tazkirah usrah

Upload: noor-arinah-sanip

Post on 30-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

USRAH

TRANSCRIPT

Tazkirah Jumaat: 7 Cara Bersahabat Kerana Allah Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat semua. Sahabat ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui tapi berapa ramai dari kalangan sahabat kita yang sanggup menemani kita terutamanya apabila kita menghadapi kesusahan, mempunyai masalah, sanggup meluangkan masa dan tenaga demi membantu kita.Pasti tak ramai bukan.Sejujurnya bukan senang nak jadi sahabat sejati yang baik lebih-lebih lagi kita mempunyai pelbagai komitmen lain.Tapi, walau apa-apapun, kita mesti cuba untuk menjadi sahabat yang baik.1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanyaNabi Muhammad S.A.W bersabda'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'(HR Abu Daud)2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannyaNabi Muhammad S.A.W bersabda'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'(HR Muslim)3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnyaNabi Muhammad S.A.W bersabda'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'(HR Muslim)4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannyaNabi Muhammad S.A.W bersabda'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahiNabi Muhammad S.A.W bersabda'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu'6.Memberi HadiahNabi Muhammad S.A.W bersabda'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'(HR Thabrani)7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahanNabi Muhammad S.A.W bersabda'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'(HR Hakim)

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematianDalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri anda sendiri.Anda harus mementingkan sahabat anda seperti anda lakukan terhadap diri anda juga. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU. - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Kisah Persahabatan Seteguk Air

Ketika pembebasan Makkah, Ikrimah bin Abu Jahal termasuk dalam kalangan orang yang di jatuhkan hukuman mati. Walau bagaimanapun, atas sifat pemaaf Rasulullah, Ikrimah yang kala itu sempat melarikan diri, akhirnya diampuni.Kemudian Rasulullah berkata di hadapan para sahabat, Ikrimah bin Abu Jahal akan datang ke tengah-tengah kalian semua sebagai mukmin dan muhajir.Tidak berapa lama kemudian, Ikrimah dan isterinya tiba. Di hadapan Rasulullah, Ikrimah mengucapkan dua kalimah syahadat. Sesudah itu, Ikrimah berkata, Demi ALLAH, tidak ada satu sen pun wang yang telah saya keluarkan untuk menghapuskan Islam, melainkan saya tebus mulai saat ini dengan mengorbankan harta berlipat ganda demi Islam. Tidak ada seorang pun Mukmin yang gugur di tanganku, melainkan akan saya tebus dengan membunuh kaum Musyrikin berlipat ganda.Ikrimah menepati segala kata-katanya itu. Selepas memeluk Islam, dia menjadi seorang yang rajin beribadah. Seringkali dia menangis dengan linangan air mata merenungi ayat-ayat suci Al-Qur'an yang dibacanya. Kemudian dia bersama-sama dalam setiap pasukan perang kaum Muslimin dan berada di barisan paling depan. Ketika terjadi perang Yarmuk, Ikrimah berperang bersungguh-sungguhnya seperti dirasuk syaitan. Melihat tindakan itu, Khalid bin Walid yang menjadi panglima pasukan segera mengejarnya.Ikrimah, janganlah engkau berkelakuan seperti orang bodoh. Kematianmu adalah satu kerugian besar bagi kaum Muslimin, Khalid berkata.Ikrimah tidak mempedulikan kata-kata Khalid itu lalu berkata, Biarkan saya. Saya mahu menebus dosa-dosa yang telah lalu. Saya telah memerangi Rasulullah dalam beberapa peperangan sebelum ini. Bolehkan saya lari dari tentera Rom ini setelah masuk Islam? Tidak! Sekali-kali tidak!Kemudian ia berteriak, "Siapakah yang berani mati bersama saya?" Beberapa orang segera melompat ke samping Ikrimah dan terus maju ke depan, menghalau pasukan lawan yang menghampiri. Akhirnya, mereka berhasil mengalahkan tentera Rom dengan kemenangan yang gemilang. Pada akhir pertempuran di bumi Yarmuk, Al-Harits bin Hisyam, Ayyasy bin Abi Rabiah, dan Ikrimah bin Abu Jahal terkapar dalam keadaan lemah dengan luka parah. Al-Harits meminta air untuk diminum. Ketika air didekatkan ke mulutnya, ia melihat Ikrimah dalam keadaan sama seperti yang dia alami. Lalu Al-Harith berkata, Berikan dahulu air ini kepada Ikrimah!Ketika air didekatkan ke mulut Ikrimah, ia melihat Ayyasy memandang kearahnya. Melihat keadaan Ayyasy, Ikrimah berkata, Berikan dahulu air ini kepada Ayyasy!Ketika air minum didekatkan ke mulut Ayyasy, dia telah meninggal. Orang yang membawa air minum segera kembali ke arah Harits dan Ikrimah, namun keduanya turut telah meninggal.