tbt 01 jsa

10
RAZAF CONSTRUCTION TAKLIMAT RINGKAS (TOOL-BOX TALK) ANALISA KERJA SELAMAT & FAEDAHNYA 1.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ANALISA KERJA SELAMAT Analisa Kerja Selamat = Job Safety Analysis Proses mengenalpasti hazad dan mengawal risiko pada setiap langkah kerja. 2.0 BAGAIMANA UNTUK MELAKSANAKAN ANALISA KERJA SELAMAT? 1 dari 7

Upload: norfatila-binti-isa

Post on 08-Dec-2014

186 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: TBT 01 JSA

RAZAF CONSTRUCTION

TAKLIMAT RINGKAS (TOOL-BOX TALK)

ANALISA KERJA SELAMAT & FAEDAHNYA

1.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ANALISA KERJA SELAMAT

Analisa Kerja Selamat = Job Safety

Analysis

Proses mengenalpasti hazad dan

mengawal risiko pada setiap langkah

kerja.

2.0 BAGAIMANA UNTUK MELAKSANAKAN ANALISA KERJA SELAMAT?

2.1 Memilih

Tugasan

1 dari 7

Page 2: TBT 01 JSA

RAZAF CONSTRUCTION

a) Kenalpasti tugasan yang hendak dilakukan.

b) Contoh : Membaiki pagar, membaiki papak konkrit, kerja mengecat,

dll.

2.2 Mengenalpasti/Menghurai Langkah Kerja

a) Memecah/menghurai tugasan kepada langkah kerja yang mudah.

b) Contoh - Kerja membaiki pagar:

i) Menyediakan peralatan dan bahan.

ii) Membuka kawat berangkai sedia ada.

iii) Menggali dan mencabut tiang pagar sedia ada.

iv) Menggali dan memasang tiang pagar baru.

v) Memasang kawat berangkai baru.

vi) Kemasan tapak.

2.3 Mengenalpasti Hazad Pada Setiap Langkah Kerja

a) Mengenalpasti kemungkinan hazad pada setiap langkah kerja.

b) Contoh – Kerja membaiki pagar:

i) Menyediakan peralatan dan bahan:

- Peralatan tidak mencukupi.

- Peralatan rosak.

- Bahan tidak mencukupi.

- Bahan tidak menepati spesifikasi, dll.

ii) Membuka kawat berangkai sedia ada:

- Tercucuk kawat berkarat pada mata, tangan dan

anggota badan yang lain.

- Sakit belakang dan sendi semasa membuka dan

mengangkat kawat berangkai yang telah dibuka, dll.

2 dari 7

Page 3: TBT 01 JSA

RAZAF CONSTRUCTION

iii) Menggali dan mencabut tiang pagar sedia ada :

- Serpihan batu dan tanah berterbangan menyebabkan

kecederaan pada mata.

- Tiang pagar lama tumbang tiba-tiba.

- Luka pada tangan semasa mengorek dengan tangan.

- Sakit belakang semasa kerja-kerja menggali, dll.

iv) Menggali dan memasang tiang pagar baru :

- Serpihan batu dan tanah berterbangan menyebabkan

kecederaan pada mata.

- Luka pada tangan semasa mengorek dengan tangan,

- Sakit belakang semasa kerja-kerja menggali dan

membancuh konkrit,

- Terhidu debu simen semasa kerja-kerja membancuh

konkrit.

- Tiang pagar baru tumbang semasa di tanam, dll.

v) Memasang kawat berangkai baru:

- Tercucuk kawat pada mata, tangan dan anggota badan

yang lain.

- Sakit belakang dan sendi semasa memasang dan

mengangkat kawat berangkai yang telah dibuka, dll.

vi) Kemasan tapak:

- Terpijak peralatan.

- Peralatan tertinggal, dll.

2.4 Tindakan Mengawal Risiko Pada Setiap Langkah Kerja

a) Mengenalpasti langkah kawalan bagi setiap hazad pada setiap

langkah kerja.

