teknik boneka

3
Bahagian 2.0 Analisis teknik pengajaran dan pembelajaran sastera Bahasa Melayu . Teknik Boneka RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERASASKAN TEKNIK BONEKA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 Tarikh : 9 September 2013 (Isnin) Masa : 09.00 10.00 pagi ( 60 minit ) Tahun : Tahun 4 Tema : Yang Baik Jadikan Teladan Tajuk Pelajaran : Arnab dan Kura-kura Bilangan Murid : 25 orang Fokus Utama : 5.2 : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1(i) : Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus Sampingan : 2.1 : Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 3(i) : Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai. 11.3 : Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa. Aras 2(i) : Menyusun peristiwa yang terdapat dalam teks. Objektif Eksplisit :

Upload: stella-sigi

Post on 30-Nov-2015

182 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Bm

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Boneka

Bahagian 2.0

Analisis teknik pengajaran dan pembelajaran sastera Bahasa Melayu .

Teknik Boneka

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERASASKAN TEKNIK BONEKA

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

Tarikh : 9 September 2013 (Isnin)

Masa : 09.00 – 10.00 pagi ( 60 minit )

Tahun : Tahun 4

Tema : Yang Baik Jadikan Teladan

Tajuk Pelajaran : Arnab dan Kura-kura

Bilangan Murid : 25 orang

Fokus Utama :

5.2 : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1(i) : Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan

intonasi yang betul.

Fokus Sampingan :

2.1 : Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik

dan jelas.

Aras 3(i) : Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan

yang sesuai.

11.3 : Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan

persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.

Aras 2(i) : Menyusun peristiwa yang terdapat dalam teks.

Objektif Eksplisit :

Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat :

Page 2: Teknik Boneka

i. Bercerita dalam lapan hingga sepuluh ayat cerita haiwan yang murid pernah

dengar atau baca.

ii. Melakonkan isi cerita ‘Arnab dan Kura-kura’ dengan sebutan dan intonasi yang

betul berdasarkan kad dialog yang diberikan.

iii. Menulis sekurang-kurangnya tiga daripada lima ayat betul mengenai susunan

peristiwa berdasarkan cerita ‘Arnab dan Kura-kura’.

Langkah Pembelajaran

Set Induksi

1. Guru masuk ke dalam kelas menggunakan topeng arnab.

2. Bersoaljawab dengan murid mengenai cerita haiwan yang murid pernah

dengar.

3. Menyuruh murid bercerita secara ringkas mengenai cerita haiwan yang mereka

ketahui.

Langkah 1

1. Dengan menggunakan slaid pengajaran, guru mempamerkan petikan cerita

‘Arnab dan Kura-kura’.

2. Guru juga mengedarkan petikan cerita tersebut kepada murid.

3. Murid membaca petikan cerita secara kelas, kumpulan dan individu.

4. Bersoaljawab mengenai jalan cerita.

Langkah 2

1. Guru mengedarkan dialog kepada murid

2. Murid membaca dialog tersebut.

3. Guru menunjuk cara cara melakonkan sesuatu watak.

4. Murid diminta melakonkan watak-watak dalam cerita tersebut.( Pencerita,

Arnab, Kura-kura, Monyet, Gajah, Singa )

5. Guru membimbing murid dalam lakonan tersebut.

Langkah 3

1. Berdasarkan teks petikan, murid diminta dalam kumpulan untuk mencari

makna perkataan yang di berikan dengan menggunakan kamus.

Page 3: Teknik Boneka

2. Murid membentangkan jawapan kumpulan mereka.

3. Guru menerangkan kata kerja yang terdapat dalam petikan ( perkataan

bewarna merah)

4. Berbincang mengenai kata kerja tersebut.

Kumpulan Pengayaan – Menulis ayat mengikut urutan cerita Arnab dan Kura- kura

Kumpulan Pemulihan – Menyusun urutan cerita.

Penutup

1. Bersoal jawab dengan murid mengenai watak yang mereka suka dan tidak

suka.

2. Guru merumuskan pelajaran tersebut dan menyatakan nilai-nilai murni

daripada cerita tersebut.

Rasional penggunaan teknik lakonan untuk sesi p&p di atas