai perintang dimulai dengan ohm(), K dan seterusnya M sekiranyabacaan terlalu besar untuk nilai .

    Tindakan Pilih jawapan yang paling tepat berdasarkan metodologi yang menjadi prinsip pengiraan

    nilai perintang.

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    14/17

    Contoh 3

    Rajah 3 menunjukkan litar skematik satu projek.

    Rajah 3

    Antara berikut pernyataan manakah benar?

    I Sambungan litar adalah siri selari

    II Jumlah rintangan litar adalah 13

    III Jumlah rintangan litar adalah 28 IV Voltan yang merentasi perintang 3 dan 5 adalah samaA I dan II

    B I dan IIIC II dan IV

    D III dan IV

    Maklumat penting

    Pelajar mestilah kenal dan faham jenis-jenis litar ( siri, selari dan siri selari) Tahu rumus/ hukum ohm, litar siri dan selari Mahir dalam pengiraan

    Tindakan Berdasarkan pilihan pelengkap, kenalpasti jenis litar (litar siri selari) Kira jumlah rintangan dalam litar mulakan pengiraan perintang dalam litar selari dahulu

    dengan menggunakan rumus perintang dalam litar selari

    Kira jumlah rintangan kemudian pilih pernyataan yang berkaitan Berdasarkan penemuan anda pilih kunci jawapan yang betul

    Item Pengiraan kos/ penghasilan projek Menentukan implikasi, akibat, hasilan, kesan dan sebagainya

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    15/17

    Contoh 1Jadual 1 menunjukkan kos untuk menghasilkan 100 unit kotak serbaguna.

    BUTIRAN JUMLAH (RM)

    Kos Bahan 420.00

    Kos Upah 80.00

    Kos Overhed 50.00

    Jadual 1

    Berapakah harga jualan seunit jika peniaga inginkan keuntungan RM2.00?A RM 5.50 C RM 7.50

    B RM 5.52 D RM 7.52Maklumat penting

    Untuk item ini, pelajar mesti mahir dalam pengiraan Biasanya pelajar diberi kelonggaran untuk menggunakan alat-alat elektronik seperti

    kalkulator.

    Kesilapan anda membuat pengiraan akan mengakibatkan kunci jawapan salahTindakan Buat pengiraan berulangkali dan berpandukan format yang betul Pilih jawapan yang paling tepat

    Contoh 2

    Berikut adalah bacaan meter kilowattjam.

    Bacaan meter bulan Jun

    3 6 2 7 0 4

    Bacaan meter bulan Mei

    3 6 1 6 0 2

    Kadar tarif domestik

    0.218 sen bagi 200 unit pertama0.258 sen bagi 800 unit berikutnya

    0.278 sen bagi setiap unit tambahan

    Berdasarkan bacaan meter kWj , berapakah bayaran bil elektrik bulan Jun ?

    A RM 278.36 C RM 294.36

    B RM 284.32 D RM 306.36

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    16/17

    Maklumat penting

    Aras soalan tinggi Memerlukan kemahiran dalam pengiraan Tahu dan fahan format pengiraan yang telah ditetapkan Menggunakan alat mengira boleh membantu pengiraan yang tepat

    Tindakan

    Pilih jawapan berdasarkan cara dan hasil pengiraan yang tepat.TIP YANG PERLU DIAMALKAN SEMASA PEPERIKSAAN

    BACA DAN FAHAM SOALAN DENGAN TELITI BERI TUMPUAN ITEM YANG DITAKSIR JAWAB SOALAN YANG SENANG DAHULU

    JANGAN TERTIPU DENGAN SOALAN YANG MENGELIRUKAN PILIH JAWAPAN YANG PALING TEPATSEMOGA BERJAYA

  • 8/7/2019 Teknik_Menjawab_Soalan_KHB_-_KT_bahagian_I

    17/17