tekat
TRANSCRIPT
KRAF TRADISIONAL
SENI TEKAT
KelabuAsapArt.blogspot.com
KelabuAsapArt.blogspot.com
PENGENALAN
Dikenali juga dengan nama bersuji.
Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang emas atau perak yang dijahit pada kain dasar baldu.
Seni tekat juga dipanggil tuji tumbul, suji timbulan, tekat bersuji dan tekatan.
Barang yang biasanya di tekat ialah alas tempat tidur, muka kasut pengantin,kipas pengantin, baju pengantin, tudung saji, bekas barang kemas dan bekas perhiasan
KelabuAsapArt.blogspot.com
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana.
Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka.
Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.
KelabuAsapArt.blogspot.com
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus.
Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.
Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
KelabuAsapArt.blogspot.com
FUNGSI TEKAT
Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan
hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana
bahan asasnya merupakan bahan mewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.
KelabuAsapArt.blogspot.com
CIRI/JENIS TEKAT
BALDU DAN BENANG EMASSULAM PENUH
SULAM PAHATTEKAT TIMBUL
BENANG EMAS DAN PERAK
TEKAT GUBAH ( TIDAK
MENGGUNAKAN MEMPULUR )
TEKAT PERADA ( PERADA EMAS
DITAMPAL PADA KAIN )
KelabuAsapArt.blogspot.com
CIRI/JENIS TEKAT
TEKAT TIMBUL BENANG
EMAS DAN PERAK
TEKAT GUBAH ( TIDAK
MENGGUNAKAN MEMPULUR )
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang
merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik.
Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup
pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja
KelabuAsapArt.blogspot.com
UNSUR DAN BENTUK MOTIF
MOTIF GEOMETRI
( BERSUDUT )
MOTIF TUMBUHAN /
FLORA
MOTIF BURUNG /
UNGGAS
MOTIF AWAN LARAT
KelabuAsapArt.blogspot.com
ALAT DAN BAHAN1. CUBAN – untuk membulut benang emas / perak ( terdiri daripada cuban kayu, cuban buluh dan cuban kayu bercabang tiga )
2. JARUM – untuk menjahit benang emas / perak
3. BALDU – kain berbulu halus dan lembut
4. MEMPULUR – isi tekatan yang dibuat daripada kertas keras
5. BENANG emas dan perak
6. PEMIDANG KAYU – untuk meregangkan kain baldu
PROSES TEKATANKelabuAsapArt.blogspot.com
1. Sediakan pemidang2. Regangkan kain
putih di atas pemidang
3. Letakkan kain baldu di atas kain
putih
4. Kedua-dua kain tersebut dicantum menggunakan
jahitan sembat
5. Letakkan mempulur di atas
kain baldu
6. Rentang benang emas di atas
mempulur
7. Jahit benang emas dengan benang putih
8. Ulang proses ini hingga siap.