3 dari 7

Page 4: TBT 01 JSA

RAZAF CONSTRUCTION

b) Contoh - Kerja membaiki pagar:

LANGKAH KERJA HAZAD DIKENALPASTI LANGKAH KAWALAN

Menyediakan peralatan dan bahan

- Peralatan tidak mencukupi.

- Peralatan rosak.

- B

- Sediakan senarai semak peralatan yang hendak digunakan.

- S

Membuka kawat berangkai sedia ada

- Tercucuk kawat berkarat pada mata, tangan dan anggota badan yang lain.

- Sakit belakang dan sendi semasa membuka dan mengangkat kawat berangkai yang telah dibuka, dll.

- Pakai dan guna alat perlindungan mata.

- Pakai dan guna sarung tangan jenis kulit.

- Pastikan kedudukan tulang belakang berada dalam keadaan tegak pada setiap

Menggali dan mencabut tiang pagar sedia ada 

- Serpihan batu dan tanah berterbangan menyebabkan kecederaan pada mata.

- Tiang pagar lama tumbang tiba-tiba.

- Luka pada tangan semasa mengorek dengan tangan.

- Sakit belakang semasa kerja-kerja menggali, dll.

- Pakai dan guna alat perlindungan mata.

- Pastikan terdapat seorang pekerja memegang tiang pagar lama semasa kerja menggali.

- Pakai dan guna sarung tangan jenis kulit.

- Pastikan kedudukan tulang

Menggali dan memasang tiang pagar baru 

- Serpihan batu dan tanah berterbangan menyebabkan kecederaan pada mata.

- Luka pada tangan semasa mengorek dengan tangan,

- Sakit belakang semasa kerja-kerja menggali dan membancuh konkrit,

- Terhidu debu simen semasa kerja-kerja membancuh

- Pakai dan guna alat perlindungan mata.

- Pakai dan guna sarung tangan jenis kulit dan alat perlindungan pernafasan.

- Pastikan kedudukan tulang belakang berada dalam keadaan tegak pada setiap masa.

- Pastikan lengan

4 dari 7

Page 5: TBT 01 JSA

RAZAF CONSTRUCTION

Memasang kawat berangkai baru

- Tercucuk kawat pada mata, tangan dan anggota badan yang lain.

- Sakit belakang dan sendi semasa memasang dan mengangkat kawat berangkai yang telah dibuka, dll.

- Pakai dan guna alat perlindungan mata.

- Pakai dan guna sarung tangan jenis kulit.

- Pastikan kedudukan tulang belakang berada dalam keadaan tegak pada setiap

Kemasan tapak

- Terpijak peralatan.

- Peralatan tertinggal, dll.

- Kumpulkan semau peralatan yang digunakan dilokasi yang mudah dilihat.

- S

2.5 Merumus Hasil Analisa Sebagai Prosedur Piawai

a) Tulis semula cadangan langkah kawalan dalam bentuk prosedur

kerja bagi memudahkan pemahaman.

b) Contoh – Kerja Membaiki Pagar:

i) Sebelum memulakan kerja:

- sediakan senarai semak peralatan.

- pastikan semua peralatan adalah mencukupi dan

berada dalam keadaan baik.

- semak dokumen kontrak, spesifikasi dan lukisan bagi

menetukan kualiti dan kuantiti bahan menepati kehendak

pelanggan.

ii) Kerja-Kerja Membuka Pagar Kawat Berangkai Sedia Ada:

- Semua pekerja yang terlibat hendaklah memakai alat

perlindungan diri yang sesuai terutamanya alat perlindungan

mata dan alat perlindungan tangan.

- Alat perlindungan tangan hendaklah dari jenis kulit bagi

tugasan berat.

- Pekerja-pekerja hendaklah memastikan kedudukan

tubuh badan semasa bekerja – amalkan kedudukan rulang

belakang berada pada kedudukan tegak pada setiap masa.

5 dari 7

Page 6: TBT 01 JSA

RAZAF CONSTRUCTION

- Kedudukan lengan hendaklan berada pada kedudukan

900 darjah semasa menggunakan perlatan tangan dan kerja-

kerja membuka dan menanggal kawat berangkai lama.

iii) Kerja-Kerja Membuka Tiang Pagar Lama:

- Semua pekerja yang terlibat hendaklah memakai alat

perlindungan diri yang sesuai terutamanya alat perlindungan

mata dan alat perlindungan tangan.

- Alat perlindungan tangan hendaklah dari jenis kulit bagi

tugasan berat.

- Pekerja-pekerja hendaklah memastikan kedudukan

tubuh badan semasa bekerja – amalkan kedudukan rulang

belakang berada pada kedudukan tegak pada setiap masa.

- Pastikan terdapat seorang pekerja memegang tiang

pagar lama semasa kerja-kerja mengorek dan menggali

dijalankan.

iv) Kerja-Kerja Memasang Tiang Pagar Baru:

- Semua pekerja yang terlibat hendaklah memakai alat

perlindungan diri yang sesuai terutamanya alat perlindungan

mata dan alat perlindungan tangan.

- Alat perlindungan tangan hendaklah dari jenis kulit bagi

tugasan berat.

- Pekerja-pekerja hendaklah memastikan kedudukan

tubuh badan semasa bekerja – amalkan kedudukan rulang

belakang berada pada kedudukan tegak pada setiap masa.

- Pastikan terdapat seorang pekerja memegang tiang

pagar baru semasa kerja-kerja menanam dijalankan.

v) Kerja-Kerja Memasang Pagar Kawat Berangkai Baru:

6 dari 7

Page 7: TBT 01 JSA

RAZAF CONSTRUCTION

- Semua pekerja yang terlibat hendaklah memakai alat

perlindungan diri yang sesuai terutamanya alat perlindungan

mata dan alat perlindungan tangan.

- Pekerja-pekerja yang terlibat dengan kerja membancuh

konkrit hendaklah memakai sarung tangan jenis getah dan

alat perlindungan pernafasan yang sesuai.

- Alat perlindungan tangan hendaklah dari jenis kulit bagi

tugasan berat.

- Pekerja-pekerja hendaklah memastikan kedudukan

tubuh badan semasa bekerja – amalkan kedudukan rulang

belakang berada pada kedudukan tegak pada setiap masa.

- Kedudukan lengan hendaklan berada pada kedudukan

900 darjah semasa menggunakan perlatan tangan dan kerja-

kerja membuka dan menanggal kawat berangkai lama.

vi) Kemasan Tapak Setelah Kerja Siap:

- Bersihkan kawasan tapak dari sebarang bahan-bahan

lebihan dan bahan-bahan buangan.

- Segala bahan buangan hendaklah dilupuskan di tempat

yang bersesuaian.

- Segala perlatan hendaklah disimpan pada tempat yang

bersesuaian dan mudah dilihat.

- Semak senarai semak peralatan bagi memastikan

semua peralatan telah dikumpulkan.

2.6 Menyelenggara Prosedur

a) Penyelia Tapak hendaklah memastikan semua peraturan dan

prosedur yang telah dirumuskan dipatuhi.

b) Pastikan keberkesanan prosedur berkenaan.

7 dari 7

Page 8: TBT 01 JSA

RAZAF CONSTRUCTION

c) Bincang dengan pekerja yang terbabit sekiranya terdapat kelemahan

dan kekurangan dalam prosedur.

d) Segala perubahan pada prosedur hendaklah mengambil kira

kesesuaian dan keperluan semasa.

3.0 APAKAH FAEDAHNYA?

a) Meminima risiko kemalangan di tempat kerja.

b) Hazad dan risiko berkaitan boleh ditangani secara sistematik.

c) Kerja-kerja boleh dijalankan tanpa gangguan daripada insiden yang tidak

sepatutnya berlaku.

d) Meningkatkan moral pekerja dan secara tidak langsung meningkatkan

produktiviti dan kualiti.

8 dari 7